01

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

._______..♦.._______.

"Minjae bersiap sekarang."

Huh? Dah kenapa orang tua ni tetiba je.

"Buat apa?"

"Appa dah jual kamu lah. Dah jangan banyak cakap! Pergi bersiap!"

"Malas lah appa. Minjae dah penat lah.." selamba aku cakap. Nampak tak betapa tak kesah nya aku.

Lagipun orang tua tu macam mabuk je. So, buat apa aku kesah.

"Kau ikut je lah cepat!" Marah nya lagi.

"Appa.. Minjae baru je balik minggu lepas." Aku cuba meraih simpati daripada appa. Tapi nampak nya macam tidak berhasil.

"Minjae dah penat lah appa." Kata ku sambil mengeluh berat.

"Kalau appa tak berjudi semua ni tak jadi lah." Sambung aku lagi. Kalau boleh nak je aku buat karangan. Tapi, maleh aku..

"Berani kau menjawab eh sekarang!!" Kau tunggu!" Appa berlari menuju ke arah dapur. Aku hanya menjengukkan kepala sedikit bagi melihat apa pula yang bakal appa ku buat.

Bunyi enjen kereta mula menarik minat ku. Aku mula bergerak menuju ke arah pintu utama rumah tersebut.

Kepala ku mula terasa sakit yang tidak terkata apabila appa memulakan tindakan melulu. Dia memukul kepala aku menggunakan botol kaca.

Darah mula mengalir perlahan turun ke dahi aku. Kepala aku mula berdenyut. Tidak terperi sakit nya. Sempat aku melihat senyuman sinis appa sebelum semuanya menjadi gelap.


._______..♦.._______.

Mata aku perlahan-lahan di celik kan. Kepala yang berbalut aku pegang. Ruangan bilik yang sedikit asing itu aku teroka. Aku kat mana ni?

"Baru nak sedar?" Tanya satu suara yang sedikit serak basah. Siapa pulak dia ni.

Aku bangun dari pembaringan lalu menyandar kan belakang ku pada kepala katil. Namja itu makin menghampiri ku. Senyuman sinis dia berikan.

"Sa-saya dekat mana ni?"

"Rumah aku."

"Lah..saya dah kena jual lah ni maksud nya?" Aku mencebik.

"Berapa banyak appa hutang dengan awak?" Tanya aku sambil memandang nya tenang.

"1 Juta."

Perghh tak padan dengan tua! Bukan main kau pinjam duit orang. Lepastu tak reti nak bayar. Aku jugak yang kena.

"Kau tak kesah?"

"Entah. Ni bukan kali pertama saya kena jual." Aku tersenyum nipis. Nak buat macam mana, aku dah terbiasa.

"Tell me."

"Panjang sangat lah kalau nak cerita dekat-"

"Make it short." Haihhh ye lah. Tak sabar-sabar lah dia ni.

"Saya dijual, appa cari saya balik sebab nak duit, bla bla bla bla. End up, saya balik semula dekat pangkuan appa. Macam tu lah. Ni dah kali ke 5 saya kena jual."

"Since kau dah duduk dengan aku, aku takkan benar kan siapa-siapa pun ambil kau dari aku. Faham?!"

Dah kenapa kau cakap dekat aku? ! Pergi lah cakap dekat appa tu.

"Saya pun harap appa tak ambil saya dah.." kata aku perlahan sambil tertunduk. Aku bermain dengan hujung baju ku.

"Apa kau kata?" Tanya namja itu sedikit dingin.

"Erkk..saya lapar." Cepat-cepat aku mengubah topic. Aku bangun daripada duduk lalu berjalan menghampiri pintu bilik.

"Aku dah sedia kan makan tengahari untuk kau dekat bawah. Lepas makan mandi. Nanti aku letak baju dalam bilik kau."

"Hurmm awak.."

"Jungkook, Jeon Jungkook." Aku tersenyum manis apabila mendengar kan nama nya. Sungguh comel macam orang nya.

"Kau jangan pernah cuba untuk lari. Setiap sudut rumah ni dan juga setiap bilik ada camera litar tutup-"

"Ye lah, ye lah..dah lah bebel tu. Saya lapar ni." Aku menarik tangan jungkook supaya mengikuti langkah aku. Jungkook kelihatan pelik melihat sikap aku. Keluar sahaja daripada bilik. Mulut aku terlopong luas.

"Woah~ ni istana ke rumah?! Tiga tingkat kot!" Kata ku begitu teruja. Selama rumah yang aku tinggal dengan 'pembeli' aku..rumah ni lah yang paling besar setakat ni.

"Ada dua bilik yang kau tak boleh masuk. Pertama, bilik di sebelah pintu yang menuju ke bawah tanah. Kedua, pintu bilik pejabat aku."

Aku hanya mengangguk perlahan.

"Bilik awak kat belah mana??"

Jungkook menjuihkan bibir nya pada bilik yang berada berhadapan dengan kami. Jauh sikit lah dari bilik aku. Emmm

"Awak duduk sorang je ke dekat dalam rumah ni?" Tanya aku mesra sambil menuruni anak tangga.

"........."

"Saya tanya ni--"

"Kau tak reti nak diam ke Minjae?!" Dia meninggi kan suara nya. Haishh aku tanya je. Bibir ku di muncungkan sedikit ke hadapan.

Tidak lama selepas itu bibir ku mula membentuk satu senyuman. Gembira bila jungkook tahu nama aku. Mesti appa yang bagitahu.

Aku melabuh kan punggung di atas kerusi berhadapan dengan jungkook. Muka nya sedikit tegang.

"Makan." Kata nya sepatah.

Makanan yang memang sudah tersedia di hadapan aku di tenung. Satu soalan yang berlegar-legar di dalam kepala aku sekarang ini ialah...Dia yang masak ke?

Jungkook memandang aku sekilas.

"Aku tak letak racun pun."

"Ani...awak masak ke??"

Tiada jawapan untuk soalan aku. Tak pe lah, aku makan je lah.

Aku mula menyuap makanan itu ke dalam mulut. Mata ku bersinar-sinar. Sedap weyhh!!

"Macam mana awak masak ni?!"

"Awak pandai masak eh?"

"Apa lagi yang awak pandai masak?"

bertalu-talu soalan aku lempar kan. Tapi satu pun dia tak jawab.

"Kau boleh tak tutup mulut kau? Atau kau nak aku yang tutup kan?" Jungkook mengangkat sebelah kening nya.

Aku mencebik. Telinga aku mendengar ketawa kecil milik jungkook. Comel je.

Selepas selesai makan, aku naik semula ke bilik lalu membersih kan diri. Aku terdengar pintu bilik di buka. Mesti jungkook datang nak bagi baju.

Malas aku Mandi lama-lama. Usai sahaja mandi aku keluar dari tandas sambil berkemban. Seperti yang aku jangka, ada sehelai baju dan juga sehelai seluar. Tapi baju ini sedikit besar lah. Londeh kalau aku pakai.

Takpe lah aku redho. Asal ada baju. Ouh ye, dia suruh aku siap-siap ni nak pergi mana?

Aku keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Ternyata Jungkook sedang menunggu kehadiran aku di situ.

"Awak kita nak pergi mana?"

Jungkook pandang aku sekilas lalu pandangan nya kembali jatuh pada screen telephone.

Aku menggoncang lengan nya perlahan. Dia menarik lengan nya jauh daripada aku. Malas lah layan kau ni. Hmmph..

"Dah jom." Aku mengikut jungkook dari belakang.

Sebuah kereta berhenti di hadapan kami berdua. Aku duduk bersebelahan jungkook dekat seat belakang. Ada pemandu siot dia ni.

"Kita nak pergi mana?"

"Beli baju kau. Kenapa ada masalah?" Jungkook merenung ke dalam anak mata ku. Alahai..ni lemah ni.

Baru hari first..dalam banyak-banyak penjaga aku. Aku tertarik pada dia, Jeon Jungkook.

._______..♦.._______.


Okay, di sebab kan Rah dah bosan buat cerita yang story line macam biasa sangat..ni Rah cuba buat mafia punya story line.

Rah tak lah power bab-bab ni. Tengok lah jadi ke tak. Hehehe. Thanks for reading ❤️

TO BE CONTINUE ;

VOMMENT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro