Bab 25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aryan hanya memegang tangan Avrin dengan erat. Gadis itu jelas sudah nazak. Tidak dapat bergerak malah tidak dapat bercakap walau satu ayat.

"Sayang... Please kuatkan diri...", kata Aryan lembut. Dia mencium tangan isterinya berkali-kali. Air mata lelakinya ditahan sedari tadi.

Avrin hanya diam tanpa balasan. Dia telah kehilangan banyak darah. Organ dalamannya juga telah banyak yang rosak termasuk hatinya. Dia memerlukan rawatan yang sangat efektif untuk kembali pulih seperti dahulu kala.

Ariq yang berdiri di hadapan katil Avrin hanya mendiamkan diri. Kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar.

Erika yang sedang duduk di sofa terus berdiri mendapatkan suaminya. Lengan Ariq dipegang lembut.

"Salah saya ke ?", bisik Erika perlahan di telinga Ariq.

"Well.. Takdalah salah awak pun, tapi nak kata bukan salah awak pun tak jugak. Tapi nak kata salah awak pun tak jugak. Entah. Jangan tanya saya saya tengah bodoh ni", jawab Ariq dalam bisikan.

"Ish..", kata Erika sebelum mencubit lengan Ariq.

"Jom keluar. Bagi ruang dekat Ar kejap", kata Ariq sebelum menarik tangan isterinya keluar dari bilik wad kritikal VVIP itu.

"Macam mana keadaan Avrin ?", tanya Jayden selepas menyedari Ariq dan Erika sudah melangkah keluar dari bilik Avrin. Matanya memandang ke arah Ariq.

Hayden dan Kevin hanya mendiamkan diri. Turut menunggu jawapan..

"Dia okay", jawab Ariq.

"Okay macam mana tu ?", tanya Kevin pula.

"Dah boleh lompat atas katil dah tadi aku tengok. In syaa Allah esok berlari lah tu", jawab Ariq selamba.

Erika hanya mengerutkan dahinya. Suaminya memang tidak akan pernah serius walau dalam keadaan genting sekalipun.

"Erika, Avrin macam mana ?", tanya Hayden kepada Erika.

"Dia...", Erika tidak sempat menghabiskan ayatnya.

"Apahal kau nak tanya bini aku ? Aku ada ni, kan ? Tanyalah aku", celah Ariq.

"Makhluk bodoh je yang akan tanya kau", jawab Hayden selamba.

"Habistu dia ni bodoh ke ?", tanya Ariq dengan jari telunjuk yang menyentuh hujung hidung Jayden.

"Dia sejak lahir dah bodoh", jawab Hayden.

"Kau kembar dia, sama-sama bodoh lah", kata Ariq dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Aku abang. Abang kurang sikit bodoh tu", jawab Hayden.

"Takda maknanya. Dah namanya kembar, mestilah sama-sama bodoh. Dahlah muka sama, dua-dua hodoh. Apa nak jadi tahu", kata Ariq selamba.

Erika hanya mendengar dan memerhati mereka yang sama-sama bodoh itu.

"Dahlah ! Orang nak tahu keadaan Avrin ni, bro ! Jangan main-main boleh tak ?", celah Kevin.

Ariq kemudian menoleh ke arah Kevin.

"Yang kau nak tahu sangat pasal keadaan dia ni apahal ? Dia tu bini orang kot. Jangan nak menggatal", jawab Ariq serius.

"Hah ?? Apa lagi ni, bangang ?", celah Hayden pula.

"Entah aku pun tak tahu kenapa dengan kepala otak aku ni. Terkejut sangat kot dapat bini gangster", kata Ariq dengan kepala yang didongak ke atas.

"Ish.. Dah-dah lah perli tu. Saya dah cakap saya buat semua tu demi awak, kan. Asyik nak perli je. Sakit hati ni tau tak ?", kata Erika mendatar. Matanya menjeling Ariq yang buat muka tidak bersalah itu.

"Lah... Baru kena sikit takkan dah sakit ? Kata gangster. Gangster hati kena lah kental, bro", kata Ariq kepada Erika. Cukup tenang.

"Kental kepala hotak lu", jawab Erika mendatar.

"Wuish...", kata Hayden, Jayden dan Kevin.

"Biasa sangat macam tu. Syurga lu ada bawah tapak kaki gua tau ? Jangan sampai lu tak boleh nak cium bau syurga langsung", kata Ariq pula. Jari telunjuknya ditunjuk ke arah bawah tapak kasutnya.

"Ish awak ni !!", marah Erika. Dia menepuk lengan Ariq dengan kuat.

"Sakitlah, sayang...", kata Ariq lembut.

Jantung Erika terus berdegup dengan pantas. Buat pertama kali Ariq memanggilnya 'sayang' setelah lama hanya berbahasakan dirinya dengan panggilan kasar sahaja.

"Hai.. Takkan panggil 'sayang' terus merah muka ?", tegur Ariq selepas menyedari pipi isterinya berona merah.

Erika hanya mendiamkan diri. Dia terus duduk di sofa yang disediakan di situ.

"Malam karang kita buat projek, okay ?", kata Ariq kepada Erika.

Erika membulatkan matanya luas.

"Woi !!!", jerit Hayden, Jayden dan Kevin.

"Kotor la kau ni, babi", kata Hayden sebelum menanggalkan kasutnya dan dibaling ke arah Ariq.

Ariq pantas mengelak. Kasut Hayden dicapai kemudian dia melangkah ke tingkap berdekatan.

"Jangan", kata Hayden sepatah.

"Apa ?", tanya Ariq buat-buat tidak dengar.

"Jangan, Frandy", kata Hayden mendatar. Suaranya cukup serius.

Ariq dengan pantas membuka tingkap itu sebelum dia mengangkat tangannya yang memegang kasut Hayden.

"Bebaslah kamu !!", kata Ariq sebelum mencampak kasut Hayden jauh ke luar.

"Frandy !!!", jerit Hayden sebelum berlari ke arah Ariq.

Erika hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Macam tidak percaya sahaja lelaki itu adalah suaminya.

Hayden memegang kolar baju Ariq dengan kuat. Matanya merenung tajam ke dalam anak mata biru laut milik Ariq.

"Aku akan pastikan kau mati kejap lagi", kata Hayden dingin.

"Berani ke nak bunuh aku ? Bini aku gangster kot. Silap-silap nanti kau yang mati dulu tau", kata Ariq tenang.

"Jangan libatkan saya. Saya taknak masuk campur", celah Erika yang mendengar kata-kata Ariq sebentar tadi.

"Syurga lu bawah tapak kaki gua tau", kata Ariq tenang.

Erika menghela nafas panjang.

"Hayden, dah lah tu. Jangan sentuh syurga gua tu", kata Erika mendatar. Takda nafsu langsung mahu masuk campur.

Hayden hanya mengeluh sebelum melepaskan pegangannya.

"Good boy", kata Ariq sambil tangannya mengusap kepala Hayden dengan kasar.

Aryan mencium tangan isterinya berulang-ulang kali. Tidak terkira dah.

Matanya ditutup rapat. Kepalanya dilentokkan di sisi Avrin. Badannya juga sudah terasa penat.

"Abang...", tegur Avrin perlahan. Matanya memandang ke arah suaminya yang setia menanti di sisi sejak semalam.

Aryan yang mendengar suara isterinya itu terus mengangkat kepalanya. Mata terus menoleh ke arah Avrin.

"Sayang...", kata Aryan lembut. Senyuman lebar diukir khas buat si isteri.

"Abang sihat ?", tanya Avrin perlahan. Masih tidak mempunyai tenaga yang cukup.

"Sihat, sayang...", jawab Aryan lembut. Dia kemudian mencium kedua pipi isterinya dengan lembut. Ciumannya diakhiri di dahi isterinya.

Avrin yang merasa bibir suaminya itu terus memandang ke arah bibir itu.

"Bibir abang pecah.. Abang gaduh ke ?", tanya Avrin perlahan. Jarinya mengusap bibir Aryan dengan lembut.

"Sikit je ni.. Jangan risaukan abang, okay ?", kata Aryan lembut. Dia memegang tangan isterinya yang mengusap bibirnya. Tangan itu dicium lembut.

"Fellen, Ferris mana ?", tanya Avrin perlahan. Matanya mencari-cari bayang anaknya tetapi jelas tiada di situ.

"Diorang ada dekat rumah mummy. Jangan risau diorang sihat je sekarang. Diorang rindukan mummy dia ni", kata Aryan sebelum mengusap rambut Avrin dengan lembut.

"Baguslah.. Saya pun rindukan anak-anak saya", kata Avrin perlahan. Tiba-tiba air matanya mengalir dengan perlahan.

"Hey, hey... Kenapa ni ?", tanya Aryan lembut. Jarinya pantas menyeka air mata isterinya.

"Saya mintak maaf, abang.. Saya tak dapat selamatkan baby kita. Saya tak jaga dia dengan betul", kata Avrin dalam tangisannya.

"Jangan cakap macam tu, sayang. Abang yang patut mintak maaf sebab datang lambat. Abang mintak maaf, sayang... Abang suami yang tak guna. Abang mintak maaf...", kata Aryan lembut. Tubir matanya penuh dengan air.

"Tak, bang.. Saya tahu abang akan datang.. Dan sekarang abang dah datang.. Abang dah selamatkan saya.. Terima kasih, abang.. Allah lebih sayangkan kandungan saya even dia masih kecil. Mungkin bukan rezeki kita..", kata Avrin perlahan dan lembut.

"Kenapa sayang tak bagitahu abang yang sayang pregnant ?", tanya Aryan lembut.

"Saya nak buat surprise masa birthday abang nanti. Tapi tak sempat pulak...", jawab Avrin perlahan.

Mendengarkan jawapan isterinya, akhirnya air mata Aryan tumpah juga. Dia menyeka air matanya kasar sebelum dia mencium dahi isterinya dengan lembut tetapi cukup lama.

"Kita still ada Fellen dan Ferris", kata Avrin perlahan dengan senyuman lebarnya.

Aryan menganggukkan kepalanya beberapa kali sebelum tersenyum dengan lebar.

"Kita boleh cuba lagi...", kata Aryan perlahan. Keningnya diangkat sebelah.

Avrin hanya tersenyum manis.

"Ariq mana ? Dah lama saya tak nampak dia ? Macam mana dia sekarang ?", tanya Avrin tiba-tiba.

"Ada dekat luar. Dia dah kahwin dengan Erika", jawab Aryan lembut.

"Bila dia kahwin ? Kenapa dia kahwin ?", tanya Avrin perlahan.

"Haritu. Dia kena kahwin dengan Erika untuk selamatkan sayang. Itu adalah syaratnya", jawab Aryan.

"Dia buat tu demi saya ?", tanya Avrin dengan dahi yang berkerut.

"Haah. Nanti abang ceritakan semuanya, ye ? Sayang rehat dulu, okay ? Abang nak pergi bagitahu budak-budak ni pasal keadaan sayang kejap", kata Aryan lembut. Tangan isterinya dicium lagi.

Avrin hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali sebelum suaminya melangkah keluar dari bilik.

Ariq sedang menghadap telefon bimbitnya. Hayden, Jayden dan Kevin turut begitu. Mereka buat apa pun tak tahulah.

"Kevin, dekat atas tu ada musuh !!!", jerit Ariq.

"Sabarlah aku nak bunuh lah ni !!", jawab Kevin pula.

"First blood"

Kedengaran suara seorang perempuan dari telefon bimbit masing-masing. Kecuali Kevin yang telah mati.

"You has been slained".

"Bodoh kau ni Vin. Main game pun boleh mati !!", jerit Ariq.

"Zilong tu kuat sangat lah !! Tak lepas aku nak bunuh !!", jawab Kevin.

"Aku datang untuk membalas dendam. This is Alucard !", kata Ariq kuat.

"You have slain an enemy"

"Double kill !"

"Triple kill !"

"Maniac !"

"Savage !"

"Wiped out"

Kedengaran suara gadis komputer itu.

"Macam tu lah, bro ! Bukannya awal-awal dah mati !", kata Ariq kepada Kevin.

Erika hanya memerhati suaminya yang seperti budak berumur 10 tahun itu. Main Mobile Legends rupanya. Bila mahu berubah ni ? Haih...

"Woi", tegur Aryan yang baru keluar dari bilik Avrin.

Erika pantas menoleh ke arah Aryan.

"Macam mana dengan Avrin ?", tanya Erika.

"Dia dah sedar. Korang balik lah dulu. Biar aku duduk kat sini", kata Aryan tenang.

"Woi, Frandy tolong aku !! Tak lepas satu lawan tiga ni !!!", jerit Hayden.

"Taknak. Biar kau mati dekat situ", kata Ariq tenang.

"Woi bodoh !!!", jerit Hayden.

"Your ally has been slain"

"Hahahahahahahaha", Ariq melepaskan tawanya selepas mendapat tahu yang Hayden sudah mati.

Aryan dan Erika hanya memerhati.

"Sorry... Diorang bongok sikit. Dari tadi lagi macam ni", kata Erika kepada Aryan.

"Takpa. Memang hari-hari diorang macam ni", kata Aryan sebelum melangkah mendekati Ariq.

Aryan memegang kolar baju Ariq dengan kuat sehingga Ariq terdiri dari duduknya.

Aryan merenung tajam ke dalam anak mata adiknya.

"Apasal main tak ajak aku ?!", kata Aryan dingin.

Erika hanya terdiam dengan mulut yang terbuka sedikit. Tangannya menepuk dahinya sendiri. Kenapalah dia ditakdirkan bertemu dengan geng pembunuh yang bodoh begini. Nasib, nasib...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro