Bab 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Dah sampai nanti jangan lupa call ibu tau !", pesan Puan Ana kepada Erika.

Erika hanya mengangguk sebelum memeluk Puan Ana dengan erat.

Ariq hanya memerhati sambil bersandar di kereta dengan kedua belah tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Jayden pula bersandar di sebelah Ariq dengan tangan yang dilipat ke dada.

"Cukup cantik, tapi malang, dia nampak cukup mencurigakan", kata Hayden perlahan.

"Hmm", jawab Ariq sebelum terus melangkah masuk ke dalam kereta. Hayden hanya mengekor.

13 Jam kemudian..

"Kita pergi rumah abang aku dulu. Nanti aku hantar kau balik", kata Ariq yang sedang memandu. Hayden sudah pulang ke rumahnya setiba sahaja mereka di Amerika.

"Kenapa kena pergi rumah abang awak dulu ? Saya takutlah nak jumpa abang awak. Dia kan tak suka awak nak kahwin dengan saya", kata Erika lembut.

"Dia takda kat rumah. Bini dia je yang ada kat rumah. Kita kena jumpa bini dia tu kejap", kata Ariq.

Erika hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Tidak tahu mahu cakap apa.

Akhirnya mereka tiba di rumah Aryan. Avrin sudah pun menunggu di depan pintu sambil mendukung Ferris. Sebentar tadi Ariq menelefonnya memberitahu bahawa dia mahu berjumpa dengannya.

"Yo", tegur Ariq yang baru keluar dari kereta. Erika juga turut keluar dari kereta. Dia merenung Avrin lama. Cantik betul gadis itu. Patutlah Aryan memilih gadis itu untuk dijadikan isteri.

"Mimpi apa sampai nak jumpa i ni ?", tanya Avrin mendatar.

Ariq menoleh ke arah Erika yang masih tercegat di depan pintu kereta.

"Eh.. Buat apa lagi tu ? Tak reti nak salam ke ?", kata Ariq kepada Erika. Erika dengan pantas melangkah ke arah Avrin. Tangan dihulur.

"Erika Rose", kata Erika sambil tangan masih dihulur.

"Quin Avrin", kata Avrin pula. Tangan dihulur untuk menyambut huluran Erika.

"Masuklah dulu", pelawa Avrin lembut.

Ariq dan Erika terus melangkah masuk ke dalam rumah. Masing-masing mengambil tempat di sofa bewarna hitam.

"Fellen mana ?", tanya Ariq. Mata mencari-cari kelibat anak buahnya yang seorang lagi. Erika hanya mendiamkan diri sambil tangannya bermain-main dengan jari sendiri.

"Tidur kat atas. So, apa sebab you nak jumpa i ni ?", tanya Avrin lembut.

"I nak mintak tolong you", jawab Ariq senada.

"Tolong apa ? Kalau i boleh tolong, i akan tolong. Kalau tak boleh, sorry lah", kata Avrin juga senada.

"Ar. Ar tak bagi i kahwin dengan Erika", Ariq mula untuk memulakan topik utama mengapa dia mahu berjumpa dengan kakak iparnya itu.

"Habistu ?", tanya Avrin semula.

"Tolong pujuk dia", jawab Ariq.

"What ?! I bukannya taknak tolong tau, tapi...", Avrin terhenti ayatnya sekerat jalan.

"Tapi apa ? Dia mesti akan dengar cakap you. Kan dia sayang kat you", Ariq cuba untuk memujuk Avrin.

"I kalau boleh taknak masuk campur hal adik-beradik korang ni. Lagipun, i percaya dengan apa yang suami i buat. Dia tak bagi tu, adalah sebab tertentunya", kata Avrin lagi. Bukannya dia tidak tahu semua. Aryan telah pun memberitahunya tentang Ariq dan Erika itu. Avrin pun tidak setuju untuk menyatukan mereka.

"Aduh.. Please lah you.. I boleh mintak tolong dengan you je", Ariq mencuba lagi. Kali ini wajahnya sudah berubah menjadi lembut.

"Okay, okay. Tapi i tak janji yang i akan berjaya. I sekadar cuba je tau !", kata Avrin. Kasihan pula melihat adik iparnya itu.

"Okay nice. Thank you !", kata Ariq dengan senyuman lebarnya.

"Ariq, you pergi main dengan Ferris dekat atas. I nak cakap dengan Erika sekejap", kata Avrin tiba-tiba.

Ariq tidak banyak kata malah terus mendukung Ferris dan berlalu ke tingkat atas.

Erika sudah cuak.

"Macam mana boleh kenal dengan Ariq ?", tanya Avrin cukup dingin.

"Baru je lagi...", jawab Erika jujur.

"Baru lagi kenal dah nak kahwin ke ? Tak rasa terlalu awal ke ? Kenapa nak kahwin dengan dia ? Apa rancangan you ?", tanya Avrin bertubi-tubi.

"Err...", Erika tidak tahu mahu jawab apa.

"I tak tahu apa rancangan you sebenarnya. Tapi you better watch out, family Sr US Mafia tu kuat. Tersalah langkah, pasti akan mati", kata Avrin dingin.

"Ariq nak bunuh saya ke ?", tanya Erika tiba-tiba.

"Kalau you dah tanya macamtu, nampak sangat you ada rancangan you sendiri. I bukan nak jahat dengan you ke apa, tapi ini keluarga i.. Kalau rasa datang untuk menghancurkan keluarga ni, jangan sesekali pun cuba untuk datang. Sebab keluarga ni bukan Ariq je yang membunuh, tapi ramai.. Kalau rasa dah terlepas dari Ariq, ada berpuluh lagi you tak boleh lepas.. Faham ke tak ?", kata Avrin panjang lebar.

"Emm... Akak, sebenarnya...".

Erika menutup pintu kereta Ariq dengan perlahan.

"Esok aku ambik kau", kata Ariq yang berada di tempat duduk pemandu.

"Nak pergi mana ?", tanya Erika.

"Hantar kau pergi kerja lah. Aku bagi kau kerja situ seminggu je lagi. Lepasni kau kerja dengan aku", kata Ariq tegas.

"Haaa ??!! Apasal pulak ?", Erika tidak puas hati.

"Kau dah nak kahwin dengan jutawan Amerika kot, takkan nak kerja situ lagi ?", kata Ariq dingin.

"Yang jutawannya awak, bukannya saya", kata Erika pula.

"Banyak cakaplah kau ni. Lepas kahwin memang aku ikat kau letak dalam bilik je. Cau", kata Ariq sebelum menekan pedal minyaknya dan berlalu pergi.

Erika hanya mendengus dengan kasar. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dengan nyaring.

Erika membaca nama si pemanggil sebelum melepaskan nafas panjang dan menjawab panggilan itu.

"Erika Rose Xander binti Zack Meeqa Xander. How are you, my dear ?", sapa Zack di hujung talian. Cukup tegas nadanya.

            "I'm fine, papa", jawab Erika malas. Dia berjalan menuju ke taman permainan yang berada di hadapan rumahnya.

           Zack Meeqa Xander. Bapa kandung Erika Rose Xander yang sudah berpuluh tahun berada di dalam kumpulan kongsi gelap terhebat di Malaysia. Malah kini dia sudah pun menjadi ketua kumpulan tersebut.

            "Aku taknak panjang-panjangkan cerita, jadi sila bagitahu aku apa kebaikan kau hidup kat dunia ni"

            "Ika akan kahwin dengan dia, pa. Tapi sekarang ni abang dia tak bagi dia kahwin dengan Ika"

            "Abang dia ? Siapa ? Froy ?"

            "Haah"

            "Sial ! Aku akan uruskan yang itu. Kau nak aku settle dengan cara baik ke dengan cara kasar ?"

            "Jangan !! Ika boleh handle benda ni sendiri. Tolong jangan buat apa-apa"

            "Aku bagi kau masa seminggu, kalau lepas seminggu kau still tak dapat restu dari Froy, aku sendiri akan settlekan"

            "Seminggu tu singkat sangat, pa. Bagilah masa sebulan. Boleh ?"

           "Ah !! Tiga minggu", kata Zack sebelum panggilan itu dimatikan.

           Erika hanya mengeluh. Dugaan apalah ini. Sungguh dia rasa bersalah dengan keluarga mafia ini. Mereka akan hancur jika rancangan papanya berjaya.

           "I'm sorry, Frandy", kata Erika kepada dirinya sendiri. Kaki terus melangkah mahu pulang ke rumah.

           Hayden yang berada di belakang kereta yang terparkir di taman itu hanya memerhati Erika yang sudah mula hilang dari pandangan.

           Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar sebelum melangkah pergi dari situ.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro