28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Berkemeja hitam dengan tali leher biru gelap menaikkan aura gelap terkurung di dalam diri. Mata pula tidak lesu seperti selalu ada sinar kegelapan buat siapa yang memerhati susuk itu segera menunduk tidak berani bertatapan.

Hasrul yang melangkah disamping majikannya melorek senyum datar melalui kawasan pejabat pekerja yang sunyi seperti padang bola usang terbiar. Kosong dan muram.

"Tetamu kita kat mana?" Thaqif senyum tipis memandang Hasrul disebelah sambil dia menolak lengan baju ke atas.

"Dalam bilik meeting Encik Thaqif." Hasrul segera merespon. Thaqif mengangguk, senyum kenakalan mula terbit dari ulas bibir buat Hasrul teguk air liur. Apa agaknya yang nak dibuat Encik Thaqif pada mereka.

Hari ini, setelah membuat siasatan pemilik akaun yang menyebar rumor mengenai Safa tempoh hari, dua orang dalang telah dikenal pasti. Berkat pengaruh Thaqif keduanya dibuang kerja tanpa belas, bahkan Kesatuan Pekerja sendiri tidak dapat membela dengan perbuatan etika mereka yang mencemari nama Syarikat. Sungguh sadis.

"Selamat datang ke pejabat saya." Sapaan Thaqif buat kedua menusia di dalam bilik pejabat itu tersentak. Kedua-duanya pucat tidak berdarah melihat Thaqif dengan senyum lebar menyapa mereka.

Mata Thaqif tajam memandang seorang demi seorang. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.

"En-encik Thaqif." Lelaki berkaca mata itu sedikit gugup menyapa Thaqif. Alahai, di medan sosial media bukan main berani bertung tang melempar gosip tentang orang. Ini depan-depan macam siput sedut takut nak keluar dari cangkerang.

"Duduk," Thaqif tarik kerusi lantas duduk di hujung-hujung meja mesyuarat. Jari bersatu dan siku bertongkat di atas meja. Senyuman tadi perlahan-lahan memudar.

"Kau Arif?" Thaqif jungkit kening memandang si lelaki.

"Ya saya Encik Thaqif." Laju lelaki itu mengangguk kepalanya.

"Dan kau?" Thaqif memandang si perempuan pula.

"Sa-saya Fida." Si perempuan menunduk wajah tidak berani bertatapan memandang mata helang Thaqif.

"Aku dengar perniagaan Ayah kau terjejas." Thaqif jatuh tangan di atas meja sambil jari telunjuknya mengetuk-ngetuk meja kaca itu.

"Ya, saya minta maaf Encik Thaqif, kalau bukan sebab saya yang hampir bongkar rahsia Puan Safa kat Twitter mungkin semua tak jadi macam ni." Tempoh hari dia hampir membongkar rahsia Safa waktu sekolah di Twitter kononnya mengejar populariti di atas gosip Safa masa itu. Tapi mujurlah salah seorang sepupunya memberi amaran kariernya akan segera hancur kalau dia teruskan semua itu. Walaupun begitu, Kariernya sebagai model dan influencer betul-betul terjejas disebabkan itu. Malah perniagaan ayahnya turut terkesan dek kuasa orang dalam dan dia yakin semua itu pasti angkara Thaqif!

"Dan aku dengar kau kena buang kerja Arif?" Thaqif pandang pula Arif yang tunduk, berbeza dari Fida, Arif menggunakan akaun Twitter yang tidak mendedahkan informasi diri tapi entah bagaimana, semua informasinya terdedah dengan mudah. Tak cukup dengan itu dia dibuang kerja sebagai akauntan dengan rekod etika yang sudah memburuk.

Sudahnya dia sekarang menganggur dan sukar mendapat pekerjaan dengan rekod etika lampau.

"Ya Encik Thaqif, saya dibuang kerja."

Thaqif menghambur tawa kecil buat mata Arif sedikit tajam memandang wajah lelaki itu. Hatinya sakit.

"Apa yang kau rasa bila masuk office aku? Rasa kerdil kan?" Soal Thaqif dengan senyum sumbing dihadiahkan buat kedua-duanya.

"Aku rasa office aku ni lagi besar dari otak kau berdua. Sebabtu orang selalu pesan kalau nak buat sesuatu selidik dahulu sebelum kau terima padahnya." makin asyik Thaqif berkata-kata menghiris hati keduanya.

"Banyak benda berguna lagi yang boleh kau orang sebarkan. Sebar benda berguna lah sikit baru nampak diri tu berguna. Ini nak sebar gosip-gosip orang. Kau tahu tak kau nampak apa?"

"Fucking stupid." Hasrul yang berdiri tetap di sebelah Encik Thaqif turut menahan senyum sinis melihat dua manusia itu.

"Kau tahu siapa yang invest dalam company keluarga kau Fida?" Soalan Thaqif buat Fida mengangkat wajah lantas lambat-lambat menggeleng kepalanya.

"Aku." Bangga Thaqif tersenyum buat Fida teguk air liur. Kenapa dia tak tahu selama ini?!

"Dan kau tahu siapa yang banyak sponsored baju untuk naikkan nama dalam modelling kau?"

"Amanda. Orang yang sama buat baju pernikahan Aku dan Safa. Kau tak tahu sejauh mana keakraban isteri aku dengan perempuan tu?" Wajah Fida sudah pucat sepucatnya, siapa tidak kenal Amanda orang terkenal dalam dunia fashion!

"Cukup untuk buat kau hilang karier kau."

"Dan Arif, Syarikat keluarga Safa antara penyumbang terbesar dalam Syarikat kau masa syarikat kau mengalami krisis. Aku harap kau tak tertanya-tanya kenapa kau kena buang kerja."

Kali ini Arif pula tersentak buat Thaqif menggeleng kepala kasihan dengan kenaifan dua manusia itu. Bodoh yang berusaha menunjuk diri bijak serba tahu.

"En-encik Thaqif, saya merayu.. Izinkan saya minta maaf dan betulkan semuanya. Saya nak minta maaf pada Puan Safa depan-depan." Terketar-ketar Fida berkata, dia tak mungkin hilang kariernya dan dia tak mahu perniagaan bapanya terus terjejas disebabkan perbuatan bodohnya.

"Saya pun Encik Thaqif. Saya buat silap,, Saya betul-betul tersempit sekarang. Saya ada anak-anak dan isteri Encik. Saya mohon maafkan silap saya.." Arif pula berkata separuh merayu. Respon yang sudah dijangka daripada mereka.

"Apalah agaknya nasib kau berdua bila aku libatkan pihak polis.. Mungkin kita jumpa kat mahkamah.." Thaqif menyambung buat mata kedua manusia itu membesar terkejut.

"Encik Thaqif. Tolong, saya merayu.. Saya sanggup buat apapun tapi tolong jangan libatkan pihak polis. Tolong Encik Thaqif.." Sekali dia terlibat dengan pihak polis selamanya kariernya musnah.

Thaqif pandang Hasrul, ada senyum tersungging dibibir lelaki itu.

"Saya merayu Encik Thaqif. Hidup saya anak beranak dah susah. Anak saya akan masuk sekolah." Arif pula merayu memikirkan nasib anak isterinya.

"Aku ni kurang belas kasihan tapi memandangkan kau mention anak. Aku akan pertimbangkan. Dengan bersyarat." Thaqif hulut tangan pada Hasrul dan sekeping sampul dihulur Hasrul padanya.

"Buka sampul ni, dan buat kerja kau." Thaqif hulur sampul kepada Arif buat lelaki itu berkerut wajah memandang isi sampul yang merupakan gambar  lelaki dan perempuan bercumbu dihadapan cafe di waktu malam. Gambar kedua pula merupakan wajah bekas kekasih Safa dan teman rapat Safa bermesra di dalam cafe. Dia terpana, jadi gosip yang dia buat selama ini adalah salah?

Jadi orang yang meminta dia menyebar gosip itu sekadar mempergunakan dia?

"Aku dah tahu siapa dalang yang minta kau sebarkan gosip tu semua. Kau jangan risau aku akan uruskan dia. Tugas kau sekarang cuma itu.. Bersihkan nama Safa sama macam mana kau kotorkan nama isteri aku dulu." Garang wajah Thaqif buat Arif laju mengangguk kepalanya.

"Baik Encik Thaqif."

"Dan kau.." Thaqif pandang Fida sambil sebelah tangan meminta sekeping lagi sampul dari tangan Hasrul.

"Macam mana kau tahu semua rahsia Safa di sekolah?" Thaqif pandang Fida serius.

"Sa-saya junior Puan Safa, banyak gosip tersebar dulu pasal.. Pasal kematian kawan Puan safa." Terketar-ketar Fida membalas.

"Saya pun tak sempat nak sebarkan apa yang berlaku kat sekolah dulu dalam Twitter. Saya janji saya akan simpan semuanya sampai sini." Janji Fida sungguh-sungguh.

"Buat apa simpan, sebarkan jelah." Thaqif hulur sampul kepada Fida. Kening gadis itu berkerut dalam teragak-agak dia menyambut.

"Buka." Thaqif pandang Fida.

Gadis itu kelihatan meneguk air liur dan lambat-lambat membuka sampul dihulur Thaqif.

Baru sahaja isinya keluar, Sampul itu jatuh. Gambar dipegang gadis itu turut jatuh di atas meja. Tangan Fida terketar-ketar menekup mulut. "A-apa.. apa ni?" Bergetar bibir Fidah menatap sehelai baju sekolah bertag nama Safa Aqilah disitu. Yang paling mengejutkan baju sekolah itu dipenuhi darah bertompokan.

"Itu baju Safa yang telah dibuli di sekolah."

"Oh lagi satu." Thaqif keluarkan pendrive dari poket seluarnya.

"Dalam ni ada video rakaman sebenar semasa kematian rakan baik Safa. Aku nak kau uruskan." Thaqif hulur Pendrive kepada Arif.

"Tapi nama Puan Safa akan buruk!" Laju Fida menghalang buat Thaqif menoleh memandang gadis itu. Semua orang disekolah tahu Safa dibuang sekolah kerana membunuh rakannya sendiri tetapi ibu bapa Safa menutup mulut kepala sekolah walau kes sudah cuba dibawa ke mahkamah.

"Kau lebih percayakan gosip jalanan dari bukti yang kukuh Fida? Tengok video tu sendiri, siapa yang jadi mangsa." Tajam mata Thaqif memandang ke arah Fida.

"Isteri aku dibuli setelah dituduh membunuh gadis bernama Dini. Macam gambar tu, macam tulah keadaan isteri aku lepas jadi mangsa buli kawan-kawan dia! Aku nak kau tengok video tu dan sebarkan sampai pihak sekolah kau dulu dan orang-orang yang buli Safa tak senang duduk."

Fida terdiam mencerna ayat Thaqif.

"Aku tak suruh kau orang buat kerja secara percuma." Thaqif bangun membetul kolar baju.

"Aku akan bagi ganjaran yang kau orang tak pernah dapat sebelum ni. So good luck." Sebaik menutur ayat terakhir, Thaqif melangkah pergi buat Arif dan Fida termanggu di dalam ruang mesyuarat itu.

____

"Thaqif.." bunyi pintu pejabat dikuak buat Safa laju menoleh memandang wajah suami dimuka pintu.

"Safa.." Thaqif melorek senyum lantas berpaling memberi isyarat mata pada Hasrul. Seperti memahami lelaki itu mengangguk kepala lantas berlalu meninggalkan pasangan itu.

"Kau pergi mana? Aku lapar tau." Ada nada rajuk dalam bicara Safa buat Thaqif garu kening lantas melangkah mendekati isterinya.

"Sorry ada meeting mengejut tadi. Kenapa tak tunggu je aku datang jemput kat office kau?" Thaqif duduk melutut dihadapan isterinya, kerusi diduduki Safa ditarik merapat hingga kepalanya dapat ditekap diperut wanita itu.

Cup.
Satu kucupan dihadiahkan buat anaknya.

Safa senyum mengusap rambut Thaqif. "Aku dah penat kena scam dengan kau. Semalam kau janji nak bawa aku lunch kat restoran haritu. Tapi kau cancel last minit."

"Alaa jangan lah ungkit benda semalam." Thaqif dongak memandang Safa yang senyum mengusap rambutnya. Bibirnya turut melorek senyum.

"Hari ni aku tak scam dah. Jom" Thaqif bangun dan tunduk sedikit mengucup dahi isterinya.

"Rosak tudung." Safa membetul-betul tudung sambil Thaqif tersengih mencapai dompet dan telefon bimbit.

"Jom, jalan elok-elok." Thaqif hulur tangan disambut mesra isterinya. Lengan Thaqif dipaut mesra dan seperti biasa.

Ruang pejabat itu akan bertukar musim bunga hanya jika Puan Safa ada disitu. Dan pekerja-pekerja mula berani mengangkat kepala menghadiahkan senyuman buat isteri majikan mereka.

Ruang dingin bertukar nyaman bagai ada angin membawa bunga-bunga luruh berterbangan. Kuasa cinta mereka berdua sangat dahsyat ya.

"Macam mana lah orang boleh bergosip bukan-bukan kat Encik Thaqif dan Puan Safa. Kita dah berbulu mata tengok dia orang." Seorang pekerja berbisik.

"Biasalah, manusia tak hilang dari sifat dengki. Tak tengok depan mata memang suka fikir buruk-buruk dekat orang." Seorang lagi pekerja menyambung.

Langkah Arif dan Fida terhenti. Tak berkelip mata mereka memandang Safa mesra berpaut tangan dengan Thaqif yang tak pudar senyum melayan celoteh isterinya.

Apa yang mereka sebarkan sebelum ni hanya sampah? Dan apa yang mereka lihat didepan mata 360 darjah berbeza dari apa yang mereka bayangkan.

Rasa diri diperhati, Thaqif berpaling kebelakang, dengan senyum sinis dia hadiahkan pada Arif dan Fida.

Satu perkara sudah selesai, nampaknya sekali lagi dia terpaksa rosakkan suasana di majlis Azrul. Kalau dulu di majlis pertunangan Azrul berita percintaan dia dan Safa menjadi sebutan hingga majlis pertunangan Azrul pudar dari sebutan.

Dan di majlis perkahwinan lelaki itu nanti, dia akan pastikan Azrul tidak akan dapat pengaruh itu lagi.

_______
HAI! MAAF LAMA TAK UPDATE. Ada beberapa perkara yang saya perlu uruskan.

Harap korang dah tak lupa jalan cerita🤭🤭
❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro