TSI 03

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TANGAN pantas memulas tombol pintu manakala kaki laju berlari keluar dari bilik melepasi koridor bilik rakan sepasukannya.

Di hadapan information board, semua pemain berkerumun di situ memandang satu notis yang baru dikeluarkan bagaikan tidak percaya apa yang dibaca mereka sebentar tadi.

"Ann letak jawatan?" Soal Mika bagaikan tidak percaya.

Dani mengangguk. Yang lain hanya diam. Mereka tahu apa yang berlaku, jadi wajarlah gadis muda itu mahu berhenti menjadi manager pasukan mereka.

"Ann resign?" Datang Shah, orang terakhir yang menyertai mereka di situ.

"Haah" balas Faliq sepi.

"Aku rasa dia dah lama dah nak resign, dia cakap dekat aku dah tak tahan asyik kena serang dengan kelab peminat kita" jelas Roy. Kedukaan gadis itu dapat dilihat dengan jelas melalui wajahnya.

"Aku tak tahu la apa yang fanatik sangat mereka tu. Takut tahu tak" kini Zarul bersuara.

Ann, gadis itu ialah manager pasukan mereka yang kesepuluh akhirnya berhenti akibat peminat mereka yang tidak suka mana-mana perempuan rapat dengan pemain pasukan ini. Memang mereka mengambil berat tentang Ann kerana hanya Ann sahaja dapat membantu mereka untuk mara ke hadapan. Segala tugas gadis itu dilaksanakan dengan sangat baik. Termasuklah jadual mereka. Jika bukan kerana Ann, pasti sudah tunggang terbalik jadual mereka. Manager yang sebelum-sebelum ini juga mengalami hal yang sama lalu mereka berhenti kerana tidak tahan.

Kejadian yang pernah berlaku termasuklah bekas manager mereka yang sebelum ini pernah diserang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Tidak ketinggalan juga surat ugutan yang diterima oleh mereka sepanjang berkhidmat sebagai manager pasukan itu.




MASING-masing diam membisu di conference room. Pihak top-level management juga turut serta selepas berita mengenai pengurus mereka meletakkan jawatan. Manakala new season bakal tiba kurang dari dua bulan lagi seperti yang sudah dijadualkan.

"We need new candidates for Red Hunter's manager" tutur Syed.

"Isu yang sama sering berulang" kini pengerusi pasukan pula bersuara.

"Ya tuan. Kami tak dapat elakkan isu tersebut. Tetapi jika mahu mencari calon lelaki, pemain sudah sebulat suara tetap mahukan perempuan sebagai pengurus mereka kerana tidak mahu kejadian yang sama berulang" ujar Syed.

Mereka pernah mengambil lelaki sebagai pengurus mereka, akhirnya orang itu menikam belakang mereka. Segala maklumat dijual kepada pasukan lawan. Pada musim itu, mereka kalah teruk puncanya kerana orang dalam sendiri.

"Kali ini saya sendiri yang akan turut serta dalam sesi interview" balas pengerusi.

"Baik"

Pemain yang duduk di barisan teratas hanya diam tidak masuk campur. Mereka sudah biasa duduk dalam situasi ini. Semasa interview macam-macam jenis perempuan yang mereka akan jumpa. Semuanya peminat mereka sendiri tetapi dirasakan tidak layak kerana bukannya mahu buat kerja namun sebaliknya.

"Haih susah la macam ni" luah Dani. Buntu pula otaknya. Susah mahu mencari pengurus baru.

"Itu la" sokong Mika sambil menatap telefon pintarnya. Dilihat poster pencarian pengurus baharu pasukan mereka sudah diuar-uarkan di platform media sosial.

Shah hanya mengekori mereka dari belakang tanpa bersuara hanya memasang telinga. Sejujurnya dia tidak kisah asalkan perkara itu tidak mendatangkan masalah kepada pasukan mereka kelak.




SEORANG gadis berjalan keluar dari balai ketibaan di KLIA 2 sambil menolak troli yang penuh dengan beg bagasinya seperti memindahkan sebuah bilik ke dalam bagasi tersebut. Bahagian mata ditutup dengan spek mata hitam.

Di sebalik spek mata itu, bola matanya bergerak mencari satu susuk tubuh di tengah-tengah ruang legar lapangan terbang itu. Mulut mula merungut apabila figura yang dicari tidak dijumpai. Segera tangan mencari telefon pintar di dalam beg tangannya.

Belum sempat dia mahu mendail nombor seseorang, ada satu suara singgah ke dalam cuping telinganya.

"Kau isi apa banyak-banyak dalam luggage ni?" Datang seorang lelaki berdiri di hadapan troli bagasinya sambil tangan dilipat ke dada.

"Abang!" Jeritnya lalu menerpa ke arah si abang. Jejaka itu sudah memandang ke kiri dan ke kanan. Ada pula mata-mata awam yang memerhati mereka.

"Woi woi. Malu orang tengok" tubuh si gadis ditolak menjauhi tubuhnya. Gadis itu menurunkan sedikit kaca mata hitamnya. Memandang si abang tajam.

"Abang tolak troli ni" amuknya lalu berjalan pergi dengan bersenang-lenang.

"What? Mia Xandra!" jeritnya geram. Apa ingat dia kuli ke?

Gadis yang dipanggil Mia tadi hanya memekakkan telinga lalu berjalan pergi tanpa sedikit pun menoleh memandang si abang yang sudah meletup di belakang. Ditinggalkan bersama troli si adik, dia mendengus kegeraman.

Tak reti bersyukur langsung, sudah cukup baik dia ingin menjemputnya, omelnya di dalam hati. Geram.

Bagasi-bagasi Mia dipindah masuk ke dalam bonet kereta. Manakala Mia duduk di dalam kereta tanpa berbuat apa-apa.

"Mika Xandre don't curse me with your eyes" lirikan matanya dapat dibaca oleh Mia melalu cermin pandang belakang.

Sebentar, Mika? Mika Xandre, ya pemain bola keranjang terkenal itu mempunyai seorang adik bernama Mia Xandra yang baru sahaja menampatkan pengajiannya di United States lalu pulang ke Malaysia. Mereka memang sering bertengkar sesama sendiri bagaikan anjing dan kucing yang sering bercakaran. Gara-gara mereka hanya mempunyai dua beradik sahaja memang susah untuk sebulu.

Mika masuk ke dalam kereta selepas siap memasukkan kesemua bagasi Mia dibantu oleh pemandu mereka. Jika tidak mahu naya dia di belakang.

Kereta bergerak meninggalkan kawasan lapangan terbang menyusuri jalan raya.

"Kau kenapa nak pindah sini terus?" Soal Mika. Memandangkan ibu bapa mereka tidak menetap di Malaysia tetapi di US. Tetapi sering ke Malaysia untuk menjenguknya di sini. Disebabkan itu Mia menyambung pelajaran di sana. Tiba-tiba dimaklumkan oleh si ibu bahawa si adik mahu berpindah ke Malaysia. Entah apa adiknya ini bertukar angin.

"Tukar angin" balas Mia memandang ke luar tingkap. Mika memandang Mia pelik. Suara adiknya tiba-tiba sahaja bertukar. Tidak seperti selalu. Kedengaran satu di situ. Pasti ada sebab mengapa Mia mahu tinggal terus di sini. Tidak mahu memaksa, Mika hanya diam.




"MIA Xandra!" Laung Mika dari tingkat bawah. Suara Mika sahaja boleh menggegarkan satu rumah itu. Nasib baik rumah mereka merupakan lot banglo yang mempunyai jarak antara sebuah rumah dengan rumah yang lain.

Mia bangun dari atas katil. Malas. Rambutnya yang kusut akibat baru bangun dari tidur itu dibiarkan. Pintu bilik dibuka. Dia berdiri dikoridor yang bahagian dindingnya dibuat dari kaca. Mata menjenguk ke bawah. Dia tahu pasti abangnya akan berdiri di situ.

"Kau nak apa?" Soal Mia mengusutkan lagi rambutnya. Dia mengantuk tahu tak! Pagi-pagi lagi abangnya sudah memekak.

"Barang-barang kau ni bila nak kemas?" Soal Mika sambil bercekak pinggang.

"Nanti orang kemas la" balas Mia acuh tak acuh lalu duduk bercangkung sambil menongkat dagu.

"Nanti-nanti. Don't ask bibik to kemas for you" pesan Mika.

"Ye. I know la" balas Mia. Lama lagi ke abangnya ini mahu membebel. Dia mahu kembali ke katilnya.

"Aku nak keluar ni. Kau jangan nak tidur je"

"Aye aye captain. Nothing else? Adios" jawab Mia segera kembali masuk ke dalam bilik tidurnya. Bagus juga abangnya mahu keluar. Dapat direhatkan telinganya.

Mika menggeleng kepala. Umur sudah menginjak ke angka 26 tahun tetapi serupa menjaga budak 6 tahun. Dia melangkah keluar. Pintu rumah ditutup rapat meninggalkan si adik yang sudah kembali ke alam mimpi.

Kata-kata si abang seringkali diambil mudah. Siapa lagi kalau bukan Mia Xandra. Suka sangat ikut kepalanya sendiri.

TO BE CONTINUED

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro