Part 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

 Aku berjalan perlahan sambil menghirup udara segar di taman permainan. Saja nak release tension asyik menghadap buku 24 jam. SPM yang bakal bermula seminggu daripada sekarang membuatkan keadaan lebih bertambah stres

" hey long time no see " Satu suara menyapa. Aku yang eloknya duduk diatas bangku terus bangun

" Woo.. chill la Ed. Aku nak borak dengan kau je" Faris senyum senget

" I got no time for that. I'm leaving"  Ujarku sambil membuka langkah

Faris dengan cepat bertindak menghalang laluanku

" Apa lagi ?" Aku merengus kasar

" Aku cuma nak minta maaf je" Faris menekupkan kedua belah tangannya tanda minta maaf.

Aku mengecilkan mata merenung wajahnya. Cuba mencari keikhlasan disitu. Tapi..

Aku ketawa " So bad Faris. Do you really mean it ?"

Aku tengok dia cuma diam. Aku mengangkat bahu lalu meninggalkannya. Mata Faris menghantar pemergian gadis pujaannya itu kemudian mengeluh kecil.

______________________________________________________________

Aku memandang seluruh isi kelas. Mereka kelihatan sedang bercakap tentang gosip baru. Aku gelengkan kepala. Masih ada masa lagi nak bercakap tentang benda tak berfaedah ?

" Ed, ada dengar news apa apa tak ?" Fara berkata perlahan. Aku geleng

" Aku dengar sepupu Airil nak masuk sini" Terus aku berpaling kearahnya. Belum sempat aku bertanya selanjutnya, guru kelas kami masuk ke dalam kelas diikuti seorang pelajar perempuan dibelakangnya

kedengaran siulan nakal pelajar lelaki apabila melihat pelajar itu

" Baik kelas. Seperti yang kamu semua lihat, ada seorang lagi pelajar yang akan masuk ke dalam kelas ni. Saya tahu, mesti kamu semua terkejut memandangkan SPM akan bermula pada minggu hadapan tapi dia ada beberapa alasan yang kukuh untuk berpindah kesini dan menumpang menduduki peperiksaan " Panjang lebar penerangannya

Aku mula memerhati pelajar perempuan itu. Ini ke sepupu Airil ? Memang keturunan dia ni semua ada rupa ke apa. Tidak dinafikan, wajahnya memang lawa. Aku mula tak puas hati, kenapa Airil tak bagitau aku apa - apa pun .

" Err.. nama saya Maisarah. but you all can call me Mai" Dia mula memperkenalkan diri

Aku mengerutkan dahi. Aku seorang je ke yang dah perasan dia ni something ?

" Kau ni betul ke sepupu Airil ?" seorang pelajar lelaki dengan beraninya bertanya. Aku nampak Airil terus menundukkan wajahnya.

Belum sempat dia menjawab, ada lagi satu suara menyampuk menambah lagi usikan nakal dalam kelas itu

" Ke girlfriend Airil ni "

Kelihatan Mai tersipu sipu malu sambil memandang Airil. Aku buat muka menyampah. Drama apa pula ni . Airil meraup wajahnya perlahan sambil mengeluh .

_____________________________________________________________

" Nak join -- "

" Abang Airil, jom la teman Mai rehat. Mai tak tau kantin dekat mana " Belum sempat Airil menyudahkan katanya, lengannya dipaut seseorang. Membulat mata aku melihatnya

" Hei, apa pegang - pegang ni " Airil sedaya upaya meleraikan pautan tersebut tetapi Mai lagi mengeratkan

" Mai, listen. You are not a child anymore sampai boleh nak pegang abang macam ni. please behave " Mai dengan muka monyok melepaskan lengan abang sepupunya itu. Aku cuma diam

Beberapa saat kemudian, aku bangun lantas meninggalkan dua merpati sejoli itu lalu berlalu ke kantin. Setelah selesai melakukan bayaran, aku duduk seorang diri

" Look Ed. I can explain " Airil yang datang tak berjemput suka hati dia duduk di depanku

" Explain what ? I think I dont need any explaination " sarkastik aku menjawab

" Mana adik sepupu kesayangan kau ?" Mataku sengaja dililaukan ke segenap arah yang padat dengan para pelajar sebelum jatuh bertembung dengan anak mata Airil yang merenungku tajam.

Aku dengar dia hembus nafas lemah.

" Aku pun baru tahu pasal benda ni. It just happened. Kalau aku diberi pilihan untuk cakap tidak, dah lama aku cakap" Airil meraup wajahnya kasar

" Mai will transfer to your school by tomorrow" Datin Syazana memberitahu

Terhenti tangannya semasa makan malam tersebut

" Seriously ma ? "

" Yeah and for sure, Airil kena jaga dia ok. Airil pun tahu dia macam mana " Airil mengeluh melihat wajah penuh pengharapan mamanya itu

Kata kata yang meluncur jelas selepas itu, lagi membuatkan dia tak percaya

" and she will stay at our home too "

" No, mama. It wont happen" Bentak Airil

" But your aunt asked me to keep her safe. so, tolong tengok - tengokkan dia dekat sekolah ya?"

Aku menepuk meja kasar membuatkan fikiran Airil yang berputar kepada perbualan malam tadi melayang begitu saja

Aku ketawa 

" Tak ada apa pun la Airil. Kenapa kau macam terganggu semacam je ni . Hm?" Aku menongkat daguku memandang Airil

Airil menelan liur sekejap apabila menangkap renungannya itu

" Aku tak nak pun dia sekolah dengan aku. Aku tak nak la jaga dia hish" 

" Woah jadi babysitter tak bergaji pula kau eh" Aku ketawa mengejek. Perasan akan renungan tajam lelaki itu, buat dia terdiam

" Rileks la beb bukannya kau kena hadap muka dia 24 jam pun. Dia dah besar dah pun"

Airil membulatkan mata. bukan 24 jam dia kata ?

" Sorry sikit ok. Dia stay rumah aku kot"

Aku buat muka tak percaya lalu menahan gelak

" Aku rasa memang jodoh kau kuat dengan dia" Aku sengih apabila Airil menjeling tajam

_________________________________________________________

Ting tongg!!

Airil mengangkat wajahnya dari terus melekat daripada buku. Alahai malasnya nak pergi buka pintu

" Biar Mai tolong bukakan " Airil cuma angguk. Dah orang tolong offer, takkan dia nak tolak pula kan

" Airil--" Tak jadi aku nak berkata apabila muncul muka sepupu kesayangan Airil ni

" What are you doing here " Penuh lagak Maisarah bertanya

" Airil mana ?" Tanya aku sepatah. Apa ? Dia ingat dia seorang je ke yang boleh berlagak

" Tak malu ke setiap saat nak datang rumah lelaki lepastu sibuk nak cari anak teruna orang " Sinis Maisarah berkata

Aku membulatkan mata. Jap apa masalah perempuan ni sebenarnya. Ada aku cari dia ke sekarang ni . Belum sempat aku membidas kembali, satu suara mencelah

" Eh Ed bila sampai ?" Datin Syazana, ibu Airil menyampuk

Aku hanya sengih sambil mataku melirik kearah wajah masam mencuka Maisarah. Eheh tak puas hati la tu

Airil yang dengar nama itu terus mengangkat mukanya dari membaca. Ed ? Dia kemudiannya terus bangun dan menuju ke pintu

" Hai sayang " Airil menyapa

PAPP!

" Belum lepas SPM lagi dah gatal " Datin Syazana berkata selepas memukul bahu anaknya itu. Dia menggeleng perlahan melihat perangai anak terunanya yang seorang ini

Airil menggosok perlahan bahunya yang baru sahaja menjadi sasaran pukulan

" Ala ma, Airil gurau je la" Airil buat muka

Aku hanya tertawa kecil

" Tapi kalau betul pun apa salahnya " Airil menambah selamba

Datin Suzana berpaling kembali dan tangannya sudah diangkat naik berura- ura hendak memukul anaknya itu

Airil menapak kebelakang sambil kedua - dua tangan diangkat paras bahu. Dia gelak sambil memohon maaf

__________________________________________________________

Mata Ed hanya memerhati tindak tanduk Airil yang menghidangkan air kepadanya diatas meja belajar itu. Maisarah yang duduk setentang dengannya hanya menjeling. 

Ed buat muka. Minah ni asyik- asyik  menjeling. Tak sakit ke mata tu ? Aku yang tengok pun penat

" Kau kenapa tiba tiba mencemar duli datang rumah aku ni ?" Airil bertanya selepas melabuhkan punggungnya dikerusi di sebelah Maisarah

" Entah, sibuk je. Dah la datang tak berjemput lepastu cari abang Airil pula tu " Aku dapat kesan nada menyampah dalam kata kata Maisarah tadi. Tapi.. ada aku kisah ?

Airil yang mendengar berpaling kepada sepupunya itu

" Mind your words, Mai. Mai pun abang tak pernah jemput datang rumah ni"

Aku cuba menyembunyikan senyum. Bukan seronok tengok Airil menyebelahi aku cuma sebab sekarang ni dia dapat tengok muka Maisarah yang terkulat - kulat kerana dimarahi oleh sepupunya itu

" So?" Aku terus membuat reaksi asal aku apabila Airil bertanya lagi

" Tak. Ni ha aku nak suruh kau ajar add math ni" Aku terus membuka beg sekolahku lalu mengeluarkan sebuah buku latih tubi.

Aku segera menyelak ke soalan yang aku hendak bertanyakan kepadanya itu.

"Ni ha soalan ni.." Aku menunjukkan soalannya

Airil kemudiannya bangun lalu duduk di kerusi sebelah kananku lalu matanya laju merenung soalan yang baru aku tujukan kepadanya itu

" Oh ni senang je.." Kata Airil sambil matanya melilau mencari sesuatu diatas meja belajar itu. Kemudian, matanya tertancap pada kalkulator yang berada  dihujung kiri meja belajar tersebut.

Tangan kanannya cuba mencapai kalkulator yang agak jauh daripadanya itu  sambil tangan kirinya memaut belakang kerus Ed untuk menyokong dirinya daripada jatuh.Ed yang melihat tindakan Airil itu terkedu melihat wajah lelaki itu begitu dekat dengannya

" Hm tak sampai juga.." Gumam Airil sendiri

" Ed, ambilkan kalkulator aku tu" Airil berpaling ke kiri. Pelik dirinya meihat wajah gadis itu sudah bertukar merah tetapi beberapa saat kemudian, dia mengukir senyuman kecil. Dia sudah faham, pasti gadis itu segan melihatkan keadaannya begitu rapat dengan gadis itu

" Ed ?" Aku cepat tersedar

"Hm.. yaa ?" Aku cuba melarikan anak mata daripada bertembung dengan Airil. Aku dengar dia ketawa kecil

" Ambilkan kalkulator aku tu " Aku pandang kiri aku. Kalkulator itu bertukar tangan. Aku masih diam sebab jantung aku tak henti berdegup kencang lagi ni

" Thanks " Airil beri satu senyuman manis sambil mengenyitkan mata kepada Ed. Dia kemudiannya menjarakkan tubuhnya dari gadis itu

" Ni, senang je nak selesaikan..." Airil terus menerangkan kepada Ed seolah - olah tiada apa yang berlaku

Aku menggigit bawah bibir sedikit. Geram tengok reaksi selamba lelaki itu.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro