58

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Abang, esok Safiya ada ujian JPJ. Tolong ajar drive.' - Safiya.

Siap menghantar pesanan, Safiya bersandar sambil menunggu mana-mana antara empat lelaki itu membalas pesanannya di group Whatsapp yang hanya mereka berempat disitu.

'Safiya, sorry!! Hari ni kami sibuk.' - Faizul

Wajah Safiya mengendur. Sibuk? Hari itu kan hujung minggu. Apa yang mereka sibukkan? Futsal? Rasanya semalam mereka baru habis tournament.

Jari Safiya ligat menggesek telefon bimbit membuka aplikasi Instagram, tiada 'story' ataupun apa-apa gambar dimuatnaik oleh mereka berempat.

Hazim aktif di aplikasi Snapchat. Safiya tekan pula aplikasi Snapchat. Firasatnya tak salah, ada 'story' baru dimuat naik Hazim 20 minit yang lalu. Gambar kek di dalam sebuah restaurant mewah yang sudah dihias cantik. Di dinding kaca terpantul beberapa susuk. Tiga orang dari mereka Naufal, Haris dan Faizul.

Mereka tengah buat apa? Celebrate birthday siapa?

Ada beberapa orang perempuan disitu. Mungkin kawan-kawan kampus mereka.

Haih, sedar diri Safiya. Kau tu cuma budak-budak kat mata dia orang. Ingat best ke berkepit dengan budak-budak? Dia orang tu dah 20 an kau masih belas-belas.

Apalah yang dia harap dari budak yang selalu bermasalah dari kau.

Safiya mengeluh bosan. Mata tertacap pada kunci kereta tergantung tidak jauh dari tempatnya duduk. Kepala mula menjenggul-jenggul sekeliling.

Kau dah cukup besar dari harapkan sesiapa.

Vroomm!!!

Sebuah kereta Mazda dipandu dengan tingkap terbuka menikmati angin luar. Kaca mata hitam tersangkur di hidung ditolak ke kepala. Senyuman lebar terukir bebas dibibir.

Dia sekarang sedang memandu di jalan lama yang jarang dilalui orang. Senang untuk dia belajar memandu dari melalui jalan yang sesak dengan kereta.

"Kan dah cakap? Apa je yang kau tak boleh buat Safiya. Kau dah besar." Safiya bangga berkata sendiri tidak sedar kaki yang menekan dalam pedal minyak.

"Safiya dah balas ke?" Naufal menjenguk telefon Faizul.

"Tak, dia seen je. Dia fahamlah tu kot." Faizul menyimpan telefon bimbit ke dalam poket seluar sambil dia menghulur senyum kekok pada Auni yang memandang.

"Safiya kenapa?" Auni bertanya.

"Dia minta kita orang ajar drive kereta. Esok dia ada ujian JPJ." Hazim membalas.

"Lah, comelnya. Umur dia berapa? Hari tu aku ada tengok dia menari dengan kau orang." Seorang kawan Auni menyampuk.

"18 tahun." Hazim membalas lagi.

"Dia study lagi lah kan?" soal Auni pula. Makin berminat dengan topik Safiya walau mereka sekarang sedang meraikan hari lahirnya.

"Ya, dia study lagi. Dekat kolej tingkatan 6. Dah jangan banyak tanya, makan." Naufal tolak pinggan berisi spaghetti Auni yang siap dipotongnya. Auni sejenis yang suka memotong pasta, katanya tak suka comot. Tapi sukakan spaghetti.

Dah jadi tabiat Naufal tolong memotong spaghetti perempuan itu.

"Haris air?" Seorang kawan Auni mengangkat jug kaca menunjuk gelas Haris yang sudah kosong.

"Boleh juga." Haris senyum tipis sebelum dia mengangkat gelas lalu disua pada gadis itu.

"Itulah Safiya yang kau orang pernah cerita nakal tu ya? Teringit juga nak jumpa dia depan-depan. Apa kata kau orang bawa dia datang sekali lepak dengan kita orang next time?" Amelia memberi cadangan sambil dia menuang air ke dalam gelas Haris.

"Tak payahlah. Dia tu nakal sangat. Susah nak control." Naufal melepas tawa kecil membayangkan satu-satu kenalakan yang boleh dibuat Safiya.

"Tapi dia comel." Faizul mencelah buat mereka disitu ketawa.

"Biasalah dia kan baru 18 tahun. Tengok Safiya hari tu, tiba-tiba rindu zaman-zaman remaja dulu. Tak payah nak fikir apa-apa." Auni tongkat dagu dengan senyum tipis.

TOMBOL VOLUME dikuatkan sambil jarinya menari-nari di stereng mereta. Lama juga dia memandu, belajar memasuki simpan belajar memotong. Habis satu jalan tu dia yang punya. Nasib tak ada lori besar lalu. Kalau ada boleh tahap panik juga dia nak memintas.

Tak jauh dari jalan dilalu Safiya, ada lorong kecil, dan ada beberapa buah motor mungkin sedang menunggu masa untuk melintas. Safiya terus memandu tanpa menghiraukan motor itu. Dia di jalan lurus jadi dia tak perlu risau.

Tapi lain yang berlaku. Si mamat-mamat motor tiba-tiba melintas buat Safiya panik lantas memutar sterengnya ke kiri bagi mengelak melanggar mamat-mamat itu. Kalau dia langgr orang! Dia yang salah! Dia baw kereta tak ada lesen.

Bukk!!! Tak sedar kelajuan kereta buat Safiya tak tahu mahu menekan pedal minyak dan pedal brek sudahnya kereta dipandu Safiya terluncur masuk ke dalam semak tebal. Beberapa kali kepala Safiya terhantuk stereng kereta dengan kuat barulah kereta itu terhenti dengan pedal brek ditekan Safiya.

Buka sahaja mata. Gelap.

Mana mamat-mamat motor tadi? Dia kat mana sekarang?

Ada cecair mengalir di wajah buat Safiya laju menyapu dahinya. Tak semena-mena matanya membulat melihat cecair pekat merah melekat di tangan.

Tangan mula bergetar. Dia mungkin berada di dalam semak tebal. Saat dia tolek kebelakang, tiada apa yang dia mampu lihat hanya pokok-pokok kecil. Kalau dia duduk semalaman dalam tu pun mungkin dia tak ada orang yang perasan.

Ah! Safiya!! Kau memang cari nahas. Tak fikir lagi berbakul bebelan yang dia kena hadap jika Dato' Azham tahu. Sudahlah kereta Mazda itu baru dibeli papanya tahun lepas. Ah mati!

Naufal!

Tiada orang lain yang dapat membantu dia sekarang. Terketar-ketar juga tangan Safiya mendail nombor lelaki itu. Berharap Naufal dan yang lain datang membawa dia keluar.

"PANJANG UMUR." Naufal pandang telefon bimbit menunjuk nama Safiya di skrin telefon.

"See? Dia memang tak boleh berenggang lama dengan kita orang. Mesti ada je benda nak dibuat." Hazim lepas tawa kecil menunggu berita apa yang dibuat Safiya hari ini.

"Ya Safiya?"

"Abang tolong Safiya?" Suara Safiya bergetar di talian buat Naufal geleng kepala lantas memasang pembesar suara. Biar rakan-rakannya yang lain dengar nakal apa yang dibuat Safiya hari ini.

"Safiya buat masalah apa hari ni?" Tenang suara Naufal menjawab.

"Abang.. Safiya.." Safiya teguk air liur memandang sekeliling. Makin lama dia disitu, dia makin diserang takut. Macam mana kalau dalam semak tu ada ular? Tak pun ada harimau? Babi pun boleh tahan seram.

"Kenapa? Safiya buat apa?" Berkerut dahi Haris menyoal sambil dia dekatkan wajah ke telefon Naufal.

"Safiya accident!"

"Huh?!!" Serentak orang disitu terkejut.

"Safiya tak tahu Safiya kat mana, Safiya nak elak budak motor tadi tapi Safiya terbabas masuk dalam semak. Kepala Safiya berdarah, sekarang gelap.. Saf.."

"Safiya boleh tak dalam sehari jangan buat benda pelik?! Safiya tahu tak bahaya drive dengan tak ada lesen macam tu!" Tersentak Auni mendengar suara garang Naufal.

"Kenapa marah Safiya macam tu? Dia bukan sengaja.."

Safiya terdiam mendengar suara seseorang disebelah Naufal. Auni?

"Sorry.. Safiya cuba cari jalan keluar."

Tutt tutt tutt..

Naufal bulat mata memandang telefon bimbitnya. Hati mula tak tenang memikirkan dimana gadis itu sekarang.

"Auni sorry,," dia dah tak boleh berfikir lagi. Dikepalanya penuh dengan bayang-bayang Safiya. Dia boleh jadi gila risaukan gadis itu.

"Kau tak boleh tengkinh dia mengejut macam tu. Elok-elok dia minta tolong. Sekarang kita dah tak tahu nak cari dia kat mana." Haris menegur Naufal yang sudah membuka pintu kereta.

"Ikut aku, kalau dia terbabas macam tu tak ada orang perasan. Mesti dia ikut jalan area rumah dia yang tak ada orang. Jalan lama nak ke rumah dia." Kata Naufal serius.

Haris pandang Hazim dengan helaan nafas berat.

Safiya keluarkan kotak tisu dari kereta. Nak harapkan bantuan, baik dia keluar dari kereta tu. Nak call bomba atau polis lagi naya. Dia takut dia yang dibawa ke lokap. Apalah budak 18 tahun boleh fikir dalam keadaan macam tu.

"Kau dah besar! Tak apa Safiya, jangan susahkan orang." Safiya pandang telefonnya yang banyak kali bergetar kerana lelaki-lelaki itu.

Sudahlah, Naufal mesti dengan Auni sekarang. Dia tak mahu jadi punca menganggu hari damai mereka.

"Argk sakit.." Safiya terhinjut-hinjut keluar dari perut kereta. Lepas dia keluar dari semak tu dia akan call atau Grab, ambilkan dia kat situ.

Mudah.

Nanti pandai-pandailah dia nak menjawab dengan Dato' Azham. Asalkan sekarang dia keluar dengan selamat dari dia berteman dengan ular dalam semak tu.

Dengan tisu dibawa di tangan, beberapa kali dia tekap tisu ke dahi dengan darah pekat membuak-buak keluar. Sudah berapa tisu yang berubah merah dibuangnya. Kaki terus melangkah keluar hingga dia jumpa jalan raya.

Betul-betul sunyi.

Mana budak-budak motor yang jadi punca dia accident tadi? Semua lari ke? Pengecut! Dahlah buat orang accident, tak ada hati perut nak selamatkan.

Sambil dia melangkah, sambil dia menggesek telefon memanggil Grab. Bukan dia tak ada pemandu, tapi mesti pemandunya sekarang dengan papa dan mama. Mereka ada majlis amal di sebuah hotel hari itu.

Semua nak jadi hari ni! Salahnya kau sendiri Safiya!

"Dah masa-masa ni lah Grab nak reject aku! Arghh!!" Safiya raup rambut sambil dia berjalan terhinjut-hinjut. Kalau ada kereta lalu pun mungkin tak ada yang sudi berhenti. Muka dia dan macam hantu!

"Terimalah! Aku dah penat lah asyik kena reject je." Safiya mengomel, dan beberapa kali dia menekan menempah grab. Semuanya pending dan akhirnya ditolak.

Sudahnya Safiya penat dan melangkah mengikut derap kakinya. Rumah dia bukan jauh mana pun. Tapi itulah, kalau dia berjogging mungkin tak pelik, tapi sekarang dia terhinjut-hinjut dengan kepala berdarah.

Bila-bila masa boleh pengsan.

Bunyi enjin kereta dari arah belakang buat Safiya berpaling. Kereta itu,,

Satu lagi enjin kereta dari arah depan buat Safiya kembali menoleh ke hadapan.

Dibelakang kereta Naufal dan dihadapannya sekarang kereta Haris. Macam mana dia orang boleh cari dia?

"Safiya!!" Tak menunggu Haris berlari keluar dari perut kereta. Mata membulat memandang wajah Safiya yang sudah dipenuhi darah.

Baru dia ingin menarik tubuh itu. Naufal terlebih dahulu memaling tubuh Safiya berpaling ke arah lelaki itu. Haris berhenti melangkah. Tangannya yang tadi diangkat ingin menarik Safiya akhirnya jatuh ke sisi. Tak berkelip mata melihat Naufal memeluk erat tubuh itu.

"A..abang?" Safiya terpinga-pinga.

"Kenapa tak jawab call? Tahu tak kami cari Safiya macam orang gila." Bergerak-gerak mata Naufal memeriksa tubuh gadis itu.

"Safiya.. cuma rasa. Safiya boleh keluar tanpa minta tolong sesiapa." Safiya dah biasa. Safiya lebih dari biasa. Dari kecil dia sudah diajar begitu.

"Tengok diri sendiri Safiya? Dengan jalan sunyi macam ni! Bahaya tahu tak" Faizul yang sama kepala nakal dengannya pun sekarang serius dingin buat Safiya terdiam meneguk air liur.

Kau salah lagi Safiya! Kau ganggu hari mereka.

"Maaf.. Safiya tak bermaksud nak ganggu abang.."

"Bukan masalah ganggu ke apa?! Safiya sedar tak apa Safiya buat?"

"Naufal.." Haris tolak tangan Naufal dibahu Safiya.

"Kita bawa Safiya ke klinik dulu. Banyak luka dia ni. Jom Safiya." Haris tarik Safiya masuk ke dalam perut keretanya tinggal Naufal yang terdiam kaku mengepal penumbuk.

Semua tentang Safiya buat dia tak mampu berfikir macam orang biasa.

Apa dah jadi pada kau Naufal?

"SAFIYA! Macam mana boleh jadi macam ni?" Keluar sahaja dari bilik rawatan Safiya terus diterpa mama dan papanya. Gusar wajah orang tua itu melihat dahi Safiya sudah berbalit.

Safiya tunduk merenung lantai.

"Maafkan Safiya sebab rosakkan kereta papa. Safiya janji Safiya tak buat lagi."

Dato' Azham sedikit terkelu mendengar balasan anaknya. Daripada fikirkan kereta kenapa tak fikirkan diri sendiri? Bukankah seorang anak patut meminta maaf kerana buat orang tuanya risau. Tapi kenapa Safiya meminta maaf untuk sebuah kereta yang tiada nilai berbanding nyawa anaknya itu?

"Kereta tu tak ada nilai berbanding diri kamu Safiya. Kamu dah buat papa dan mama risau. Kenapa tak call papa dan mama? Kenapa mesti orang lain yang call kami."

Safiya diam sejenak.

"Sebab Safiya dah diajar jangan bawa masalah Safiya balik ke rumah." Dulu dia tak boleh menangis bagi menjaga kesihatan mental Safa. Dulu dia tak boleh merengek seperti anak kecil lain. Dia tak boleh pentingkan diri sendiri untuk orang lain.

"Safiya minta maaf.."

"Papa yang patut minta maaf.. Safiya.. Papa minta maaf." Dato' Azham menarik tubuh anaknya dalam pelukan. Dahi Safiya dikucup lama.

Dan mulai hari itu, Safiya sudah tidak berhubung dengan empat lelaki itu lagi. Setiap pesanan dihantar mereka hanya dipandang sepi tanpa ada hati mahu membalas sekeping pun.

"AKU RINDU Safiya.." Faizul mengeluh melabuh duduk di bangku luar gelanggang futsal. Di atas bangku yang biasa Safiya guna untuk bersorak menjadi penyokong mereka tak kira perlawanan apapun yang mereka main.

"Kau tak ada call dia?" Haris pandang Naufal diam melempar pandang ke dalam gelanggang.

"Tak. Aku tak rasa dia jawab." mudah jawapan Naufal buat Haris mengeluh.

"Aku rasa macam nampak Safiya..." Faizul tegak memandang seorang gadis membawa kotak air menuju ke arah mereka. Mata masing-masing mula membesar.

"Betul lah tu Safiya!" Hazim menyampuk bersemangat.

"Safiya!!" Faizul teruja mendepa tangan ingin membantu gadis itu mengangkat kotak, tapi baru sahaja dia ingin menghampiri Safiya. Sudah ada lelaki lain seusia Safiya datang menghampiri gadis itu.

Mata Haris mengecil. Lelaki hari tu..

"Ah terima kasih." Safiya senyum kekok. Bukan dia tak perasan empat mata memandang tajam ke arahnya.

"Oh! Betullah court ni. Guna court ni ke?" Lelaki yang membantu Safiya mengangkat kotak menegur empat lelaki yang tenang melepak di depan bangku gelanggang.

"Ah tak, kami baru siap pakai." Hazim membalas janggal.

"Oh okay-okay. Kami ada tournament petang ni. Ingatkan ada orang guna." Lelaki itu meletak beg di atas disebelah mereka sebelum dia mengeluarkan sehelai jersi.

Safiya senyum kekok memandang lelaki dibangku itu. Dia mahu menegur tapi janggal. Sebulah dia abaikan mereka! Tak jawab call, tak balas pesanan.

Dia dah fikir sepuluh kali nak jdi committee dalam tournament futsal kolejnya.

"Err Safiya! Saya ada jersi.." teguran Said buat Safiya berpaling memandang rakan kelasnya itu.

"Kenapa dengan jersi awak?"

"Tak,, er.." Said garu leher.

"Awak tak beli baju committee jadi saya ada jersi. Awak boleh pakai yang saya punya." Said menghulur kekok.

"Oh, tapi ni baju awak."

Hazim mengemam bibir. Mahu ketawa.

"Iyalah saya bagi awak."

"Mana boleh ni baju awak. Mana boleh bagi orang. Baju awak, baju awak. Kalau saya bagi awak baju saya. Awak nak ke?"

"Err, tapi saya bagi hadiah. Biar awak pakai baju sama colour dengan semua orang."

"Oh yeke?" Safiya capai jerai dihulur Said. Dan saat itu matanya menangkap Naufal angkat punggung dari bangku dan beredar dari situ.

Dia buat salah kah?

Tak kau tak buat salah Safiya. Kau pilih cara yang betul.

"Mungkin kita terlalu tua untuk Safiya yang baru nak mengenal cinta." Hazim tergelak kecil sambil melangkah membontoti yang lain.

"Aku dapat tengok bibit-bibir cinta kat mata dia orang. Patutlah dia abaikan kita." Faizul mengeluh.

"Biarlah dia." Naufal sudah malas mahu berfikir. Safiya dah besar tak perlu berkepit dengan mereka lagi.

_____

Ya saya tahu awak penat dengan Safiya. Next chapter, mungkin last chapter pasal Safiya. Lepastu time skip Saqif dah besar. Then ending...

Kat chapter ni tak banyak Haris POV, tapi next chapter akan ada banyak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro