Bab 15💐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Setelah hampir tiga tahun aku menetap disini banyak yang aku pelajari salah satunya janganlah terlalu percaya dengan orang lain. Oleh kerana mulut Zameera yang dulu telah menghancurkan hubungan aku dengan Iryan yang baru saja bertatih. Daripada kekecewaan itu aku lebih berhati-hati dalam memilih cinta. Biarlah cinta antara aku dan Iryan yang pernah terbina dijadikan sebagai sebuah kenangan yang tersimpan didalam peti besi.

Aku percaya akan hadirnya sebuah cinta baharu setelah badai melanda jiwa aku dahulu. Bukan mudah untuk aku melupakan perkara sebegitu. Mungkin tiba masanya untuk aku mencari cinta yang aku sebenarnya. Iryan dan Zameera sememangnya ditakdirkan untuk bersama.

Angin pantai meniupi tubuh Auni, tenang rasanya. Hidupnya sungguh bahagia saat ini. Sejak Auni berpindah ke sini dia langsung tak pernah mengambil peduli tentang berita rumah tangga Iryan dan Zameera. Orang dah bahagia takkanlah akan ingat semula pada dia yang tiada apa-apa makna langsung dalam hidup mereka.

Hakimi, iya lelaki ini yang sentiasa bersama dengan Auni saat susah dan senang. Lelaki ini adalah tempat meluahkan segalanya masalah yang terbuku hatinya. Hakimi juga tidak mudah termakan dengan kata-kata hasutan orang lain bukan seperti Iryan. Kerana mereka berdua saling mempunyai perasaan yang sama. Hakimi memutuskan untuk melamar Auni menjadi pasangannya hingga akhir hayat dan kini mereka berada dalam ikatan pertunangan. Alhamdullilah syukur kepada NYA tidak terkata.

"Shaa, jauhnya termenung. Teringatkan siapa?" soal Hakimi yang tiba-tiba muncul dibelakangnya mematikan lamunan Auni.

"Shaa teringatkan Ummi." balas Auni tersenyum.

"Baru semalam Ummi call Hakimi, Ummi tanya bila kita nak pilih baju perkahwinan." Hakimi berdiri dihadapan Auni.

"Kalau Ummi dah tanya tu maknanya Ummi betul-betul dah serius la tu. Hakimi kalau awak tak keberatan kita balik rumah Ummi dulu boleh?," tanya Auni.

"Demi Shaa, Hakimi sanggup buat apa sahaja." Hakimi mengukirkan senyuman.

"Hakimi, terima kasih." ujar Auni tangannya memeluk tubuh.

"Untuk apa?."

"Sebab selalu ada dengan Shaa daripada mula kita kenal sampai sekarang." kata Auni.

"Kita ni baru kenal tiga tahun lebih sepanjang perkenalan kita tu jugaklah Shaa dah buka mata Hakimi supaya jangan mudah percaya dengan kata-kata orang. Hakimi tak nak hubungan kita berakhir atas dasar fitnah, jadi kita kena tanamkan dalam hati antara satu sama lain supaya jangan percaya kata fitnah dari mulut orang." Hakimi merenung wajah Auni.

"Jom lah pergi makan, tak elok orang tengok kita berdua-duaan kat sini. Tak pasal-pasal pulak timbul fitnah." Auni mengambil tas tangannya disebelahnya lalu bingkas bangun.

"Baru nak ajak makan tapi Shaa dah ajak dulu hmm tak apalah. Okey sekarang ni kita nak makan dimana?" tanya Hakimi sambil mengerak-gerakkan sebelah kening.

"Mana-mana aje janji perut Shaa ni kenyang." Auni memegang perutnya yang kempis lalu berjalan meninggalkan Hakimi.

"Tunggulah dulu!." Hakimi mengejar Auni yang jauh ke depan.

                           *********

Yang ini je sempat sue buat sorry😹

vote & komen♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro