5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Makan malam yang begitu kekok buat Safa, dia bukan anti sosial bukan juga pemalu. Dia cuma sukar untuknya membiasakan diri dengan orang baru atau bergaul dengan orang luar. Puas dimaniskan muka tapi tetap punggungnya tidak betah untuk berlama.

Sudahnya siap menjamu tanpa selera Safa mengundur diri sementara ibu ayahnya masih berbual dengan para tetamu. Thaqif pula tak kekok menyelit berborak dengan orang-orang tua itu sama seperti adiknya Safiya yang memang begitu terlatih untuk bergaul.

Tidak sepertinya. Dia takutkan semua itu.
Safa peluk tubuh menatap dada langit.

"Kenapa tak masuk berborak kat dalam?" Sapaan Thaqif buat Safa menoleh memandang lelaki itu menghampiri. Kini mereka berada di laman rumah milik Safa. Lampu dari tiang hiasan rumah itu jelas memancar cahaya di wajah gadis itu.

"Aku tak biasa dengan orang luar." Balas Safa ringkas.

"Kau introvert?" Soal Thaqif. Kalau difikirkan Safa mungkin boleh dikatakan introvert. Tidak mempunyai ramai kawan malah gadis itu juga tak begitu pandai bergaul.

"Mungkin."

Keadaan diam sejenak, Thaqif yang senyap memikirkan sesuatu dan Safa diam dalam dunianya.

"Kau tahu kedudukan dan pengaruh aku dalam AZ?" Thaqif menyandar tubuh pada bangku di hadapan Safa lantas memeluk tubuhnya. Buat kedudukan bereka bertentangan menatap sesama sendiri.

"COO and nanti kau akan ambil tempat ayah kau as CEO?" Teka Safa, Thaqif angguk kepala dengan senyuman tipis.

"Nanti ayah aku akan step out and will be promote as the director. Dan tempat CEO akan kosong.."

"I see, mestilah kau yang.."

"Kalau aku nak fill position tu aku kena ada pengaruh. Dan sekarang position aku tak kukuh sebabkan Azrul. Dia akan kahwin dengan anak dari pemilik BRYA Berhad."

"Wow.." Mata Safa membulat terkejut. Dia dapat simpulkan Azrul dan Thaqif sama-sama berebut untuk kerusi CEO itu. Mereka sepupu, Azrul juga layak untuk tempat CEO itu memandangkan itu syarikat keluarga besar mereka.

"Kenapa kau tak kukuhkan balik pengaruh kau macam Azrul buat."

"Itu yang aku fikir sekarang." Safa sedikit tersentak apabila mata Thaqif tenang tak beriak merenungnya.

"Jangan cakap.."

"Dengan kahwin dengan kau?" Selamba lelaki itu mencelah buat Safa terkedu.

"Kau ni dah mereng ke memang dah otak tak berapa nak berfungsi? Aku sah sah akan tolak!" Safa cekak pinggang dengan garang merenung lelaki di hadapannya.

"Pertama! Aku tak suka perkahwinan penuh kepalsuan! Kahwin sebab harta dan position? The hell! I'm not into something like that."

"Kedua! Aku dah ada Adri dan aku tak akan tinggalkan boyfriend aku semata-mata rancangan kau nak kan position tu. Terang-terang lagi bersuluh!"

"Jangan sebut pasal perkahwinan lagi depan aku! Shameless!!" Turun naik nafas Safa melepas bebelan terbuku di hati. Tetapi wajah Thaqif tidak berubah, mendatar seperti tidak sedikitpun terkesan dek amaran perempuan itu.

"Adri tu layak ke untuk kau?" Soalan Thaqif makin membuat darah Safa mencanak naik ke otak!

"Aku tahu Adri lelaki biasa, but that doesn't mean you can disrespect him. At least he wasn't born with silver spoons and had to hustle with his own hands. That's what impressed me about him! Bukan macam kau lahir-lahir terus berharta."

"Aku lebih pandang Adri tu beribu kali ganda bernilai dari kau. Kadang usaha dia nak halalkan aku tu lebih dari apa yang kau bayangkan!"

"Aku tak maksudkan harta." Balasan ringkas Thaqif buat Safa terdiam. Dahi berkerut tidak mengerti.

"Jadi kau maksudkan apa? Rupa? Education?"

"Tak." Thaqif tarik nafas panjang menayang wajah bosan.

"Apa?!!" Safa separuh menjerit. Sakit hati betul bercakap dengan pak cik sorang ni.

"He's not a good guy, Safa."

"Hahahaha.." Tawa Safa terhambur keluar, sampai keluar air mata perempuan itu dibuatnya.

"Aduh sakit perut aku.." Safa pegang perut. Wajah Thaqif tetap bersahaja memandang gadis dihadapannya.

"Tak sangka Thaqif yang aku kenal ni terdesak sangat nakkan position CEO tu sampai tuduh boyfriend orang bukan-bukan." Safa tergelak sambil Safa usap air mata terhibur dengan jawapan lelaki bernama Thaqif itu.

"Lelaki yang tak baik tu kau Thaqif! Aku ada dengar orang cakap perempuan idaman kau bertutup litup. Kau rasa dia layak ke untuk kau?" Safa masih tergelak.

"Aduh kau ni memang penghibur betul lah. Buat lawak malam-malam macam ni. Kalau nak tuduh orang bukan-bukan pun.."

"Don't talk to the mirror, Encik. Thaqif. It can't fix your attitude." Safa tersenyum sinis.

Thaqif membalas senyuman seraya menegak tubuh memandang orang tuanya yang berborak keluar dari rumah diiringi ibu bapa Safa.

"Malam esok kita keluar, aku jemput kau." Tanpa memandang ke arah Safa Thaqif berkata.

"Huh? Kau ni berapa kali.."

"Aku ada nak tunjukkan sesuatu. Anggap ni hutang budi yang aku dah bagi kat kau malam kunci kereta kau masuk longkang."

Safa diam mengetap gigi.

"Boleh Cik Safa?" Thaqif berpaling menghulur senyum manis.

Safa merengus. "Ini first dan last aku dengar cakap kau. Lepas dari tu anggap hutang budi antara kita dah lunas!"

Thaqif tergelak kecil. Safa ini boleh tahan comel juga ya. "we'll see."

Safa tongkat dagu memandang Adri kelihatan manis senyumnya melayan pelanggan. Macam mana lah si Thaqif tu boleh cakap lelaki sesempurna Adri bukan lelaki yang baik? Sudahlah baru jumpa sekali!

Ingat pasal semalam, wajah Safa mencuka geram. Jumpa baru sekilas pandang, dah cakap boyfriend dia bukan-bukan. Dasar Thaqif tak sedar diri. Fake! Dia ingat diri dia tu baik sangat? Dia tu beratus berpuluh kali tidak baik kalau nak dibandingkan dengan Adri.

"Ini dah kenapa mencuka je muka?" Adri ambil tempat dihadapan Safa sambil meletak segelas air kegemaran gadis itu. Senyuman Safa mula terbentuk teruja.

"Awak dah tak busy?" Safa toleh ke arah kaunter, kini berganti Dila pula yang berjaga disitu.

"Dila suruh saya teman awak. Dia kesian tengok muka awak mencuka je."

"Oh tak, saya teringatkan.." Safa berhenti, perlu ke dia beritahu Adri pasal apa yang dikatakan Thaqif semalam? Tapi kalau dia beritahu dia risau kalau Thaqif rasa rendah diri dengan lelaki itu pula.

Lagipula, dia risau kalau Adri cemburu bila lelaki itu tahu keluarga Thaqif makan malam bersama dia semalam. Tak salah kan kalau dia tidak beritahu kekasihnya? Dia cuma ingin menjaga hati Adri. Sayangnya pada Adri menggunung hingga dia sendiri tak sanggup melihat Adri merendah diri dengan dirinya.

"Saya cuma ingatkan kerja yang banyak kat office tu." Safa senyum.

"Harini awak cuti kan, tak payah ingat kerja kat office tu. Nanti isnin fikir balik, waktu cuti ni awak nak rehatkan minda."

"Betul!" Safa sengih lebar.

"Maaf saya tak boleh teman awak setiap
kali weekend. dulu kita boleh pergi dating tapi sekarang kalau weekend je cafe saya tak cukup tangan. Ramai customer, tutup pun pukul 12 malam."

"Sokay, saya faham. Lagipun saya lega tengok cafe awak ramai orang macam ni. Tak lama lagi awak boleh buka cawangan baru." Ujar Safa teruja.

"Kalau buka cawangan baru tuu,, lambat lagi lah. Modal tak cukup."

"Saya kan ada!" Mata Safa membulat teruja.

"Tak boleh macam tu Safa,, saya dah banyak.."

"Adri.. Saya ikhlas. Kalau awak berusaha nak halalkan saya. Saya pun kena usaha sama nak bantu awak. Kita akan kahwin nanti, saya tak berkira semua tu." Tangan Safa bergerak menggenggam jemari kekasihnya.

"InsyaAllah."

Safa hulur senyum menarik nafas lega, dia tidak kisah berapa banyak pun! Dia boleh laburkan asalkan dia dapat bersama dengan Adri! Adri perlu ada sesuatu yang mampu buat keluarganya tidak ragu-ragu untuk menerima lelaki itu.

______

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro