Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari ini aku bangun agak awal daripada biasa.Kalau tidak disebabkan pagi itu aku ada presentation pada kelas Miss Nandini memang tak ada maknanya aku nak bangun awal.Pada pagi itu, aku hanya mengenakan jeans berwarna biru kehitaman dan dipadankan dengan baju jaket kulit yang memang mengikut potongan badan aku.Aku menyisir rambut aku yang panjang beralun dengan menggunakan jari. Seperti biasa solekan aku tidak tebal seperti make-up Si Mayat Hidup tu a.k.a Lianna.

Selepas berpuas hati dengan penampilan diri,aku mencapai telefon dan beg untuk keluar turun ke tingkat bawah.

Semasa aku turun untuk ke tingkat bawah aku terdengar bahagian ruang makan yang agak sedikit riuh dengan suara gelak ketawa.Pelik...Ada orang datang rumah ke? Jarang tetamu atau kawan-kawan mama atau papa berkunjung ke rumah pada waktu pagi.Aku meneruskan perjalanan aku pergi ke ruang makan. Apabila aku sudah tiba di ruang makan, semua mata memandang ke arah aku.Aku dapat lihat ada seorang lelaki muda yang merupakan tetamu keluarga aku pada pagi itu.Aku memang lansung tidak mengenali lelaki tersebut.Rupa parasnya agak kacak dan kelihatan lembut bak kata orang sejuk mata memandang.

Papa yang melihat aku agak kekok di hadapan tetamunya itu terus bersuara.

"Morning, Rin.Kenalkan ini driver baru kita yang akan jemput dan hantar Rin ke kolej.Tapi,sementara Pak Mat cuti ni Luqman pun akan jadi driver papa.But don't worry,sebab papa dah bagi jadual waktu balik Rin.Nanti tak adalah serabut sangat Luqman yang mana satu dia perlu jemput dan hantar.Luq, apa-apa pun awak utamakan untuk jemput dan hantar anak saya dulu ya," kata papa.

"Okay uncle.Don't worry.Saya akan patuhi arahan." Balas Luqman sambil tersenyum manis.

Terserlah dua lesung pipit di wajah Luqman apabila tersenyum.Aku agak terpana melihat wajah lelaki yang bernama Luqman.Wajahnya tidak seperti lelaki yang sering menghimpit dan mengejar aku.Boleh dikatakan wajah Luqman bersih dan nampak macam orang baik.

Pelik betul aku.Luqman si driver baru boleh makan bersama-sama keluarga aku pada pagi itu .Pak Mat pun tidak sebegitu.Dahlah tu, Luqman panggil papa aku pun uncle bukan boss atau tuan.Apa yang menarik sangat si Luqman tu sehingga keluarga aku melayannya dengan baik seperti ahli keluarga.

"Dahlah Rin.Makanlah, apa yang duk menung lagi tu.Tahulah dapat driver hensem.Tak payah sampai angau macam tu sekali," usik abang.

Aku menghadiahkan abang jelingan yang tajam.Hek eleh ingat aku nak sangat ke mamat kampung macam tu.Makin riuh ruang makan itu dengan ketawa keluarga aku apabila abang mengusik aku.

"Please heh,not my taste okay," balas aku sambil duduk di sebelah mama dan berhadapan dengan Luqman.

"Tengok pa, jual mahal." Kata abang lagi.

Aku hanya buat tidak endah dengan usikan abang walaupun hati aku panas apabila usikan abang mengundang ketawa keluarga aku.Entah apa yang lawak pun tak tahulah.

"Rin makan cepat sikit.Nanti kesian dekat Luqman tunggu lama," ujar mama.

Pada masa itu, Luqman sudah keluar ke garaj kereta bersama abang.Aku yang mendengar kata-kata mama mula panas hati.Apahal semua orang dalam rumah ini baik dengan mamat tu?

"Hish mama ni.Suka hati Rinlah.Lagi pun Rin baru je duduk nak breakfast.Dia tu pekerja buatlah cara nak kerja ni macam pekerja kaki kipas je.Lagi pun dia tu makan gaji dengan kita kenalah ikut arahan kita."

Mama menggeleng kepala mendengar jawapan aku.Tiba-tiba aku ditampar perlahan oleh mama di lengan.

"Apa ni mama.Rin tengah makankan.Takkan pasal mamat kampung tu pun mama nak pukul Rin.Betullah cakap Rin tadi." Kata aku sambil menggosok lengan yang dipukul oleh mama.

Tidak pernah mama pukul aku tapi bila aku cakap pasal mamat kampung tu mama naik tangan dekat aku.Dalam hati tak payah cakap rasa marah dan tidak puas hati tu macam mana.Rasa macam dah boleh jadi Hulk.

"Tulah, biadap lagi mulut tu.Kalau Luqman dengar kecil hati dia.Rin jangan ingat dia driver biasa.Kalau tak disebabkan dia papa dah dekat hospital tau sekarang."

Aku agak terkejut apabila mama berkata sebegitu.Aku tak tahu apa-apa pun.

"Mama ni.Rin tak fahamlah.Apa jadi dengan papa sampai terhutang budi dengan mamat tu?"

"Mamat...mamat..Kan dia ada nama.Nama dia punya sedap Rin panggil mamat.Nama dia Luqman Hakim.Mama suka tengok dia.Baik je perangai dia.Muka pun boleh tahan,sejuk je bila pandang."

Aku membuat muka menyampah plus muntah apabila mama mula memuji mamat kampung tu setinggi langit.Lain orang tanya lain mama jawab.Ingat aku kisah sangat ke pasal rupa si Luqman tu.Ramai lagi lelaki yang lagi kacak daripada dia yang sentiasa mengejar aku.

"Mama ni kan.Orang tanya lain dia jawab lain.Kalau mama dah suka sangat pergi jelah kawin dengan dia." Balas aku.

"Kalau mama masih single dah lama mama kawin dengan dia.Ni dah ada papa kamu nak buat apa.Rin jelah kawin dengan dia."

"Mama ni! Stoplah cakap pasal mamat kampung tu.Rin nak tahu apa jadi dengan papa?"

"Itulah Rin asyik enjoy je sampai apa-apa jadi dekat keluarga kita pun Rin tak tahu kan? Papa hari tu dia kena ragut dengan samseng mana ntah.Nasib baik ada Luqman.Dia tolong papa kamu.Then,peragut tu pun dapat ditangkap.Bila dah jumpa tu papa pelawa dia kerja driver ni.Tak sangka dia terima.Mama pun suka je bila tengok cara dia layan papa dan family kita.Sopan je tutur kata dia dan memang baik gilerlah.Dia layan mama macam mak dia sendiri.Ni anak mama sendiri pun layan mama macam kekawan," perli mama.

Aku merengus apabila mendengar pujian mama pada mamat kampung tu.Ini sudah lebih ni.Apa yang mulia sangat si Luqman tu? Hati aku terbakar sejak tadi apabila mama membandingkan diri aku dengan Luqman.Huh, mudah sahaja mama percaya pada orang luar.Aku hanya memakan baki makanan aku sedikit.Tidak ada selera apabila mama tidak habis-habis memuji mamat kampung yang datang entah dari mana.

"Dahlah ma.Malas Rin nak dengar cerita pasal mamat tu.Mama dengan papa jangan bagi muka sangat nanti dia pijak kepala baru tau! Pekerja sekarang bukan boleh baik sangat," ujar aku sambil terus mencapai beg dan berlalu pergi.

Aku lansung tidak mengendahkan mama dan tidak mencium pipi seperti kebiasaan yang sering aku lakukan jika hendak ke kolej atau keluar.Semuanya disebabkan perasaan marah dan meluat dengan kata-kata mama.Ya,aku tak suka orang membanding-bandingkan diri aku dengan orang lain.Nak-nak lagi orang seperti mamat kampung tu.Memang lansung tak layak untuk bersaing dengan aku.

Setelah aku selesai pakai kasut yang aku ambil dari rak, aku terus melangkah masuk ke dalam kereta mewah yang berada di garaj.Aku duduk di bahagian penumpang belah belakang yang didalamnya ada Luqman.Aku hanya tayang muka masam apabila masuk ke dalam kereta.

"Assalammualaikum, Cik Rin. Selamat berkenalan,saya Luqman.Awak boleh panggil saya Luq," kata Luqman sambil memandang aku melalui cermin pandang belakang.

Aku hanya merengus dengan kuat sebagai tanda aku menolak dan tidak suka dengan sesi perkenalan itu.Heh,ada hati nak berkenalan dengan aku.Sedar diri tu sikit yang hanya driver sahaja, desis aku dalam hati.

"Kalau macam tu kita gerak dululah ya Cik Rin."

Kelihatan Luqman sedang membaca doa.Aku yang pelik dan menahan rasa tidak puas hati terhadap Luqman terus bersuara.

"Eh,awak boleh cepat sikit tak hantar orang pergi kolej.Kalau nak kerja tu buat cara nak kerja."

Luqman hanya tersenyum dengan tengkingan aku.Makin berkerut dahi aku.Tak pernah pula ada orang senyum bila kena marah.Hish,apahallah nasib aku dapat driver pelik macam mamat kampung ni.

"Cik Rin,sebelum kita mulakan sesuatu kita kenalah mulakan dengan bismillallah dan doa.Mana tahu masa dalam perjalanan nanti kita terlibat dalam kemalangan ke atau masalah ke? Tak adalah kita mati katak.Lagi pun tadi saya baca doa naik kenderaan supaya perjalanan kita dimudahkan oleh Allah dan dijauhi segala masalah dan kemalangan." Balas Luqman dengan lembut sambil tersenyum.

Aku membuat muka bosan dan merengus.Hish, mamat kampung ni jadi Mr.Tarbiah pula.

"Ada saya kisah? Pi lantak awaklah.Cepat sikit hantar saya pergi kolej.Jangan tahu nak makan gaji buta sahaja," jawab aku dengan kasar.

Ya, aku meluat,menyampah dan benci dengan lelaki Mr.Tarbiah yang telah membuatkan pagi-pagi mood aku rosak disebabkan mama melebihkan Luqman daripada anak sendiri sehingga aku pun mama tak hiraukan.Asyik cakap pasal si Mr.Tarbiah ni je.Berlagak alim.Huh, aku paling menyampah dengan orang macam tu. Tak apa ,hari ini hari kau Mr.Tarbiah.Besok hari aku.Kau belum kenal lagi perangai Hanna Rianna macam mana.Jangan kau senang berbaik dengan mama papa kau boleh pijak kepala family aku.Dalam perjalanan ke kolej,otak aku pun mula datang macam-macam idea untuk kenakan si Mr.Tarbiah.Aku menyimpan senyuman jahat sekali tengok dah macam senyuman badut dalam cerita It. Tapi yang aku punya versi yang comel sikit tak adalah hodoh macam badut It tu.

Tanpa aku sedar,kereta yang sedang dipandu telah pun berhenti di perkarangan kolej.

"Cik Rin, kita dah sampai.Daripada tadi saya tengok awak senyum sesorang kenapa? Saya tahulah saya agak kacak hari ni.Betul tak Cik Rin?"

Aku membuat muka mahu muntah dengan kata-kata Luqman.Mamat ni selain mulut asyik tarbiah orang ,mulut dia pun asyik puji diri sendiri.Dasar lelaki perasan tak sedar diri.

"Pleaselah,jangan nak perasan sangat.Dan jangan busybody pasal hal saya.Jaga hal sendiri sudahlah ni sibuk nak jadi pak cik bawang.Lagi satu, tugas driver bukan setakat memandu je,kalau dah sampai tu bukakkanlah pintu ni.Apa ingat papa bagi awak gaji sikit? Kalau macam ni lebih baik awak tak payah kerja je! Buang duit papa saya je.Kalau dah tahu awak ni hidup miskin buatlah kerja betul-betul." Balas aku tanpa mengendahkan perasaan Luqman.

Tanpa sepatah kata Luqman terus keluar dari kereta untuk bukakan pintu di bahagian penumpang.Aku tersenyum apabila aku dapat sakitkan hati si Mr.Tarbiah a.k.a Luqman. Apabila, pintu terbuka aku terus keluar dari perut kereta dan aku agak terkejut dengan reaksi yang diberikan oleh Luqman.Dia ni asyik senyum je bila aku hina dan marah dia.Hati beku betul macam ais sentiasa sejuk je.Pelik betul kena marah pun senyum.

"Baiklah Cik Rin.Saya akan kerja betul-betul.Saya sedar saya miskin tapi saya bangga masih dapat nikmat dan rezeki yang Allah dah tetapkan untuk saya.Bukan semua orang mahukan diri dia hidup dalam kemiskinan.Tapi dah Allah tetapkan hidupnya sebegitu kita sebagai hamba hanya reda dan tabah menghadapi ujian daripada-Nya.Tak semua orang bertuah macam awak yang dilimpahi kemewahan."

Meskipun kata-kata Luqman seperti ingin mengajar aku tetapi dia masih bercakap dengan nada yang lembut.Aku pun pelik.Dia ni manusia jenis apa tak ada perasaan marah.

"Oh ye ke?Dah habis dah ceramah awak Mr.Tarbiah? Maaflah ya,saya tak ada masa nak dengar sebab saya pun busy.Okay bye, kalau awak nak teruskan ceramah awak boleh teruskan dekat masjid.Dekat situ mesti ramai orang nak dengar."

Aku terus mencapai beg aku yang masih di dalam kereta.Aku teruskan melangkah untuk pergi ke cafe.Namun langkah aku terhenti apabila Luqman bersuara.

"Tak apa Cik Rin,saya faham awak mesti busy sampai tak ada masa untuk dengar nasihat atau ceramah walaupun seminit.Tapi awak tak takut ke disebabkan alasan awak yang tidak ada masa itu takut jadi sesuatu yang buruk.Yalah,takut tak ada masa nak bertaubat dan berubah apabila ajal datang dan kiamat pula kian menjelang."

"Awak tu dah cukup baik ke? Lebih baik awak cermin diri awak tu dulu sebelum nak tegur saya! Sedar sikit darjat awak tak setaraf dengan saya.Dah,jangan nak busybody pasal hal orang.Saya boleh bila-bila masa suruh papa pecat awak," ujar aku dengan kasar.

Aku puas menahan marah dengan kata-kata Luqman.Kalau tidak disebabkan diri aku masih di kolej sudah lama aku menengking Luqman.Dia ingat dia siapa?Berani betul nak nasihat dan tegur aku.Tanpa menunggu lama aku terus melangkah dengan laju meninggalkan Luqman.Argh! Baru sehari dia bekerja sudah memporak-perandakan perasaan aku.Sudah pandai untuk menegur aku.Fikir dia siapa? Papa dan mama pun tidak pernah menegur aku inikan pula mamat kampung seperti Luqman.

Perkara begini memang tak akan dibiarkan.Aku akan menyuruh papa memecat Luqman.Berani sangat tegur aku kan! Sekarang tanggung sendiri akibatnya.Sibuk sangat nak jadi Mr.Tarbiah.Kalau nak pun pergilah ceramah dekat masjid ke atau surau ke? Hish,menyusahkan orang betul.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro