Bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

            Darlene hanya termenung diluar rumah sambil tangannya mengusap tangannya sendiri. Sejak kepulangan mereka ke Kuala Lumpur, Hayden langsung tidak mempedulikannya, apatah lagi bercakap. Darlene mahu bertanyakan tentang sesuatu pun langsung tidak berani.

               "Woi !", jerit Aina dari belakang.

                Darlene menoleh ke belakang dengan mata bulatnya.

               "Terkejut aku. Kau ni kenapa ? Apasal tak tidur lagi ?", tanya Darlene mendatar. Malas betul mahu melayan kawan kampungnya itu seorang.

                "Hahahaha. Hodoh betul muka kau bila terkejut. Apasal kau termenung kat luar ni ? Putus cinta ke apa ?", tanya Aina sambil mengambil tempat di kerusi sebelah Darlene.

                 "Aku bersyukur at least aku ada muka tau. Takdalah... Aku cuma teringat kat abang-abang aku. Agak-agak kat manalah diorang sekarang kan ?", jawab Darlene tidak jujur.

                  "Buat apa kau nak ingat dekat diorang ? Diorang pun tak pernah ingat kat kau tahu tak ? Tak payah nak terhegeh-hegeh lah wei", kata Aina sambil membuat isyarat tangan.

                  "Tak salah pun. Diorang tu abang kandung aku tau. Diorang yang akan jadi wali aku kalau aku nak kahwin nanti tau", kata Darlene lembut. Sesungguhnya dia langsung tidak pernah melupakan tentang abang-abangnya yang sudah berjaya ketika ini.

"Apa-apalah Lene oi. Aku nak tanya sikit ni", kata Aina perlahan.

"Apa dia ?", tanya Darlene lembut.

"Kau tak perasan ke dari tadi kereta tu parking kat situ. Kereta siapa tu agak-agaknya ?", tanya Aina sambil menunjukkan isyarat mata ke arah sebuah kereta Toyota Vellfire yang terparkir berdekatan dengan rumah mereka.

"Aku perasan jugak. Tadi ada sorang lelaki badan besar keluar dari kereta tu, tapi dia dah masuk dalam kereta tu semula", kata Darlene perlahan.

"Kiranya lelaki tu still ada kat dalam kereta tu ke ?", tanya Aina lagi.

"Haah. Tiba-tiba aku rasa bahaya lah Aina", kata Darlene sebelum dia terus bangun dari duduknya.

Tiba-tiba tingkap kereta itu terbuka dengan perlahan sebelum seorang lelaki memandang ke arah Aina dan Darlene.

"Wei dia pegang pistol !!", jerit Aina kuat.

"Tunduk !!!!", jerit Darlene sebelum dia terus menunduk.

Bang !! Bang !! Bang !! Bang !!

"Arghhhhhhhh !!!!!!!", jerit Aina kuat.

"Allahuakbar !!!", jerit Darlene sambil merangkak dengan pantas untuk ke belakang rumah. Aina turut mengekornya dari belakang.

Bang !! Bang !! Bang !!!

Setelah tiba di belakang rumah, Darlene dan Aina terus memeluk kaki sendiri sebelum telinga mereka ditutup dengan rapat.

"Ya Allah, kau selamatkanlah kami ya Allah....", bisik Darlene perlahan.

"Arghhhhhhhhhh !!!!!", Aina masih lagi dengan jeritan pontianaknya.

Krekkkkk !!

Kedengaran bunyi pagar rumahnya dibuka dengan kasar.

"Ya Allah....", bisik Darlene lagi.

"Arghhhhhhh !!!", jerit Aina.

"Jangan jerit, Aina... Tolong senyap...", bisik Darlene perlahan.

Mereka berdua kini menangis ketakutan dengan badan yang menggigil.

Bang ! Bang ! Bang ! Bang !

Kedengaran empat das tembakan dari depan rumah.

"Ya Allah....", bisik Darlene sambil menutup matanya.

Aina juga turut menutup matanya dek kerana takut.

Hayden dan Jayden melangkah ke belakang rumah sebelum masing-masing tersenyum melihat dua orang gadis yang sedang menggigil itu.

Jayden menyimpan pistolnya di belakang seluar sebelum dia terus mencangkung di hadapan Darlene.

Hayden juga menyimpan pistolnya sebelum dia hanya memerhati dengan kedua belah tangan yang diletakkan di dalam kocek seluar.

Darlene dan Aina yang sedang menutup mata dengan rapat itu hanya diperhatikan dengan senyuman nipis.

"Tak habis lagi ke ?", tanya Jayden mendatar.

Darlene dan Aina terus membuka mata mereka sebelum masing-masing

"Arghhhhhhhhhhhh !!!!!", kedua-dua mereka menjerit sebelum dengan pantas Darlene menyepak celah kelangkang Jayden dengan kuat.

"Arghhh....", Jayden mengaduh kesakitan sambil tangannya memegang celah kangkangnya.

Hayden yang memerhati itu hanya menutup matanya sedikit. Perit woiiii...

"Sir ?!!!!!", jerit Darlene kuat.

"Aduh....", Jayden terbaring dengan tangan yang masih memegang celah kelangkangnya.

"Macam mana sir-sir boleh ada dekat sini ???? Maafkan saya sir... Saya takda niat nak buat sir sakit... Maafkan saya sir...", kata Darlene dalam nada rayuan.

Aina hanya memerhati dua orang kembar yang kacak itu silih berganti.

"Dah lah, jom gerak", kata Hayden yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Gerak pergi mana, sir ? Tadi ada orang hampir bunuh kitorang", adu Darlene dengan tangan yang masih menggigil.

"Kitorang dah settle yang tu. Korang berdua pergi kemas barang", arah Hayden mendatar.

"Tak pasal-pasal aku yang dapat sakit... Aduhhh", kata Jayden sambil melangkah ke hadapan rumah.

"Kita nak pergi kemana sir ?", tanya Darlene lembut.

"Kemas jelah barang tu. Tak payah banyak tanya boleh tak ?", kata Hayden sambil melangkah ke hadapan rumah. Darlene dan Aina hanya mengekor dari belakang.

Darlene dan Aina jelas terkejut melihat empat orang mayat yang sudah terbaring di garaj rumah sewa mereka. Darah di merata tempat. Tiga orang headshot. Seorang lagi di dada. Kejamnya...

"Cepat sikit kemas barang !", kata Jayden kuat.

"Okay, okay sir...", kata Darlene sebelum mereka berdua berlari masuk ke dalam rumah.

"Hahaha. Sakit ke bro ?", tanya Hayden sambil memegang bahu Jayden.

"Gila tak sakit. Ni lagi perit dari kena tembak tahu tak ?!", kata Jayden kuat.

"Aku rasa kita kena bla dulu lah. Kejap lagi polis sampai", kata Hayden sambil melangkah keluar dari pintu pagar rumah itu.

"Jomlah", kata Jayden sepatah. Kakinya juga melangkah keluar dari pintu pagar rumah itu. Masing-masing melangkah masuk ke dalam Ferrari milik Ariq. Nak cepat sangat tadi, terus capai kunci kereta milik lelaki gila itu.

"Bukannya diorang muat pun nak masuk dalam kereta ni", kata Hayden sambil menghidupkan enjin kereta itu. Pedal minyak ditekan dengan kuat.

"Aku call Kevin kejap", kata Jayden sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Hello, kambing", sapa Jayden.

"Hello. Ada apa bro ?", tanya Kevin dari hujung talian.

"Aku nak kau ambik Darlene dengan sorang lagi minah kampung kat rumah sewa diorang. Now", kata Jayden mendatar.

"Beres, boss", kata Kevin sebelum panggilan itu dimatikan.

"Dah ?", tanya Hayden.

"Settle", jawab Jayden sepatah.

"Aku rasa tak sedap hatilah", kata Hayden tiba-tiba. Matanya tertumpu sepenuhnya pada pemanduannya.

"Aku pun rasa benda yang sama", kata Jayden sebelum dia menoleh ke arah abang kembarnya.

Hayden turut menoleh ke arah adik kembarnya sebelum dia menghela nafas panjang.

Ferrari yang dipandu oleh Hayden bergerak dengan laju di atas jalan raya.

"Dah berapa lama you kerja dengan group mafia diorang ni ?", tanya Darlene yang berada di tempat duduk belakang.

"Dah lama. Aku pun lupa berapa tahun. But since i was young lagi. Masa tu Froy pun tak jadi ketua mafia lagi", jawab Kevin mendatar.

"Sekarang you dah tua ke ?", tanya Aina pula.

"Aku sama umur dengan Frandy", kata Kevin mendatar. Matanya elok ditumpukan ke jalan raya.

"Sir Frandy umur berapa ?", tanya Darlene pula. Dia pernah terbaca tarikh lahir tuannya itu tetapi otaknya itu bukannya 256gb.

"27. Apasal tanya banyak sangat ? Aku malaslah nak jawab", kata Kevin bengis.

"Okay-okay. Sir Jayden suruh you bawak kitorang pergi mana sebenarnya ni ?", tanya Darlene lembut.

"Balik rumah", jawab Kevin.

"Rumah siapa ?"

"Sr US Mafia".

"Mujur korang cepat, kalau tidak, mesti mati dah dua perempuan tu", kata Ariq mendatar. Mata elok memandang isterinya yang sedang menidurkan anak lelakinya di hujung ruang tamu itu.

"Salah orang lah bro", kata Jayden sambil membetulkan kolar bajunya.

"Bro, aku rasa kita kena cepatkan lah", kata Hayden tiba-tiba.

"Cepatkan apa ?", tanya Aryan yang elok duduk di hadapan Hayden.

"Kahwinkan perempuan tu dengan Jay", kata Hayden mendatar.

"Perempuan mana pulak ni ? Jiran sebelah ke ?", tanya Ariq sambil tersenyum nipis.

"Bodohlah kau. Dia tengah cakap pasal Darlene lah. Perempuan ayu pakai tudung tu", celah Spencer tiba-tiba.

"Apasal aku pulak yang kena kahwin ?! Taknak lah !", jerit Jayden kuat.

"Diam sikit babi. Anak aku tengah tidur tu. Kalau dia terjaga kejap lagi, memang kiamat hidup kau", kata Ariq dengan wajah bengisnya.

"Apasal aku pulak ?", kata Jayden dalam nada berbisik.

"Habistu siapa lagi ?", tanya Hayden.

"Kau lah", jawab Jayden ringkas.

"Ah ! Kau lah"

"Taknak. Kau"

"Kau"

"Kau"

"Kau"

"Diam cilaka. Karang dua-dua aku campak masuk loji tahi", kata Ariq mendatar.

"Mark Hayden William", panggil Aryan mendatar. Kedengaran cukup tegas.

"Hmm", sahut Hayden malas.

"Dah tiba masanya untuk kau kahwin. So aku nak kau settlekan benda ni", kata Aryan sebelum kakinya melangkah naik ke tingkat atas.

"Ah shit", bisik Hayden perlahan. Tangannya meraup wajahnya dengan kasar.

"Hah.. Bro, nanti dah ada anak jangan lupa letak nama Frandy eh", kata Ariq sambil menepuk-nepuk bahu Hayden dengan kasar.

"Taknak aku !", kata Hayden sambil mengalihkan bahunya.

"Apasal pulak ?!", tanya Ariq pula.

"Nanti tak pasal-pasal dia jadi macam kau", jawab Hayden mendatar.

"Eh okay apa ! Handsome !", kata Ariq dengan bangganya.

"Yang hensem tu takda hal. Tapi yang bodoh tu nak campak mana ?", kata Hayden selamba.

"Ala babi la kau ni", kata Ariq sebelum dia mengetuk kepala Hayden dengan kuat.

"Aduh !", Hayden mengaduh sambil mengusap kepalanya.

"Apasal jadi lembik pulak kau ? Dah nak kahwin terus jadi lembik ke ? Nak aku tukar kau jadi pisang ?", celah Spencer.

"Bisinglah kau. Nak aku tembak ke ?", jawab Hayden.

Spencer terus terdiam seribu bahasa. Siapa berani main-main dengan lelaki kejam ni kecuali Froy dan Frandy ? Karang dia tembak betul-betul. Dia ni bukannya boleh diagak.

"Kutuk aku kat dalam hati ke ?", tanya Hayden mendatar.

"Mana ada. Dahlah, nak tidur. Bye", kata Spencer sebelum dia terus melangkah naik ke tingkat atas.

"Sikit-sikit merajuk", bisik Hayden perlahan.

Pin ! Pin !

"Hah tu... Bakal isteri kau dah sampai", kata Ariq sambil menunjuk ke arah hadapan rumah.

"Ah lantaklah. Aku nak tidur. Bye", kata Hayden sebelum dia terus naik ke tingkat atas.

"Acah sombong lah babi ni sorang. Hah... Apa lagi ? Pergilah sambut tetamu sana ! Aku nak tidur", kata Ariq sambil melangkah ke arah Erika.

"Asyik-asyik aku", omel Jayden seorang diri.

"Jom tidur, sayang", ajak Ariq kepada Erika. Tangannya elok memegang bahu isterinya dengan lembut.

Erika hanya tersenyum sebelum mendukung anak lelakinya naik ke tingkat atas.

Jayden hanya memerhati sebelum dia melangkah ke arah pintu utama. Jarinya diletakkan di skrin hitam sebelum bunyi 'beep' perlahan kedengaran.

"Bro", tegur Kevin dari luar rumah.

"Hm.. Masuklah", pelawa Jayden mendatar.

"Sir... Mana sir yang lain ?", tanya Darlene lembut.

"Dah tidur. Korang naik tingkat dua, pergi kat bilik yang ada tulis 'sialan' kat pintu. Haa korang tidur kat dalam bilik tu", kata Jayden mendatar.

"Hah ?????", tanya Darlene dan Aina serentak.

"Haha gurau je. Pergi kat bilik nombor 7. Kat pintu ada tulis nombor. Korang guna bilik tu dulu untuk sementara waktu ni. Jangan risau, kat dalam rumah ni ada perempuan", kata Jayden sebelum terus melangkah meninggalkan mereka.

"Errr... Terima kasih sir", ucap Darlene perlahan.

"Tak payah berterima kasih kat aku. Terima kasih kat Frandy. Ni rumah dia", kata Jayden sebelum bayangnya terus hilang dari pandangan.

"Hah... Pergilah masuk... Aku nak balik dulu", kata Kevin mendatar.

"You tak tidur sini ke ?", tanya Darlene lembut.

"Aku ada rumah aku sendiri lah. Buat apa aku nak tidur kat sini. Oklah. Cau", kata Kevin sebelum dia menoleh ke arah keretanya.

"Thank you sir Kevin", kata Darlene lembut.

"Ok", kata Kevin sebelum terus melangkah mahu keluar dari kawasan rumah itu. Dah banyak kali aku pesan jangan panggil aku sir. Aku bukannya tinggi sangat pun jawatan kat dalam syarikat tu.

Tiba-tiba kakinya berhenti dari melangkah.

"Aku nak beri nasihat sikit ni", kata Kevin mendatar.

"Apa dia sir ?", tanya Darlene lembut.

"Jaga adab bila korang berhadapan dengan boss. Mereka kejam. Lagi-lagi Hayden. Itupun kalau korang taknak mati", kata Kevin sebelum terus melangkah masuk ke dalam keretanya.

Aina hanya menelan liur mendengar nasihat Kevin sebentar tadi. Kini mereka berada di dalam satu rumah... Dengan pembunuh... Yang paling kejam... Tanpa belas kasihan...

Dia hanya memerhati dari luar kawasan rumah yang besar dan mewah itu. Perlahan-lahan senyuman nipis terukir di bibir. Tangan menukar gear kereta sebelum kakinya menekan pedal minyak dengan kuat. Keretanya berlalu pergi dari situ.

Hayden yang berada di dalam bilik hanya memerhati kereta itu berlalu pergi melalui tingkap bilik itu.

"Kau nak apa sial...", bisik Hayden perlahan. Dia cukup mengenali makhluk yang berada di dalam kereta BMW I8 bewarna hitam merah itu. Cukup kenal...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro