Day 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

***

Hari ini adalah hari Jumaat ,  dan hari inilah hari yang ditunggu-tunggu Hyera . Pada awal pagi lagi dia berpakaian rapi

To Jimin;
Jimin , hari ni saya akan bebas .  Doakan supaya persidangan tu berjalan dengan lancar ye , terima kasih ^^

Hyera menuju ke ruang tamu rumahnya ,  kelihatan omma dan appa nya sedang duduk berjauhan . 
Hyera duduk bersebelahan ommanya

"Kau gembira kan dapat berpisah dengan aku? Perempuan sial yang tak tahu berterima kasih!" Bentak appa nya

Hyera dan ommanya berpegangan tangan dengan erat ,  appa nya memenang keterlaluan .  Setelah beberapa minit  omma Hyera bangun dari sofa lalu mengajak Hyera menuju ke dewan persidangan

-

From Jimin;
Pasti Hyera ,  aku selalu berdoa kepada kau .  Jangan lupa call aku kalau persidangan tu dah siap .  Aku nak jadi orang pertama yang mendengarnya , ouh ya..  nota untuk hari ni aku akan bagi pada kau nanti .  Fighting!

Ommanya tersenyum melihat Hyera yang sudah berubah menjadi ceria  . Selama ni ,  ommanya terlalu risau tentang Hyera yang sentiasa bersedih dan tidak mempunyai kawan

"Jimin yaa.."

"Aish..omma"

Ommanya mengusap kepala Hyera dengan lembut "bahagialah Hyera , berharap hari ni kita akan bebas dan mulakan hidup baru"

Hyera mengangguk dan berdoa di dia hati

-

Hyera memandang muka ommanya dengan bahagia ,  akhirnya appanya tidak dapat lagi bercampur urusan mereka dan tinggal bersama mereka

Hyera gembira sehingga menitiskan air mata . Sehingga sampai di rumah ommanya mula memasak makan malam

"Hyera-sshi.. jemput kah Jimin ke rumah"

"Tapi omma"

Ommanya memandang Hyera dengan tatapan merayu .  Hyera juga baru teringat supaya dia harus memberitahu Jimin tentang hal ni

Hyera segera ke biliknya , mencapai phone lalu mendail nombor Jimin

"Halooo Hyeraaaa" Jimin menyambut panggilan Hyera dengan gembira .  Hyera ketawa kecil mendengar suara Jimin

"Jimin-ah , saya cuma nak bagitau  , omma saya jemput awak untuk makan malam di rumah saya  . Dan kalau saya ta bagitau mesti awak dah tahu hasilnya kan?" Hyera tersenyum

"Bagus! Tahniah Hyera ,  semoga bahagia selalu" kata Jimin

"Terima kasih Jimin"

"Tiada masalah Hyera.."

-

Jimin mengetuk pintu rumah Hyera beberapa kali  , di tangan kirinya ada sebuah jambangan bunga ros dan nota untuk Hyera

"Ouh.. Jimin ,  sila la masuk dulu . Hyera sedang tukar baju"  . Jimin mengangguk dan memberi jambatngan bunga itu kepada omma Hyera

Omma Hyera tersenyum "ni bukan untuk Hyera?"

"Aniy..ni khas untuk auntie"

"Aigoo..gomawo'

"Cheonma..kebetulan saya lalu di hadapan kedai bunga" kata Jimin lalu berjalan menuju ke ruang dapur dan duduk di kerusi yang telah tersedia rapi

"Bukan ini saja..tapi untuk semua , dan sebab sudi berkawan dengan Hyera" kata omma Hyera membuatkan Jimin tersenyum

"Oh?  Jimin!"  Hyera berjalan menuruni tangga . Berbaju biasa dan sweatpants  , tetap cantik di mata Jimin

Hyera berjalan lalu duduk di depan Jimin "terima kasih sebab sudi datang!"

Jimin ketawa ,  hari ini banyak yang mengucapkan terima kasih padanya "sama-sama , dan..  ni nota untuk hari ni ,  sama-sama lagi Hyera"

Omma Hyera tersenyum dan duduk di samping Hyera "jom makan ,  maaf cuma hidangan sampingan"

"Selamat makan!" Kata mereka bertiga serentak lalu muka menikmati makanan di atas meja

-

Jimin dan Hyera menuju ke taman apabila selesai makan .  Mereka berdua duduk di sebuah bangku  di taman yang dipenuhi rumput yang menghijau , bintang malam itu sungguh banyak dan terang

Keduanya diam ,  terasa keheningan malam yang nyaman

"Jimin"

Jimin memandang Hyera "kalau kau nak berterima kasih lagi ,  aku dah letih dengarnya" kata Jimin membuatkan Hyera mem-poutkan bibirnya

"Aniy..saya cuma nak bagitau yang saya mengantuk.."

"Hmm.."

Diam lagi

Jimin mengumpul semangatnya ,  Hyera sudah pun bebas dan Jimin harus

"Hyera"

"Hmm?"

"Aku nak bagitau sesuatu pada kau"

"Apa dia?"  , Hyera menguap dan memejamkan matanya  . Kepalanya mula menunduk

Jimin menjentik perlahan dahi Hyera "jangan tidur !"

"Nae..huaahh ppaliwa"

"Sebenarnya"  Jimin menghela nafasnya dan mengumpulkan keberanian nya .  Tidak tahu Hyera akan marah atau tak ,  itu hal kedua .  Sekarang Hyera perlu tahu bahawa dialah yang meletakkan stickt note di loker Hyera

Dan itu semua berawal dari 'dare'

"Aku lah sticky note sender , yang selalu lekatkan sticky note di loker kau Hyera"

Pluk. Jimin merasa bahunya berat  dan nafas Hyera yang teratur .  Hyera tertidur

"Aish..Shin Hyera ,  asal comel sangat?  Huff.. gagal" Jimin mengeluh 

Jimin membetulkan posisi Hyera di bahunya dan mengelus rambut Hyera dengan lembut dan perlahan

Masih ada banyak waktu kan?

***

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro