03 | Jeon Setan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"MANA ARTIS TU?! KENAPA DIA TAK DATANG LAGI?!" Suara jeritan produser yang mula berang kedengaran.

Mana tidaknya. Jeon Wonwoo masih tidak hadirkan diri di tempat pemotretan mereka pada hari itu.

Sepatutnya jam 7 pagi tadi lagi dia sudah sampai bersama dengan manager dan krew dari syarikat managementnya.

Aejung pula sudah menggigil sambil mendail nombor telefon Wonwoo tak berhenti daripada tadi. Tapi semuanya masuk mailbox.

Menandakan artis jagaannya itu matikan telefonnya.

"Aejung, aku takut lah. PD Na tu macam dah nak mengamuk je tu." Yerim berbisik sambil menyenggol Aejung di sebelahnya.

Aejung mengeluh. Panggilannya kepada nombor Wonwoo sekian kalinya masuk ke dalam peti suara.

"Dekat 50 kali aku call dia, semua masuk mailbox je. Aku rasa dia off phone la sia." Aejung mengeluh. Dia juga sama cuaknya dengan Yerim.

Siapa yang tidak kenal dengan PD Na Jaemin itu? Dia tegas dengan karyanya.

Bukannya senang untuk muncul di acara talk show yang diarah oleh produser muda itu.

Tapi yang namanya Jeon Wonwoo itu memang tidak tahu bersyukur! Kerjanya asyik menyusahkan hidup orang lain sahaja.

Yang paling merana? Sudah pastilah sang manager, Aejung.

"Tunggu sini kejap, aku try pujuk PD Na." Ucap Aejung. Yerim anggukkan sahaja kepala.

Aejung kemudiannya melangkah mendekati kerusi yang bertampalkan pelekat NA PD itu. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum dihembus.

"Macam biasa Aejung, tahan maki. Senyum. Jangan cakap apa-apa selain dari minta maaf." Gumamnya kepada diri sendiri.

"PD Na..." Aejung menyapa dengan nada suara yang sangat perlahan.

Dia takut. Tapi mahu bagaimana lagi?

Mahu atau tidak dia lah yang terpaksa hadap Na Jaemin itu. Takkan Yerim pula?

"Hmm, ya." Balas PD Na acuh tak acuh. Dari riak wajahnya saja Aejung tahu lelaki itu sedang menahan marah.

"Saya minta maaf banyak-banyak dari pihak artis jagaan saya. Boleh saya minta sedikit masa lagi? Saya akan bawa dia datang ke sini dengan kadar segera!!" Ucap Aejung bersungguh-sungguh.

Na Jaemin mendengkus geram. Aejung dapat lihat urat-urat yang timbul di leher lelaki itu, menandakan dia benar-benar sedang marah.

"Awak tahu tak sekarang ni dah pukul berapa, Cik Yoon?! Dah pukul 9! Dah 2 jam kita tunggu dia datang!! Kalau macamnilah perangai Jeon Wonwoo, baik saya cancel je dia jadi bintang tetamu acara harini!" Sembur PD Na itu.

Aejung menunduk, menekur lantai. Tidak berani mahu bertentangan mata dengan lelaki itu.

Na Jaemin yang melihat kedua belah tangan Aejung itu bergetar hanya mampu mengeluh pendek. Tiba-tiba dia rasa bersalah telah menghamburkan marahnya terhadap manager artis bermasalah itu.

"30 minit je, Cik Yoon." Ucap PD Na tiba-tiba.

Aejung terus angkat semula wajahnya, memandang PD Na dengan dahi yang berkerut.

"Ya??"

"Saya bagi awak masa 30 minit je untuk bawa Jeon Wonwoo ke sini. Kalau lebih daripada tu, saya minta maaf tapi episod ni kita batalkan je. Dan lepasni saya dah tak nak berurusan dengan Jeon Wonwoo atau agensi awak lagi." Jelas Na Jaemin dengan panjang lebar.

Aejung terus mengangguk laju. Senyuman kecil mula terukir di wajah polosnya itu.

"Terima kasih, PD Na!" Aejung menunduk beberapa kali sebelum terus berlari keluar dari studio rakaman itu.

Na Jaemin yang melihat pemergian manager muda itu hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Kesian betul. Kenapalah orang baik macamtu selalu ada masalah dengan orang gila." Na Jaemin mengeluh sambil memicit dahinya yang terasa pening gara-gara stress memikirkan perangai Jeon Wonwoo tadi.

----

"Terima kasih, Pakcik!" Aejung terus tutup pintu teksi sebelum berlari masuk ke dalam lobby apartment mewah tempat tinggal Wonwoo itu.

Kakinya laju melangkah ke arah lif. Pengawal keselamatan yang melihat kemunculan Aejung di situ juga sudah cukup hafal dengan wajah gadis itu.

Dan melihatkan Aejung yang berlari dengan tergesa-gesa itu juga sudah cukup untuk mereka meneka apa yang telah berlaku.

Ah, Jeon Setan buat hal lagi.

Iya. Jeon Wonwoo yang selalu dipuja-puja di media sosial itu memiliki sikap yang begitu buruk di dunia nyata. Orang-orang sekeliling yang tidak senang dengan perangainya memanggil dia dengan nama Jeon Setan.

Nama pemberian dari Aejung yang tersakiti setelah bertahun lamanya menjadi pengurus kepada artis bermasalah itu.

Pintu unit bernombor 1707 itu diketuk dengan kuat. Seperti dirasuk setan. Aejung tidak pedulikan tapak tangannya yang kesakitan gara-gara mengetuk dengan terlalu kuat.

Aejung juga sudah tidak hiraukan jiran-jiran Wonwoo yang mungkin keluar rumah disebabkan terganggu dengan jeritannya di luar pintu itu.

"JEON WONWOO! BUKAK PINTU, JEON WONWOO! JEON WONWOO!!!" Aejung menjerit sekuat hati. Tangannya tak berhenti mengetuk pintu kayu itu. Loceng unit Wonwoo ditekan berulang kali.

"Aishhhh!" Aejung dengar suara Wonwoo dari dalam.

Tak lama kemudian, pintu itu dibuka dari dalam.

Menampilkan Wonwoo dengan muka bantalnya, nampak seperti baru bangun tidur.

Aejung ketap bibir. Seboleh mungkin dia cuba menahan amarahnya daripada terhambur.

"KITA DAH LAMBAT!" Ucap Aejung. Lengan Wonwoo terus diraihnya.

Belum sempat Aejung hendak menarik Wonwoo melangkah bersamanya, lelaki itu keraskan tubuh. Tidak mahu ikut berganjak.

"Kita dah lambat, Encik Jeon! Na PD cuma bagi saya masa 30 minit untuk bawa Encik ke set sekarang!" Ucap Aejung, panik.

Wonwoo tayang riak tidak berperasaan.

"Aku belum mandi lagi." Balas Wonwoo, selamba.

"Ya Tuhan—" Aejung nyaris hendak mencarut. Tapi dia tahan niatnya itu.

"Okay, baiklah! 10 minit je! Encik boleh mandi dan bersiap dulu." Balas Aejung.

Wonwoo terus tepis tangan Aejung sebelum kembali masuk ke dalam apartmentnya. Pintu rumahnya sengaja dibiar tidak bertutup.

Aejung yang terpacak di luar apartment Wonwoo itu hanya mampu mengeluh. Dia mengerling jam di pergelangan tangan kirinya itu. Kira-kira ada lagi 15 minit masa yang diberikan oleh PD Na tadi.

"Masuk, Aejung! Kemaskan barang aku!" Laung Wonwoo dari dalam bilik tidurnya.

Aejung mendengus. Namun tetap diturutkan perintah dari artis jagaannya itu. Dengan cepat dia mengemas segala barangan yang mungkin diperlukan oleh artisnya itu nanti.

"Dasar Jeon tak guna Wonwoo! Kalau tak menyusahkan aku memang tak sah!" Aejung menggerutu sambil memasukkan telefon pintar milik Wonwoo beserta charger dan powerbank ke dalam beg yang selalu digunakan oleh artisnya itu.

Jangan tanyakan kepada Aejung kenapa dia masih bertahan dengan kerjanya menjadi pengurus untuk artis bermasalah seperti Jeon Setan ini.

Sudah pasti duit adalah jawapannya.

Aejung perlukan duit yang banyak untuk pembedahan kucingnya yang sakit. Dan juga untuk menanggung beban hutang dari kedua orang tuanya.

######
Chapter baruuu genk. Bapak ah tau tau je 1k words hshshshhss

1:56 AM, 9 June 2023

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro