BAB 1 - hospital

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" The sweetest storyline is our love story "


          AIKHA berjalan keluar dari kelasnya sambil mata sibuk memandang kuku yang panjang.

BUK!

" Jalan tengok depan, bukan kuku kau " kata satu suara garau mendatar. Aikha menggosok kepalanya yang sakit akibat berlanggar dengan dada berotot lelaki itu. Dia rasa dia pernah dengar suara ni. Pantas Aikha mendongak.

" Dia ni lagi " batin Aikha

" Ergh " Aikha bangun. Bukannya nak tolong dia bangun, tengok je. Dasar ketua pengawas tak guna.

" Aku ada kerja, better aku pergi dulu dari tengok kau. Bukan dapat apa pun " kata Que selamba lalu beredar. Aikha memandang pemergian Que dengan mata yang dijegilkan.

" Beb, Que kacau kau ke? " soal Niena risau. Aikha menggeleng. Kacau apanya?

" Takla, aku terlanggar dia je "

" Hati-hati la lain kali " pesan Niena. Aikha hanya mendengar.

[ ♥ ]

         " BRO, kau kenapa? Muka serius sangat ni, gaduh dengan awek ke? " soal Nish, atau nama sebenarnya Danish Reymi. Sepupu Que.

" Tah kau ni " sokong Firash. Firash Al Raydee, sepupu Que juga. Anas mengangguk setuju. Anas Meeqail, juga salah seorang dari sepupu Que.

" Diam lah. Aku serabut " marah Que mendatar. Mereka semua hanya memandang.

" Dia terserempak dengan Aikha kot " bisik Anas. Kau nak bisik tapi cakap macam pakai speaker. Alahai.

" Memang "

" Hah? " soal Anas, Firash dan Nish serentak.

" Memang aku terserempak dengan dia " balas Que dengan mata tertumpu kepada buku.

" Jodoh tak kemana, Que. Asyik terserempak je ni " usik Firash. Nish dan Anas ketawa. Que menjeling. Sepupu tak guna.

" Oh ya, mana sekor lagi? " soal Nish seperti tercari-cari seseorang.

" Aku dekat sini. Korang buat aku macam tak wujud eh? Dah la labelkan aku sekor " soal Ameer lalu mengecilkan matanya. Kheer Ameer, juga sepupu Que.

" Suara siapa tu? " soal Anas, Nish dan Firash serentak.

" Kepala bapak korang lah "

" HAHAHAHAHAHAHA " kedengaran tawa Anas, Nish dan Firash. Ameer menjeling.

" Dah la bodoh. Dari aku dengar suara sumbang korang ni gelak, baik aku pergi mengorat Niena " kata Ameer direct. Terhenti tawa Anas, Nish dan Firash.

" Woi ! Niena aku punya! " jerit Anas.

" Aku punya lah! " marah Firash pula. Anas dan Firash mengejar langkah Ameer. Nish pula menarik lengan Que untuk mengikuti langkah mereka.

Ramai peminat kau Niena.

Niena : Ey takda kerja aku nak suka diorang. Kalau Ameer okey la.

Gatal eh kau?

Niena : shut up author. Oh ya, jangan lupa jodohkan aku dengan Kheer dekat story aku tau?

Taknak werk!

" Huh, penat la. Dah la ada kerja sekolah banyak. Lepastu nak kena jumpa si Que tu lagi. Entah denda apa dia nak bagi. Haih " bebel Aikha seorang diri. Jangan mengeluh! Memang tugas kau sebagai pelajar kan, kerja sekolah tu?

Memang la!

" Sini ke? " soal Aikha seorang diri sambil memandang sekeliling padang.

Tiada orang.

Ni nak sidai aku ke macam mana ni? Sabar jela. Aikha melabuhkan punggung diatas pondok yang disediakan di tepi padang itu.

" Best jugak tempat ni "

Aikha memandang sekeliling pondok itu dengan senyuman. Tiba-tiba, matanya terhenti pada satu sticky note yang terlekat pada tiang.

Apa tu?

Pantas Aikha mengambil lalu membaca isi sticky note itu.

Aku tak sempat nak jumpa kau.
Ada hal family , jumpa aku dekat cafe hospital ArlanShah
- HQ

" Penat tau tak aku jalan sampai sini? Lepastu, senang-senang je dia suruh aku pergi hospital pula? Haih, tapi apa dia buat dekat hospital? Jadi doktor sementara ke? Nak ke hospital tu ambil dia jadi doktor? Perangai annoying nak mampus " bebel Aikha sambil mengambil begnya lalu beredar pulang ke rumah untuk bersiap.

           AIKHA menapak masuk ke dalam Hospital ArlanShah itu dengan mata yang sibuk memandang sekeliling, mencari Que.

" Mana dia ni? " soal Aikha perlahan sambil menggaru kepalanya. Dia berhenti dihadapan wad kanak-kanak itu.

" Kakak " Aikha menoleh kearah suara itu dengan kening yang dijongket.

" Ya, adik kenapa? Eh lutut ni kenapa luka? " soal Aikha risau. Mata dan tangannya tak henti menilik lutut kanak-kanak perempuan itu. Mata kanak-kanak itu juga sembab, mungkin menangis kerana kakinya sakit.

" Erm tak ada apa. Kakak buat apa dekat sini? Melawat adik kakak ke? " soalnya ramah. Aikha tersenyum kecil.

" Kakak anak tunggal lah. Kakak bawa adik masuk dalam sana eh? Lutut adik luka, biar jururawat tu rawat adik. Okey? " soal Aikha lembut. Kanak-kanak itu menggeleng laju. Berkerut dahi Aikha.

" Kenapa taknak masuk? " soal Aikha. Kanak-kanak itu menekur ke arah lantai.

" Kakak tanya, kenapa? Ada orang buli adik ke? " soal Aikha sekali lagi. Dia cuba melembutkan suaranya lagi.

" Asya! Masuk- " terhenti arahan jururawat itu apabila Aikha memandangnya. Nada jururawat itu juga tidak seperti bercakap dengan kanak-kanak. Apa yang Asya buat sampai jururawat itu mahu memarahinya?

" Cik siapa ya? " soal jururawat itu dengan senyuman paksa. Dari senyumannya itu, Aikha terfikir sesuatu.

" Oh, saya- " baru sahaja Aikha mahu bangun dari melutut dihadapan Asya, Asya menarik hujung bajunya. Terhenti perbuatan Aikha.

" Why Asya? " soal Aikha dalam nada berbisik.

" Cakap awak kakak Asya " arah Asya turut berbisik. Aikha mengerutkan dahi, tidak memahami tetapi diikut juga arahan Asya.

" Saya kakak Asya "

" O-oh, kakak? Maaf, saya nak bagi Asya makan ubat sekejap. Boleh? " minta jururawat itu. Aikha diam seketika. Matanya memandang tag nama jururawat itu.

Inara Qistina. Macam pernah dengar?

" Bo- " Asya menarik hujung baju Aikha lagi. Aikha memandangnya.

" Kenapa sayang? Takut nak makan ubat ke? " soal Aikha. Asya menggeleng.

" Asya taknak makan ubat? " Asya mengangguk.

" Kenapa? " Asya kembali menekur ke arah lantai. Makin berkerut dahi Aikha. Inara yang melihat adegan itu, menahan geram.

" Asya " Mereka semua menoleh kearah suara garau itu.

" Que? " soal Aikha. Apa hubungan Que dengan Asya?

" Kau buat apa dekat sini, Inara? " soal Que dingin. Inara yang termenung itu, terkejut dek suara Que.

" Oh s-saya nak bagi Asya makan ubat " balas Inara perlahan.

" Ubat apa? "

Inara diam membisu. Aikha memandangnya pelik. Ubat apa dia nak bagi?

" Aku tanya ubat apa? Bagi aku tengok " arah Que lagi. Nadanya dingin sahaja. Inara masih diam menunduk.

" Degil. Fiet ! " panggil Que apabila ternampak Fiet, iaitu doktor yang merawat Asya atau kawan Que.

" Hah, apahal? " soal Fiet.

" Kau ada suruh Inara bagi Asya makan ubat apa-apa ke? " soal Que semula. Fiet diam seketika.

" Ada "

" Mana? " soal Que.

" Jap aku pergi ambil dekat dalam " kata Fiet lalu masuk kedalam wad kanak-kanak itu. Beberapa minit kemudian, Fiet kembali dengan dua botol ubat.

" Aku suruh bagi yang ni, tapi ni.. " Que mengambil botol ubat yang lagi satu. Inara mula gelabah apabila melihat botol ubat itu diambil oleh Que.

" Kau cuba nak bunuh Asya ke? " soal Fiet serius. Que turut memandang Inara tajam. Pantas Inara menggeleng.

" Habistu macam mana ubat yang bukan aku bagi ni boleh ada atas dulang ubat yang kau kena hantar dekat Asya? " soal Fiet lagi. Inara menunduk ke bawah.

" Aku nak jumpa kau dekat bilik aku, sekarang " arah Fiet.

" Aku gerak dulu, Que. Biar aku settle dia ni " kata Fiet lalu beredar diikuti Inara yang dipaksa mengikuti Fiet.

" Huh, nasib tak ada apa-apa " keluh Que perlahan. Matanya jatuh memandang Asya yang sedang menekur ke arah lantai. Perlahan-lahan dia melutut.

" Asya, duduk dekat dalam sekejap tau? Along ada hal sekejap dengan kakak ni " minta Que lembut.

" Along nak pergi mana? "

" Cafe, nak borak dengan kakak Aikha " balas Que lembut. Ceh, borak lah sangat kan Que?

" Okey " balas Asya lalu berlari masuk ke dalam wad kanak-kanak. Que memandang Aikha.

" Jom " ajak Que mendatar. Aikha hanya menurut.

             " AKU nak kau masakkan untuk aku " kata Que selamba. Aikha menjongketkan keningnya. Tu denda ke?

" Aku tak tulis nama kau dalam buku tu. Sebagai ganti, kau kena masak untuk aku. Masak makanan kegemaran aku " sambung Que.

" Mana la saya tahu makanan kegemaran awak apa " balas Aikha menyampah. Que mengukir senyum sinis.

" Pandai - pandai kau lah " kata Que lalu beredar. Aikha mendecit perlahan sambil meramas jarinya. Habit.

" Ish! Aku lagi rela kena pusing padang dari perah otak untuk fikir apa yang dia suka! " rungut Aikha perlahan. Tiba-tiba, Aikha mendapat satu idea.

" Tch! Buat je la " kata Aikha seorang diri lalu beredar.

T
B
C
🏹🌷♡⋅₊˚.// 🍓🐇‧₊˚✧

Done bab 1 ! Hope tak hambar and ya! Leave your vote and comment! Bye ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro