Bab 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

              "Bro ! Aku dah dapat detect location Avrin !", jerit Hayden sambil melangkah keluar dari biliknya.

              Aryan dan Ariq dengan pantas bangun dari katil dan terus menuju ke bawah. Erika juga mengekor Ariq di belakang. Puan Ana yang berada di dapur juga turut ke ruang tamu.

              "Kat mana ?", tanya Aryan dengan suara terujanya.

              "Dia ada dekat Selangor. Dalam bangunan lama tapi masih digunakan oleh syarikat Zeng Zeng", kata Hayden mendatar. Tangannya masih menaip-naip di komputer ribanya.

            "Kau tahu tu syarikat siapa ?", tanya Aryan kepada Erika.

              Ariq dan Hayden menoleh ke arah Erika.

             "Tu syarikat papa", jawab Erika perlahan.

             "Dah agak. Tu sangkar dia. Dalam bangunan tu ada ramai anak buah dia. Nak redah ke ?", tanya Hayden kepada Aryan.

             "Kita kena ada strategi", jawab Aryan mendatar.

               Tiba-tiba telefon bimbit milik Erika berdering dengan kuat.

               Erika membaca nama si pemanggil sebelum dia menunjukkan skrin telefon bimbitnya ke arah suaminya.

               "Buat loudspeaker", kata Ariq mendatar.

               Erika tidak banyak kata malah terus menjawab panggilan itu. Pembesar suara ditekan.

              "Detect location phone dia", bisik Ariq kepada Hayden. Hayden hanya mengangguk.

               "Erika Rose Xander. Tolong bagitahu suami kau, aku akan pulangkan semula kakak ipar dia. Esok pada pukul 3.00 petang di jalan lama KL. Aku nak budak tu. Bawak dia kepada aku !!", panggilan dimatikan.

              Aryan, Ariq dan Hayden terus menoleh ke arah Erika. Erika hanya diam.

              "Budak mana pulak yang dia nak ni ?", tanya Aryan.

              Ariq hanya mengangkat keningnya minta penjelasan daripada Erika.

"Manalah saya tahu. Saya pun tak faham apa yang papa cakap", jawab Erika jujur.

Ariq hanya menghela nafas panjang sebelum menoleh ke arah Hayden.

"Location ?", tanya Ariq sepatah.

"Tempat yang sama. Bangunan tu jugak", jawab Hayden mendatar.

"Nak buat macam mana ni ?", tanya Ariq kepada Aryan.

"Berapa ramai anak buah bapak kau ?", tanya Aryan dingin kepada Erika.

"Kalau kat jalan lama KL tu memang ramai. Tapi kalau kat bangunan Zeng Zeng tu, sikit je. Sebab orang atasan je yang akan duduk dalam bangunan. Orang bawahan duduk kat tepi jalan je", jawab Erika jujur.

"Nice. Aku ada rancangan", kata Aryan dengan wajah yang serius.

"Tapi kalini, kau tak boleh ikut", kata Aryan kepada Erika.

"Kenapa pulak ?", tanya Erika dengan kening yang diangkat sebelah.

"Aku taknak terlepas binatang tu lagi kalini", kata Aryan dingin.

"Apa yang awak nak buat ?", tanya Erika kepada Aryan.

"Jangan pernah tanya soalan macam tu dekat aku", jawab Aryan dingin. Nak je dia bunuh gadis itu di situ.

"Habistu saya boleh tanya soalan yang macam mana ?!!", marah Erika tiba-tiba.

"Eh. Ingat sikit dengan siapa kau tengah bercakap", tegur Ariq dingin.

Erika menoleh ke arah Ariq sebelum dia mendiamkan diri. Puan Ana hanya mengusap bahunya lembut.

"Ibu bukan nak masuk campur... Tapi boleh tak sesiapa bagitahu ibu kenapa ibu dibawa ke sini ?", tanya Puan Ana tiba-tiba. Dia menyuruh mereka semua memanggilnya dengan gelaran 'ibu' sahaja.

"Untuk keselamatan ibu", jawab Hayden dengan senyuman halus.

"Kalau ibu duduk sini, orang-orang saya boleh tengok-tengokkan ibu. Ibu tak perlu risau", kata Ariq lembut.

"Ibu tak kisah dengan keselamatan ibu, ibu cuma risaukan keselamatan anak ibu yang sorang ni", kata Puan Ana lembut. Tangannya mengusap kepala Erika dengan lembut.

Ariq menoleh ke arah Erika yang sedang merenungnya. Mata gadis itu menunjukkan yang dia sedang terseksa dengan ujian yang menimpanya.

"Ibu jangan risau.. Saya janji saya akan jaga anak ibu ni sampai akhir nafas saya. Itu janji saya", kata Ariq lembut.

"Betul ? Walaupun kamu tak cintakan dia ? Tak sayangkan dia ?", tanya Puan Ana.

Ariq terdiam dengan soalan ibu mertuanya itu.

"Bla jap", kata Ariq kepada Erika. Erika tidak membantah malah terus berdiri dan berlalu ke tingkat atas.

Puan Ana hanya menunggu jawapan daripada Ariq.

"Saya sayangkan dia. Saya cintakan dia. Tapi saya still tak boleh nak terima dengan apa yang dia dah buat", kata Ariq mendatar.

Aryan dan Hayden hanya mendiamkan diri di tepi.

"Kamu pernah tanya dia kenapa dia sanggup buat macam tu ?", tanya Puan Ana lembut.

"Tak. Saya tak perlukan penjelasan dari dia. Tindakan seseorang lebih menunjukkan kasih sayang daripada kata-kata. Kalau dia sanggup buat macam tu, nampak sangat dia tak sayangkan saya", kata Ariq mendatar.

"Kita kat dunia ni jangan terlalu cepat menilai seseorang.. Adi jangan buat Ika macam tu.. Dia terseksa berdiri dekat tengah-tengah", kata Puan Ana lembut.

Ariq hanya mendiamkan diri.

"Arwah mama Erika dah meninggal dunia. Erika tak sanggup kehilangan ibunya pula. Sebabtu dia sanggup dengar cakap papanya", terang Puan Ana.

"Kenapa arwah mama dia meninggal ?", tanya Ariq.

"Papa dia yang bunuh. Kalau kamu nak tahu, dah lama papa dia suruh Erika kejarkan kamu. Perangkap kamu demi perkahwinan. Demi mendapatkan benih kamu. Tapi Erika taknak. Dia tak pernah terfikir pun untuk dekati kamu. Arwah mama dia pun tak benarkan Ika pergi dapatkan kamu. Disebabkan itulah papa Erika bunuh arwah mama dia", terang Puan Ana panjang lebar.

"Dia tersekat di tengah-tengah, Adi.. Dia sayangkan kamu, dia cintakan kamu, tapi dalam masa yang sama dia juga sayangkan ibu. Dia tak tahu nak buat pilihan yang mana", terang Puan Ana lagi.

Ktakk !!

Kuat Hayden memukul kepala Ariq menggunakan telefon bimbit miliknya.

"Sakitlah, bodoh !!", jerit Ariq. Tangannya menggosok-gosok kepalanya yang sudah berona merah.

"Dah banyak kali aku suruh dengar penjelasan dia, tapi kau taknak !! Lelaki bodoh !! Tak layak jadi suami lah kau ni !!", marah Hayden.

"Jangan masuk campur urusan rumahtangga orang lah !!", marah Ariq.

"Tapi ibu.. Ika dah libatkan nyawa orang lain dalam hal ni. Nyawa isteri saya dalam bahaya. Kandungan isteri saya pun dah gugur. Semua ni dah salah, bu...", celah Aryan pula.

"Itulah silapnya.. Ika bagitahu tentang rancangan papanya pada isteri kamu untuk dapatkan bantuan. Dia tersepit.. Dia tak pernah terfikir yang isteri kamu akan pergi berjumpa dengan papanya. Itulah silapnya.. Sebabtu kalau boleh dia taknak bagitahu sesiapa", jelas Puan Ana lagi.

"Tapi, bu.. Dia dah kenal dengan saya dah agak lama. Kenapa dia tak mintak bantuan saya je dari awal ? Kalau dia bagitahu saya dari awal, dah lama saya pindahkan ibu ke Amerika", kata Ariq pula.

"Dia malu ada papa sekejam Zack. Dia rasa maruah dia jatuh jika nak dibandingkan dengan kamu semua. Dia malu untuk mintak bantuan kamu", jujur Puan Ana lagi.

"Itulah silapnya. Kalau dia bagitahu saya awal-awal, semua ni takkan jadi", kata Ariq mendatar.

"Tadi ibu kata papa dia nakkan benih Ariq, kan ? Untuk apa ?", tanya Aryan pula.

"Dia nakkan pangkat kamu. Dia nakkan pengaruh yang kamu ada. Dia nak ambik alih tempat kamu. Lepas je Erika mengandungkan anak kamu, dia akan bunuh kamu. Untuk dapatkan pengaruh yang datang dari benih kamu", terang Puan Ana.

"Wow.. Nice.. Kesian benih aku. Kecik-kecik pun dah ada peminat. Silap-silap besar nanti dah boleh kalahkan Justin Bieber", kata Ariq sambil menoleh ke arah Hayden.

"Waklu", kata Hayden sepatah.

"Great.. Kita akan buat semua yang dia rancang", kata Aryan kepada Ariq dan Hayden.

"Hah ?", tanya Hayden.

"Apa maksud kau ?", tanya Ariq pula.

"Dia nakkan benih kau, so kita akan bagi", kata Aryan tenang.

"Hah nice. Sekarang benih aku pulak yang jadi mangsa", kata Ariq dengan nada perli.

"Dahtu ?! Takkan benih aku pulak ?!", tanya Aryan dengan suara yang sudah naik dua oktaf.

"Yelah, yelah. Tapi yang tu nanti lah. Aku belum ready lagi nak bagi dia nafkah batin", kata Ariq tenang.

"Ikut pandailah", kata Aryan mendatar.

Ariq melangkah masuk ke dalam biliknya. Erika yang sedang duduk di hujung katil terus menoleh ke arahnya.

"Awak cakap apa dengan ibu ?", tanya Erika lembut.

"Jom tidur", kata Ariq mendatar. Tangannya menarik tangan Erika supaya baring di atas katil.

Erika jelas terkejut dengan tindakan Ariq yang menariknya ke atas katil itu.

"Awak ni dah kenapa ?", tanya Erika lembut.

"Shhh... Saya penatlah... Boleh kita tidur sekarang ?", tanya Ariq dengan suara paling lembut yang pernah digunakannya dengan Erika.

Erika jelas terkejut dengan panggilan diri yang digunakan oleh Ariq. Dia guna 'saya'. Ya Allah ! Ajal nak sampai dah ke ni ?!

"Hmm..", jawab Erika perlahan.

"Good", kata Ariq sepatah sebelum menutup lampu tidur di sebelah katilnya.

Ariq menarik Erika ke dalam pelukannya. Wajahnya ditenggelamkan di leher putih milik Erika.

Erika jelas terkejut. Jantungnya berdebar-debar. Itulah sentuhan paling romantis dan lembut dari suaminya itu.

"Saya akan jaga awak...", kata Ariq lembut cukup menggoda.

Erika tersenyum lebar sebelum tangannya mengusap kepala Ariq yang berada dekat dengan kepalanya itu.

"Sampai bapak awak mampus", sambung Ariq lagi.

Erika yang mendengar itu terus menolak kepala Ariq dari lehernya.

"Apa ?", tanya Ariq yang sudah jauh dari leher Erika itu.

"Awak nak bunuh papa ke ?!", tanya Erika dengan tegas.

"Hey.. Dia tu memang patut dicampak ke neraka jahanam tau. Kenapa awak nak backup dia lagi ?", tanya Ariq lembut.

"Awak jangan bunuh dia !", jerit Erika.

"Okay, okay saya tak bunuh dia. Don't worry, okay ?", kata Ariq lembut. Dia mendekatkan kembali jaraknya dengan Erika.

Erika hanya membiarkan Ariq yang sudah memeluknya kembali itu. Kepala lelaki itu diletakkan di leher Erika.

"Hayden yang akan buat tu untuk saya", sambung Ariq tiba-tiba.

"Awak !!!!!!", jerit Erika kuat.

"Apahal tu ? Baru cakap pasal benih terus jadi macam tu ke ?", tanya Hayden kepada Aryan. Jeritan Erika tadi cukup kuat sehingga didengari oleh mereka yang berada di ruang tamu itu.

"Kejap", kata Aryan sebelum mencapai telefon bimbitnya. Kaki melangkah ke tingkat atas.

Hehehehehe....

"Bunyi apa tu ?", tanya Erika kepada Ariq. Ariq yang hampir tertidur itu terus membuka matanya.

"Bunyi apa ?", tanya Ariq.

Hehehehehehe....

Suara seperti pontianak mengilai itu kedengaran kuat di hadapan pintu bilik itu.

"Saya takut !!!", jerit Erika. Dia terus memeluk Ariq dengan erat. Matanya ditutup rapat.

"Hey.. Janganlah peluk macam ni. Naik saya nanti", kata Ariq lembut.

"Pergilah tengok benda apa tu !!", arah Erika dengan bulu roma yang sudah meremang.

"Dengan hantu pun takut ke ?", tanya Ariq sebelum dengan perlahan melepaskan pelukan Erika.

Ariq melangkah ke almarinya. Pistol bewarna silver dicapai sebelum dimasukkan peluru ke dalamnya.

"Takkan awak nak tembak hantu pulak ?", tanya Erika perlahan.

"Bukan selalu saya tembak hantu. Kali ni hantu dia lain macam sikit", kata Ariq sebelum melangkah ke pintu biliknya.

Pintu bilik itu dibuka dengan kasar sebelum Ariq mengacukan pistolnya ke hadapan.

Erika sudah menutup separuh matanya menggunakan selimut.

"Wooo... Rilek, bro...", kata Aryan dengan kedua belah tangan yang diangkat ke atas. Hayden turut mengangkat kedua belah tangannya.

"Nak bla ke nak mati ?", tanya Ariq dingin. Pemicu ditarik.

"Okay, okay !", kata Aryan sebelum dia dan Hayden berlalu pergi.

Ariq menutup pintu itu kembali sebelum menoleh ke arah isterinya.

"Mana ada hantu dekat dunia ni. Hantu bodoh macam tadi tu ada lah", kata Ariq tenang. Pistol disimpan semula.

"Hahahaha", Erika melepaskan tawanya lembut.

"Jom tidur", kata Ariq sebelum naik ke atas katil semula. Isterinya dipeluk dengan erat sebelum dia tertidur sendiri.

    

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro