Part 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sesi persekolahan sudah pun bermula. Aku macam biasa, mengambil tempat dudukku yang berada disebelah Fara. Ala, classmate semua sama je macam dulu sebab ambil aliran yang sama. sambil menanti guru pada waktu pelajaran yang pertama masuk, aku teringat aktiviti - aktiviti yang aku lakukan untuk menghabiskan cuti akhir tahun lepas

Tanpa sedar, aku senyum sorang sorang. Banyak benda kelakar yang terjadi. Tak kurang juga muka Airil juga termasuk dalam memori aku. huh mamat tu. serious menyampah

" Kau ni dah kenapa ? kejap senyum. kejap buat muka tak puas hati " Tegur Fara yang baru datang. Serentak itu juga mataku tertancap pada kelibat Airil dan rakannya masuk kedalam kelas. Dia sibuk berborak sampai lansung tidak tengok kiri kanan

" Tak ada apa. ha how your holiday ? " Aku terus bertanya

" Yeah of course . Nah" Fara memberi satu bungkusan plastik

Mataku sudah bercahaya

" Untuk aku ke ?"

" Eh tak la. Untuk Airil" Tangan Fara sudah seperti hendak tarik balik bungkusan itu

Aku laju mengambil bungkusan itu " Ergh, apahal untuk dia pula. tak ada , ni aku punya "

" Eleh kau ni. anti betul kalau aku cakap pasal dia. Macam la aku tak tau holiday kau penuh dengan dia je kan" Fara tergelak kecil

Aku membulatkan mata

" Macam mana kau tau ?"

" Eh ? betul ke. Aku teka je tadi tu. Tak sangka pula kena tekaan aku tu. Heh, kantoi" Aku mengetap bibir

Aku memalingkan muka kearah lain. Malas nak memanjangkan cerita. Nanti tak pasal pasal minah becok sebelah dia ni tanya macam macam

" hi orang disebelah . Tak nak cerita ke?" Fara tak habis habis kacau aku

Aku buat tak endah . Bungkusan itu dibuka. Keluar sehelai baju untuk aku. Lawanya !

Baru nak tengok dengan lebih teliti, ada satu tangan yang terlebih dahulu merampasnya. Tak payah tengok, aku tau siapa punya tangan ni

" Eii, muat ke ni? Kau tu dah la gemuk ada hati nak pakai baju saiz kecil macam ni" Airil memberi komen pedas

" Aku ada susahkan kau ke ? Tak ada kan. Sorry sikit eh, ni memang saiz aku. Kau apa tau?" Aku menjelingnya tajam

" Memang la aku tak tau. Kalau kau nak aku tau, meh la sini jadi bini aku. Bukan setakat saiz baju je aku tahu, nanti semua pasal kau aku tahu" Airil ketawa galak. Wajahku sudah berona merah. Gila betul Airil ni

" Alalala, blushing ke ?" Tangannya seperti hendak mengusap pipiku. Aku cuma diam. Tahu yang dia takkan berani sentuh aku. Kalau dia buat jugak, memang cari nahas

" Bagi la balik baju aku " Aku minta perlahan. Terjongket kening Airil mendengarnya

" Wah kau boleh cakap baik - baik ke ? Baru aku tahu" Perli Airil

Belum sempat aku balas cikgu yang mengajar pada waktu pelajaran pertama sudah masuk. Kelihatan rakan - rakanku sudah bergegas ke tempat duduk masing - masing

" Nanti lepas sekolah aku bagi. Bye sayang" Airil senyum gatal

Aku mengetap bibir. 

********************************************************

Aku yang lihat Airil keluar menonong dari kelas itu segera mengejarnya. Aku menarik lengan bajunya untuk masuk kedalam kelas kembali. Tapak tangan aku tadahkan kepadanya. Aku padang dia. Dia pandang aku

" Baju " sepatah perkataan je yang keluar. Airil yang aku rasa baru teringat itu menepuk dahinya

Dia mengeluarkan barang yang aku pinta dari beg.

" You want this ?" Dia melayang layangkan baju itu tinggi diatasnya. Aku merengus perlahan. Aku tahu la yang aku ni pendek

" Then, lets dinner tonight. my home" Aku laju menggeleng. Airil sudah dapat mengagak. Dia mencebik

" Eleh siapa nak makan dengan kau. Aku saja je tadi nak practise. Nak cakap dekat perempuan lain" Selamba Airil berkata.

Aku terus pandang dia. Hatiku rasa sesuatu

" Siapa " Aku terus bertanya

" No need to know " Jawab Airil sarkastik

Tiba - tiba air mata aku bertakung. Aku dah la tengah period. Emosi tak pernah stabil. 

Aku terasa. Even aku dengan Airil bukannya baik sangat tapi takkan la Airil dah ada kawan lain ?

" Kau kata kau suka aku ?" Aku membalas perlahan tapi cukup kuat dipendengaran Airil. Nada suaranya bergetar menahan tangis

Mata Airil tertancap pada Ed. Kenapa pulak Ed ni ?

" Pardon ?"

" Kau kata kau suka aku, habistu kenapa kau nak ajak perempuan lain dinner dekat rumah kau" Aku membalas

Airil senyum senget bila dengar apa yang Ed katakan. 

" Aku gurau je la. Ni kenapa sensitif sangat ni sampai nak menangis bagai ni ?" Tegur Airil

Aku terus terdiam. Aku menangis ke ? Aku mengetap bibir perlahan. Weh apahal aku menangis weh. Aku terus berdehem

" Err, lupakan je apa yang aku cakap tadi. Biasalah perempuan emosi tak stabil sangat. Kau jangan nak ambil serious pula apa yang aku cakap tadi. Anggap je tak ada apa apa yang berlaku hari ni" Laju aku bercakap. Tangan aku terus mengambil baju yang berada dipegangan Airil

Mata Airil menghantar figura Ed sehingga hilang dari pandangan mata

Bibirnya tersenyum kecil

*****************************************************************

Hari ni aku jalan jalan di Mid Valley. Seorang.

Aku membalas whatsapp yang baru masuk daripada Izz. Leka aku berjalan sambil membalas chat sehinggalah badanku rasa terlanggar seseorang. Aku gosok lengan kananku. Bapak sakit. Aku langgar orang ke tiang ni

" Sorry sorry. My bad " Dengar orang yang melanggar aku itu meminta maaf

Aku mengangkat kepala

" Ed ?" Lelaki itu menegur. Aku mengecilkan mata

" Sorry ? Kenal ke" Aku buat muka confuse

Aku lihat lelaki itu senyum kelat

" Emir. Airil's cousin" Terpaksa juga Emir menyebut nama Airil

" Oh yeke. Alamak, sorry. saya terlupa" Aku buat muka gelabah

Emir tertawa kecil

" Its okay. Nampak la saya ni tak berapa nak penting dalam hidup awak"

Bukan tak berapa. Memang tak penting pun. Ish tak baik la kau ni Ed

Aku hanya tersengih dengar bicaranya. Tak tau nak balas apa. Kang aku cakap benda betul, ada jugak yang terasa

" Dah alang - alang ni, jom saya belanja makan. Dah masuk lunch dah ni " Emir mempelawa. Saja mencuba nasib

Aku fikir sejenak. Amaran Airil supaya jangan mendekati Emir terngiang - ngiang dia kepalanya. Akhirnya aku mencebik. 

Eleh Airil tu. Saja buat gempak je. Aku tengok cousin dia ni baik je

Aku senyum tanda setuju. 

**********************************************************

Emir membuka apps whatsapp. Nama Airil dicari lalu ditekan untuk memulakan chat. Gambar Ed yang sedang makan dihantar kepada sepupunya itu. Dia menaip sesuatu setelah gambar itu dihantar

' wow, look what we have here' 

Dia tersenyum sinis. Saja nak panaskan hati cousin yang tak pernah nak berbaik dengannya itu

Tak sampai seminit, whatsapp itu dibalas

' apahal pula dia boleh keluar dengan kau ?'

Emir semakin rancak hendak memulakan pergaduhan

' well, the best man wins la Airil. Btw, lawa betul kan kawan kau ni. Try boleh ?'

Airil yang berada diatas katil dalam biliknya, merengus kasar

' Kau jangan nak cari pasal dengan aku Emir. Baik kau blah dari situ'

Emir tergelak sinis. Dia sengaja tidak membalasnya.

" Awak tak nak makan ke ?" Teguran itu membuat Emir menayangkan senyuman manis. 

" Takpe. Dah habis makan dah ?" Aku mengangguk. Akuu sedikit gerun tengok Emir ni asyik senyum senyum dari tadi. Creepy sia mamat ni

" Jom teman saya beli something" Tanpa sempat aku berkata apa apa. Dia terus bergerak. Aku berjalan laju sehinggalah berhenti dihadapan sebuah butik wanita

" Saya nak beli hadiah untuk adik saya. so I need your help " Aku menarik nafas lega. Ingat apa la tadi

" sure "

Aku berjalan mengelilingi butik itu. Mataku tertancap pada sehelai dress labuh berwarna peach kemerahan. Hiasannya tidaklah sesarat mana. Just nice !

" Lawanya" Aku memuji dress itu

" Lagi lawa kalau awak pakai " Suara Emir dibelakangku itu cukup untuk memeranjatkan aku.

" Eh, mana ada. Ha Emir ni sesuai la untuk adik awak. Mesti lawa sangat kalau dia pakai" Aku menyuakan dia dress itu. Emir diam lalu menangguk

" Miss. I take this one" Kata Emir kepada pekerja butik itu

Setelah selesai pembayaran, kami keluar dari butik itu.

" Awak ada nak pergi mana - mana lagi ke?" Tanya Emir

Ada . Nak tengok wayang. Tapi bukan dengan dia la yang pasti.

" Ada. Saya ada urusan saya sendiri " Aku menjawab sopan. Harap dia faham la. Emir mengangguk kecil

" Hm. Before that. This dress is for you" Emir menghulurkan beg kertas itu kepadaku

" Eh, ni kan untuk adik awak" Aku menolak laju

" No la. I change my mind. I want buy something else for my sister. So please take this dress. Saya beli pun memang untuk awak pun sebenarnya" Jelas Emir. Aku mengetap bibir. Taktik.

Aku senyum. Takpe la. Dah rezeki nak buat macam mana kan.

Aku menyambut huluran Emir itu. Tapi, belum sempat..

" Okay, thank you Emir. Ed, lets go" Empunya suara itu mengambil kasar beg kertas itu dan menarik lengan bajuku untuk mengikut dirinya

Setelah agak jauh dia menarik aku akhirnya aku memberontak perlahan.

" Airil, apa kau buat ni ?" Nada suaraku tinggi namun masih sempat dikawal

Airil tayang muka tak bersalah

*******************************************************


wah im sooooo soooorrrryyyyyy. busy sangat weh. sory tak dapat balas komen and inbox. huhu tak sempat la aduii. sorryyy lama tak update

And for all muslims ; Selamat Hari Raya ! Maafkan salah silap

Teruskan menyokong karya saya :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro