14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

❝ Life is beautiful with you.❞
────────
+++





"Boleh ke tulis? Nak tolong?"

Dia menolak pen dan kertas kepada aku. Aku tersenyum.

Jadi persoalannya, hantu tak boleh menulis?

Aku tersenyum seorang diri sambil memandang langit. Badan aku disandarkan ke dinding dan tanganku dimasukkan ke dalam poket.

Menunggu Seungkwan yang tak keluar dari tadi.

Lamanya. Apa dia buat agaknya?

"Haa.." bila difikirkan balik, sampai macam ni aku dah tolong dia.

Semoga dia boleh berenkarnasi dan hidup dengan lebih bahagia dalam kehidupannya baharunya nanti.

"Ahh, anak muda! Nasib baik kamu masih di sini."

Tiba tiba satu suara menegurku dari belakang. Aku membalikkan tubuh. Ah, itu ibu Seungkwan.

"Ini, pembalut kamu tertinggal. Apa apa pun, terima kasih."

Aku mengambil pembalut itu dari tangan ibu Seungkwan.

Ha? Ini pembalut tangan Seungkwan. Kenapa dia lepaskan pula?

Seketika aku berdiam diri.

Atau mungkin..

Aku mendongak ke langit. Peliknya, cuaca terik tadi menjadi redup.

Seungkwan, dia pergi dan tinggalkan benda ni ke..?

Perlahan lahan senyuman kecil terukir di wajah. Aku menghela nafas kecil.

__________

Lee Chan meletakkan mawar putih di makam Seungkwan.

Terkadang remaja itu menggeleng kepala sendiri. Sambil tersenyum dan ketawa apabila melihat gambar Seungkwan di sebalik kaca itu.

"Nasib baik misi berjaya." dia bercakap seorang diri. Kemudian kembali mengalihkan pandangannya kepada gambar Seungkwan.

"Terima kasih!"

Untuk pertama kalinya, Lee Chan itu berterima kasih dan memberikan hormat kepada seseorang.

Flashback..

Chan memasuki kelas itu sambil menyilangkan tangan.

"Kat sini ke? Tak ada apa apa pun.." dia merungut seorang diri. Malam malam di tempat membosankan ini, apa yang perlu dia buat?

"Eh?"

Tiba tiba satu cahaya kecil muncul dari bawah meja. Chan menunduk dan mengambil barang itu.

"Hm? Telefon siapa ni?"

Dia membelek belek telefon pintar itu. Sekali lagi, telefon itu bercahaya apabila satu mesej masuk.

Moonbin
Seungkwan, kau kat mana?


"Moonbin? Ahh.. mesti kawan dia."

Tanpa berfikir panjang Chan membalas.

You
Kat sekolah

Selepas menjawab ringkas pesanan itu, telefon itu disimpan di dalam poketnya.

Kala itu jugalah hujan tiba tiba turun dengan lebat. Chan melihat ke luar tingkap dengan senyuman senget.

"Aigoo, balik dululah."

Dia menjeling ke atap sekolah dalam hujan. Payungnya di pegang erat agar tidak ditarik angin.

"Betullah." Chan berjalan balik sambil tersenyum.

__________

"Wei, budak. Kau nak ambil borang ke?" tanya seorang senior kepada aku dengan muka serius.

Aku mengangguk dan tersenyum.

Akhirnya, impian aku akan terpenuhi.
Dia tersenyum dan ketawa. Bahuku ditepuk agak kuat. Namun aku tidak terlalu pedulikan itu.

"Okey. Semoga berjaya." ucap Kijae.

Waktu itu aku terfikir.

Kalau lah hari itu aku berundur,

Akankah semuanya berubah?

Hunjoon ataupun Kijae, akankah mereka tidak wujud dalam cerita hidup aku?

Dan akankah, aku masih boleh hidup hingga ke hari ini?

Aku cuma perlukan beberapa langkah ke belakang untuk menyelamatkan hidup aku.


Step Back!
180221 End-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro