Bab 9 (Danny)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sudah hampir 20 minit aku menunggu di dalam kereta tapi bayang dia langsung aku tak nampak. Menunggu adalah satu perkara pet peeves bagi aku. Time is money. Masa yang terbazir itu banyak benda aku boleh luangkan.

Aku malas hendak keluar kereta sebab aku malas hendak melayan peminat-peminat aku yang berkerumun pada aku nanti. Bukannya aku sombong tapi ada masanya aku inginkan ruang bagi diri aku sendiri. Untuk aku bernafas at least.

Aku nampak dia turun dari tangga dan kemudiannya berjalan menuju ke arah kereta aku. Dia mempamerkan senyuman menayangkan dua baris gigi yang putih melepak. Dia masuk ke dalam kereta dan terus memandang aku.

"Mana Guna?" Aku bertanya straight to the point.

"Guna ada lunch meeting. He said sorry the absence."

"Seriuslah? Then no needlah kut kita nak keluar ni."

"Eh, asal pulak? Penat I turun bagai."

"Aiman, janganlah macam tu. Tak manislah kalau orang nampak."

Dia ketawa kecil. "Excuse me, since when you call me by that name pulak ni? Since when I am Aiman to you?"

"Aiman..."

"Danny, mana aci. So apparently you memang nak jumpa I when Guna ada je? So bila dia tak ada, you nak biar I makan seorang. You yang ajak I makan pagi tadi."

"Sebab you kata yang you nak lunch dengan Guna sebab tulah I ajak."

"Oh, so kalau Guna tak ada, you memang tak nak makan dengan I? Macam tu ke?"

Aku terpaksa mengalah. Dari dulu lagi, dengan dia memang aku asyik mengalah. Jarang sangat aku menang berdebat dengannya.

"Fine! You nak makan mana?"

Dia terus memeluk bahu aku. "I tahu you sayangkan I kan hahahaha. Hmm, mana-mana pun I tak kisah."

"Kita makan dalam kawasan ni jelah. Kafe sini kan sedap?"

Dia menepuk bahu aku. "Apa you ni?! Dah datang sini bagai lepas tu ajak I makan kafe ni je. I dah jemulah tiga tahun makan kat situ je."

"Dah tu?"

"Jomlah makan mana-mana mall ke? Bosanlah."

"Nanti I kena hantar you balik kan?"

"Hence we have to rush. Nanti lambat pulak nanti. Jomlah, Baby D..."

Bila dia memanggil aku Baby, aku terimbas di ruang memori kenangan aku bersama Jonathan. Kenangan yang belum tentu dapat aku hidupkannya kembali.

Aku akui, aku memang ego. Keegoan aku itulah yang membuatkan kini separa kehilangan Jonathan. Jonathan yang jujurnya mampu bertahan dengan aku.

Aku sayangkan Jonathan. Aku betul-betul sayangkan dia.

"Err Baby D, shouldn't you like drive now so we can eat faster? I'm starving." Aiman mengembalikan aku ke realiti. "What were you thinking?"

"Nothing."

"Hah yelah tu."

Aku pun memulakan pemanduan ke sebuah mall yang paling dekat dengan INSEMAS yang juga tempat melepak budak-budak sini. Harapnya tak terjumpalah dengan Jonathan.

Selepas berjumpa dia dengan Natascha tempoh hari, aku dilanda kecemburuan yang amat sangat. Aku tak kisah macam mana dia nak kenal Natascha tu tapi not Natascha. Dan Natascha nampak selesa dengan dia, lagilah membahang hati aku.

"Daniel, if you gonna be silent all time, maybe tak payah ajak I keluar kut." Daripada masa couple dengan aku sampai sekarang, dia ni memang annoying eh?

"Sorry, Aiman. I'm just little bit stressed out."

"Hah yalah tu."

"Sorry eh, Aiman."

"LOL, it's weird when you called me Aiman instead. Panggil jelah Budak Kecik tu balik."

"Aiman, we were young back then, okay. Plus, we are not dating anymore. Why should I call you that?"

Dia menarik muka. Melihat itu, aku naik kesian. Aku cubit pipinya yang masih squishy itu.

"Tapi it's not you have someone pun kan? Okay fine, after me, there's Natascha and that's that kan? Bukannya you have someone else pun kan?"

"Confident eh you."

"Eh by the way, your bestfriend ada tau kat INSEMAS tu." Selepas kami dapat parking dan turun dari kereta, Aiman membuka mulut.

"Siapa? I don't recall any."

"Ya ya jelah lupa. Siapa lagi kalau bukan Syahid Zakar Ria tu?"

Wait! I didn't know he's in INSEMAS ke apa? Kalau ada, mesti Guna dah bagitau aku dah."

"Macam mana you tahu?"

"Ala, tak susah pun. Anyway, I nampak dia jugak semalam kat Divisyen Tarian tu."

"Apa you buat kat Divisyen tu?"

"Beli waffle. Sedap tau waffle kat situ."

Aku selalu dengar daripada Jonathan yang waffle kat situ sedap. Pernah jugalah dia belikan untuk aku, undoubtedly memang sedap."

"Danny, I swear to God you are very different. You memang tak nak keluar dengan I ke macam mana? You terpaksa?"

"Nolah, Aiman. I dah kata kan I penat. Sorry ya."

"Whateverlah. Ingatkan still terbayang kat Syahid tu ke?"

Semua orang tahu tentang aku dan Syahid yang sebenarnya aku pun pelik dari mana mereka tahu. Tapi been living under the spotlight (roll credit!), aku somewhat dah terbiasa dengan orang tahu tentang aku. Dari kecil aku dah biasa.

By the way, Syahid. How to tell about this guy eh? Dia macam satu rash kat badan kau yang ada kalanya dia akan gatal. Bila garu tu sakit tapi dalam masa yang sama sedap.

Kami berkawan baik. Sangat baik. Aku kenal dia dari umur aku mentah lagi. Ketika itu aku pun tak tahu lagi tentang seksualiti ni semua.

"Daniel, kau punya besar tak?" Dia bertanya kepada aku ketika aku datang ke rumahnya pada suatu hari.

"Apa yang aku punya?"

"Tulah yang bawah tu." Dia memuncungkan bibirnya ke bawah seluar aku.

"Eh kau ni, apa ke tanya soalan pun?"

"Alah, bukannya ada orang pun."

And the rest is history. A remarkable history that occupy a slot in my memory space.

Aku memilih Nando's sebagai tempat santapan untuk hari itu bersama Aiman. Lagipun taklah mewah sangat pada standard aku ini. Kalau aku ajak Jonathan ke tempat macam ni biasanya pasti dia akan menolak. Tak biasa katanya.

Dah kenapa aku dok teringat dia je ni?!

"Sorrylah I brought up his name. Manalah I tahu yang you dengan Syahid tu dah memang tak geng dah."

"It's okay, Aiman. Nothing serious pun." Kemudian aku meletakkan handphoneku di atas meja. "Can you take care of my phone kejap? I nak pergi tandas."

"Oh, sure boleh."

Aku bingkas dan pergi ke tandas terdekat. Sebenarnya aku bukan nak buang air pun, more like nak buang perasaan rindu. Perasaan yang berbuku.

"Daniel, aku tak pernah pandang kau that way, okay."

"Tapi aku suka kau, Ayed. Kau tak boleh ke bagi aku peluang?"

"Apa kau merepek ni, Daniel?"

"Please, Syahid!"

"Daniel, stop!"

Aku membuka wallet aku dan gambar dia masih terselit elok di belakang i/c aku. Gambar ketika dia berumur 18 tahun. Bila saja dia tu tak nampak sempurna pada mata aku.

Aku cintakan Jonathan tapi Syahid cinta pertama aku.

Aku kembali ke Nando's dan aku nampak muka Aiman mengulum lidah dalam riak meluat. Boleh bayangkan kan?

"Daniel..."

"Yes?"

"Who's your wallpaper?"

"My wallpaper?" Jonathan. Jonathan Bruce Williford. Aku duduk dan play dumb to it. "What's with my wallpaper?"

"Is he the reason you betul-betul tak nak keluar dengan I hari ni? Is it?"

Aku mengeluh berat. Mukaku diraup dan kemudian aku pandang tepat wajahnya.

"Daniel, answer me?"

"Why do you even care?"

"Why do I even care? Oh my God, seriously Daniel, you ask me that? Of course I care."

"Yeah and I'm asking why?"

"I sayang you, Daniel. Can't you see?"

"Aiman, this is not the time."

"What do you mean this is not the time...?" Dia tenang seketika ketika waiter meletakkan makanan di meja kami. Selepas itu, dia bersuara kembali. "Daniel, I still love you tau."

"Aiman, if you love me you wouldn't even file that order..."

"You beat me, Daniel?! You gaslighted me on so many things but I still love you out of all okay. Fine the RO might be one of my mistake sebab I hated you that time but percayalah, Daniel yang I still love you despite all."

"Aiman, stop it! Our story is a history and it shall never be repeated."

Matanya berapi memandang aku. Bibirnya bergetar dan aku nampak matanya mula berair.

"Aiman, I'm sorry, okay."

"Sebab the boy on your screen tu ke? Sebab dia ke you reject I macam ni?"

"Yes. So please, if you really love me, let me be happy with him, okay?"

Aku pegang tangannya as a gesture of assurance. Aku tak nak dia terlalu terluka dengan apa yang baru berlaku. Aku tak mahu dia bersedih selepas apa yang sudah aku lakukan.

Dengan mata berapinya, dia mengangkat muka memandangku. "Fine, if that's what you want..."
---------

Can we trust Aiman? Can we or we can not? Also, comel je Danny crush kat Syahid. Lemme guess, yalls didnt see it coming right?

No sneak peek but next chapter, story ni akan masuk gear tiga in every way. It will be raunchy and steamy and wild hehehehehe.

So, 60 votes can ah?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro