19 | Berdua

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Bye Eomma! Bye Appa!" Laung Hansol sebelum pintu kereta tertutup.

Aejung dengan Wonwoo yang berdiri di luar pagar rumah keduanya melambaikan tangan.

"Jumpa lagi dua hari, Eomma!" Hansol keluarkan kepala dari tingkap kereta yang baru dibukanya.

"Amboi, jumpa dengan Eomma je? Dengan Appa?" Wonwoo tarik muka, pura-pura terasa.

Hansol sengih. Tangannya dikeluarkan dari tingkap untuk melambai lagi kepada Eomma dan Appanya.

"Bye bye Appa! See you when I see you!" Ucap Hansol sebelum kembali duduk dengan sopan setelah ditegur oleh Seungcheol.

Choi Seungcheol, abang sepupu Wonwoo. Datangnya ke rumah pada hari jumaat itu kerana mahu meminjam Hansol untuk dibawa bercuti bersama kekasihnya, Im Aera.

Mulanya Aejung berat hati hendak lepaskan Hansol, sebab yelah. Dia dapat mengelak daripada tidur berdua sahaja dengan Wonwoo disebabkan keberadaan Hansol.

Seminggu lebih Hansol tidur bersama mereka berdua di atas katil yang sama. Walau pada keesokan paginya bila Aejung terjaga posisi tidur mereka selalu berubah.

Selalu berakhir dengan Aejung yang berada di tengah-tengah katil, di dalam pelukan Wonwoo.

Tapi disebabkan Aejung tidak sampai hati melihat Hansol yang sudah teruja hendak mengikut pakciknya itu bercuti, Aejung terpaksa merelakan kepergian anak kecil itu.

Wonwoo? Dia yang paling bahagia memberi izin kepada Seungcheol untuk membawa Hansol bersama. Yelah, dia pun geram gara-gara isterinya asyik dimonopoli oleh anaknya sendiri.

Kedua pasangan suami dan 'isteri' itu menghantar pemergian kereta Seungcheol itu dengan ekor mata. Keduanya setia melambai sampai lah kereta yang dipandu Seungcheol itu hilang dari pandangan.

"Yes! Finally kita berdua je!" Wonwoo bersorak gembira.

Aejung yang mendengar laju sahaja menjeling lelaki di sebelahnya itu.

"Tak payah nak suka sangat eh, Encik Jeon." Tegur Aejung yang mula menyampah melihat senyuman nakal Wonwoo itu.

Macam pakcik-pakcik gatal je rupa.

"Alaa janganlah macamtu, Sayang! Seminggu lebih tau saya tahan diri dari sentuh awak lebih-lebih depan Hansol." Wonwoo mencebik bibir. Tangannya laju sahaja melingkar ke pinggang Aejung.

Dada Wonwoo dipukul laju. Aejung jegil mata mendengar respon daripada lelaki itu.

"Awak jangan nak macam-macam eh! Saya pandai pukul orang tau!" Ugut Aejung sambil tayangkan penumbuknya di hadapan Wonwoo.

Bukannya gentar, lelaki itu malah terkekeh ketawa. Sebelum tangan isterinya diraih lalu dikucupnya mesra.

"Aejung, kita pergi dating nak?" Ajak Wonwoo tiba-tiba.

Sebelah kening Aejung terangkat. Memandang Wonwoo dengan penuh curiga.

"Dating ke mana?" Tanya Aejung, serius.

Wonwoo tidak menjawab, cuma tersengih. Sebelum menarik Aejung untuk melangkah masuk ke dalam rumah bersamanya.


____________


"WONWOO JANGAN LAJU-LAJU!!!!" Jerit Aejung yang duduk di belakang sambil memeluk erat pinggang lelaki di hadapannya itu.

Bayangkan, Wonwoo membawanya naik motosikal besarnya di atas jalan raya. Pulak tu dia bawa motor bukan main laju lagi, macam ada temu janji dengan malaikat maut sahaja gayanya.

"Pegang kuat-kuat, Sayang! Kalau tak nanti jatuh!" Balas Wonwoo di hadapan sambil sibuk ketawa. Suka betul dia menyakat isterinya itu.

"JEON WONWOO!!!!!" Aejung kembali menjerit apabila Wonwoo semakin melajukan pemanduannya. Tubuh lelaki itu terus didakap seerat yang boleh.

Seolah-olah nyawanya benar-benar tergantung pada lelaki di hadapannya itu.






"Aduh! Sakitlah, Sayang!" Wonwoo mengaduh kesakitan apabila Aejung memukul dadanya dengan kuat.

Niat Wonwoo yang hendak membantu Aejung buka helmet terbantut gara-gara tangan si isteri yang lebih laju memukulnya.

"Jahat!" Balas Aejung sepatah. Dia sikit lagi sudah mahu menangis sebenarnya.

Aejung tak pernah naik motosikal. Seumur hidupnya dia tak pernah membonceng motosikal apatahlagi memandu satu.

Tapi hari ini, dia jadi pembonceng motosikal yang dibawa oleh Wonwoo. Lelaki yang baru dikenali di dunia yang asing ini.

"Awak nangis ke?" Tanya Wonwoo dengan berhati-hati.

Aejung cepat-cepat lap air mata yang mengalir. Ah! Emosi perempuan yang menyusahkan! Aejung benci bila dia jadi lebih sensitif di sini.

"Hey, saya minta maaf. Awak boleh pukul saya lagi. Pukul kuat-kuat, banyak kali pun takpe. Tapi janganlah menangis. Saya minta maaf, Sayang." Wonwoo terus bawa Aejung ke dalam pelukannya. Belakang tubuh si isteri diusap.

"Jangan bawak laju-laju, Wonwoo. Saya takut. Saya tak pernah naik motor." Balas Aejung yang mula menangis dalam pelukan Wonwoo itu.

"Noted, Sayang. Lepasni saya tak bawa laju-laju dah. Janji. Maafkan saya okay? Jangan menangis lagi, please." Pujuk Wonwoo, mengiyakan sahaja apa kata Aejung.

Padahal seingatnya dulu dia dan Aejung pernah bersiar-siar bersama dengan motosikalnya ini. Tapi ah... Mungkin disebabkan Aejung hilang ingatan, jadi isterinya itu tidak dapat mengingat memori mereka berdua dulu.

Aejung lepaskan pelukan. Pipinya yang basah dilap dengan hujung lengan baju. Mukanya masam mencuka memandang Wonwoo.

"Lepasni kalau awak bawak laju-laju lagi, siaplah! Saya cubit cubit awak atas motor! Biarlah kita sama-sama jatuh ke apa. Ishh geram betul." Bebel Aejung.

Wonwoo ketawa kecil sebelum membuka helmet yang dipakai Aejung. Rambut isterinya yang serabut disebabkan helmet tadi dibetulkannya. Mata Wonwoo merenung tepat ke dalam mata Aejung.

"Iya Sayang. Tapi janganlah sampai jatuh motor sama-sama. Kalau saya sorang yang jatuh takpe. Awak jangan. Saya tak nak awak terluka walau sedikit pun, Aejung." Ucap Wonwoo dengan tulusnya.

Aejung berdecit geram sebelum memukul dada Wonwoo perlahan.

"Mulut manis!" Marah Aejung.

Wonwoo senyum lebar sebelum dengan cepat pipi Aejung diciumnya.

"Sebab isteri saya pun manis!" Balas Wonwoo laju.

"Eeee cringe." Aejung jeling Wonwoo dengan tajam. Pura-pura tak suka.

Padahalnya jantung dia berdebar bukan main lagi.

Dan tiba-tiba sahaja Aejung tersedar sesuatu.

Dia semakin selesa dengan Wonwoo.

Dengan lelaki itu. Lelaki yang masih merupakan suami orang.

Ah... Tiba-tiba Aejung terasa seperti dia sedang melakukan sebuah dosa.

Dosa yang besar.


########
Sat, 17 Jun 2023 10:07 PM

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro