6 | Bola

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Terik mentari tidak kena walau seinci pun pada aku memandangkan bumbung di pondok ini menjadi pelindung. Udara aku sedut dalam-dalam. Kaki yang terjuntai aku goyangkan seiring dengan kedua-dua belah tangan yang menongkat ke belakang.

"Orang kata kalau terik sangat, hujan akan turun."

Aku tidak memandang empunya suara. Tanpa melihat pun aku sudah tahu siapa pemiliknya. Dasar penyibuk.

Tanpa malu-malu dia melabuhkan duduk di sisi. Keadaan padang yang riuh dengan suara kanak-kanak berebut bola menjadi alunan muzik buat kami.

Bola itu bulat. Mudah bergolek ke sana dan ke mari. Mudah juga untuk di sepak-sepak hingga tergolek.

"Kau... mesti tak sabar nak tunggu hujan, kan? Macam selalulah," kataku.

Terdengar tawa kecil yang sangat maskulin bagiku. Oh, tidak. Kenapa aku membazir air liur? Hanya untuk melanjutkan perbualan? Menyesal...

Dapat aku dengar dehamannya, mungkin membetulkan suara sebelum menyambung bicara. Dalam diam aku menanti, tanpa memandang walau sedikit.

"Aku tegur ni sebab nak cakap soal hati."

Dua saat selepas itu, jantung aku terasa tidak mampu mengepam darah lagi. Namun hanya sementara. Buktinya aku masih hidup! Belum kojol lagilah!

Tapi...

Apa yang dia ingin katakan? Soal hati? Dia masih menanti ke? Atau masih mengharapkan seperti dulu? Di mana dia umpama tulang dan aku anjing yang mengejar.

Sekejap!

Aku? Anjing? Err...

"Andai kata ada yang ingin jadi tetamu di hati kau, kau terima atau tak?"

Sejurus itu, sebelah kening aku terangkat. Aku tahu dia sedang memandang. Sengaja aku biarkan pandangan aku kekal ke depan saja. Pemain perasaan macam dia layak ke dipandang?

Tentunya tidak.

Namun orang tetap akan memandang. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin semua sudah hilang kewarasan, termasuk aku jugalah barangkali.

"Kena-"

"Dia sukakan kau," potongnya.

Automatik senyuman sinis terukir di bibir. Tahu sangatlah siapa yang dinamakan 'dia' itu. Bukannya sekali dua 'dia' mengayat aku di aplikasi Whatsapp.

"Terimalah dia."

Aku diam tak membalas.

Nadanya kedengaran biasa, cuma seperti sedikit berat. Untuk apa dia perjuangkan keinginan hati 'brotherhood'nya sendiri sedangkan hati menggalas beban.

Aku tahu. Aku tahu yang kawan baiknya sendiri menyimpan rasa untuk aku. Namun jujur aku katakan, rasa itu tidak ikhlas.

Lupakan soal 'dia'.

Apa yang penting sekarang...

"Akak! Jaga-jaga!"

Nyaring suara kanak-kanak seusia 10 tahun kedengaran. Sedar tak sedar, wajah aku menjadi sasaran satu bola sepak. Spontan mata terpejam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro