12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Cupcakes siap dibungkus diletak di atas meja kaunter lalu ditolak pada pelanggan yang menunggu. "Datang lagi." Gadis bertag nama Alia menghulur senyum ramah.

Wajah Safa mendatar lantas mencapai bungkusan cupcakes tanpa bicara. Apa yang dia inginkan sudah ada didepan mata! Sejak pertama kali Thaqif belikan dia Cupcakes daripada Helen's Cafe tu sehingga hari ini, Cupcakes itu jadi Cupcake kegemarannya.

Baru sahaja Safa ingin melangkah pergi tanpa kata tiba-tiba ada satu tangan menahan lengannya dan juga mematikan langkah dia.

"Thank you." Ucap Thaqif pada pekerja Cafe itu.

"Welcome." Senyuman gadis kaunter itu melebar. Sempat matanya singgah pada Safa yang jelas terpinga-pinga melihat kelibat lelaki ramah itu.

"Thaqif? Sejak bila awak ada kat sini?" Soal Safa terkejut.

"Sejak kau masuk Cafe ni. Aku ingatkan nak belikan cupcake tu untuk kau. Tapi kau dah belikan." Balas Thaqif tenang sambil dia genggam tangan Safa lalu mereka beriringan keluar daripada kafe itu.

"Nak dating?" Soalan Thaqif buat Safa kelu memandang riak wajah tenang lelaki itu.

"Do we have such a thing?" Soal Safa kembali. Jelas dahinya berkerut keliru.

"Why not? Kau partner aku, banyak lagi momen yang akan kita lalui berdua lebih dari sekadar dating." Tenang Thaqif berkata buat Safa gigit bibir menatap wajah datar lelaki itu.

Macam mana lelaki itu boleh bercakap seperti itu tanpa perasaan?!

"O-okay."

"Jom masuk kereta aku." Thaqif tarik tangan Safa menuju ke keretanya.

"Aku tak sabar nak makan cupcakes ni." Teruja Safa pegang kotak kek cawan di atas ribanya. Thaqif pula tenang memandu, entah kemana mahu dibawa lelaki itu.

"Kalau kau happy kenapa muka kau macam tak happy bila dapat cupcakes ni tadi?" Soal Thaqif tiba-tiba.

Safa berpaling dengan kerutan. "Maksud kau?"

Ada helaan nafas kedengaran dari ulas bibir lelaki itu. "Aku nampak kau ambil kotak tu dengan muka tak ada perasaan macam orang terpaksa beli cupcakes tu semua."

"Aku tak faham apa kau cuba cakap sekarang. Tapi tu memang muka aku. Kat mana-mana aku memang macam tu." Apa yang nak dipertikaikan sangat? Normallah beli barang ambil barang. Takkan dia nak tergelak-gelak sengih depan kaunter.

"At least say thank you."

"Why should I?" Safa tenang membuka kotak cupcake.

"Sebarkan kebaikan walau sekecil perkara. Thanks seems simple, but it might cure her fatigue or make she feel that her service is appreciated by you."

"For what? She did nothing good for me. I paid her to do her service. Padanlah dengan harga." Jawapan Safa kedengaran sangat angkuh.

"Kalau kau ada dalam bangunan terbakar, and datang bomba nak beri pertolongan. Kau tolak pertolongan dia sebab kau tak bayar servis bomba tu untuk tolong kau." Thaqif mencipta situasi.

"Itu tugas dia sebagai bomba."

"Samalah macam kau, kau tak dibayar untuk cakap terima kasih. Tapi kita ada common sense as a customer. We ought to at least thank you for their service. Tak rugi air liur pun."

"Ucapan terima kasih tu satu adab. Adab tu mahal, tak semua orang ada. Jadi aku nak kau jadi yang termahal tu."

"Kau perli aku Thaqif..." Suara Safa mendatar dengan mata menjenggil memandang Thaqif disebelah.

"Hahaha aku tak perli. Aku cuma cakap benda yang kau tak tahu. Sokay, now you know. Terima kasih tu bagi impak besar walau sekecil perkara."

"Even mulut ni malas sangar nak cakap thank you. Mungkin kau boleh balas senyuman dia." Selamba Thaqif main dagu Safa.

"Aku tak biasa.." Safa tolak tangan Thaqif di dagunya.

"Biasakan,,"

"Aku tak nak." Lelaki ni dah kenapa? Perlu sangat ke nak beramah dengan orang tak kenal?

"Kau akan faham macam mana rasanya bila someone balas senyuman kau." Thaqif pusing stereng kereta sebelum ambil tempat di tapak parkir.

"Perlu ke?" Safa balas angkuh.

"It is necessary because there are many people in this world, you do not live on your own." Thaqif tarik brek tangan.

"Aku boleh survive walaupun seorang."

"You sure?" Thaqif jungkit sebelah kening.

"Yes!"

"Okay nanti dalam bangunan terbakar tu, survive sorang-sorang. No need to call police, bomba. Kalau luka tak perlu doktor, rasanya kau boleh bedah.."

"THAQIF!" Garang wajah Safa pandang Thaqif disebelah.

"What?" Thaqif sempat melepas tawa kecil.

"Safa Aqilah, we live interdependently. Whether one is rich or poor, one needs the other. Jadi jangan terlalu tengok atas. Tengok juga sekeliling kau." Entah kenapa kata-kata Thaqif cukup buat mulut Safa terkunci kelu menatap mata itu.

"Now you know." Thaqif tergelak sambil tangannya naik mengusap kepala Safa yang masih pegun ditempat duduk.

"You know the thing that frightens me the most?" Soal Safa tiba-tiba.

Thaqif senyum sebelum dia bantu Safa membuka kotak cupcakes yang terbantut dari tadi. "Apa?" Soalnya sepatah.

"Showing my kindness."

"I see, tak apa. Kita boleh belajar. " Tenang respon Thaqif buat Safa mengerut dahi memandang lelaki di hadapannya. Apa dia tak salah dengar? Kenapa lelaki ini tak persoalkan apa yang berlaku? Kenapa lelaki ini nak memaksa untuk dia lakukan sesuatu yang dia takut?

"Nak air? Aku beli air kat depan tu." Tanpa kata dari Safa, Thaqif keluar dari perut kereta dan menuju ke arah gerai minuman di taman rekreasi itu.

Safa teguk air liur. "Just don't Safa. Don't fall for him." Mata Safa menangkap tubuh Thaqif menghampiri dengan dua bungkus air ditangan.

"Okay, kau boleh makan." Thaqif pandang Safa yang sudah lain wajahnya.

"Jangan ambil hati apa yang aku cakap. Aku bukan perli kau. Aku cuma beritahu something yang kau mungkin tak tahu." Kata-kata Thaqif buat Safa hulur senyum kelat.

"Thank you."

"See! It's not that hard right? Good job." Thaqif tergelak kecil melihat wajah terkulat-kulat Safa.

"Eee kau ni!!"

"Hahaha okay-okay aku bergurau. Makan cepat."

"Oh by the way, pasal wedding kita nanti. Mungkin kita akan penat sikit untuk preparation. Aku decided untuk manage semuanya berdua."

"Kita ada duit Thaqif, upah jelah." Safa balas bosan.

"No! Kita manage berdua. Pilih baju wedding, deal dengan wedding planner and banyak.."

"Thaqif, wedding ni main-main je kan? Kenapa nak serius sangat?" pintas Safa tak puas hati.

"Kita kahwin sampai ada anak Safa." Nada Thaqif berubah.

"Anak tu pun satu dari rancangan kita."

"Yes, tapi aku tak nak bila anak kita besar dan dia tahu yang kita kahwin sekadar rancangan atas kepentingan masing-masing.  And gunakan dia."

"Selagi kau mampu tunjukkan effort kau, tolong tunjukkan untuk tatapan dia akan datang. Ini mungkin perkahwinan pertama dan terakhir kita berdua. At least kita kena ada something berharga untuk dia." Begitu mudah lelaki itu melontar kata. Semudah itu?

"Okay. Aku akan bagi kerjasama." Safa ketap gigi dalam diam. Sempat anak matanya menangkap senyuman dibibir lelaki itu.

Thaqif mungkin nampak tenang dan baik di mata orang. Tapi di mata Safa sekarang, lelaki itu lebih berbahaya daripada manusia-manusia yang pernah sakitkan dia sebelum ini. Lelaki itu tidak lakukan apapun tapi dia sudah cukup sakit membayangkan apa yang bakal terjadi pada hidupnya.

•••
"Jarang kau nak ajak aku makan lunch macam ni. Ada apa-apa ke?" soal Ammar tenang memandang Thaqif dihadapannya.

"Tu sebab kau selalu sibuk dengan anak bini." balas Thaqif senada

"Kahwin dan ada anak dulu baru kau faham Thaqif." Ammar tergelak kecil.

"Aku nak tanya something."

"Aku tahu, pasal Safa?" Seperti Pak Nujum Ammar meneka.

"Ya." Thaqif tarik gelas lalu disua kemulut.

"Kenapa tak tanya girlfriend kau sendiri? Aku malas nak masuk campur urusan orang ni."

"Aku tak nak tanya dia. Aku tak nak dia ingat benda-benda yang sakitkan dia." balas Thaqif mudah.

"Okay, jadi kau dah tahu lah apa yang jadi kat dia dulu?" soal Ammar lagi.

Thaqif hela nafas panjang. "Nak cakap tahu tu tak juga. Tapi aku tahu je dia pernah dibuli sebab tu dia belajar kat rumah dulu."

"Cuma.. ada lebih teruk daripada tu?" soal Thaqif.

"Aku tak pasti macam mana nak cakap. Sebab aku pun dulu sibuk dengan urusan sendiri. And yang aku tahu, Safa dulu famous. Ada ramai kawan, sampai satu sekolah boleh kenal siapa dia."

"Tapi semua tu hilang lepas salah seorang dari kawan dia meninggal. Aku tak pasti apa jadi.. Safa yang dituduh sebagai punca." Ammar hela nafas berat.

"Aku tak tahu siapa yang salah dan siapa yang betul.."

"Safa dibuli tu mungkin salah satu sebab dari tuduhan tu. Kes Safa pernah masuk mahkamah. Tapi semua tu jadi senyap tiba-tiba. Dan Safa dikeluarkan dari sekolah."

"Yang paling tragis, Safa pernah ditahan dihospital sebabkan kes buli tu. Orang-orang yang buli dia aku tak ingat siapa nama perempuan tu. Dia yang paling semangat jadi kepala untuk buli Safa kononnya nak tuntut bela kematian kawan dia."

Thaqif sedikit terkedu.

"Aku tak tahu apa jadi, aku cerita dari sudut pandang aku. Safa mungkin ada kesalahan masa lampau dia.."

"Tak sekarang ni kenapa mahkamah diamkan kes buli Safa tu?" Soal Thaqif bengang.

"Aku.. tak tahu. Kau mungkin boleh tanya Safa." Balas Ammar ringkas.

"Tak,," Thaqif terdiam sejenak. Kata-kata Safa semalam bermain damam fikirannya kembali.

"Kau tahu apa yang paling aku takut kat dunia ni?"

"Apa?"

"Showing my kindness.."

Mungkin apa dikatakan Safa ada kaitan dengan masa lalunya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro