TSI 05

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"SHAH!"

"Sorry bro lambat" tutur Mika rasa bersalah membuat Shah menunggu lama di mall. Shah yang bermain dengan telefon pintarnya hanya mengangguk. Dia juga baru sahaja sampai selepas mengambil Helyn dari daycare lalu dihantar ke rumah mak saudaranya.

"Kau nak cari apa?" Soal Shah. Jarang-jarang Mika mengajak untuk menemaninya shopping ini.

"Cari baju je then yea aku pun tak tahu. Aku sebenarnya saja nak keluar sebab menghadap muka Mia bukan dapat apa pun" tutur Mika selamba.

Segera Shah mengekori langkah lelaki itu dari belakang. Pada masa yang sama, ada juga mata-mata lain yang memerhati mereka.

Puas berlegar-legar di sekitar mall mereka duduk untuk makan tengah hari. Setelah selesai memesan makanan, masing-masing mula menghadap telefon pintar.

Seketika, kedengaran keluhan daripada Mika. Shah berhenti meng-scroll Instagram.

"Kau kenapa?" Soal Shah. Mika mengalihkan pandangannya.

"Aku risau la. Kita still tak dapat manager baru. Next season lagi 3 minggu. Masa tu jadual kita akan pack gila" luah Mika mengenai kerisauannya. Shah mengangguk. Ada betulnya apa yang dikatakan Mika itu. Dalam diam dia juga risau tentang hal itu.

"By the way, adik kau..."

"Yea Mia, kenapa dengan adik aku?" Soal Mika.

"Dia tak nak ke? At least she is someone that we know" tutur Shah.

"Aku ada juga suruh dia apply since dia baru je habis belajar and tak buat apa-apa, but she said dia nak rest for awhile. But we can try again. Nanti aku tanya dia" ujar Mika.

"Oh, I see" balas Shah.

"Dia graduate in?" Sambung Shah. Ingin tahu juga dia, apakah bidang yang diceburi adik Mika ini.

"Master's degree in law" tutur Mika senafas. Shah memandang tidak berkelip. Nampaknya gadis itu bukan calang-calang orang yang boleh dibuat main.

"Kau kenapa terkejut sangat? Adik aku memang minat law dari kecil. Maybe sebab our mama is a judge. Dia memang banyak ikut mama aku. Sebab tu dia sambung law sampai degree" terang Mika.

"Quite impressive. She's still young tho. Tapi dah ada cita-cita yang besar" balas Shah.

"Yea I know right. Tapi tu la perangai dia tu je tak seiring dengan pelajaran dia. Nak kata kurang bijak, dia tu terlebih bijak. Haih nasiblah adik" cerita Mika. Straw yang dipegang mengacau minumannya agar sebati dengan air yang telah cair.

Bagi Shah itu sesuatu yang perlu dibanggakan. Kerana apa? Kerana dia merupakan anak tunggal. Tempat dia bermain dan bermanja adalah bersama sepupu-sepupunya. Jika dahulu dia mempunyai seseorang yang akan dibanggakan namun, satu kejadian semuanya telah mengubah nasibnya. Nyawa orang yang tersayang ditarik lalu pulang menghadap sang Pencipta.

Raja Dania Deenayla. Nama yang masih terpahat dalam hatinya yang sudah tertutup. Nama gadis itu masih wujud walaupun lima tahun telah berlalu.




"SHAH!" Suara gadis itu kedengaran teruja dan ceria memanggil nama Shah.

"What's up girl?" Shah tersenyum saat matanya bertemu dengan gadis itu.

"Kenapa tak bagitahu dah balik?" Soal Dee bersama nada rajuknya. Sedikit.

Jejaka itu sengaja ingin membuat kejutan, tidak memaklumkan kepulangannya ke Malaysia selepas menghadiri mesyuarat di England. Manakala Dee masih sibuk menguruskan cafe miliknya sendiri dan pada masa yang sama masih menyambung pelajarannya di Australia.

Walaupun sibuk dengan jadual pembelajarannya namun kerana minat dia masih mahu membuka cafe ini. Malah, terdapat beberapa cawangan yang akan dibuka dalam masa yang terdekat.

"Surprise baby girl" tutur Shah.

"Okay accepted" balas Dee.

"Macam mana meeting?" soal Dee.

"As usual. Biasa la meeting. By the way, I dah bagitahu my family about our plan. Tapi I kena settle-kan urusan I dengan Ary dulu" kepulangan Shah membawa satu berita.

"Oh... I faham. You kena bagitahu media about you and Ary first, right?" soal Dee.

Dia sangat memahami dengan keadaan Shah sekarang. Di mana lelaki itu menggalas satu tanggungjawab besar sebagai tunang kepada Tengku Aryana Raina.

Perempuan mana yang dapat menerima perbuatan Shah ini? Hanya dia. Dia bersetuju untuk meminjamkan lelaki itu menjadi tunang kepada Aryana selama dua tahun.

"Tapi Shah kalau boleh I tak nak orang tahu pasal I" luah Dee.

Sebelah kening Shah terangkat.

"Why?" soal Shah pening.

"I tak nak nanti orang cakap apa pula. Ye la you baru putus dengan Aryana lepas tu you nak bagitahu you nak bertunang dengan orang lain. Apa kata orang pula nanti? I kalau boleh nak elakkan perkara tu" terang Dee.

"As you wish, Dee" balas Shah hanya menerima permintaan gadis itu.




TIT!

Shah menekan alarm kereta. Kaki diatur melangkah masuk ke dalam rumah.

"Shah" langkahnya terhenti sebaik sahaja pintu rumah ditutup. Kelihatan Aryana sedang berdiri sambil memegang mug di tangan.

"Can we talk?" Soal Aryana walaupun jarum jam sudah menunjukkan jam 11 malam.

"Sure" balas Shah. Sudah tentu dia akan menerima ajakan Aryana.

Mereka berdua duduk di atas buaian yang terletak di luar rumah. Aryana mendongak memandang ke langit.

"Sometimes we need to try something new. Tak salah untuk berkenalan dengan orang baru dalam hidup kita" ujar Aryana.

Shah menoleh memandang wanita itu. Kisah wanita itu juga terdapat banyak pahit manisnya. Dia kagum dengan Haykal walaupun sewaktu Aryana disahkan amnesia, jejaka itu tidak pernah sekalipun berputus asa dengan Aryana. Pergorbanan Haykal amat besar dalam hubungan mereka. Semuanya membuahkan hasil.

"Memang tak salah Ary tapi..."

"Tapi tak ada siapa yang dapat gantikan tempat dia dalam hati you?" Pintas Aryana. Sudah dapat membaca fikiran lelaki itu. Shah terdiam. Benar kata Aryana itu. Tidak perlu dinafikan.

"Past is past, Shah. Sampai bila kau nak macam ni? Kau tu dah 27 tahun and benda tu dah lima tahun berlalu. 5 tahun Shah bukannya 5 bulan kalau you still tak boleh move on" tutur Aryana. Kedengaran wanita itu melepaskan keluhan kecil pada akhir ayatnya.

Shah kematian kata-kata. Tiada yang perlu dinafikannya. Aryana betul. Apa yang dikatakan wanita itu semuanya betul. Sudah 5 tahun berlalu tetapi dia masih terperangkap dalam memori masa silamnya.




"ALA boleh la Mia. Please!" Sudah separuh merayu kedengaran suara Mika yang duduk di atas sofa bersebelahan adik perempuannya.

Mia memandang wajah si abang. Kemudian, kembali memandang televisyen yang mempaparkan cerita kegemarannya.

"Mia!" Jerit Mika geram.

"Apa!" Balas Mia dengan nada yang sama.

"Kali ni je Mia. Tolong abang. Next season nak mula dah. Apply for permenant post pun dah okay" jelas Mika penuh dengan harapan.

"Malas" jawab Mia sepatah. Adiknya ini memang brutal sungguh.

"Tak nak sudah. Kau jangan menyesal nanti kalau kereta kau rosak tepi jalan" tutur Mika lebih kepada ugutan lalu bangun. Dia berkira-kira untuk membuka langkah pergi.

"Eii. Ye la. Tapi sementara je bukan forever" Mia mengalah. Manakala Mika tersenyum kemenangan. Buat pertama kalinya Mia akur akan perintahnya.

"Okay good. Esok ikut abang" tutur Mika.

"What? Esok? Ikut pergi mana?" Soal Mia.

"Your interview" balas Mika selamba.

"Are you freaking serious about that? You're crazy tho" tutur Mia. Dia sebenarnya tidak mahu. Kerana desakan Mika dia terpaksa.

"You will get paid for that Mia" hasut Mika. Mia memutarkan bola matanya ke atas. Remote tv diletakkan dia atas sofa kemudian beredar meninggalkan ruang tamu.




"YES! Exactly mom. Mika is crazy for sure!"

Pagi lagi, kedengaran suara Mia memetir di dalam banglo mewah itu. Mika sudah memekakkan telinga sewaktu mendengar perbualan dalam talian antara ibu dan anak itu sementara sarapan sedang dihidangkan.

Mia menuruni tangga sambil mulut sibuk mengadu kepada si ibu soal si abang. Mika elok sahaja duduk di meja makan menikmati sarapannya.

"Okay mom. Love you"

Talian diputuskan Mia. Dijeling si abang yang sedang mengunyah toast sambil melihat telefon pintarnya.

"If something happened, it's on you" tutur Mia geram. Digigit kasar roti bakar yang menjadi tempatnya melepaskan geram.Mika hanya bersorak dalam diam.

Nampaknya kemenangan sudah berpihak kepada dia kali ini. 

TO BE CONTINUED

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro