Bab 1 : Dia siapa?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

1

" Sedarlah Choi Aera! Sedar! Kau tak tahu siapa Kim Jongin yang sebenar! "

Suara yang tiba-tiba berbisik separuh menjerit ke telinga, terlalu rapat sehingga membuatkan jantungku berdenyut laju. Aku dengan berani memalingkan muka memandang wajah misteri itu.

Lelaki.

Dia hanya tersenyum, sungguh menyeramkan. Ditambah pula dengan ayat yang baru saja aku dengari. Apa semua ni?! Aku hampir saja menangis, sumpah aku tak kuat.

" Jangan takut. " Lelaki itu mengelus lembut pipiku yang sudah dibasahi dengan air mata. Dia pantas sahaja mendakap tubuh kecilku, lalu seraya menggosok-gosok bahagian belakangku lembut.

" Kau s-siapa..Ma-macam mana kau boleh tahu nama a-aku ? " suara aku keluar tersekat-sekat sambil air mata mengalir laju.

" Aku? aku ni senasib dengan kau. Macam mana aku tahu nama kau? Hmm. "

Aku dah tak tahan lagi. Dengan pantas aku cuba untuk memboloskan diri, namun tidak terdaya. Kudratku sebagai perempuan tidak dapat menandinginya. Hatiku betul-betul menjerit meronta-ronta ingin dilepaskan waktu itu.

" A-apa yang kau nak! J-jangan sesekali libatkan suami aku! "

" Kim Jongin, lelaki bangsat dan tak guna. Jangan dekati dia. Demi kebahagiaan kau, kebahagiaan aku juga. " Bisiknya lagi ke telinga. Darahku berderau. Aku menggeleng-gelengkan kepala, titisan jernih sudah tidak dapat diseka lagi. Ini semua mimpi, mimpi. Mata aku ketap rapat, bangunlah Aera.

Bangun !

Cepat bangun !

Sekelip mata harapanku punah saat kedengaran nafas lelaki misteri itu betul-betul di telingaku, membuatkan aku menggeletar ketakutan.

" Kau nampak tu? " Jari telunjuknya menuding ke arah satu rak meja yang dipenuhi dengan peralatan tajam. Pisau pemotong, kapak dan gunting.

Berkilau.

Dia mungukir senyuman senget. " Bunuh dia ! " Air mata aku mengalir laju. Aku semakin tak mengerti, mustahil untuk menghadam kata-katanya. Kepala aku mula berpusing laju. Akhirnya, pandangan menjadi kelam.

.
.
.
.
.
.
.

"Aahhhhh!!"

Aku tersedar dari tidur. Peluh yang mula merenik di dahi diseka. Dengan pantas, aku membetulkan posisi badan dan memandang sekeliling. Jadi itu semua mimpi? Aku menghela nafas panjang, lalu mata aku ketap rapat.

" Kim Jongin, lelaki bangsat dan tak guna. Jangan dekati dia. Demi kebahagiaan kau, kebahagiaan aku juga. "

Kata-kata lelaki misteri itu masih terngiang-ngiang dalam kotak fikiranku. Semakin lama berfikir, aku memegang kepala yang terasa kusut. Perlahan-lahan aku tersedu sambil memeluk lutut.

" Sayang, kenapa ni ? " Sepasang tangan tiba-tiba merangkul pinggangku dari tepi. " Mimpi buruk ke ? " Aku dapat mengecam suaranya dengan jelas.

Kim Jongin!

Mengenali siapa gerangan tersebut, aku pantas memeluk erat tubuhnya. Aku menyandarkan kepala di dada bidang milik Jongin. Wajahnya aku tatap.

" Awak , saya takut. " Ucapku terketar-ketar diselang-seli dengan tangisan.

Kim jongin pantas membalas dakapan tubuh kecilku. Air mata yang mula menitis ke atas baju disekanya. " I'm here, jangan takut. " Perlahan-lahan, ubun-ubunku dikucupnya.

Tenang.

Itu saja yang boleh aku gambarkan sekarang.

Pelukan dileraikan. Senyuman manis terukir di bibirnya. " Are you okey now? Better ? " Aku mengangguk sambil menyeka air mata yang masih berbaki di mata.

Jongin tersenyum lalu memegang pipiku lembut.

Chupp..

Kucupan hangat singgah di bibir. " I love you. " Ucapnya dengan suara yang serak-serak basah, lalu menguak rambut perang milikku ke belakang.

" Kai , dah pukul berapa ? Saya tak rasa saya boleh sambung tidur. "

" Hm baru pukul 3 pagi sayang. You need some beauty sleep , nanti tak cukup tidur pulak . It's okay , no need to worry, saya tunggu awak tidur dulu, baru saya tidur. " Selepas beberapa minit, aku terlena dalam dakapannya. Sungguh hangat, alangkah beruntung dapat suami penyayang sepertinya.

🕒🕓🕔🕕🕖

Keesokan paginya, selepas kereta Kai meluncur pergi dari halaman rumah, aku segera mengunci pintu. Aku yang baru saja ingin melangkahkan kaki untuk beredar dari situ serta merta terhenti apabila seseorang menyapa dari arah muka pintu.

" Hai Choi Aera. "

Seorang remaja lelaki betul-betul berada di hadapanku sedang menatapku selamba. Jantungku hampir luruh melihat matanya yang terlampau redup. Macam tak pernah tidur gayanya. Rambutnya perang dan kusut, berbadan tinggi lampai dan kurus keding. Aku bimbang kalau-kalau dia ni penagih dadah je.

Nahas aku!

" Tak payah buka mulut. Kau nak tanya macam mana aku tahu nama kau, siapa aku, dan apa yang aku nak, kan ? "

Aku mendengus geram.

" Kau memang betul-betul tak kenal aku ? "

Darah aku menggelegak. Bertubi-tubi dia menjawab walaupun aku tak tanya satu soalan pun pada dia.

" For your information, i don't like wasting my time with someone useless like you. "

Kaki ku melangkah pantas pergi dari situ. Pintu rumah aku hempas kuat.

Penagih dadah sialan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro