2 | Terjaga

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kelopak mata terbuka perlahan. Cuti, yeay! Jarum jam kini sudah berginjak ke angka tujuh. Seperti biasa, aku akan terus mencapai Vivo milikku di bawah bantal. Lincah jariku menari di skrin melakar pattern yang selama ini menjadi tembok di situ.

Puluhan mesej yang masuk tidak aku hiraukan, walaupun dari rakan sekelasku sendiri. Mata aku hanya fokus mencari satu nama. Dan...

Aku tersenyum bahagia. Tepat jangkaanku apabila ada tiga pesanan daripadanya. Walaupun hanya tiga, itulah yang mengindahkan permulaan hari-hari aku.

Betapa berharganya dia bagiku.

Aku dekat balkoni, tengah tengok hujan.

Dah tak balas? Tidurlah tu, kan. Good night, Aurora.

Semakin lebar senyumanku. Bukan sengaja tak membalas, tetapi aku tak rela menamatkan perbualan kami. Akhirnya perbualan semalam tamat dengan dengkuranku saja.

Good morning, Aurora.

Laju jari aku menaip pesanan ringkas sebelum menekan send.

"Dah bangun ke belum! Jom teman ibu!"

Kedengaran satu suara melaung dari tingkat bawah. Oh, ya! Semalam hujan, bukan? Lebih baik aku turun ke halaman untuk menghirup udara segar bersama ibu.

Rambut disanggul rapi dan aku turun dari katil. Berlari aku keluar dari bilik bersama Vivo di genggaman. Tangga dituruni dengan laju tanpa was-was. Langkah aku terhenti di anak tangga terakhir untuk seketika sebelum aku berlari ke pintu utama. Baru saja mahu memulas tombol, ada suara menghalang.

"Nak pergi mana?"

Aku terkaku. Apabila mata aku bertembung dengan pemilik suara, aku ternganga untuk dua saat. Siapa dia? Dan bukankah sudah menjadi rutin aku dan ibu untuk sama-sama berbual di luar rumah setiap pagi?

"Kau siapa? Kawan abang aku ke? Aku nak berbual dengan ibu de-"

"Apa kau merepek ni? Ibu kau dah tak adalah."

Tangkai jantung aku terasa direntap kuat. Kepala digeleng tanda menafikan. Suara tadi... suara ibu! Tak mungkin otak aku salah mentafsir maklumat.

"Kau mamai lagi agaknya. Pergi basuh muka sana," katanya lagi lalu kembali menonton televisyen.

Tak bersetuju dengan itu, aku berlari ke halaman. Ibu pasti sudah menanti di situ.

Kosong.

Tiada sesiapa.

Mana wanita yang sering menanti aku di laman setiap kali hari cuti? Sudah tidak mahu bersamakah? Kalau ibu sudah tiada, mungkin juga....

Pattern dilakar lagi di skrin. Aplikasi Whatsapp dibuka. Nama itu dicari walaupun sepatutnya ia berada di barisan teratas.

"Kenapa tak ada?"

Ibu jari tersentuh home. Spontan mata terpandangkan tarikh hari ini. Sudah di hujung 2018? Bukankah masih di 2017?

Ternyata semua ini hanya khayalan aku? Yang indah tak mungkin kekal dan aku masih di sini, menghirup udara untuk meneruskan sisa kehidupan.

Kehidupan yang tak mungkin berlandaskan indahnya fantasi.

Sempat aku memandang sekitar rumah sebelum masuk ke dalam. Ya, bukan. Bukan di rumah itu. Ini cuma rumah sewa aku dan seorang rakan, Atiya.

Dhea Atiya.

"Sorry, Tiya. Aku banyak fikir sangat," ucapku serbasalah padanya.

Atiya meng'hmm'kan saja tanda tidak kisah.

-071118-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro