12 | Dunia Asing

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bunyi mesin bantuan sokongan hayat bising di dalam bilik rawatan itu. Di atas katil terbaring sekujur tubuh perempuan yang tidak sedarkan diri. Dahinya berkerut-kerut, seolah-olah dia sedang mengalami mimpi buruk di alam bawah sedarnya.

Perlahan-lahan kedua belah mata itu terbuka. Matanya pejam celik beberapa kali, cuba membiasakan dengan biasan cahaya terang di dalam bilik itu.

Aku dah mati ke? Fikirnya. Matanya mula memandang sekeliling.

Kalau aku dah mati dan ini neraka, kenapa macam dekat hospital?? Dahinya berkerut, lagi.

Dengan sedaya upaya dia cuba bangun untuk duduk. Tangannya yang ada jarum IV drip itu ditenungnya.

Benda terakhir yang dia ingat adalah dia nekad hendak membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai dari atas jambatan setelah menerima berita kematian kucing kesayangannya.

Dia juga kehilangan pekerjaannya. Serta hatinya yang hancur remuk disebabkan kata-kata yang menyakitkan daripada Ibu yang melahirkannya ke dunia.

Kemudian di dalam air yang tenang itu dia melihat dirinya sendiri. Wajah yang begitu mirip, sampai buatkan Aejung rasa seperti dia sedang menatap cermin di dalam air itu.

Sangkanya dia sudah mati, tapi tiba-tiba hatinya terasa tidak senang.

Belum sempat otaknya hendak memproses keadaan sekeliling, tiba-tiba pintu bilik rawatan itu dibuka dari luar. Muncul dua orang asing dari balik pintu.

Seorang lelaki dewasa bersama kanak-kanak lelaki.

"Eommaaaa!!" Si anak kecil terus berlari menerpa ke arahnya.

"Eomma dah bangun! Appa! Eomma dah bangun!" Anak kecil itu bersorak riang di tepi katil Aejung.

"Hansol, jangan bising. Eomma baru bangun, jangan buat Eomma rasa tak selesa okey?" Suara berat lelaki dewasa itu kedengaran sedang memujuk anak kecil itu dengan lembut.

Kerutan di dahi Aejung semakin berlapis. Sejak bila Jeon Wonwoo yang sudah dikenali selama 3 tahun itu boleh bercakap dengan nada lembut seperti itu?

Bukan main sopan lagi ya nada bicaranya. Ke mana perginya Jeon Setan yang biadab dan selalu berbicara dengan nada dingin sedingin ais di kutub utara itu?

Tak semena-mena, Aejung tergelak. Rasa kelakar yang amat apabila dia melihat Wonwoo dengan versi yang lebih lembut dari biasanya itu.

"Kali ni tengah practice watak bapak mithali pulak ke, Encik Jeon?" Sindir Aejung, sinis.

Dahi Wonwoo berkerut mendengar soalan dari Aejung itu. Anak kecil yang datang bersamanya turut sama terdiam dan memandang Aejung dengan riak hairan.

"Eomma tak panggil Appa sayang ke?" Tanya si kecil itu yang membuatkan Aejung mendengus sebal.

"Siapa Eomma kau? Aku tak ada anak." Balas Aejung, dingin.

"Eomma..." Mata si kecil yang dipanggil Hansol tadi mula berkaca.

"Sayang, awak okey tak? Nak saya panggilkan doktor??" Soal Wonwoo yang mula risau dengan keadaan isterinya itu.

Iya, isteri.

"Tak payah nak bersayang sayang dengan aku lah! Jijik!" Cemuh Aejung sebelum mencabut kasar jarum IV drip dari tangannya itu. Darahnya mula menitik ke lantai.

Rasa pedih yang mula muncul di tangannya langsung tidak dihiraukan. Aejung terus turun dari katil itu dengan kaki ayam, melangkah dengan rasa dingin lantai hospital itu.

"Hey, awak nak kemana?! Awak masih belum sembuh, Aejung!" Wonwoo cuba menghalang pemergian Aejung namun tangannya segera ditepis kasar oleh wanita itu.

"Jangan sentuh aku!" Jerit Aejung sebelum menolak tubuh Wonwoo menjauhinya dan terus melangkah keluar dari bilik sakit itu.

Mata Aejung melilau di sekeliling. Suasana di hospital ini terasa begitu asing padahal dia sudah banyak kali menjejakkan kaki di Hospital Saint Mary ini namun sekarang dekorasinya benar-benar berbeza.

Sangat mustahil kalau sebuah hospital besar seperti Hospital Saint Mary ini boleh siap renovasi dalam jangka waktu pendek begini kan?

Padahal baru seminggu yang lalu Aejung datang mengunjungi hospital ini bersama Wonwoo setelah menerima berita tentang artis jagaannya itu bergaduh di kelab malam bersama Rowoon.

Oh ralat, bekas artis asuhannya. Yelah, dia sudah dipecat bukan?

Aejung memegang kepalanya yang terasa pening mencucuk itu. Tubuhnya terhuyung-hayang seperti akan tumbang bila-bila masa sahaja.

Dan sebelum sempat tubuh Aejung rebah ke lantai, ada sepasang lengan kekar yang melingkari pinggangnya, menahan tubuh gadis itu dari rebah ke bumi.

"Aejung? Sayang? Awak boleh dengar suara saya tak?"

Suara yang sama.

Wajah yang sama.

Tapi Aejung yakin, Jeon Wonwoo di hadapannya ini bukan Jeon Wonwoo yang sama. Bukan Jeon Wonwoo yang dikenalinya.

Aejung tidak tahu apa yang sedang terjadi kepadanya saat ini. Yang dia tahu kepalanya sekarang sakit seperti mahu meletup sahaja.

Perlahan-lahan kesedaran Aejung menghilang. Tubuhnya terus rebah dalam dakapan Wonwoo.

"Sayang! Aejung!" Suara panik Wonwoo masih dapat didengarinya sebelum Aejung merasakan tubuhnya terapung di udara.

Aejung berharap, selepas dia buka mata semula nanti dia akan dapatkan jawapan yang dia perlukan.

#######

Tues, 13 Jun 2023 1:49 AM

Yeayy dah pindah universe!

Btw ini Jeon Hansol (5 tahun)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro