s e v e n

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Awak dah siap ke belum?" Jimin menyoal kuat dari ruang tamu. Juyoon tergesa-gesa mengoles lip tint berwarna merah ceri ke bibir dan membetulkan mafla. Lantas beg tangannya dicapai dan dia berlari keluar dari bilik.

"Dah!"

Jimin menoleh dari kitchen island. Senyumnya melebar. "Cantiknya dia. Sini, sini. Saya dah bancuhkan coklat panas yang awak suka." Gamitnya, menepuk kerusi kosong disampingnya.

"Terima kasih, Jimin."

"Eung. Tiup dulu. Panas lagi tu."

Selesai menghirup coklat panas dan membersihkan dapur, Jimin kembali mendapatkan Juyoon yang sedang memakai but sambil meleret telefon.

Kunci kereta dicapai. "Juyoon. Jom."

Pasangan itu memboloskan diri ke dalam kereta. Enjin dihidupkan lalu kenderaan pacuan empat roda itu mula meluncur di atas jalan. "Bila salji turun, Jimin?"

"Entahlah. Mungkin harini ataupun esok. Kenapa awak tanya?" Jimin mengerling sekejap. Juyoon cuma menggeleng kemudian kembali melempar pandangan ke luar tingkap.

"Tak sabar nak kambus awak dalam salji."

"Hei!"

"Saya guraulah!" Juyoon ketawa. "Ada hati nak kanbus saya, ya? Baik. Nanti kita tengok siapa yang terkambus nanti."

Matanya mengecil. "Wah, ini Juyoon tahu. Min Juyoon. Bukan orang biasa. Bukan setakat awak, homestay kita pun saya kambus sendirian! Hmph!"


Lengan Jimin dipeluk erat. Bahu Juyoon terangkat, tanda dia sejuk teramat saat itu. "Fuh, sejuknya. Kita cari tempat yang panas sekejap boleh? Saya rasa macam saya tengah membeku."

Juyoon menghembus nafas beku. Jimin tertawa kecil, menarik tangan kiri Juyoon lalu diseluk ke dalam poket kot labuhnya. "Boleh, sayang. Depan sana ada kafe. Kita singgah sekejap, ya?"

"Eung!"

"Sedap?"

Juyoon angguk. Satu lagi sudu kek dimasukkan ke dalam mulut. "Sedap gila. Awak nak cuba?" Laju Jimin menolak. Dia cuma mahu memerhati cinta hatinya makan kek dengan berselera.

"Patutlah manis, suka betul makan benda manis Juyoon saya ni."

"Hm, bolehlah." Mereka ketawa. Jimin menongkat dagu, pandang sahaja si Juyoon menghabiskan dua potong kek. Lapar betul, padahal dah makan malam.

"Jimin, this cake reminds me of you. Your lips."

Jari ditala ke bibirnya. "Ini?"

Juyoon angguk. "Uhm. Lembut. Dan manis, macam kek ni."

"Eh, awak ni. Ada-ada je. Dah, cepatlah habiskan kek tu." Wajah ditoleh ke arah lain saat terasa darah mula meruap ke pipi. Jimin menahan kuat bibir dari tersenyum.

"Comel je pipi merah. Hikhik. Nah, makan kek ni."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro