Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku tarik balik everything I said about this family. Susah sebenarnya nak makan anyone in this family (except Abang Farhan because dia himbo as fuck).

This couple is so cringely romantic, it's actually sickening. It's very... sickening. Muntah hijau would be a very simple reaction towards apa yang aku actually rasa whenever they are in sight.

Abang Farhan has a lot of girlfriends back then. Even so, perempuan pun ramai yang gatal biji nakkan dia. Aku tak tipu. Cikgu Syahidah yang ajar aku Geografi masa aku form two dulu pun allegedly bercerai dengan husband dia sebabkan Abang Farhan.

Kak Kasih on the other hand is something else. For some reason, aku wonder perempuan macam dia boleh settle down dengan Abang Farhan. In terms of rupa, memanglah macam pinang dibelah lima tapi in terms of cara berfikir tu...

Betullah cinta merubah segalanya.

"Temp..." Suatu pagi, Kak Kasih menyapaku di muka pintu. "Jom breakfast."

"Akak beli ke masak?"

"Hell no! Jomlah makan luar. Akak teringin makan lontonglah."

"You know a place?"

"Is that even a question?"

Dan ya, Kak Kasih pun bawa aku bersarapan pagi di sebuah kafe. Aku kena keep up dengan keestetikan dia ni. Aku terlupa yang dia ni Kasih Suci. Everything has to be visually pleasing to her eyes.

Semasa makanan sampai sekalipun, it took her almost 15 minutes untuk tangkap each of gambar makanan yang ada tanpa mempedulikan aku yang sememangnya sangat lapar.

"This place's lontong is a top notch and a must-try." Kak Kasih cuba mempromotenya kepada aku.

"I see they have Mee Kolok as well."

"Yes tapi I never tried it. Cuba order nanti Akak rasa."

As we were talking, aku perasan ada beberapa pasang mata yang memandang ke arah kami dan tersenyum. I know they are looking at her. Even if she wasn't famous, she's already beautiful. Drop alive gorgeous.

"Hai, Kasih. Nak minta wefie boleh?" Seorang wanita gempal bertudung yang aku rasa pekerjaannya merupakan seller kat Tiktok Live every midnight datang ke meja kami.

"Boleh, Sayang. Come here. Temp, boleh tangkapkan tak?" Dia ambil phone wanita itu sebelum diam sejenak. "Ala, awak pakai iPhone eh? Tak bolehlah, Sayang. Ada kawan pakai Samsung tak?"

Oh my God! Yeah, Kak Kasih endorsed for Samsung so dia tak boleh caught publicly using product lain. Good. Tak macam some influencer out there.

Aku pelawa phone aku nombor dua. Aku ada tiga phone. Samsung tu phone Malaysia aku.

Selepas selesai tangkap gambar mereka, aku pun hantarkannya melalui WhatsApp kepada perempuan tadi. Bukan main gembira dapat tangkap gambar dengan local sweetheart yang seorang ni.

"Must be tiring, right?" Aku berkata demikian kepada Kak Kasih selepas makanan kami tiba.

"It can be from time to time. But tak apalah. After all, good to know we are giving positive impact on people."

Aku senyum sahaja.

"Akak, Temp nak tanya..."

"I knew it you gonna ask me that." Dia menghirup Teh C Ais yang dipesannya tadi.

"Tahu je Temp nak tanya apa."

"Well, pasal tu, yup. Abang Pa'an memang ada orang lain. Tapi, Akak dah tak kisah sangat because I know that won't go anywhere."

"Akak kenal ke perempuan tu?"

Dia mengangguk. "I believe now we stay for the sake of kids je, Temp. Hence, I just prefer to remain silent."

"Abang tahu yang Akak tahu?"

"You know him, right? As if things are going to change?"

Aku anggukkan sahaja. Tapi tak nafikan, Kak Kasih is far from better. She literally made one of our ustaz kat sekolah dulu divorce and dua cikgu lelaki bermasam muka with each other.

"Akak rushing ni nak pergi mana ni?" Aku bertanya kepada Kak Kasih yang bergegas keluar dari dalam perpustakaan.

"Oh, Cikgu Azhari nak jumpa Akak. Temp ada nampak dia kat mana-mana tak?"

"Oh, Temp dari kelas tadi. Tak nampak pulak."

"Oh ya ke? By the way, nanti kalau Ustaz Salim tanya pasal Akak pergi mana malam tadi, Temp cakap yang Temp ikut Akak keluar beli barang sikit tau. Temp cakap yang Akak ajak Akak sebab kan kalau pelajar nak keluar kena ada teman pengawas senior."

"Boleh, Kak. Takde hallah."

Ya, she's that famous back then.

Baru hendak buka topik lagi, tiba-tiba Kak Kasih menyeru seseorang dengan lantang.

"Kay!"

Seorang lelaki yang sedang memesan sesuatu di kaunter tercari-cari sebelum memandang ke arah kami. Memang kacak orangnya.

Putih, tinggi dalam 174cm macam tu dan badannya agak buff. Macam Abang Farhan, pendek sikit. And misai dan janggut well trimmed.

"Hai, Kasih. Siapa ni? Farhan tak marah ke?"

"Oh, no, ni adik dia masa sekolah dululah. By the way, ni Temptation. Temp, ni Kay. Nama dia Khairul, by the way."

Aku berjabat tangan dengannya. Okey, agak taste aku.

"You sorang je ke?" Kak Kasih bertanya kepada dia.

"Yup. I seorang jelah. Mana ada girlfriend lagi."

"Carilah, Kay. Sayanglah."

"Tulah, dulu you pilih Farhan bukannya I. Nak buat macam mana?" Okey ini yang aku nantikan. "Temp tahu tak Kasih ni dulu tinggal aku untuk Farhan."

"First of all, I tak tinggal okey. We broke it off officially sebelum I pergi kat Farhan." Kak Kasih membidas dalam lelucon.

Dia ketawa sahaja. Nampak ada sedikit kekecewaan di wajahnya.

"By the way, Kasih, I ada dengar pasal Pa'an tu. They were talking about it kat gym."

Kak Kasih tersenyum kelat. "You tahu jelah member you tu."

"Tapi seriuslah dia punya skandal tu budak form three?" Wait, what the fuck?!

"Apa yang I dengar juga, betullah tu. Again macam I cakap. I dah tak boleh control dia, Kay. I sendiri dah blur nak buat apa."

"Just stay strong, Kasih. Apa-apa hal, I ada lagi kat sini."

"Thanks, Kay."

Dia mengucapkan adieu kepada aku dan Kak Kasih. Selepas dia pergi, Kak Kasih ketawa kecil kepadaku.

"So now you know your Abang tu right?"

"Itu agak expected. But seriuslah Akak tinggal Kay tu tadi untuk Abang Pa'an."

Kak Kasih ketawa. "Cinta. Bukan kenal sesiapa. Semuanya terletak pada takdir."

Aku akan gunakan ayat tu dalam konteks kejadian aku sekarang. Dendam. Bukan kenal sesiapa. Semuanya terletak pada belas kasihan yang aku ada.

Dan aku tiada benda tu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro