BAB 12: KAWAN BARU

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Allahuakbar!!  Terupdatelah pulak 🤣

Adawiyah POV

Adawiyah menanti kehadiran Farhan dengan gelisah. Lengan baju sekolah ditarik sedikit ke atas hingga menampakkan jam tangan yang dipakai. Hanya berbaki 10 minit lagi sebelum Rafiq menjemputnya pulang. Kalau terlambat mulalah Rafiq membebel. Sampai dah boleh hafal ayat yang akan keluar dari mulutnya.

Farhan tersenyum dari jauh tatkala matanya menangkap figura Rabiatul yang sedang menunggunya. Dia berlari-lari anak ke arah gadis itu.

"Maaf aku lambat. Dah lama tunggu?" ujar Farhan sekadar berbasa-basi. Senyuman lebar menghiasi wajahnya. Sebenarnya dia sudah sampai awal daripada Rabiatul.

Cuma disebabkan rasa gementar yang melanda membuatkan dia terpaksa berlatih terlebih dahulu. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk berbicara dengan Rabiatul.

Sapaan daripada Farhan dipandang sepi. Adawiyah memandang Farhan geram.

"Kau sebenarnya nak bincang apa?" tutur Adawiyah kasar.

"Aku tak boleh lama. Nanti Rafiq membebel pula," sambung Adawiyah lagi. Kedua-dua belah tangan dirapatkan ke dada.

"Kejap." Farhan mengeluarkan sesuatu dari poket seluar. Sampul surat bewarna pink yang ditarik keluar turut menarik perhatian Adawiyah.

"Mamat ni dah kenapa? Nak try aku ke apa?" getus Adawiyah di dalam hati. Keningnya saling bertaut.

"Kau ... suka ... kan ... ak ... aku ke?" Farhan menuturkan soalan itu dengan tergagap-gagap. Sebelah tangan naik mengusap belakang kepala. Merah mukanya menahan malu.

Sampul surat itu dirampas kasar. Muka Adawiyah bertukar serius.

Surat yang berada di dalam sampul itu ditarik keluar. Mulutnya tergerak sedikit membaca bait-bait perkataan yang ditulis di atas kertas itu. Terbutang mata Adawiyah. Sebelah tangan naik menutup mulut sendiri tanda tidak percaya.

"Biar betul Rabiatul yang tulis semua ni. Oh My Allah!" Hatinya mula berteka teki.

"Dah habis baca?" tegur Farhan apabila matanya menangkap kelakuan Rabiatul yang sedang termenung.

"Werk!" Tanpa menunggu lama,  Adawiyah membuat reaksi mahu termuntah. Geli pula tekaknya apabila membaca surat cinta itu. Menyesal tak tanya dulu sebelum baca.

"Eh, awak." Farhan cemas dengan reaksi Adawiyah. Sudahlah hanya mereka berdua sahaja yang berada di sini. Kepalanya laju dipusing ke kiri dan kanan. Risau jika ada yang memerhatikan mereka. Nanti tak pasal-pasal dia dituduh mengandungkan anak dara orang.

"Dah ambil balik surat ni. Untuk maklumat kau, aku ni bukan jenis perempuan yang senang sangat nak jatuh cinta. Walaupun aku tengok kau ni ... hensemlah juga, tapi maaf aku tak berminat. Surat tu, baik kau siasat betul-betul siapa yang bagi. Aku pelajar sains bukannya sastera, nak berpantun bagai," hambur Adawiyah dan terus melangkah kaki dari situ.

Beberapa tapak melangkah ke depan,  Adawiyah kemudiannya berpatah semula setelah teringat sesuatu. Surat tadi diletakkan kasar di atas bangku. Matanya tajam menjeling Farhan.

Kemudian, dia melangkah pergi tanpa berpaling ke belakang lagi meninggalkan Farhan terkulat-kulat di situ.

Dari pagar sekolah, dia dapat melihat kelibat Rafiq yang sedang menunggunya di atas motor. Kedua-dua belah lengan mendarat di atas bahagian depan motor. Kakinya pula mendarat sepenuhnya di atas tanah. Muka bosan lelaki itu dipandang. Habislah.

"Boleh tak jalan cepat sikit. Dahlah pendek. Dah macam penguin cara kau berjalan," bebel Rafiq apabila ternampak Rabiatul yang semakin menghampirinya.

Adawiyah mencebik bibir.

"Bukan salah aku pun. Entah mamat hensem mana entah yang tiba-tiba bagi surat cinta. Itu yang lambat," balas Adawiyah mempertahankan diri. Rafiq menjulingkan bebola mata ke atas tanda menyampah.

"Orang yang selekeh macam kau ni ada ke yang berminat?" perli Rafiq selamba, tidak mahu kalah. Jelingan tajam yang dihadiahkan oleh Adawiyah tidak dihiraukan. Topi keledar diambil dari raga motor dan diberikan kepada adiknya.

Sedang Adawiyah memakai topi keledar, dia mendengar Rafiq menyeru nama seseorang.

"Farhan." Rafiq menyapa pemilik sebaris nama itu. Matanya dihalakan ke arah belakang Rabiatul. Adawiyah lantas memusingkan badan. Ternampak sahaja wajah lelaki tadi, dia terus laju menyembur.

"Kau! Apa lagi yang kau nak? Kau nak bagitahu abang aku pula?" Dengan topi keledar yang hanya separuh dipakai di kepala, Adawiyah memarahi lelaki itu.

"Tak. Aku cuma nak bagitahu kau sesuatu. Kalau kita berkawan boleh?" Farhan memandang Rabiatul dengan penuh mengharap.

Entah macam mana dia boleh terlupa yang Rabiatul sebenarnya hilang ingatan. Mungkin kerana itulah reaksi Rabiatul tadi lain. Berbeza seratus peratus daripada Rabiatul yang dulu.

"Terima jelah," balas Rafiq pendek. Pada pendapatnya, Farhan mungkin hendak membantu adiknya untuk mendapatkan semula memori yang hilang.

Adawiyah mendengus kasar. Tiada secalit pun senyuman di wajah itu.

"Okey." Hanya jawapan itu yang keluar dari mulut Adawiyah. Topi dipakai sepenuhnya di kepala dan kaki mula bergerak ke arah motor Rafiq. Hanya enjin motor yang kedengaran selepas itu.

Tinggallah Farhan yang sedang tersenyum seorang diri.

****************

RABIATUL POV

Rabiatul cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan persamaan kimia yang diberikan oleh Cikgu Zambri. Penuh satu muka surat buku latihan diconteng tetapi tetap juga gagal untuk seimbangkan persamaan kimia tersebut.

Sodium carbonate reacts with copper(II) chloride to produce sodium chloride and copper(II) carbonate.

Soalan itu dibaca berulang kali namun otaknya masih belum dapat mencerna maklumat yang diberikan.

Satu nafas ditarik dan dihembus perlahan. Rabiatul cuba untuk menenangkan diri. Jari kirinya mengetuk meja perlahan.

"Baiklah. Dah tamat masa 10 minit yang saya berikan untuk kamu. Ada sesiapa yang sukarela nak menjawab soalan di depan?" soal Cikgu Zambri sambil memandang anak muridnya.

Krik, krik

Tiada sesiapa yang berani untuk mengangkat tangan. Masing-masing tunduk untuk menyelesaikan masalah persamaan tersebut. Berpura-pura tidak mendengar.

Rabiatul tidak mampu menahan rasa berdebar apabila mendengar suara Cikgu Zambri. Kakinya yang bersarung kasut sekolah tidak henti-henti bergerak.

Entah kenapa, hatinya kuat mengatakan seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Tangan yang sedang memegang pensel kayu masih bergerak dan melakar sesuatu di atas buku latihan. Tetapi, tidak lama selepas itu, tulisan tadi dipadam semula.

Aniq yang asyik memerhati dari tepi tiba-tiba mendapat satu idea. Bibirnya terangkat sedikit ke atas. Masa untuk kenakan Rabiatul!

"Kau tak nak try jawab soalan tu ke?" tanya Aniq separuh berbisik.

"Hah?" Rabiatul menayangkan wajah blur. Mulutnya ternganga sedikit.

"Pergilah depan jawab. Mana tahu betul ke," pujuk Aniq lagi. Dia sudah merencanakan sesuatu yang baik punya untuk jiran barunya itu.

"Tak naklah. Saya tak boleh buat lagi soalan tu. Dahlah kat sekolah dulu belajar kimia dalam Bahasa melayu," rungut Rabiatul tidak puas hati. Berkerut-kerut dahinya.

Makin melebar senyuman Aniq. Di kepalanya, terlintas satu idea nakal untuk mengenakan gadis polos itu. Rindu pula nak kenakan Adawiyah macam dulu.

Kata Hakim, Adawiyah merupakan pelajar cemerlang sekolah ini. Tetapi, dia merasa pelik apabila melihat contengan gadis itu. Semua salah!

"Adawiyah," panggilnya lembut. Namun tidak bersahut. Dia tahu Adawiyah buat-buat tidak dengar.

"Adawiyah, ada sesuatu kat kaki kau. Cuba tengok bawah. Aku rasa ada ular, " arah Aniq tapi matanya masih memandang ke hadapan. Risau jika tertangkap. Habis rosak rancangan nanti.

"Hah?" Rabiatul menggerakkan kerusi ke belakang. Arahan Aniq dia turuti. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Matanya membesar apabila ada sesuatu yang sedang berlingkar di atas kakinya.

"Mak!" Bergegar kelas akibat jeritannya.

Dia yang terkejut bingkas bangun dari duduk sambil menjerit. Kerusi terjatuh ke belakang sekaligus menghasilkan bunyi bising yang dapat menarik perhatian penghuni kelas itu.

Aniq di sebelah pula sudah ketawa terkekek-kekek. Senang betul kena tipu. Mata seisi kelas itu kini tertumpu kepada Rabiatul. Melihat Aniq yang sedang ketawa di sebelah, tahulah dia bahawa sekali lagi dia telah dipermainkan oleh lelaki itu.

Rabiatul terpaksa menebalkan muka mengangkat semula kerusi yang jatuh. Nasib baik beg sekolah telah dizip. Kalau tidak, satu hal pula hendak mengutip buku dan barang yang disumbat ke dalam beg.

"Hah Adawiyah. Kalau rindu sangat pada mak kamu pon, tak payahlah sambil menjerit. Boleh pekak telinga saya ni. Dah alang-alang kamu berdiri, apa kata kalau kamu yang jawab soalan kimia tu? Datang ke depan sekarang." Cikgu Zambri memanggil Adawiyah untuk ke hadapan. Satu arahan telah dikeluarkan.

Rabiatul rasa mahu menangis. Kepala dipaling ke sebelah kanan dan matanya memandang tepat ke dalam mata Aniq. Cuba memberikan isyarat mata bahawa dia bencikan lelaki itu.

Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengikut arahan Cikgu Zambri. Buku latihan tadi diambil dan dibawa bersama ke hadapan. Mata dipejam perlahan sebelum kakinya mengatur langkah longlai. Tangan kanan mencapai kapur dan dia mula mencoretkan sesuatu pada papan hitam.

Sedang asyik menulis pada papan hitam, tiba-tiba ada satu suara menerjah masuk ke dalam kotak pemikirannya. Pergerakan tangan berhenti dengan sendirinya.

"Macam mana kalau kau salah?"

"Mesti semua orang akan gelakkan kau."

"Kau hanya memburukkan nama Adawiyah."

Dia rasa mahu menangis. Mata dipejam untuk menghilangkan bisikan-bisikan negatif yang mula meracuni fikirannya. Lama dia mematungkan diri di hadapan.

"Cikgu ..." Bunyi satu suara dari arah belakang. Seorang lelaki bangun dari tempatnya dan mula berjalan menghampiri Cikgu Zamri yang sedang berdiri tidak jauh dari Rabiatul.

"Saya nak tolong Adawiyah boleh?" pinta lelaki itu sopan. Rabiatul langsung tidak menoleh. Kapur di tangan digengam erat.

Cikgu Zambri hanya mengangguk sebagai balasan. Pelajar lelaki itu berdiri di sebelah Rabiatul.

"Jangan risau. Aku ada. Aku akan tolong kau," jawab suara itu sambil tersenyum manis.

Perlahan Rabiatul mengangkat wajah dan memandang tepat ke arah lelaki itu. Lesung pipit tunggal di pipi kirinya jelas kelihatan. Senyumannya lelaki itu ternyata mampu mendamaikan jiwa Rabiatul yang sedang berkecamuk.

🌼 alhamdulillah done!
🌼 siapa boleh jawab soalan kimia tu?  🙈
🌼 Lelaki penyelamat tadi korang nak Aniq @ watak baru? 😆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro