40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

_______

"Saya nak jumpa Encik Thaqif!" Safa hempas kasar beg tangan di atas meja pembantu peribadi Thaqif. Kening dijungkit melihat wajah gadis itu sedikit tercengang melihatnya.

"Tapi Puan Safa,, Encik Thaqif tak ada kat office sekarang.."

"Jangan nak tipu saya! Dia ada kat dalam kan!" Kuat suara Safa kedengaran menarik mata-mata pekerja pejabat itu.

"Tak Puan, maaf. Saya tak tipu." Lembut si pembantu membalas buat Safa merengus berpaling memandang daun pintu terlekat nama penuh Thaqif disitu.

"Fine! Saya akan terjah bilik dia!" Safa tarik beg tangan, dengan kasut tumit tinggi merah dipakainya dia melangkah menuju ke bilik Thaqif. Tombol pintu dipulas kasar tapi tersekat disitu.

Beberapa kali dia memulas tombol pintu tapi tetap keras tidak dapat dipulas. Bilik Thaqif berkunci?! Tapi mengapa? Sepatutnya setiap pagi, pengawal yang bekerja akan buka pintu bilik majikan walau si majikan tidak ada dipejabat sekalipun.

"Kenapa pejabat suami saya dikunci?! Dia ada kat dalam kan?!" Kuat suara Safa menengking buat pembantu Thaqif cepat-cepat membuka laci dan mengeluarkan kunci pintu.

Safa terkebil-kebil. Hati muka berdetak kurang enak.

"Kejap Puan saya buka.." teguk air liur juga si pembantu menghadap isteri majikannya. Tak cukup majikan sahaja yang garang, isteri dua kali lima. Tapi kenapa Puan Safa tak tahu Encik Thaqif dimana? Mereka bergaduhkah?

Ktak, sekali pulas, pintu pejabat Thaqif terbuka luas dan Safa pegun melibat isi didalamnya. Rak dokumen yang sudah kosong. Meja Thaqif juga kosong tidak berbarang dan sekadar tag nama yang masih terletak di atas meja. Ruang bilik itu seperti sudah tidak digunakan lagi atau pemiliknya sudah bertukar tempat.

"Kemana Thaqif?"

"Maaf Puan, kami tak tahu."

"Dia dah tukar office ke office CEO pula ke?" Safa tersenyum pahit. Entah kenapa hatinya sakit. Sakit tidak dapat menjejak suami sendiri.

"setakat ni kami tak ada apa-apa makluman tentang pertukaran CEO baru." Berhati-hati pembantu Thaqif membalas.

"Argh, whatever." Safa merengus sebelum dia beredar meninggalkan ruang itu. Gigi diketap menahan segala rasa. Kemana Thaqif?

Kenapa lelaki itu serahkan hampir semua asetnya kepada Safa. Termasuk rumah dan kereta. Dan sekarang lelaki itu tak ada di pejabat. Dia sudah penat berfikir. Pergilah nak pergi mana pun! Dia sudah malas mahu ambil kisah mengenai lelaki itu lagi.

_______

"Selamat datang ke rumah aku yang serba kekurangan ni." Ihsan buka luas pintu rumahnya dengan senyum lebar menyambut kehadiran Thaqif.

"Macam baru hari ni aku jejak kaki rumah kau." Tak berperasaan Thaqif membalas buat Ihsan melepas tawa kecil.

"Macam mana urusan kau hari ni? Dah settle?" Ihsan menyoal, melihat wajah kepenatan lelaki itu. Dia tahu segalanya mungkin sudah selesai. Keputusan paling terbesar yang Thaqif pernah buat dalam hidupnya.

"Ya aku dah lepaskan semuanya." Mendatar suara Thaqif. Nafas dihela panjang seperti melepas segala beban terpikul dibahu.

Ihsan diam dengan senyum tipis, mahu menghalang, Thaqif lebih bijak dan tahu apa yang perlu dibuat. Buat masa ini biarlah lelaki itu dengan pilihannya.

"Kau yakin dengan tinggalkan Safa juga? Kau nak mengalah macam tu je?"

"Aku tak mengalah Ihsan, aku cuma penat. Orang tak boleh expect aku boleh terus berjuang bila aku sendiri pun ada limit. Safa sakit aku lebih sakit."

"Tapi dia tak tahu." Entah dari mana ada suara datang menyampuk buat Thaqif menjeling kebelakang memandang adiknya.

"Sejak bila budak tu ada kat sini? Aku tak jemput dia." Mata Thaqif menjenggil memandang Naufal selamba menyuap tembikai susu ke dalam mulut.

"Macam biasa, adik kau bila je tak excited lebih dari abang sendiri."

"Gila tak excited, abang aku dah lepas jawatan dia. Silap hari bulan aku yang jadi CEO, bukan Azrul bukan dia." Tak bersalah Naufal melepaskan tawa besar buat wajah Thaqif berkerut.

"Diam lah! Anak aku tidur!"Thaqif capai bantal kerusi lalu dibaling pada adiknya.

Naufal yang mendengar cepat-cepat menekup mulut dengan tapak tangan.

"Sorry sorry."

"Saqif mana?" Thaqif pandang Ihsan yang sekadar tersenyum geli memandang gelagat adik beradik itu.

"Ada kat dalam bilik aku dengan Reen."

"Okay, aku nak tengok dia." Thaqif lerai tali leher sebelum dia tanggal dari menjerut lehernya. Langkah diatur menuju ke bilik Ihsan diikuti lelaki itu dibelakang.

Naufal pula duduk di ruang tamu dengan pinggan Tembikau Susu ditangan. Dia sudah puas bermain dengan Saqif sampailah budak kecil itu tertidur.

"Assalamualaikum." Thaqif tolak daun pintu buat simanis doktor muda yang ada dalm bilik itu berpaling dengan senyum manis.

"Encik Thaqif."

"Hai Doktor Reen." Thaqif balas senyum teman wanita Ihsan sebelum matanya beralih memandang wajah Saqif lena dalam baby cribnya.

Setelah sebulan berada dalam NICU, tak dia jangka Saqif sangat kuat badannya. Akhirnya si anak mampu bertahan hinggalah dia dibenarkan pulang dengan jaminan.

Seminggu yang lalu juga, mata Saqif sudah terbuka memandangnya walau tubuh itu sangat kecil, dan awalnya tidak pandai bernafas sendiri. Badan yang berselirat dengan wayar. Luluh hati si ayah yang tak mengalah melawat dan menitip doa setiap kali datang melawat si anak.

Berat Saqif ketika dilahirkan hanya 1.6 kg dengan usia kandungan yang baru mencecah 30 minggu. Hanya tuhan sahaja tahu bertapa gembiranya Thaqif apabila dimaklumkan perkembangan Saqif yang semakin hari semakin membaik.

"Encik Thaqif nak pegang?" Doktor Reen mempelawa.

"Nah, sokay. Saya tak mandi lagi. Cuma nak tengok muka dia." Thaqif senyum tipis tak beralih menatap wajah comel si kecil. Apa lah agaknya respon Safa kalau dia tahu anaknya yang dia kandung tak ada sikitpun menyerupai dia. Banyaknya mirip Thaqif sendiri! Cuma kening garang itu, betul-betul meningatkan dia pada Safa.

"Hari ni Saqif minum susu banyak dari sebelum, suara dia menangis kuat, tanda tenaga dia dah banyak. Dia banyak gerakkan tangan. And tadi dia ada tersenyum dalam tidur." Lega Thaqif mendengar cerita dari mulut teman wanita Ihsan itu.

"Terima kasih sudi tengokkan Thaqif."

"Benda kecil je." Ihsan sengih-sengih buat mata Thaqif menjenggil. Dia lelaki dia tahu maksud sengihan itu. Mana tak happy dapat tengok teman wanita sendiri urus bayi, serumah pula tu. Mujurlah ada Naufal menempel buat syaitan ketiga gagal membuat kerja.

Ting tong~

Bunyi lonceng rumah buat Thaqif dan Ihsan serentak berpaling sebelum keduanya berpandangan.

Naufal yang ralit menikmati buah kegemarannya sambil menonton tv lagak rumah sendiri segera bangun menuju ke daun pintu rumah apartment itu. Pinggan buah masih melekat di tangan buat tangan kanan sahaja bergerak membuka daun pintu.

"Siapa..?" Terkaku Naufal dihadapan pintu dengan mata membulat memandang susuk dihadapan mata.

Air liur ditelan terasa kesat.

"A-apa Safiya buat kat sini..?"

"Oh Safiya ke? Masuklah. Naufal jemput Safiya masuk." Dalam terpinga-pinga Naufal buka daun pintu dan membiarkan Safiya masuk. Mata masih terkebil-kebil tidak mengerti.

Abang Naufal cakap Kak Safa tak tahu? Ini Safiya tercegat kat sini buat apa?

"Arh penatlah jadi supplier susu tak berbayar ni." Safiya letak beg besar di atas meja lantas hempas tubuh di atas sofa. Ihsan dan Thaqif yang mendengar melepas tawa kecil.

Tinggal Naufal yang masih tercengang. Supplier susu? Apa ni?

"Supplier susu tu Kak Safa, Safiya tolong jadi agent pengedar je." Ihsan mengusik buat mulut Safiya menjuih. Sudah sebulan juga dia mencuri stock susu yang diperah Safa setiap hari menggunakan mechine.

Dan sepanjang itu dia tidur dengan Safa untuk mengelakkan Safa buang susu badannya. Dan semestinya agak mencurigakan bagi Safa, apabila Safiya dengan baik hati mahu membantu. Tapi mujurlah Safiya pandai mencipta alasan dengan mengatakan arahan dari mama dan papa agar dia dapat membantu Safa.

Tak cukup itu Safiya berkomplot dengan seorang pembantu rumah dengan membeli peti sejuk mini semata-mata mahu menyimpan stok susu itu. Kalau Safiya tiada dirumah maka pembantu rumah itulah yang akan mengambil tempat Safiya untuk mengumpuk susu badan Safa.

Hidup dengan penipuan sangat melelahkan.

"Terima kasih Safiya, nanti abang belanja." Thaqif tergelak kecil memandang Safiya mengibas-ngibas wajahnya dengan topi. Seperti menyeludup barang terlarang masuk ke dalam rumah. Siap bertopi dan mask gadis itu datang ke rumah Ihsan.

"Saqif mana?" Safiya menjenggul-jenggul sebelum matanya menangkap batang tubuh Naufal yang tenang melabuhkan duduk dihadapannya.

"Saqif tidur. Kalau nak pegang Thaqif, pergi basuh tangan dulu." Lembut Thaqif menitip pesan.

"Tak apalah, Safiya tengok dari jauh je. Ni Safiya nak kena cepat. Ada janji dengan kawan."

"Kawan lagi?" Naufal mencelah tidak senang.

"Lah, normal lah. Ingat dia je ada kawan." Safiya putar bola mata, rimas dengan pandangan lelaki itu.

"Okay hati-hati. Apa-apa call abang." Thaqif senyum memandang Safiya sudah berjalan menuju ke bilik menempatkan Saqif.

"Arr comelnya!" Dalam bisikan Safiya menjerit teruja. Bilalah dia dapat pegang Saqif lagi.

"Safiya percayakan abang sebab janji abang dulu! Safiya obses dengan janji orang. Jadi kali ni jangan buat Safiya kecewa or else,,," Safiya pandang Thaqif dengan pandangN sedikit tajam mengandungi ugutan.

"Safiya akan buat abang menyesal sebab pernah buat janji dengan Safiya."

"Abang janji.." Thaqif senyum tipis.

"Bye Saqif! Nanti kita jumpa lagi. Jangan lupa Mak Su tau! Kalau tak ada Mak Su, tak adanya awak nak merasa susu mama awak." Kata-kata Safiya buat Ihsan dan Reen sama-sama tergelak dengan kecomelan gadis itu.

"Nanti datang sini bawa susu banyak lagi untuk Saqif."

"Tak boleh main order je bang, kena tengok kilang susu boleh proses banyak ke tak." Kata-kata Safiya buat Thaqif pula tergelak. Ada-ada sahaja celoteh gadis ini.

"Iya-iya. Jangan lupa suruh pembantu tengok pemakanan Kak Safa juga. Dia berpantang lagi. Badan dia tak sepenuhnya sembuh. Jangan bagi makan main bedal je." Walau Thaqif tersenyum berkata, dia tahy hati lelaki itu memendam sayu. Merindui si isteri. Thaqif pernah meluah perasaanya mahu menjaga Safa sepanjang wanita itu berpantang.

Tapi keadaan tidak membenarkan. Dengan kesibukan mengurus Saqif dan keadaan Safa yang tidak mahu menerimanya.

"Baik, abang jangan risau." Safiya senyum manis.

"Kak Safa suka makan makanan berminyak, kawal makanan berminyak dia. Jangan bagi dia selalu makan makanan bergoreng. Paksa dia minum air banyak, sebab bibir dia selalu kering. Kalau petang jangan bagi dia tidur, nanti malam badan dia lesu."

Thaqif ketap gigi.

"Banyak lagi.."

"Abang jangan risau. Abang boleh harapkan Safiya. Safiya akan jaga Kak Safa untuk abang."

Kata-kata Safiya buat Thaqif melorek senyum lega.

"Kalau Abang dah janji dengan Safiya untuk setia tunggu Kak Safa. Safiya akan janji untuk tengokkan Kak Safa untuk abang.."

"Terima kasih Safiya."

Hatinya mendambakan Safa, rindu mendera dia setiap hari.  Cukuplah ada Saqif mengubat segalanya. Dia masih kuat kerana Saqif dan impian Safa yang satu ketika dahulu mahu membina keluarga bersamamya.

________

Hahaha saya okay😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro