12 : Syaitan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tubuh yang diselaputi dengan darah itu diheretnya kasar, senyuman sumbing terukir sinis dibibir.

"Sakit...lepaskan aku, Hiks!" Rintihan demi rintihan, sedikit pun dia tidak menoleh memandang ke arah gadis malang itu, jerutan yang di ikat pada leher gadis itu diperketatkan.

"Ark!" Mukanya semakin membiru! Tercungap - cungap dia mencari nafas. Bunyi mengilai mula kedengaran kuat, puas dan semakin menggila!

Dalam kepekatan malam, terlihat susuk tubuh lembaga hitam. Tatapan yang cukup bengis, dia menikam anak mata si syaitan.

"Lepaskan dia, Lee Jieun." Dingin dan latar sahaja suaranya, namun cukup meremangkan bulu roma. Tapi, tidak pada Jieun.

Dua tanduk yang besar terlihat jelas dari pancaran sinar bulan. Sayap yang menguncup dibelakang badan menambahkan aura gelapnya.

" Aku beri amaran terakhir, jangan kacau alam manusia! Cukup apa yang kau buat pada Jungkook! Dia tak ber-"

"Kau diam la sial! Kau tak perlu masuk campur hal aku! " Selar Jieun pantas! Taring panjang mula kelihatan keluar dari bibirnya, bebola mata berubah merah, jari dan kuku pula berubah menjadi panjang kehitaman, ngeri!

"Sial? Kau yang sial tak guna! Kau dah melanggar peraturan alam! Kau bodoh sangat ke hah? Otak ada tak guna! Bodoh, kalau kau kacau alam manusia, kau mungkin akan lesap dan dihapuskan! Kau nak jadi macam tu? Sanggup?!" Suara Taehyung mula naik beroaktaf!

Urat dileher mula menimbul, kulitnya mula berubah warna merah yang diselaputi darah! Wajahnya juga berubah bengis, bibir yang dulunya merah delima kini bertukar hitam keungguan! Tangan digenggam sehingga cairan darah keluar mengalir ke tanah! .

"AKU TAK KESAH! kenapa kau kesah sangat pasal aku?! Dia..dia ni! Jung Serra! Aku kena hapuskan dia! Dia tak patut dan tak layak hidup, mesti kau pelik kenapa aku nak bunuh dia kan? Aku nak bunuh sebab... " Decitan halus terlolos dari bibirnya.

Ayat dibiar tergantung. Dia mula mencangkung menghadap tubuh Serra yang kini nyawa - nyawa ikan, tunggu masa untuk mati.

"...Dia datang sini semata - mata mahu mencari pewaris keluarga Jeon, terutama sekali... Jungkook,," Tangan mula naik mengusap kening Serra.

"ARGHG!!!" Serra mula menjerit nyaring! Tangan Jieun yang panas dengan ganas mengorek bebola mata milik Serra dan menelannya!"

"HAHAHAHAH! DAN SEBAB ITU, AKU MAHU DIA MATI! " Jarinya ganas menjolok dan mencocok mata Serra yang masih berdarah! Percikan darah pekat yang segar dan hanyir itu dihirup dan dijilatnya rakus!

Lazat. Uhm!

"KAU DAH MELEBIH JIEUN! " Tahap kesabaran Taehyung sudah melebihi tahap maksimumnya! Dia terbang mendekati Jieun kemudian mencekiknya kuat!

"L-lepaskan aku sial! B-bluek!" Taehyung menekan - bekam tekak Jieun sehingga Jieun mula memuntahkan semula bebola mata milik Serra! Darah membuak - buak keluar dari mulut Jieun di lihatnya penuh kepuasan!

"Kau patut dihapuskan!" Lantang suara Taehyung bergema! Matanya bertukar warna hijau! Tanduknya mula mengeluarkan api berwarna merah!

Jiwa yang menggila didalam badan Taehyung mula membuas minta dilepaskan sepenuhnya! Meraung! Rasa ingin melahap dan membunuh mula menguasai dirinya!

Syaitan, tetap syaitan.

"Kau patut mampus! MATI LAH PEREMPUAN SIAL! MATI! KAU YANG TAK LAYAK HIDUP CELAKA! "

━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━

Vomment ✓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro