Bab 11💐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Alhamdulillah akhirnya tamat jugak urusan aku dekat sini! Syukur Alhamdulillah!! Tak sabar nak jumpa Iryan mesti dia rindukan aku.Tapi kenapa dia dah lama tak call aku? Ermm mungkin dia busy...!!"

Auni mengangkat beg bagasinya yang berat itu keluar dari hotel itu."Mana teksi ni? Rasanya dah pukul 9 pagi ni! Aduhh bila nak sampai ni..Aku dah tak sabar nak balik sana ni! "

Tiba-tiba sebuah kereta muncul dihadapannya.Cermin kereta itu diturunkan."Shaa...nak balik kan jomlah tumpang Kimi!"Hakimi mempelawa Auni.

"Tak pe lah.. Lagi pun nanti teksi sampai la tu..! "Auni menolak.

"Tak payahlah malu-malu Shaa,Dato Farhan yang suruh saya hantar Shaa dekat airport."

"Tapi teksi tu! "

"Tak apa tu saya dah uruskan! Janji shaa kena ikut saya tu je!! "

"Baiklah..Ni beg saya ni?"

"Okey..saya dah buka bonet tu.. Pergilah masukkan lepas tu kita gerak! "

"Terima kasih..! "

"Sama-sama"

Kereta itu mula bergerak keluar dari perkarangan hotel tersebut.

"Aik happy semacam je shaa ada apa-apa ke! "Soal Hakimi.

"Mestilah saya happy,saya sebenarnya dah lama sangat rindukan sana!"balas Auni.

"Shaa rindukan siapa? "

"Ummi saya!! "

"Ouh.. Ingatkan buah hati! "

"Err...kalau saya nak tanya boleh tak?"

"Tanya je la! "Balas Hakimi.

"Kenapa Kimi suka panggil Auni dengan nama Shaa iye la, selama ni tak ada sesiapa pun panggil Auni dengan nama tu,tapi Kimi sorang je yang panggil Auni, Shaa? "Soal Auni bersungguh-sungguh mahu tau.

"Saja suka.. Sebenarnya Kimi ada seorang Adik nama dia Hanna Arlisha..Dia meninggal masa berumur 10 tahun.Kimi suka sangat panggil dia dengan nama Shaa sebab nama tu comel sangat!"balas Hakimi.
"Jadi sebab tu Kimi suka panggil Auni dengan nama 'Shaa' tu?"

"Mungkin juga..Shaa jom kita singgah sarapan sekejap boleh tak? Lagi pun kapal terbang berlepas pukul 10:30 kan! "Hakimi menukar topik perbualan.

"Boleh jugak!! "Ujar Auni.

                           ××××××

"Assalamualaikum Ummi!! Shaa dah selamat sampai dekat sini!"

"Shaa mana ni! Anak salah nombor ni!"Balas Mak Cik Aliya.

"Aduh !!macam mana nama 'Shaa' ni boleh terbawa-bawa sampai ke sini!, Ni Auni la Ummi,Auni dah ada dekat sini hah!"

"Auni ke? Ummi ingatkan siapalah tadi! Tetiba guna nama 'Shaa' tu kenapa kena sampuk ke?"Ngomel Mak Cik Aliya.

"Hehehe.. Nanti Auni ceritalah,Ummi nanti Auni balik guna teksi je la!! "

"Ha ye la.. Jaga diri tu elok-elok tau!!"Ummi menasihati.

"Baik Ummi!! Sayang Ummi muahhh!! "

"Mengadanya anak Ummi seorang ni!!"

"Iye la Auni gerak dulu ni nak cari teksi ni!! "

"Okey.. Bye Assalamualaikum sayang!! "

"Walaikumusalam Ummi! "

Auni terus memulakan langkah untuk mencari teksi.

                          **********

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro