BAB 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TASIK Titiwangsa di hadapannya dipandang dengan pelbagai perasaan. Dadanya berombak perlahan. Dia cuba mencari ketenangan seorang diri tanpa ditemani sesiapa namun hatinya masih terluka.

"Kita putus."

Ya, itulah ungkapan Farhan beberapa hari yang lepas dan masih terngiang-ngiang di minda. Walaupun dia sudah dapat mengagak perkara ini akan berlaku namun hatinya masih tetap sakit untuk menerima.

"Lepas ni, tak perlulah awak cari saya lagi. Hubungan kita setakat di sini je. Bila kita terserempak di mana-mana, anggap aje saya ni stranger."

Serra cuba menahan air matanya daripada gugur. Farhan memutuskan pertunangan mereka, dia cuba untuk terima tetapi apabila lelaki itu mahu menganggap mereka langsung tidak mengenali satu sama lain, amat susah baginya.

"Aku dah hilang Farhan," gumam Serra.

Matahari yang terik memancarkan sinarannya ke bumi.

"Arghhhhh!" Serra menjerit sekuat hati. Dia cuba buang rasa ini, dia mahu buang segalanya di sini. Dia mahu buang memorinya bersama Farhan di sini.

Serentak dengan itu, air matanya mengalir laju. Serra duduk bercangkung di hadapan tasik dengan tangisannya semakin menjadi-jadi. "Tsk... tsk..."

Tiba-tiba dia merasakan ada seseorang berdiri di hadapannya. Perlahan dia mendongak, cuba melihat figura itu namun silauan cahaya mentari menghalangnya untuk melihat wajah itu dengan jelas. Sehelai sapu tangan kosong berwarna putih dihulur kepadanya. Teragak-agak Serra mengambil lalu mengelap air matanya.

Serra berdiri menghadap lelaki itu. Apabila dapat melihat dengan jelas wajah itu, Serra terkesima. Jantungnya bagai terhenti. Lelaki itu... lelaki itu...

Sungguh kacak tanpa sebarang cela. Rahangnya yang sempurna, kulitnya bersih dan licin. Matanya berwarna kelabu muda menyerlahkan lagi kekacakan lelaki itu. Bibir merah yang merekah dan terbentuk indah menyempurnakan lagi wajah kacak itu. Lelaki itu cukup sempurna.

Terlalu sibuk mengamati setiap inci wajah lelaki itu, Serra tidak sedar bahawa dirinya diperhatikan oleh lelaki itu.

"Ehem."

Serra terkejut lalu dia menundukkan kepalanya. Mula berasa malu apabila ditangkap mencuri pandang anak teruna orang. Kawal mata kau, Serra!

"Air matamu begitu berharga, mengapa perlu menangis untuk mereka yang telah melukakan dirimu?"

Serra mendongak.

"Sayang, kamu terlalu indah tanpa air mata itu."

What?!

"Apa awak cakap ni?"

"Kecantikan wajahmu bak bulan purnama yang menyerlah kehidupan orang lain," bisik lelaki itu lagi. Kali ini, Serra tidak tahu untuk beri reaksi bagaimana namun pipinya mula hangat dengan kata-kata manis lelaki yang dia tidak kenali.

Melihat kebisuan gadis di hadapannya, dia mengukir senyuman.

"Aqief."

"Hah?"

"Nama saya Aqief."

Serra hanya senyum. "Serra."

"Such a nice name, like the owner."

"Nonsense." Sera menggumam namun dapat didengari oleh Aqief.

Terangkat kening Aqief. "I said the truth."

"Thanks," ucap Serra. Dia sebenarnya tidak mahu menerima pujian lelaki itu kerana dia sedar dirinya tidak sempurna seperti perempuan lain.

Aqief memusingkan tubuhnya menghadap tasik. "Tenang, kan?"

Serra angguk setuju. Walau dia tidak kenal lelaki ini namun dia berasa selesa dengan kehadiran lelaki itu.

"Kenapa awak menangis tadi?" tanya Aqief.

Serra menunduk malu. Ah, baru dia teringat lelaki itu melihat dia menangis seperti kanak-kanak tidak dapat gula-gula saja! Aci tak kalau dia sorok muka dalam bajunya sekarang?

"Serra, do you hear me?"

Serra berdiri di sebelah Aqief.

"Saya tak boleh..."

Aqief senyum nipis. Dia tiada hak untuk mengetahui masalah gadis itu dan ini bukan diri dia yang mudah bergaul dengan sesiapa. Dia ke sini untuk menenangkan minda dan ternampak Serra menangis. Otak beri arahan untuk tidak peduli tetapi hati memaksa untuk membantu.

"It's okay. Sometimes, we need to cry to express our feelings. But, at the same time... ask yourself why do you need to cry for someone who dumped you? We only have one heart. We gotta take care of it."

"Thanks," ucap Serra. Kata-kata lelaki itu membuat hatinya yang meraung mula beransur tenang.

"I don't know what is your problem but I just wanna say, believe in yourself. You are a strong person and you can go through everything." Lembut suara Aqief menuturkan.

Serra memandang lelaki itu. "Siapa awak?"

Aqief menoleh lalu dia bisik sesuatu. "Jodoh awak." Kemudian, dia mengenyitkan sebelah mata.

Jantung Serra berdetak laju. Dia tidak salah dengar dan tengok, kan? Lelaki itu kenyit mata ke arahnya.

"I need to go. See you in the future, my dear."

Serra terkaku.

***

SERRA duduk termenung di birai katil. Perihal Farhan sudah hilang tetapi kemunculan lelaki di Tasik Titiwangsa cukup memberi kesan kepadanya. Aqief. Hanya satu nama dan perkenalan yang singkat tetapi membuatkan dia tidak berhenti memikirkan lelaki itu.

Sweet talker?

Atau... lelaki itu lari dari Tanjung Rambutan?

Serra menggeleng kepalanya. "Tak baik fikir macam tu, Serra! Dia tadi bukan main baik dengan kau, kau fikir dia gila pula?" Serra menampar perlahan pipinya.

"Kecantikan wajahmu bak bulan purnama yang menyerlah kehidupan orang lain."

Serra menyembamkan wajahnya ke bantal. 'Lelaki itu buta ke gila? Aku bak bulan purnama? Dah macam bola kena salut lumpur ada la!'

Badannya kembali duduk tegak. 'Entah-entah ada maksud lain?'

Bulan purnama.

Bukan ke rupa bulan bila tengok dari jarak dekat, bulan tidaklah seindah seperti manusia sangkakan.

"Dia nak cakap aku ni buruk ke?"

Serra merengus geram. Kalau itu maksud lelaki bernama Aqief. Buat penat saja dia memuji kesempurnaan lelaki itu.

Tidur lagi bagus. Mana tahu bila bangun jadi Sleeping Beauty ke?

***

UMMIE melihat Serra yang ceria itu. Gadis itu seakan langsung tidak bersedih setelah apa Farhan lakukan kepadanya. Serra yang seronok ketawa menonton video di telefonnya terus memandang Ummie.

"Mie."

"Hah?"

"Kenapa kau pandang aku macam tu."

Ummie resah. "Bila aku pandang kau? Perasan." Dia terus menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Ya ke? Atau..." Serra memincingkan matanya ke arah Ummie.

"Apa?"

"Jangan cakap kau suka satu kaum dengan kau. Kau usyar aku." Serra menekup mulutnya.

Pak!

Serra mengaduh apabila sudu di tangan Ummie hinggap pada tangannya. "Oi! Aku 'straight' lagi la! Agak-agaklah." Ummie mendengus geram. Ke situ pula kawannya fikir. Otak sempit betul!

Serra ketawa besar.

"Gelaklah, Serra. Malas aku layan kau."

Semakin kuat tawa Serra.

"Kau tak sedih ke?" tanya Ummie setelah Serra berhenti ketawa.

"Kenapa aku kena sedih?" soal Serra naif. Tidak mengerti.

Ummie hela nafas pendek. "Sebab kau dengan Han kan dah... putus."

Serra senyum kelat. "Tak ada jodoh. Biarlah."

"Kenapa kau tak pertahankan diri kau? Hubungan kau?" tanya Ummie lagi. Dia mahu tahu apa sebenarnya kawan baiknya fikirkan.

"Sebab aku sedar aku tak layak untuk bahagia. Aku tak layak untuk sesiapa. Aku tak sempurna. Jadi biarlah aku teruskan hidup aku macam ni, Ummie. Aku ada ibu, ayah dan kau. Itu dah cukup untuk aku gembira," ujar Serra bersama senyuman manis.

Ummie pula berasa sebak dengan pertuturan kawan baiknya itu. "Serra..." Air matanya mula menitis.

"Yang kau nangis ni kenapa?" tanya Serra. Pelik.

"Terharu."

"Sengal."

Ummie mengesat air matanya.

"Serra."

"Apa lagi?"

Ummie menarik nafas lalu hembus. "Kau nak kerja tak?"

"Kerja?" Terangkat kening Serra. Dia mahu kerja tapi ibu dan ayahnya terlalu protective. Tapi takkan sampai bila-bila dia nak hidup bergantung pada ibu dan ayahnya sahaja? Encik Rafael bekerja sebagai seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat manakala ibunya menguruskan sebuah bakeri.

"Ha'ah, kerja. Kat syarikat yang aku kerja sekarang ni ada satu jawatan kosong tau. Tak silap aku, jawatan setiausaha. Kau nak?" Ini pun Ummie dapat tahu apabila kawannya yang kerja di bahagian HR memberitahunya.

"Aku nak, tapi ibu dan ayah aku bagi ke?"

"Ala kau pujuklah dia orang. Aku pasti dia orang bagi punya. Habis tu sampai bila kau nak menganggur macam ni? Kau punya ijazah tu memang untuk jadi hiasan? Kau tahu tak, yang kau ada Ijazah Pengajian Perniagaan? Takkan nak sia-siakan apa yang kau belajar selama ni?" Ummie cuba menyedarkan Serra.

Serra berfikir. Ada benar juga kata-kata Ummie. Sia-sialah apa yang dia belajar bertahun-tahun tetapi menganggur.

"Okey, aku setuju. Kau bagi aku details fasal jawatan kosong tu."

"Okey, aku share kejap."

Serra tersenyum. Kini, dia harus memberanikan diri minta izin ibu dan ayahnya sahaja. 

❦︎ EBOOK VERSION STILL AVAILABLE

❦︎ PRINTED VERSION (PAPERBACK/NOVEL) - OPEN PREORDER TILL 06/11/2021


LINK IN BIO!
LINK IN BIO!
LINK IN BIO!






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro