EXTRA #1 NS

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#‼️🔥 50%‼️

Mendung wajah kepenatan melangkah mengikut derap kaki pekerja senior dihadapannya. Ya dia penat, dia yang sediakan kertas cadangan dan dia jugalah yang terpaksa membuat pembentangan dengan alasan orang yang bertanggungjawab membuat pembentangan hari itu tak dapat hadir.

Habistu? Gantilah pada orang lain! Ini dia yang buat semua. Lebih baik dia letak nama dia sendiri untuk dapat credit! Semua dah besar tapi perangai macam budak-budak universiti. Mentang-mentang dia baru masuk sengaja nak buli dia lah tu!

Tunggulah dia jadi isteri Naufal nanti! Ganti dia yang buli mereka semua!

"Masuk Safiya. Good luck!" Safiya senyum pahit apabila pintu dibuka buatnya.

Senyum Safiya mati melihat susuk seseorang yang sangat dia kenal turut berada di dalam bilik mesyuarat itu. Dengan  berkot hitam duduk di tengah-tengah meja mengangkat wajah melontar senyum tipis. Kalau dia tak silap, seniornya ada cakap yang Encik Naufal tak akan ada dalam pembentangan ni? Dia cuma perlu buat pembentangan pada ketua bahagian untuk mereka bincangkan rekomendasi dari marketing department. Kalau dah jumpa
kata putus, mereka sendiri yang membuat pembentangan tentang cadangan pihak marketing kepada Naufal, CEO syarikat itu.

Jadi itulah serba sedikit proses yang Safiya tahu. Tapi macam mana pula lelaki itu boleh ada dengan muka tak bersalah dalam bilik meeting ni?!

Mata Safiya sempat bertembung dengan mata Naufal sebelum Safiya terlebih dahulu mengalih anak matanya. Bukan masa dia untuk cair dan peduli dengan senyum lelaki itu.

"Saya Safiya Aqilah, Junior executive untuk marketing department. Saya terpaksa menggantikan Encik Iqmal sebab dia absent harini, wife dia sakit." Safiya tunduk sedikit wajah memperkenalkan diri.

"Okay Safiya, proceed." Naufal tunduk wajah membelek kertas proposal disediakan pihak gadis itu. Dalam dia menyembunyi senyum melihat riak tegang terpasang di wajahg Safiya.

Sepanjang dia mengenali Safiya, Safiya jarang serius atau menunjuk sikap profesionalnya. Apa yang dia lihat dari Safiya sekarang buat dia teruja ingin mengenali sisi Safiya yang satu itu. Dia ada dengar daripada Thaqif, keluarga Kak Safa memang serius dan profesional membabitkan hal-hal kerja. Jadi dia ingin melihat dengan matanya sendiri bagaimana profesional dan bijaknya pewaris AZ holding itu.

"Saya sediakan dua plan pemasaran untuk projek KALILA, pertama melantik ambassador khas untuk KALILA sahaja. Perumahan KALILA dijangka siap petengahan tahun depan jadi kita masih sempat lantik seorang ambassador yang boleh digunakan untuk promosikan KALILA."

"Okay, awak ada cadangan ambassador yang boleh kita guna untuk KALILA?" Soal seorang dari meja mesyuarat itu.

"Ya ada."

Safiya paling kebelakang menunjuk gambar dua orang calon duta yang boleh mereka lantik sebagai duta KALILA.

"Saya cadangkan Ainul Zulaikha dan Shasha Ibrahim. Saya juga ada buat pertanyaan langsung daripada dua manager artis itu. Dan dua-dua available untuk dijadikan ambassador." Dua gambar artis terkenal itu terpapar pada skrin layar di belakang Safiya.

"Setahu saya, Shasha Ibrahim baru sahaja terkait dengan gosip. Awak rasa dia boleh jadi ambassador kita?" Seorang lagi menyampuk.

"Ya, tapi biasalah, seorang artis akan lebih terkenal lepas gosip panas. Lagipun Shasha Ibrahim artis yang terkenal sebagai peminat luxury. Tempat yang dia pergi akan dapat sambutan untuk peminat-peminat luxury macam dia."

Naufal peluk tubuh memandang Safiya menjawab soalan demi soalan dengan serius tanpa gugup, tanpa teragak-agak. Dia sendiri yang minta Safiya lakukan pembentangan hari ini tanpa perempuan itu tahu dia yang jadi dalangnya

Bukan mahu menguji. Tapi sengaja mahu melihat sisi Safiya yang satu ini.

Sejak kejadian Safiya mengaku masih mencintainya di rumah Abang Thaqif tempoh hari. Hubungan mereka masih belum ada kepastian apa-apa. Safiya tak hubungi dia, begitu juga dia.

Entah dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada mereka sekarang.

Bila melihat Safiya berbual dan bergurau dengan pekerja lelaki lain. Dia cemburu, dan ikutkan hati mahu memindah lelaki itu ke bahagian lain agar mereka tak dapat bermesra lagi.

Tak tahulah tahap cintanya pada Safiya boleh jadi si obses yang tak profesional di tempat kerja.

Memalukan Naufal.

"Wah!! Good job Safiya!!" Safiya juih bibir keluar sahaja dari bilik mesyuarat dia disambut dengan kipas tangan dan gelas air dari ahli teamnya. Seperti orang baru balik berperang.

"Dah selesai." Safiya mengeluh lega.

"Yay! Lunch nanti kita buat makan-makan untuk Safiya! Dia dah berjuang untuk team kita!" Seorang memberi cadangan.

"SETUJU!!"

"Setuju!!"

Dan kesemuanya setuju sehinggalah masing-masing mengunci mulut melihat orang-orang atasan keluar dari bilik mesyuarat. Masing-masing berbalas senyum sehinggalah Naufal keluar.

Rata-rata disitu terdiam meneguk air melihat mata Naufal tak beralih memandang Safiya.

Sedanvman mata hitam Naufal hanya pegun pada seorang lelaki memegang gelas air untuk dihulur kepada Safiya. Mata dia tak senang.

Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar dan spontan dia melangkah mendekati Safiya yang wajahnya sudah seperti orang tertelan cicak.

Jangan cakap Naufal nak buat pasal kt sini! Rata-rata orang kat situ tak tahupun yang dia adik ipar Encik Thaqif yang mereka selalu umpatkan tu! Lagipun Naufal selalu jadi topik hangat bahan umpatan mereka. Mati dia kalau mereka tahu Safiya rapat dengan Naufal dari awal!

"Masuk office abang kejap."

"Uhuk uhuk!!" Safiya buat-buat batuk menenggelamkan perkataan abang disebut Naufal.

"Ap? Apa Encik Naufa? Uhuk-uhuk? Aduhai, kau lah ni bagi air sejuk! Aku kan selsema mana boleh minum air sejuk." Safiya menjeling Akin pemegang gelas air sejuk.

"Tapi kau tak minum lagi.." Akin terkebil-kebil tak mengerti.

"Safiya sakit ke?" Spontan tangan Naufal memegang lengan Safiya buat mata-mata team Safiya membulat terpana, terkedu, tergamam.

Ini majikan mereka ke?

"Eh! Mana adalah! Encik Naufal ni, baik sungguh risau dekat staff. Saya cuma terbatuk-batuk! Haa! Alergik kipas." Kini kipas tangan dipegang seorang ahli teamnya dijadikan mangsa tuduhan. Padahal kipas itu masih belum dihidupkan.

"Oh.." Fahamlah Naufal yang Safiya tidak selesan dengannya.

"A..apa Encik Naufal cakap tadi? Encik Naufal nak saya datang office Encik Naufal?" Safiya tolak tangan Naufal di lengannya.

"Tak perlu. Pergi sambung kerja." Naufal senyum segaris lantas berlalu meninggalkan orang disitu terpinga-pinga.

"Encik Naufal minat Safiya ke?" Mata Safiya membulat mendengar bisikan dari belakang.

"Ehh tak! Bukan!" Safiya laju berpaling dan membangkah! Kalau dibiar boleh jadi lain gosipnya.

"Safiya! Kalau rasa tak selesa bagitahu je kami! Memang dia bos, tapi di tak boleh buat orang sesuka hati." Jatuh rahang Safiya mendengar orang itu berkata.

"Kan! Ah aku tak percaya betul, padahal Encik Naufal yang aku kenal tak macam tu."

"Laa, Safiya kita tu kan cantik, bijak pula tu. Tak pelik Encik Naufal nak try."

"Tapi dia tak boleh guna cara bossy dia nak dapatkan Safiya. Nampak tak dia tu tak profesional?"

"S-stop!!" Safiya sudah tidak tahan mendengar akhirnya mencelah buat semua mata berpaling ke arahnya.

"Encik Naufal tak macam tu. Dia baik dengan saya.. Jadi dah! Jom kita sambung kerja!" Safiya senyum kelat lantas cepat-cepat berjalan melintasi orang itu.

Macam mana dia nak buat kalau gosip ni habis merebak satu office. Nama dia tak buruk tapi nama Naufal pula yang jadi buruk.

"ABANG..." tersentak Naufal saat dia paling kebelakang melihat Safiya ada dihadapannya dengan baju tidur satin yang sangat nipis hingga matanya dapat menembus mengukur lentok tubuh perempuan itu.

Air liur diteguk hingga halkumnya bergerak-gerak. Suasana gelap malam buat dirinya tak tenteram menerima kehadiran gadis itu menghampirinya dengan senyuman yang penuh godaan.

Mata Safiya kelihatan jatuh melihat gelas dipegang Naufal sebelum tangan gadis itu bergerak menyentuh tangan Naufal yang memegang tangkal kelas.

Dan seperti tugu tak bergerak, kaki Naufal seperti dipaku, tubuh pula mengeras tak tahu bagaimana dia mahu memberi respon.

"A..apa Safiya.."

Buk!

Naufal terduduk di atas kerusi dapur sebelum tubuhnya sedikit kebelakang apabila tangan Safiya makin berani menyentuh tangannya dan membawa gelas dipegang Naufal ke atas meja kitchen island.

"Safiya abang tak nak.." Jujur! Apa yang ada dikepalanya tidak sama apa yang keluar dari mulutnya. Sekeras mana dia melawan, senyuman godaan Safiya makin lama buat dia akalnya tenggelam tidak mampu berfikir apa lagi.

Naufal sedikit tersentak apabila Safiya dengan berani menarik dagunya hingga dia dongak ke atas dengan mata membulat membalas tatapan gadis itu.

"Abang..." panggilan itu lagi, tahukah perempuan itu, betapa dia lemah dengan panggilan abang yang selalu Safiya guna untuk memanggilnya.

Safiya dekatkan wajah mereka dan dengan berani gadis itu membawa tangan kiri Naufal ke bibir. Hangat kucupan terasa dari jari hingga kepergelangan tangan.

Naufal masih pegun tidak percaya.

"Safiya.."

"Safiya suka tangan abang.."

"J..jangan buat.."

Buk! Tangan Safiya tak bersalah menolak dada Naufal hingga punggung lelaki itu melanggar meja kitchen island. Dan sekali lagi Naufal meneguk air liur melihat senyuman gadis itu.

Dan makin lama bibir yang melorek itu semakin dekat menghampirinya. Ya dia sedar, dia sudah hilang pertimbangan. Kali ini tubuhnya bergerak sendiri..

Safiya betul-betul berjaya buat dia hilang akal.

KTAK!

Naufal bangun mengejut dari baringan lantas dia angkat tangan meraup rambut kebelakang. Mata masih membulat mencerna apa yang dia baru mimpikan.

"Ah kau dah gila Naufal." Kali ini wajah pula diraup beberapa kali. Rasa panas dan membahang, bayangan mimpi terus bermain-main dalam kepala buat dia hempas kembali tubuhnya di atas katil lalu mencapai batal menekup wajah sendiri.

"Arghh!!" Kuat jeritan dia lepas dari sebalik bantal yang dia tekup diwajah.

"Tok Ma!! Pak Cu dah gila!!" Sekali lagi Naufal tersentak mendengar suara seorang budak di dalam biliknya. Bantal diwajah dibaling jauh lantas dia bangun memandang Saqif terkebil-kebil memandangnya.

"Kenapa Saqif dalam bilik Pak Su?"

"Hantar Caqif balik. Caqif nak papa." Baru dia ingat, Saqif bermalam di rumah itu sebabkan Thaqif kena bawa Safa ke klinik untuk check up pagi ni.

"Dah pukul berapa?"

"Pukul 10.30 pagi. Pukul 11 mama dan papa dah balik." Saqif menjawab. Dari tadi dia menunggu penuh sabar hingga pukul 10.30 pagi untuk dihantar balik. Dia sudah tak tahan rindu pada papa dan mamanya.

"Okay-okay, Pak Su mandi dulu." Naufal capai tuala dengan malas dia melangkah ke bilik air. Cuti-cuti pun ada je nak mengganggu.

SAMPAI sahaja di rumah Thaqif dan Safa. Mata Naufal sudah menangkap kereta milik Safiya tersadai di laman rumah itu. Teruja dan gugup mula menyerang.

Ikutkan hati dia mahu terus balik tapi kaki pula yang melangkah sendiri masuk ke dalam rumah membontoti langkah Saqif yang berlari-lari masuk ke dalam rumah.

"Papa!!! Caqif mish papa!!" Tak jumpa batang hidung papa dia lagi tapi dah teriak.

"Saqif, papa kat dapur." Dengar laungan papanya Saqif terus berlari ke dapur diikuti Naufal dibelakang.

"Oh Naufal, ni Safiya ada buat kuih. Duduklah makan." Safa terlebih dahulu menyapa Naufal yang melangkah ke arah mereka yang duduk di kitchen island.

"Kuih apa?" Naufal kawal wajah gugup melihat Safiya bangun memberi kerusi kepada Naufal dan duduk dan ambil tempat disebelah kakaknya.

Saqif pula sudah selamat duduk di atas ribaan Thaqif. Melepas rindu.

"Kuih lapis batik, Safiya baru belajar. Tu datang sini nak suruh Kak Safa try. Sedap tak?" Safiya teruja memandang kakaknya yang terangguk-angguk menikmati kuihnya.

"Syedap! Papa nak lagi!" Saqif pula yang menjawab buat Safiya menghamburkan tawa.

"Sedap dah ni. Tu ambil piring, letak untuk Naufal." Safa tunjuk piring dan laju sahaja tangan Safiya bergerak-gerak lalu menyua kuih dibuatnya kepada Naufal.

"Thanks."

Hanya mata Thaqif memerhati gelagat Naufal yang berusaha sebaik mungkin menjaga pandangannya dari Safiya.

"Papa! Pagi tadi Pak Cu gila." Dengan mulut penuh Saqif memula cerita.

"Gila kenapa?"

"Saqif!" Spontan tangan Naufal menyuap kuih ke dalam mulut anak buahnya. Mata dikecilkan memberi amaran kepada Saqif agar jangan menceritakan saat-saat aib pak Su-nya

"Lipas, ada lipas kan dalam bilik Pak Su. Jadi Pak Su takut." Naufal senyum paksa.

"Aa, Caqif tak nampak pun."

"Sebab Saqif tak nampaklah Pak Su jadi gila." Naufal mengeluh lantas menyuap kuih ke dalam mulutnya. Lepas ni kalau Saqif ada kat rumah, memang dia kunci bilik!

Melihat Naufal makan tanpa air, Safiya bangun mencapai mug lalu menuang air dibuatnya tadi. Separuh air dituang dia melangkah menghampiri Naufal dan gelas dihulur.

"Thanks Safi.."

Zup!!

Seperti terkena renjatan elektrik, saat tangannya tersentuh jari Safiya. Mata Naufal bulat sedikit memandang tangan Safiya yang menghulur gelas air padanya. Sekali air liur diteguk.

'Sah! Dia gila!'

"Kenapa abang?" Safiya kerut dahi.

"T.. Tak ada apa." Naufal tarik gelas ditangan Safiya sebelum dia bawa ke mulut meneguknya habis.

"Abang aku kena balik. Ada kerja lepasni."

"Lah, akak baru nak ajak lunch kat sini." Suara Safa kedengaran kecewa.

"Next week lah akak, Naufal ada kerja kena buat lepas ni." Naufal senyum kelat sebelum dia keluarkan dompet lalu menghulur duit kepada Saqif. Memang itu rutinnya sebagai Pak Su kesayangan Saqif.

"Okay. Hati-hati." Thaqif menghantar tubuh adiknya dengan ekor mata sebelum dia berpaling memandang Safiya yang menarik senyum kelat memandang belakang tubuh lelaki itu.

"Empat tahun tu bukan sekejap. Sekarang Safiya tak tahu macam mana perasaan abang Naufal sekarang." Setelah sekian lama, Safa sekarang lebih matang dan terbuka dengan perasaannya.

"Naufal mesti ada sebab kenapa dia tak ada pengganti sampai sekarang. Mana tahu dia tunggu Safiya." Safa membalas menyedapkan hati adiknya.

"Tak apa. Lagipun kami dah besar. Apapun yang Abang Naufal pilih, Safiya akan terima. Safiya bukan budak kecil yang suka merengek. Asalkan Abang Naufal tahu yang Safiya masih sukakan dia. Dan selebihnya Safiya serah pada dia untuk tentukan.." Thaqif hanya diam menjadi pendengar perbualan dua-beradik itu. Dia sudah dapat meneka yang Safiya dan Naufal saling menyukai sejak dulu.

Tapi keadaanya agak sulit buat dua-dua tak mampu meluahkan perasaan masing-masing. Akhirnya perasaan itu tergantung sampai sekarang.

Hempas sahaja pintu kereta, Naufal lantung kepala pada stereng kereta beberapa kali. Sebaik itu dia sandar pula kepala pada kerusi dan meletak lengannya di atas dahi

Tangan dikepal hingga urat tangnnya timbul, mata pula dipejam rapat membuang bayang-bayang kotor mimpinya semalam.

Dia tak mahu mengotorkan Safiya dengan fikirannya. Walau bagaimana hatinya mendambakan Safiya! Mereka masih belum halal, hubungan mereka belum ada kata putus.

"Aku nak dia.." Naufal mengeluh berat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro