Bab 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kerja sudah bermula.

Being a psychologist, patient aku semuanya macam satu style.

Family problem.

Relationship problem.

Financial problem.

Career problem.

Sebenarnya ada satu sahaja penyelesaian untuk semua ini. Bunuh diri. Tapi Ph.D. yang aku adalah untuk membuktikan bahawa penyelesaian itu bukanlah yang terbaik. To think about it, let's be real. Mati adalah penyelesaian kesemua masalah.

Society is not ready for that.

"Kau stay mana sekarang, Temp?" Arasy bertanya kepada aku semasa kami makan tengahari bersama-sama.

"Oh, dengan member sekolah dulu. Tumpang sekejap."

"Wife mamat yang kerjakan kau tu ada mana sekarang?"

"Ada je lagi tu. Tapi entah. Macam meroyan je sebab laki dia masuk penjara," tipu aku. Kalau jujur nanti bahaya pula.

"Aku harap kau okey jelah lepas ni. Apa-apa emergency, roger aku."

Aku angguk dan senyumkan sahaja.

Selepas waktu kerjaku habis, aku mula mencari sesuatu di dalam handphoneku. Tak payah tahulah aku cari apa kan? Ke nak tahu jugak?

Hmm aku rasa nak pergi gym. Semasa di London dulu, memang rajin jugalah aku buat badan. Jadi aku mula memandu mencari mana arahnya.

Sehinggalah aku tiba di sebuah gym yang aku cari. Tak lain tak bukan, inilah gymnya.

Hari ini, niat aku memang nak tengok-tengok sahaja jadi aku tak bawa apa-apa pun. Tapi niat aku bukan setakat itu sahaja.

"Hello..." Aku menegur receptionist di situ. Seorang gadis yang agak jelita. Rambutnya diikat menunjukkan lehernya yang jenjang. Ada dua kesan love bite di situ. "I nak tanya regarding you guys punya membership plan, boleh?"

Dia melayanku penuh mesra. Seraya itu, mataku cuba meliar kut-kut ada seseorang yang aku cari itu di sini.

"Encik pernah ada ambik any personal trainer ke sebelum ni?"

Aku menggeleng. Aku tipu. Ex-boyfriend aku masa kat London dulu personal trainer yang end up jadi boyfriend aku. He's Japanese, by the way. When I said someone that I know from London, doesn't mean they have to be white people. I hate white people. All looks no personality.

Dia menerangkan kepadaku satu persatu. Bukanlah ini pertama kali aku mendengarnya untuk aku fokus sangat.

"Ada slot lagi ke kalau saya nak ambil PT tu?"

Gadis itu diam sebentar sebelum melihat senarai apa entah dalam komputer depan dia tu. Sehinggakan dia memandang aku semula aku dengan mata bersinar, barulah aku kembali fokus.

"Ada tapi dia star trainer kat sini. Encik okey ke? Payment dia mahal sikitlah tapi."

Aku angguk sahaja.

"Sekejap."

Dia ke belakang kaunter memanggil seseorang. Aku mula memandang sekeliling kut-kutlah ternampak kan kalau dia ada. Tapi itulah, dianya tak ada.

"Boleh je. Ada satu client baru back off sebenarnya..." Aku terdengar suara seseorang yang agak familiar. "I boleh jumpa dia ke?"

"Boleh je. Dia ada kat kaunter tu."

Aku nampak dia keluar dari bilik belakang kaunter. Dia memakai t-shirt ketat berwarna hitam dan seluar trek. Memandang aku, dia mencemirkan sedikit mata sebelum tersenyum.

"Adik angkat Farhan time sekolah eh? Apa nama kau? Desire? Talent?"

"Temptation." Aku menjawab pantas. Damn, personally, he does look better than Abang Farhan. I'm not gonna lie.

"Haa, Temptation..." Dia menarik aku ke satu sudut lain untuk membincangkan lebih maklumat lagi tentang khidmat yang dia tawarkan itu.

I don't get it.

I don't get it why Kak Kasih reject dia ni. Based on apa yang aku dengar, Kak Kasih reject dia kerana Abang Farhan. I mean, this guy is ten times better than Abang Farhan. Heck, at least he has personality when he opens his mouth.

Aku perasan sesuatu ketika kami sedang duduk bersama itu. Gelang di tangannya. Gelang faux leather engraved '2K'. Aku faham maksudnya apa.

"Does that bracelet meant something?"

Dia mengerling seketika ke gelangnya sebelum tersenyum nipis. Nampak manis dengan janggut yang dia ada sejemput itu. Memang nampak manly gila.

"Well, this is just a symbolism of when we love someone, we sacrifice."

"Really? I thought memang Abang yang nak break up dengan Kak Kasih?" Aku tak thought. Aku assume actually.

"Tak payah berabanglah. Actually kalau pasal aku dengan Kasih tu, aku tahu Farhan syok kat dia and Kasih pun kinda reciprocate jadi... aku biarkan jelah."

"Wow..." Sedikit amazed. Gentlemannya jantan ni.

"Kau duduk kat rumah dorang tu, tengok-tengokkan Kasih tu eh."

"Tapi dorang kahwin pun dah dekat 10 tahun kan? Takkan kau tak terasa apa-apa ke?"

Dia ketawa sahaja. Ketawa penuh makna.

Tiba-tiba aku berasa simpati. Not saying that Kak Kasih tak deserve Abang Farhan or vice versa, tapi ya memang tak deserve. Kak Kasih deserve someone who genuinely loves her. And I saw that in Abang Khairul, I mean Kay. Dan dia insist ya untuk sebut KAY bukan KAEY macam tu.

Aku boleh kata, Kak Kasih memang nampak tak bahagia dengan Abang Farhan.

"Kasih is the only woman I have ever loved and I don't think that fact is going to change anytime soon."

Aku senyum dan mengangguk. Aku tak tipu yang aku sudah mula infatuated dengan dia ni. And he smells good as fuck. Aku nak tahu perfume apa yang dia pakai.

"So, our session is going to be twice a week, Wednesday and Friday eh Temp? Pukul 8 malam."

"Noted, Kay."

"Nice. Eh, kau dah dinner?"

"Hmm tak lagi. Tapi rasanya Kak Kasih buat Spaghetti Bolognese malam ni. Dia ada text tadi."

"Untunglah Farhan tu kenyang hari-hari. Ni tak salah patutnya dia ada client kat sikit hari ni tapi tak nampak pulak batang hidung dia tu."

Well, dia pergi dating dengan budak sekolah mana entah yang tipu mak dia kata pergi tuisyen. Jangan tanya mana aku tahu. Tak susah pun nak login dia punya Telegram account tu. Pandai jugak buat kerja eh sebab situ saja yang boleh cari dia punya skandal. WhatsApp semua clean.

"Kasih is a very special woman. Jujurnya regretlah jugak bagi dia kat Farhan. Tapi nak buat macam mana. Dah jodoh..."

Kesiannya. Tak apa, Kay. Kalau bukan Kasih yang kau fall into, biar aku jadikan aku ni yang kau akan cinta.

Eh eh eh... no aku tak in love. Lambat lagi nak in love. After all, aku kan straight.

Or maybe, I was straight...?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro