Bab 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ariq melangkah keluar dari dewan tertutup di hotel itu dengan pantas. Malas mahu berlengah lama-lama di situ. Lepas habis meeting terus balik lah apa lagi.

"Bro.. Habis dah ?", tanya Hayden yang sedang menunggu di lobi hotel itu.

"Dah. Jom bla", jawab Ariq dingin. Badannya penat. Mahu saja dia baring di atas lantai itu. Kaki tarus melangkah mahu keluar dari hotel itu.

Bang ! Bang ! Bang !

Kedengaran bunyi tembakan dari dalam dewan yang digunakan untuk perjumpaan Ariq dan usahawan-usahawan muda sebentar tadi.

Hayden pantas menoleh ke belakang semula.

"Arghhhhhhhh !!!!", jerit semua orang yang berada di dalam dewan itu. Masing-masing berlari keluar dari dewan.

"Bro, apahal tu ?", tanya Hayden kepada Ariq yang langsung tidak menoleh ke belakang.

"Entah. Malas ambik tahu. Aku penat. Nak tidur", jawab Ariq dingin. Kaki terus melangkah ke pintu kaca.

"Seriously, Frandy ?!", tanya Hayden kuat.

"Serius. Aku malas nak masuk campur. Kalau diorang nak membunuh kat dalam tu, lantak diorang lah. Pandai buat, pandai-pandailah tanggung", kata Ariq mendatar. Kakinya sudah berhenti melangkah tetapi masih tidak menoleh.

"Kau takda perasan apa-apa yang curiga ke masa meeting tadi ?", tanya Hayden mendatar.

"Takda. Semua normal je", jawab Ariq malas.

Bang ! Bang !

Kedengaran bunyi dua das tembakan.

"Kau pergilah balik. Aku nak pergi tengok kat dalam", kata Hayden sebelum terus melangkah menuju ke pintu masuk dewan.

"Kalau kau mati aku taknak tanggung", kata Ariq mendatar. Dia menoleh ke arah Hayden yang sudah meninggalkannya.

"Lantaklah kalau mati pun", jawab Hayden. Kaki terus melangkah masuk ke dalam dewan. Pintu itu ditutup rapat semula.

Ariq hanya berdiri di situ dengan kedua belah tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Bang ! Bang !

Kedengaran bunyi tembakan lagi.

"Haih... Gila ke apa nak main tembak-tembak dekat sini ? Habislah jatuh reputasi aku kalau aku tembak-menembak dekat sini. Aku ni usahawan muda terkenal kot. Takkanlah nak jatuhkan reputasi dekat sini ? Nanti tak pasal-pasal masuk newspaper tajuk 'Young entrepreneur is a killer'. Oh fuck ! Tak boleh jadi, tak boleh jadi. Aduhh habis malu muka !", bebel Ariq seorang diri. Tetapi kaki sudah melangkah ke arah dewan. Tangan mencapai pistolnya di belakang seluar.

Bush !

Ariq terlanggar seseorang yang memakai hoodie sehingga menutup mukanya. Lelaki itu hanya menunduk sebelum terus berlalu pergi. Dia keluar dari pintu tepi dewan.

"Fuck. Takda mata ke apa ?", bisik Ariq sendiri.

Tangan membuka pintu itu dengan kasar sebelum melangkah masuk dengan tenang.

Hayden yang berada di dalam dewan itu terus menoleh ke arah Ariq.

"Mana sampah tu ?", tanya Ariq dingin.

Hayden tidak menjawab malah hanya menunjuk ke arah pintu keluar yang terletak di tepi dewan. Dewan itu mempunyai banyak pintu.

"Haha baguslah. Dia dah langgar aku pun tadi, dan yang peliknya kenapa aku tak tembak je dia", kata Ariq dingin. Pistolnya disimpan semula.

"Apahal kau tak kejar ?!", marah Hayden.

"Kerja aku menembak ! Bukannya mengejar ! Kau tu apahal tak kejar ?! Bodoh !", marah Ariq kembali.

"Dahtu apahal kau tak tembak je dia ?!", marah Hayden lagi.

"Mana aku tahu !", jawab Ariq kuat.

"Tak tahu kepala hotak kau ! Orang yang tak bersalah elok pulak kau nak bunuh, orang jahat kau lepaskan pulak. Lancau lu", kata Hayden dingin.

"Whatever. Biarlah dia hidup pun, aku kisah apa", kata Ariq sebelum melangkah ke arah kerusi-kerusi yang berada di dalam dewan itu.

"Apa yang dia nak sebenarnya ? Tembak tak tentu hala. Macam takda otak je", kata Hayden sambil menuang air ke dalam cawan yang disediakan di situ.

Ariq hanya mendiamkan diri. Mata meneliti sesuatu.

"Aku rasa orang bodoh je yang tembak tak tentu hala ni. Jenis yang takda target", kata Hayden lagi. Mulut sibuk mengunyah muffin pula.

"Dia ada target", kata Ariq dingin.

"Hm ?", tanya Hayden dengan mulut yang penuh dengan muffin.

"Dia dah aim orang yang dia nak bunuh. Tapi dia dah tersalah bunuh", kata Ariq masih dingin.

Hayden terus membulatkan matanya. Baru dia perasan ada mayat di kaki Ariq.

"Apa maksud kau dia tersalah bunuh ? Dia nak bunuh siapa sebenarnya ?", tanya Hayden serius. Muffin sudah habis ditelan.

"Haha. Nampaknya aku ada musuh lagi. Ahhh penat lah macam ni !!", jerit Ariq tiba-tiba. Kepala didongak ke atas sambil badannya mengeliat.

"Hah ? Dia nak bunuh kau ke ?", tanya Hayden lagi.

Ariq terus menunjukkan kerusi hitam yang sudah berlubang itu ke arah Hayden. Nama di atas kerusi itu dibaca oleh Hayden.

"Ariq Frandy Louise...", Hayden baca dengan suara mendatar.

"Melainkan kalau ada orang lain yang nama sebijik macam nama aku", kata Ariq sambil melangkah ke meja yang tersedia beberapa jenis hidangan.

"Kiranya mamat ni duduk dekat kerusi kau tadi, pastu dia kena tembak sebab pembunuh tu ingat tu adalah kau ?", Hayden cuba meneka.

"Bijak anak mak", kata Ariq sambil tangannya mencapai muffin coklat. Muffin itu terus dimasukkan ke dalam mulut.

"Kau bermusuh dengan siapa pulak ni ?", tanya Hayden serius.

"Emm sedap pulak benda alah ni. Kenapa dari tadi aku tak makan benda ni eh ?", kata Ariq sendiri. Tangan terus mencapai beberapa muffin lagi.

"Woi !! Aku tanya ni !!", suara Hayden sudah naik dua oktaf.

"Hm ? Apa dia ? Kau tanya apa tadi ?", tanya Ariq dengan muka tidak bersalah. Tangan masih memegang beberapa biji muffin.

"Kau bermusuh dengan siapa ?", tanya Hayden.

"Fuhh !! Perisa strawberry ni pun sedaplah !", jerit Ariq.

"Memang patut dia bunuh kau", kata Hayden perlahan.

"Apa kau cakap ?", tanya Ariq dingin. Tangan terus mencapai pistolnya sebelum pistol itu dihalakan ke arah Hayden.

"Takda apa", jawab Hayden.

"Dahlah. Jangan buang masa aku dekat sini. Aku nak pergi cari anjing tu, aku nak bunuh dia ! Aku nak lumat dia sampai hancur. Kau takkan terlepas duhai anjing", kata Ariq dingin. Kaki terus melangkah ke pintu keluar.

Hayden hanya menghela nafas panjang. Kaki hanya mengekor langkah Ariq ke pintu keluar.

"Eh kejap...", kata Ariq sebelum berpatah balik ke meja hidangan tadi. Tangan mencapai pinggan sebelum dia meletakkan beberapa biji muffin di atas pinggan itu. Kaki melangkah ke pintu keluar semula.

Hayden hanya meraup wajahnya dengan kasar. Mata tidak lepas dari merenung Ariq.

"Apa ? Takkan ambik muffin pun berdosa ?", tanya Ariq dengan tangan yang menyuap muffin ke mulut.

"Tak dosa. Dahlah, jom. Layankan kau sampai tahun depan pun tak habis", kata Hayden sebelum melangkah keluar dari dewan itu. Ariq hanya mengekor.


"Siapa pulak yang takda kerja sampai nak bunuh kau ni ?", tanya Aryan yang berada di hujung talian.

"Manalah aku tahu siapa. Aku glamour sangat kot"

"Cuba ingat balik siapa je yang tengah bermusuh dengan kau sekarang ni"

"Kau tolonglah ingatkan. Aku malaslah. Otak aku tak berfungsi sekarang ni"

"Babi. Pergi matilah sana"

"Dahlah. Aku nak tidur. Esok nak fly balik Malaysia"

"Haa yelah. Hati-hati"

"Jangan bagitahu bini aku pasal ni, nanti dia risau pulak"

"Okay"

Panggilan terus dimatikan.

Ariq menghela nafas panjang. Badannya dihempaskan ke atas katil.

Bila-bila masa sahaja dia boleh cari lelaki yang mahu membunuhnya itu semula. Itupun kerana bakat Hayden yang boleh menggodam kamera litar tertutup. Kalau tidak, mustahillah.

Tetapi dia rasa cukup malas untuk mencari lelaki itu. Baginya itu adalah masalah kecil. Sekelip mata je dah boleh selesai. So, biar jelah dulu.

Tiba-tiba telefonnya berdering dengan nyaring.

"Yo, darling", tegur Ariq.

"Hai. Kenapa tak call ?", tanya Erika di hujung talian.

"Saya lupa lah. Baru balik meeting tadi. Sorry, sayang"

"Oh baru balik ke ?"

"Iya, sweetheart"

"Penat ke tu ? Nak tidur ke ?"

"Hmm.. Penat jugak. Kalau awak ada dekat sini, boleh urut badan saya"

"Alolo.. Balik Malaysia nanti saya urut"

"Iyalah"

"Awak tidurlah dulu. Good night, mr hubby"

"Good night too, sayang", kata Ariq lembut.

"I love you", kata Erika lembut.

"I love you more", ungkap Ariq juga lembut.

Talian terus dimatikan oleh Erika.

Ariq hanya mengeluh sebelum menutup matanya rapat. Otak ligat memikir banyak benda. Jika dia dibunuh, siapa yang mahu menjaga isterinya ? Haih...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro