Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Last month aku breakup, aku fucked up the relationship and hari ni aku dapat cerita yang ex aku tu dah ada boyfriend baru dah pun. Okay, what a way to start a story wasn't it? Tapi nevermind, aku tak bitter pun. Cumanya, if the boyfriend turned out uglier than me, aku rasa aku have the whole rights to laugh. Lesson learned, dear self, never date someone younger. Kau tu memerlukan constant belaian dan kasih sayang.

Dan hari ini, aku akan memulakan internship aku di sebuah syarikat penerbitan di Petaling Jaya. Agak jauh dari tempat tinggal aku sekarang sebenarnya. Bilik sewa aku di Sri Petaling jadi aku kena tukar train sama ada di Putra Heights atau Masjid Jamek. Either way, sama saja jauhnya.

Kenapa jauh sangat aku menyewa? Okey aku cuba pendekkan cerita dia. Aku belajar bidang linguistik dan company aku intern pada mulanya itu company broker saham. Tak ke rasa macam aku kena scam kat situ? Tapi masa tu pulak aku ni desperate nak cari tempat intern jadi aku terimakan sajalah. Tapi once dah pergi, aku regret wey. Sumpah aku regret. Tapi payment sedaplah RM1000. Mana kau nak cari tempat offer semurah tu kan?

Sampai sahaja di stesen Bukit Jalil, aku segera menelefon sahabat terbaik dunia akhirat letop-letop pom pom aku, Joe. Tapi Joe ni macam cibai. Handphone tu aku syak hiasan je dia buat.

"Hello, baru pukul tujuh setengah dan kau rasa dah sampai masa untuk menyusahkan hidup aku ke?"

"Kau ni babilah, Joe. Aku dah on the way dah ni."

"On the way pergi mana? Oh tempat intern. Haa leklok this time. Kalau kau quit lagi aku tak tahulah benak kau ni tahap apa."

"Hello, benak aku ni jugaklah yang kau nak kena hadap sepanjang hidup eh?"

"Itulah sebabnya aku sentiasa berpegang pada hakikat yang perit tu."

"Kau ni cubalah bila cakap dengan aku tu kurang sikit darjah menyakitkan hati tu?"

"Truth hurts and we all know that, right?"

Dia babi tapi aku sayangkan dia. Even adik-beradik aku pun aku tak serapat ni. Tapi that being said, dengan kakak aku je yang aku on sikit. Dengan abang aku tu macam---

"By the way, kau dah okey belum?" Dia bertanya.

"Okey je kut. Alah, biarlah dia ada pakwe baru. Dengan aku dulu pun mula-mula sweet jugak."

"Wow dah pandai shade ex sekarang."

"Bukan shade. Just telling the truth. Biarlah, aku tak nak topik pasal dia mewarnai hari aku."

"Ayat tak boleh puitis lagi ke, setan?!"

"Apa salahnya, sekali-sekala?"

Tren sampai tak lama kemudian. Aku memutuskan panggilan dengan Joe dan mula menunggu di tepi laluan. Sampai saja tren itu, aku melangkah masuk dan nasib baik masih ada tempat duduk.

Aku hampir terlelap sebab malam tadi aku tak cukup tidur sebab tengok movie. Bodoh sial aku. Dahlah ni hari first.

Sampai saja Masjid Jamek, aku pun cepat-cepat turun dan berjalan menuju ke LRT laluan Kelana Jaya. Tren yang at least ada view untuk ditengok. Sebenarnya boleh je kalau aku nak laluan Putra Heights tapi ini negara demokrasi kan?

Semasa berjalan itu, sempat aku membeli nasi lemak harga Yahudi dekat dengan tangga. Tapi hatta harganya Yahudi pun, aku rasa portion dia nice. Makan tak lagi jadi aku tak boleh nak cakap apa-apa about it. Nak beli Tealive kat tepi tu tak buka lagi jadi cukuplah nasi lemak tu je.

Cumanya, aku hanya ada RM50 sahaja ketika itu dan nasi lemak itu berharga RM2.50. Aku mula menggodek dalam kocek manalah tahu kut-kut ada kan duit terselit. Tapi sayangnya tak ada.

Ada seorang lelaki berdiri di sebelah aku dan membeli karipap dan kuih lain. Dia memandang aku sebelum aku terdengar ketawa kecil dari mulutnya.

"Saya bayarkan untuk budak ni." Dia menghulurkan duit RM10 kepada akak kedai itu sebelum tersenyum sekilas lalu pada aku. Kemudiannya dia terus turun ke LRT bawah tanpa sempat aku mengejar.

Semasa aku sampai di bawah sana, aku nampak pintu LRT itu sudah tertutup dan dia tidak ada di tepi laluan itu. Aku terdiam seorang di situ menanti kalau-kalau sebenarnya dia tidak sempat naik.

Ada dua sebab sebenarnya.

Satu, aku nak ucapkan terima kasih. Bungkusan nasi lemak itu masih elok di tangan aku dan memang akan aku ingat sampai bila-bila orang belanja aku nasi lemak pada hari pertama aku internship.

Keduanya, senyuman dia itu. Senyuman yang bagi aku terlalu mahal untuk dipandang. Senyuman yang tak semua orang ada.

Yang ingat akulah tadi. Orang dia boleh tahan berupa. Aku tak rasa dia seusia dengan aku. He could be at least in the late 20s. That's the best aku boleh teka. Dan minyak wangi dia tu memang meletop kebabom aku wonder what brand he uses. Dan ya, dia pakai cermin mata. That is significant.

Do I just have a crush on someone I shall never meet again?

-----------------

Okay that's bab 1. Cerita ni agak pendek setiap chapter sebab nak stay true to the plot. But yeah, 15 votes tinggi tak?

Stay tuned!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro