01

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Mak ! Mak ! Bangun mak ! Jangan macam ni mak , mak tolong lah ! " meraung seorang gadis melihat emaknya yang terkulai layu . Darah diperut akibat ditikam makin mengalir semakin banyak dan banyak .

" Ayah ? Ayah ? Ayah ! Ayah jangan macam ni , mak ayah bangun ! Mak , ayah tolong lah . " meraung pula seorang lelaki yang sudah berusia antara 15 tahun . Leher ayahnya dikelar buat beberapa kali menyebabkan darah mengalir laju . Mereka berdua ditenangkan oleh abangnya sendiri ,
sehinggalah polis dan ambulans sampai ke destinasi disitu .

• • •

" Ra ! Kau dah siap ke ? Cepatlah , kang lambat kena denda aku tak tahu . Salah kau lah siapa suruh lambat , kerja aku hantar kau aje " usik Aris , merupakan abang keduanya . Azizul yang merupakan anak sulung , awal-awal sudah keluar mencari rezeki untuk adik-beradiknya . Sejak kematian ibu ayahnya , mereka sudah tahu berdikari sendiri tanpa diajar oleh sesiapa kecuali adik bongsunya , Laura .

" Kau boleh tak sabar kejap , pasal kau habis tudung aku tak bentuk . Ni nasib baik tak kena seterika kat tangan aku sebab gelabah , kalau kena dah lama dah aku tumbuk kau satgi " kata Laura geram . Aris hanya tergelak kecil sebelum meletakkan beg Laura di raga motosikal .

Pada itu dia perlu menghantar adik bongsunya ke kolej . Macam tidak biasa pula untuk menghantar adiknya itu ke kolej , sememangnya ini kerja dia setiap pagi untuk memulakan kerja lain iaitu jadi seorang pekerja restoran yang agak jauh dari kolej Laura belajar .

Kadang-kadang itu mengambil masa yang lama untuk mengambil adiknya dan sebagai . Namun sudah biasa bagi Laura , dia sudah faham keadaan dan situasi abang-abang yang itu .

" Ha termenung apa lagi ? Jalan la , tadi nak cepat sangat , ni dah termenung pula . haih dah ada cinta hati ke ? " tanya Laura cuba mengusik di belakang Aris . Aris mencebik bibir mendengarnya .

" Gila apa yang kau cuba sampaikan ni ? Ergh dah , kunci mulut kau tu . Kau cakap benda merepek lagi , aku tinggal kau kat sini  " kata Aris terus menekan minyak motorsikal lalu berlalu pergi . Laura hanya mencebik bibir sahaja .

" Azizul , mari sekejap " panggil Pakcik Hashim merupakan boss disitu .

Azizul membersihkan dahulu tangan di tepi seluarnya sebelum mendekati Pakcik Hashim . Pakcik Hashim memberikan senyuman sebelum menyelut poket di bajunya sebelum memberikan wang itu kepada Azizul . Azizul tersentak besar apabila wang itu begitu banyak .

" Ini gaji kamu hari ini , kamu guna lah sebaik-baiknya . Hm ada lebih tu kamu guna ajelah untuk benda-benda penting . Pakcik bukan apa cuma kesian tengok kamu . Berkerja keras untuk adik-adik kamu , orang macam kamu ni patutnya sambung belajar . Bukan macam ni " kata Pakcik Hashim . Azizul mendongak memandang Pakcik Hashim .

" Tapi takkan setiap gaji sahaja , mesti ada lebih . Saya-"

" Azizul , arwah ayah kamu dulu rapat dengan saya. Tentang dia , semua saya sudah tahu . Saya patut jaga kamu dan adik-adik kamu yang lain . Jadi ambil la duit tu untuk kegunaan adik-adik kamu . Kalau ada apa-apa yang tak cukup , bagitau saja kat pakcik . " Kata Pakcik Hashim tersenyum

" Erm pakcik pergi ke belakang dulu , nak tengok la barang yang baru tu dah di buka ke belum " Sambung Pakcik Hashim terus berlalu pergi . Azizul hanya memerhati Pakcik Hashim sehingga hilang dari pandangan matanya sebelum melihat kepingan wang yang banyak di tangannya . Dia tersenyum .

" Alhamdulillah , ada juga rezeki lebih harini " kata Azizul perlahan sebelum memasukkan duit tersebut itu ke dalam dompetnya . Tanpa berlengah dia meneruskan kerjanya .

" Aku mungkin ambil kau lambat , kalau lambat kau tunggu aje aku kat pondok sana tu . Kalau aku dapat tahu kau jalan sorang-sorang balik rumah , memang kena kau " kata Aris memberi amaran . Laura hanya mendiamkan diri sahaja , riak wajah Aris tidak memberi kesan kepadanya untuk menjadi takut . Tidak seperti Azizul yang sering buat dirinya kecut perut dan berdebar .

" Kau ni macam tak biasa pula , aku tahu la aku kena tunggu kau kat pondok sana . Kau ni selalu sangat membebel , sakit telinga aku dengar . Dah mengalahkan makcik bawang je " kata Laura mengambil begnya dan ingin melangkah masuk ke dalam kolej .

" Eh kejap , " Laura terberhenti langkahnya apabila Aris menyuruhnya untuk berhenti . Dia menoleh ke arah Aris dengan kening terangkat di sebelah . " Apa lagi ? " tanya Laura hairan .

" Semalam , aku bukan apa . Aku ternampak kat lengan kau ada lebam , bukan kat lengan aje , kat tengkuk sekali . Kau ada pape tak kena ke ? " Tanya Aris . Laura mula pandang ke arah lain , cuba mencari jawapan diakalnya .

" Laura ? " panggil Aris apabila mengetahui wajah Laura mula berubah pucat lesi . Laura tersedar segera melihat Aris .

" Kau ada pape tak kena , bagitau aku Laura " kata Aris mula risau keselamatan Laura . Laura menelan air liur . Masa bila dia nampak ? Semalam ? Bila ? Macam mana dia tahu ? Laura mula gelisah .

" Kau okay tak ni ? " tanya Aris mula memastikan apabila riak wajah Laura berubah menjadi wajah cemas . Laura mengangguk kepala laju terus melangkah pantas masuk ke dalam kolej .

Aris berkerut dahi seribu . Apa kena dengan Laura ni ? Tak pernah lagi dia macam tu . Dia mula bertanya-tanya difikirnya . Dia percaya , ada sesuatu yang disembunyikan oleh adik bongsunya itu . Tanpa berlengah dia terus memulakan enjin motosikalnya , terus pecut laju untuk destinasi yang seterusnya .


• • •

" Aku tak boleh rahsia ni terbongkar kat mana-mana pihak . Kalau benda ni terbongkar , habis ! Mati aku dikerjakan teruk punya " kata perlahan Laura memeluk begnya . Dia berjalan tanpa melihat arah . Dia mula rasa mengigil satu badan akibat takut .

Tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki yang sedang berjalan di laluan yang sama . Dia terjatuh , satu tangan ingin membantu dirinya untuk bangun namun dia hanya menunduk lalu dia berusaha untuk bangun sendiri . Dia mendongak sedikit ke arah lelaki itu , sebelum menunduk jatuh memandang ke bawah .

" Maaf " kata sepatah Laura lalu dia meneruskan langkahnya hingga ke dewan kuliah  . Lelaki itu memandang tenang melihat gadis itu selanjutnya dia pula yang meneruskan langkahnya .

" Penat tho dengar lecturer tadi membebel , kau tak penat ke Ridz ? Kau Man ? Tak penat ke ? " tanya Joe merupakan kawan lelaki yang paling rapat dengan Ridz manakala Aeman pula kawan rapat semasa di sekolah menengah .

" Kau tanya aku penat ke tak . Mesti ar penat. Sakit otak aku nak cari jawapan gila tu , lain lah Ridz ni . Lahir-lahir dah ada otak pandai . Macam aku ni ? Otak selalu bengong . Stress ar ceni " kata Aeman mula rimas . Joe tergelak kecil membuatkan Aeman menoleh ke arah Joe .

" Kau asal gelak ? Tak de angin , tak de ribut tibe gelak . Gila ke apa " kata Aeman disertai dengan riak wajah malas hendak layan .

" Takdelah kau mengaku tho kau bengong . Kalau aku tak , aku ni peringkat sederhana tapi kau-" Joe meneruskan ketawanya . Aeman mula rimas terus menolak Joe ketepi dengan kasar .

" Ergh ! Kau pergi sana !  Kau datang balik kena kau ! " beri amaran Aeman dengan memalingkan pandangan tajam .

" Oi , oi lek - lek sudahlah . Aku gurau aje , eish kau ni . Macam tak biasa pulak dengan perangai aku " kata Joe terus mendekati mereka berdua . Ridz hanya mendiamkan diri , malas untuk melayan mereka berdua .

" Weh hensemnya dia , aku dengar dia kacukan Melayu dengan Korea kan ? " tanya seorang gadis di dewan makan itu . Seorang lagi gadis mengangguk laju , gembira .

" Ye tho . Kau tengok ar mata orginal dia , coklat-coklat gitu . Rambut dia jangan cakap ar dah memang 100% macam oppa Korea dah " kata gadis itu dengan jeritan gembiranya namun perlahan .

Ridz mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebelum dia menyumbat kedua-duanya  earphone di telinga . Dia membuka buku dan membuat ulangkaji walaupun masanya tidak lama . Dia lebih suka mengulangkaji di rumah kerana suasananya tidak bising berbanding di kolej .  Namun , dia perlu memaksa dirinya untuk belajar dengan lebih tekun supaya markahnya lebih tinggi dari sebelumnya .

Laura duduk di pondok sambil wajahnya monyok kerana dimarahi oleh lecturer . Gred ujian semakin lama semakin menurun . Tiada peningkatan . Dia mula sebak .

" Kamu kalau dapat markah macam ni lagi , kami tak teragak-agak nak buang kamu dari kolej ni . Markah macam ni bukan standard menengah atas atau menengah rendah lagi kami nak usahakan , kamu yang kena usahakan sendiri dapat markah yang lulus ! Jadi saya minta tolong perbaiki segala pembelajaran kamu secepat yang mungkin . Exam yang sebenarnya beberapa bulan sahaja lagi . Tak ada alasan kenapa markah seteruk ni lagi "

Terngiang-ngiang di telinga bagaimana lecturer gemuk itu memarahi dia . Dia mendengus geram .Dia mula mengoyakkan kertas ujian itu , turut memijak-mijak buat beberapa kali di atas kertas yang sudah koyak itu . Benci . Sakit hati .

Bagaimana dia mahu belajar jika otaknya melayang ke tempat lain ? Dia merengus geram sebelum menoleh ke arah kertas ujian yang lain disebelahnya . Air mata yang ditahan mengalir jua . Dia cukup kesal dengan kekurangan yang ada di dalam dirinya .

" Aku nak kau kerjakan perempuan tu cukup-cukup . Kalau boleh aku nak perempuan tu berhenti terus kat kolej ni , aku tahu dia pelajar kesayangan Lecturer Julia . Aku akan pastikan Lecturer Julia ambil aku sebagai pelajar kesayangannya lepas ni dan bukan dia ! " jerkah dihujung kata gadis itu. Bengang .

" Tapi Jas , aku risau kau malukan ayah kau je nanti . Termasuk keluarga kau . Ayah kau kan dah la kaya , lepastu terkenal pula tu . Aku-"

" Aku kesah apa ! Aku tak kesah pasal tu , yang aku kesah sekarang aku nak jadi pelajar kesayangan Lecturer Julia . Itu je . Kalau aku dapat jadi pelajar kesayangannya nanti , dapatlah aku kahwin dengan Ridz " Kata Jasmine penuh dengan senyuman yang bermakna . Reen dan Farah hanya mengaru kepalanya yang tidak gatal , rimas pula melayan karenah Jasmine kali ini .

" Tak sekarang ni asal kau nak merajuk dengan aku ? Aku guna duit kau ke ? Kan semalam aku dah belanja kau , habis takkan hari ni kau tak boleh belanja aku ? " tanya Aeman ke arah Joe yang mula menarik muka . Ridz yang berdiri disitu langsung tidak menolong , bukan tidak menolong . Malas untuk masuk campur lebih baik mereka selesaikan sendiri isu yang tidak matang ini .

" Aku tak suka kalau orang guna duit aku , lepas tu tak minta izin dengan aku untuk kegunaan ' belanja ' . Orang biarlah aku yang belanja , ni apesal kau ambik duit aku lepastu kau cakap aku belanja . Sedangkan aku tak cakap pun nak ' belanja ' kau " balas Joe bengang . Aeman mengeluh geram seperti tidak adil .

" Weh Ridz , kau tengok kawan rapat kau ni . Macam mana eh kau boleh ambil dia sebagai kawan rapat kau dulu ? Sumpah sia perangai dia sebijik macam ex aku , eish menyampah pulak aku " kata Aeman sebelum merengus geram . Joe memalingkan muka tidak puas hati .

" Suraya ke ?  " tanya Ridz tenang . Aeman mula memandang Ridz dengan tajam , namun renungan maut itu hanya dipandang remeh sahaja .

" Kau Ridz , kau diam . Biar aku dengan dia je ada dalam pergaduhan ni . Kau , tak payah masuk campur . Kang , kau-kau pun aku bantai " kata Aeman memberikan amaran .

" Dah apesal kau nak kaitkan dengan ex kau pulak . Ni hal duit aku , duit aku yang kau guna lepastu cakap yang aku belanja . Tak de kena mengena dengan ex kau , tibe je dah masuk ex dia dalam hal ni " kata Joe mencebik bibir .

" Eh aku cakap perangai kau ni sebijik je , bukan aku nak dia masuk hal ni . Eh akulah-"

" Oi ! dah , dah . Kau beralah aje lah dengan dia . Dia kan jenis budak kecik , benda simple aje . Kau beralah , atau Joe yang beralah " kata Ridz sempat menarik tangan Aeman yang ingin menampar ke arah Joe .

" No ! Aku takkan sesekali beralah sebab benda ni bukan salah aku . Salah dia ! " kata Joe terus menjeling sekilas ke arah Aeman . Ridz menggeleng kepala melihat karenah Joe kali ini .

" See ? Jadi kau lah kena beralah . " Kata Ridz memandang Aeman  . Aeman mula mendengus perlahan dan cuba mengambil nafas .

" Okay , okay aku salah . Jadi apa yang aku patut ' ganti duit kau' dah terguna tu ? " tanya Aeman panas hati . Sengaja menekan perkataan tersebut . Joe mula tersenyum sebelum bersuara .

" Belikan aku tu , coconut shake " kata Joe terus menunjuk ke arah makcik kantin yang sedang menjual coconut shake itu . Aeman menjeling tajam dengan sekilas sebelum dia ingin berlalu namun terberhenti seketika .

Tiba-tiba seorang perempuan terlanggar bahu Ridz membuat perempuan itu terjatuh terduduk , habis kertas ujian itu terabur di atas lantai .  Menampakkan ' gred ' keputusannya lagi perempuan itu terbeliak mata melihatnya .

Ridz ingin menolong tetapi ditepis kasar oleh perempuan itu . Perempuan itu bangkit lalu dia menunduk namun Ridz dapat melihat sedikit wajah perempuan itu . Wajahnya memerah di kedua-dua bawah mata , kelihatan seperti membengkak . Menangis , mungkin ?


" Maaf " kata perempuan menunduk sedikit itu sebelum ingin melangkah pergi . Namun tiba-tiba Ridz menarik pengelangan tangan perempuan itu membuatkan perempuan itu tersentak besar memandang ke belakang .

" Lepaskan akulah ! " kata Laura menarik tangannya dengan kasar walaupun Ridz memegang pengelangan tangan perempuan itu dengan sehabis kekuatannya .

Dia sempat mengesat kasar air matanya sebelum dia memandang tepat ke arah Ridz , membuatkan lelaki itu menelan air liur . Oh perempuan pagi tadi ! 

" Jangan nak kesian dengan aku , aku tak suka " kata Laura perlahan namun dapat didengari oleh Ridz . Laura seterusnya berjalan terus hingga ke destinasi yang mahu dia di tuju . 

" Apa maksud dia ? " Ridz mula tertanya-tanya difikirnya . Melihat perempuan itu berjalan dari jauh hingga hilang  di pandangan matanya .

Bersambung

Done update today
Thankyou for reading , vote
and comment 🌠.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro