04

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

._______..♦.._______.

"Siapa dia ni aeyrah?" Tanya seorang namja dengan nada yang sedikit dingin. Iris mata hitam nya menikam tepat ke arah seketul Minjae.

"Pergi masuk bilik dulu." Kata Aeyrah. Minjae mengangguk kecil sebelum dia berlari anak menaiki anak tangga.

Kini suasana menjadi sunyi di antara mereka berlima.

"Siapa yeoja tadi?" Suara seorang namja bergema di dalam rumah agam itu.

"Haihh, macam biasa lah." Jawab aeyrah sambil mengeluh kecil.

"That shit again?!"

"Behave yourself Yoongi. Dia dengar nanti." Kata aeyrah sedikit marah.

"Menyusah kan. Nanti aku jugak kena tanam mayat dia, tch."

"Apa latar belakang dia?"

"Betul kata Namjoon, menyusah kan je."

"Okay look, Namjoon, Hoseok, Yoongi, Seokjin. Aku tak rasa dia sama seperti yeoja-yeoja yang Jungkook pernah bawak balik dulu."

"Kenapa kau cakap macam tu hurmm?"

"Semua sama je. Kau tahu kan ending dia macam mana nanti?" Tanya Namjoon.

Aeyrah menyandar kan kepalanya pada kerusi. Keluhan berat di lepas kan.

"Mati." Sambung Namjoon lagi.

"Budak ni, lain. Aura dia...aku tak boleh terang macam mana. Nanti bila korang dah tinggal dengan dia korang tahu lah." Aeyrah menyilang kan kedua belah tangan nya di dada dia masih dengan pendirian nya.

Seokjin mengangkat sebelah kening nya. Dia memandang aeyrah lama. Aeyrah mengeluh perlahan.

"Tak payah lah pandang aku macam tu. Ye, aku tahu..tak sampai sehari pun aku kenal dia." Aeyrah membuat pengakuan.

"Alah..korang layan je lah dia macam biasa. Korang ni bukan apa sangat pun. Acah je lebih." Sinis aeyrah berkata.

"Amboi sedap mulut kau eh pompuan." Kata hoseok sambil mengetap gigi nya.

"Betul apa aku cakap. Kau dengan Jungkook tu, atas padang je aura lain macam. Balik rumah, hancur. macho pun hilang tah ke mana." Sambung aeyrah lagi membuat kan seokjin tergelak.

Yoongi diam tidak berputik. Tidur lah kot. Dah memang hobi dia tidur.

"Ni, pompuan ni tahu tak apa kerja sebenar jungkook?" Tanya namjoon kepada aeyrah. Yang lain sudah menunggu jawapan dari nya.

"Belum. So, korang jangan tunjuk lah sisi lain korang tu. Lagi pun kat rumah korang bukan nya buat apa pun kan. Hidup normal jugak kan."

...

Apa yang diorang borak dekat bawah tu?? Kenapa aku tak boleh join?? Siapa diorang tu?? Alahh banyak betul lah soalan aku malam ni emm..

Esok je lah aku tanya eomma. Sekarang ni, aku nak siap siap untuk tidur. Tu pun kalau aku ingat lah nak tanya.

...

"Ni korang nak minum apa-apa tak?" Tanya aeyrah. Mereka hanya mengangguk sahaja.

Aeyrah bangun dari duduk nya lalu membuka langkah menuju ke dapur.

"Apa nama budak tu?" Tanya hoseok sambil menolong aeyrah membuat air.

"Ryu Minjae." Kata aeyrah. Bibir nya naik membentuk satu senyuman.

"Comel nya nama dia. Berapa umur dia?" Celah seokjin. Entah tiba-tiba je dia muncul.

"17 tak silap."

"Perghh muda lagi?!" Jerit hoseok dengan seokjin serentak. Tak semenang-menang nya, satu pukulan jatuh di atas kepala mereka.

"Diam lah sikit!" Aeyrah menjeling mereka. Dia menatang dulang air lalu membawa nya ke ruang tamu.

"Weyh aku nak tanya korang ni." Aeyrah membuka suara setelah dia melabuhkan punggung nya di hadapan mereka berempat.

"Apa?" Tanya Namjoon sambil menyisip air teh itu.

"Bukan korang ada kerja ke?"

"Ada orang kacau line. Nanti pukul 11 malam nanti baru line clear balik." Seokjin mengeluh berat apabila dia mengerling jam di dinding. Ternyata baru pukul 8 malam.

Lambat lagi lah maknanya. Sempat kalau nak buat pesta.

"Target??" Tanya aeyrah sambil memandang mereka.

"Seorang billionaire yang membuat penyeludupan. Habiskan dia, and all the amount goes to us." Lancar Namjoon berkata.

"Beg yang korang bawak tu??" Aeyrah menjuih kan bibir nya ke arah di mana terletak nya beg hitam itu.

"Macam biasa. bawa peralatan lah apa lagi."

Aeyrah hanya mengganguk. Dia tahu apa yang mereka bawa.

Yoongi sudah tentu membawa peralatan bagi menggodam sistem kawalan.

tidak menggunakan sebarang

Seokjin membawa beg yang penuh senjata. Di terlalu mahir menggunakan senjata. Malah, senjata yang mereka gunakan itu semuanya di buat oleh nya sendiri.

Semua rancangan mereka sudah dirancang terlebih dahulu oleh Namjoon selaku leader mereka.

"Kalau aku cari info pasal budak minjae tu macam mana?" Tanya Yoongi sambil memandang aeyrah.

"Tak perlu. Dan jangan sesekali, selagi aku tak benar kan."

Semua mata tertumpu ke arah...Jungkook.

"Bila kau masuk?!" Terkejut aeyrah di buat nya. Masuk pun tiada bunyi ke. Haihh..

"Tapi kita--"

"Aku cakap apa tadi?"

"Ye lah, ye lah.." Yoongi mengalah jugak. Macam tak tahu je jungkook tu. Sudah sangat nak bertolak ansur kalau mood dia dah melayang.

Jungkook menapak naik ke bilik. Badan nya sudah bermandi darah. Susuk tubuh nya di hantar oleh beberapa iris mata.

"Aku rasa di lupa bawak baju spare lah." Bisik Seokjin kepada Hoseok.

"Ouh ye lagi satu." Jungkook memberhentikan langkah nya. Dia bercakap sambil membelakangi mereka. Mereka semua diam tidak berputik.

"Dah pukul 11 nanti jangan lupa blah pulak." Suara lantang Jungkook memecah kesunyian satu ruang tamu itu.

"Amboi kau...halau kitorang eh." Kata Yoongi selambe.

Jungkook menggangkat kedua belah bahu nya. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam bilik nya.

Mereka yang lain hanya menggeleng kan kepala mereka. Begitu lah maknae, nama je maknae tapi haishh. Nak buat macam mana, Boss Leader lah katakan.

Mungkin ada orang yang tertanya, siapa kah mereka.

Mereka ialah puak mafia yang paling ditakuti semua, Black Swan.

Mereka yang paling handal dalam melakukan kerja tanpa sebarang jejak mahupun bukti. Semua orang berpikiran bahawa mereka ini menakut kan.

Tetapi bagi aeyrah, mereka ini sungguh menjengkel kan.

Tidak ada satu puak pun yang berani mengacau kegiatan gila mereka melainkan, puak Dark Ball.

._______..♦.._______.

Emmm kalau chapter ni sedikit bosan. Sila lah tampar abang rah. Rah benarkan BAHHAHAHA

TO BE CONTINUE ;

VOMMENT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro