Part 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Airil menjeling tempat duduk disebelah Fara. Kosong ! Mana pergi budak ni? Tiba - tiba je tak datang sekolah. Fikirannya bercelaru. Nak tanya ke tak ? Hatinya berbelah bahagi. Belum sempat dia bangun. Misya datang menegurnya

" Hai my handsome Airil.. kenapa ni ? Nampak risau je" Airil tidak boleh menyembunyikan muka menyampahnya. Minah ni tak habis - habis lagi ke? Mentang - mentang Ed tak datang hari ni, tak ada orang nak sembur dia and then, dia boleh buat perangai macam ni? Heh, sorry la

" Bukan hal kau la" Jawab Airil kasar

Riak muka Misya berubah. " You ni kenapa ? I tanya baik - baik kan. Ni mesti sebab perempuan tak guna tu kan? Mesti dia cakap pasal I yang buruk - buruk je kan?" Kutuk Misya. Bengang Airil dibuatnya.

" Apahal kau nak tuduh dia pula?" Airil masih mengawal nada suara dia, sedar dia sedang berurusan dengan seorang perempuan. Lagi tepat, perempuan gila !

" Heh, dia tu memang tak suka I dari dulu lagi you tau" Misya mengadu. Airil menarik senyum sinis

" Memang patut dia tak suka kau" Airil berlalu meninggalkan Misya dan menapak menuju Fara

Fara yang perasan akan kehadiran Airil, mengeluh. Sudah agak tujuan dia datang ke situ. Tak lain tak bukan mesti tanya pasal Ed. Huish, apa aku nak jawab ni. Tak sempat Fara nak mencipta alasan, tanpa salam Airil terus bertanya

" Mana Ed?" 

" Err.. tak.. tak tahu" Fara tersengih. Airil mengerutkan dahi. Apahal pula minah ni gagap? Tahu Fara sedang menyembunyikan sesuatu.

" Kau ni kenapa ? Aku tanya simple je. Aku tahu kau tau kenapa dia tak datang hari ni" Airil terus mendesak. Fara mengetap bibir. Tak guna dia nak tutup lagi kalau mamat dekat depan dia ni berterusan bertanya. 

" Kau still remember yang aku pernah cakap dekat kau dulu. Bad memories for Ed yang berlaku tahun lepas. Hari ni.. genap setahun dari tarikh benda tu berlaku" Fara mengeluh. Riak risau mula memancar dimuka Airil

" Then, dia dekat mana sekarang ? Dia okay tak ?" Bertubi - tubi soalan diajukan kepada Fara

" Kau ni, kalau suka pun cover la sikit. Nampak sangat . Hahahahaha" Terletus tawa Fara. Bengang Airil dibuatnya

" Okay - okay. Kau tak payah la risau. Dia okay. Dia dekat rumah je sekarang. Well, you know dia seorang gadis yang tabah. Kalau aku dekat tempat dia. Maybe, aku tak boleh jadi sekuat dia" Perasaan Airil yang ingin tahu apa kejadian yang menimpa gadis itu semakin membuak - buak.

___________________________________________________________________________

Pintu bilikku diketuk lalu dibuka dari dalam. Puan Maya tersenyum

" Boleh ibu masuk?" Aku mengangguk.

" Sayang, sampai bila nak jadi macam ni? Ed lupakan je la pasal hal tu" Puan Maya menggosok perlahan kepala anaknya.

" Tak bu, Ed tak boleh lupakan. Kalau kejadian tu berlaku masa Ed kecil maybe Ed boleh lupakan. Tapi Ed dah besar masa tu ibu. Boleh berfikir dah pun. Dasar jantan tak guna ! Ibu still boleh maafkan dia even dia dah buat ibu macam tu? " Mataku sudah merah. Menunggu air mataku untuk jatuh sahaja.

Tubuhku terus dipeluk ibu. " Sayang, jangan cakap macam tu. Dia still papa kamu sayang. Tak baik cakap macam tu"

Aku memejamkan mata. Air mataku menitik satu persatu. Puan Maya menggosok belakang tubuhku perlahan

" Ibu, nak pergi rumah Aunty Syazana,  petang ni . Kawan lama ibu, dia baru pindah dekat sini. Ed nak ikut?" Aku menggeleng perlahan.

" Can you drop me at shopping complex ? Ed nak beli hadiah untuk abang. Esok kan birthday dia" Aku terenyum sambil mengelap sisa air mataku.

" Boleh Ed. Untuk anak - anak ibu, semua boleh" Aku mencium pipi ibu dengan penuh kasih sayang

___________________________________________________________________________

Setelah penat pusing satu aras shopping complex tersebut , aku melangkah ke MPH sekejap. Sekadar untuk melihat novel - novel baru. Aku menyambar sebuah novel yang menarik perhatianku itu. Sedang aku membaca sinopsis novel tersebut, terasa ada tangan dari arah belakang menyambar novel itu dari tanganku.

Aku mengetap bibit geram. Malaun mana pula yang saja cari pasal ni. Aku menoleh kebelakang. Membulat mataku melihat manusia yang berada dihadapanku ini

" Hai" Airil tersengih sambil mengangkat tangannya kepada Ed. Bertuah betul dirinya saat dia menjejakkan kaki ke shopping complex ini, terlihat bayang Ed menuju ke kedai buku lalu terus dia mengekorinya

" Huh, kalau sehari tak tengok muka kau ni tak boleh ke?!" Aku merengus geram lalu keluar dari kedai itu. Terbantut niatku untuk melihat novel yang lain. 

" Kau buat apa dekat sini ? Nak beli barang ke?" Airil masih mengekorinya

" Ye la . Takkan la nak memasak pula" Aku menjawab geram. Airil ketawa

" Pandai juga kau bergurau eh budak. Ingat pandai buat muka ketat je 24 jam" Airil senyum mengejek

Aku tidak menghiraukannya. Kakiku laju melangkah kearah satu kedai menjual barang - barang untuk lelaki. Airil yang memandangku pelik. Apahal pula budak ni masuk kedai macam ni. Nak beli barang untuk siapa

" Weh Ed kau nak beli untuk siapa ni?"

" Kau ni kan kalau aku tak jawab, sampai tahun depan la kau tanya kan? Aku nak beli hadiah untuk abang aku sebab esok birthday dia. Puas ? Dah pergi sana la" Aku menghalaunya namun seakan tidak memberi apa - apa kesan

Aku menarik salah satu t- shirt yang berjaya menarik perhatianku. Jurujual wanita yang berada disitu menegurku

" Cik, baju ni ialah baju yang latest dikedai kami dan tinggal satu ni je. Kira beruntung kalau cik beli" Jurujual itu tersenyum. Aku mengangguk perlahan. Yeahh, pilihan Ed mana pernah tak okay kan. Hahaha. Jurujual itu berlalu kerana ada pelanggan lain memanggilnya

Airil memerhatikan baju yang aku pegang 

" Teruk betul taste kau kan? Cari yang lain la" Riakku berubah apabila mendengar kata - kata Airil

" Heh, sukahati aku la. Kau sibuk apahal. Aku tetap nak beli juga. Abang aku mesti suka" Aku yang  baru nak melangkah ditahan oleh Airil.

" Seriously taste kau teruk. Cari lah yang lain !" Nada Airil berubah menjadi tegas. Aku mula bengang

" Kau ni kenapa ? Annoying betul la. Tak, annoying plus kejam. Tau tak kejam !" Nada suaraku terkuat lalu menarik perhatian beberapa pelanggan yang turut berada disitu. Muka Airil berubah menjadi merah menahan malu

Dia kemudiannya tersenyum sinis " Ini belum cukup kejam. Kau nak lagi kejam ? Kejamnya aku nak beli baju ni untuk diri aku" Airil terus merentap baju didalam peganganku itu lalu ke kaunter bayaran. Setelah siap membayar dia melangkah keluar dari kedai itu tanpa menoleh ke arah ku. Bengang mungkin ? 

Bengang sebab apa ? Sebab aku tak dengar apa yang dia cakap atau.. Arghh. Buat apa aku fikir pasal dia. Sekarang aku kena cari hadiah !

________________________________________________________________________

Malam itu tepat pukul 12, kami menyambut hari lahir abang. Sebelum upacara memotong kek, sesi memberi hadiah berjalan dahulu. Peliknya la tapi tak apa sebab abang yang minta macam tu. Ikutkan je la birthday boy itu.

"Abang, ni je Ed boleh bagi. Ed nak bagi lain sebenarnya, tapi tak kesampaian" Aku menghulurkan sekotak jam tangan yang sudah dibalut cantik itu

" Alah, tak apa la Ed. Apa yang kau bagi mesti lah abang suka" Dia menggosok perlahan kepalaku. Mataku tertancap pada baju yang abangku pakai. Aku tersentak. Baju tuu.. baju tu sama dengan baju yang aku nak beli tadi.

" Err, abang . Baju baru ke ni?" Aku menunjuk pada baju yang dipakainya itu.

" Haah, abang baru beli hari tu. Dengar macam limited edition. Kenapa ?"

Aku bertanya lagi " First time pakai ke?"

Zafran menggeleng " Tak la, abang pernah pakai masa jumpa Airil hari tu"

Tergamam aku. Maknanya Airil dah tahu abangnya mempunyai baju tersebut dan.. tadi dia buat semua tu sebab tak sampai hati biar aku beli baju tu ? Ya Allah, apa yang aku dah buat dekat dia.

Aku menunduk. Rasa bersalah mula menyelubungi diri. Zafran yang menyedari keadaan itu terus bertanya

" Ed, kenapa ni?"

" Airil.." Mataku sudah merah.


Hai semua !  Jangan lupa vote and komen okay? Semua benda tu akan menaikkan lagi semangat sis untuk update banyak - banyak . Hehe

Jangan lupa baca Mr Tengku vs Miss Flower by Yurafwr and Pilih Yang Mana Satu by -NAMZ-. Bagi diorang support okay :)

Ok, Love you all :*






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro