Bab 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

               Darlene hanya memerhati suaminya yang sedang memasukkan peluru ke dalam pistol bewarna silver. Lelaki itu tampak sangat kacak dan sempurna. Rasa nak peluk je ! Oh my....

               "Apa yang kau tenung dari tadi ?", tanya Hayden yang menyedari isterinya itu sedang memandang dirinya dari atas hingga ke bawah.

               "Tak... Takda apa-apa. Sir nak pergi bunuh siapa pulak ni ?", tanya Darlene sambil matanya memandang ke arah pistol yang dipegang oleh Hayden.

               "Aku nak pergi bunuh babi terlepas kat luar sana", jawab Hayden sambil tangannya mencapai sniper miliknya pula.

                "Babi terlepas ? Boleh bunuh ke ?", tanya Darlene. Agak lembab gadis ini.

                "Boleh je. Satu je yang tak boleh bunuh", kata Hayden mendatar.

                "Apa dia yang satu tu ?", tanya Darlene ingin tahu.    

                "Aku malas sebut sebab dia ada kat mana-mana je. Nanti kau akan tahu sendiri", kata Hayden sambil tersenyum nipis.

                "Aku sedang mendengar, Hayden", kata Ariq dari luar pintu bilik itu.

                "Sir Frandy ?", tanya Darlene dengan kening yang berkerut.

                 "Ha'ah. Dialah babi terlepas yang aku tak boleh bunuh tu", kata Hayden sambil keningnya diangkat sedikit.

                  "A.K.U  D.E.N.G.A.R", kata Ariq dari luar pintu lagi. Seperti slow motion pula.

                   "Dahlah, aku pergi dulu", kata Hayden sambil menyarung jaket kulit hitamnya. Kaki melangkah ke pintu dengan tangan yang memegang beg senjata. Ya Allah kacaknya suamiku ini...

                   "Sir nak pergi mana ?", tanya Darlene yang turut melangkah mengekori Hayden.

                  "Pergi selamatkan kawan kau lah. Tadi kau yang suruh tolong. Sekarang ubah fikiran pulak ke ?", tanya Hayden mendatar.

                  "Hmm. Tak bahaya ke ?", tanya Darlene perlahan.

                  Hayden yang mendengar itu terus menunduk sedikit sebelum matanya bertentang mata dengan isterinya sendiri.

                  "Kau risaukan aku ?", tanya Hayden lembut. Cukup menggoda. Ya ampun !!!!

                  "Err... Tak... Tapi kalau sir takda, nanti saya jadi janda muda pula", dalih Darlene sambil menunduk ke bawah.

                  "Aku dah buat kerja ni berpuluh tahun. Jangan risau, okay ?", kata Hayden sambil tersenyum nipis. Walaupun nipis, tetapi sangat ikhlas.

                 "Hmm...", kata Darlene sambil menganggukkan kepalanya.

                 "Kalau aku tak balik, kau tolong pesan dekat Aina tu, cukurlah sikit kening yang bersambung tu. Teruk sangat dah tu hahahaha", kata Hayden sebelum melepaskan tawanya. Suka sangat dia.

                "Ish ! Tak baiklah sir ni", kata Darlene sambil memukul bahu Hayden dengan kasar.

                 "Hey... Sakitlah...", kata Hayden yang sedang menahan tangan isterinya dari terus memukulnya.

                 "Sir tu mulut jahat lah. Tak baik tau tak ?", omel Darlene sambil menarik semula tangannya dari pegangan Hayden.

                  "Takda orang yang mulut baik dalam keluarga ni, kau je yang baik sangat. Ajar-ajarlah diri tu supaya jangan jadi baik sangat. Nanti orang pijak kepala", pesan Hayden sambil mengangkat keningnya sedikit.

                  "Biar orang buat kita, kita jangan buat orang", kata Darlene perlahan.

                  "Apa-apa jelah. Aku tak boleh nak ubah cara kau. Tapi sekarang kau dah jadi isteri aku. So kalau ada orang buat kau, aku bunuh dia", kata Hayden sambil tersenyum sinis. Tangan membuka pintu bilik sebelum dia berlalu meninggalkan Darlene seorang diri.

                  Darlene hanya mampu terdiam mendengar itu. Suaminya itu benar-benar menakutkan dan mengerikan dan menyeramkan dan mendebarkan dan amboi banyak betul kau nak describe.

                  Darlene berasa cara suaminya yang membunuh demi menyelamatkawan kawannya yang bernama Sofia itu bukanlah cara yang betul. Tetapi Darlene sangat terharu apabila Hayden, Jayden, Spencer dan Ariq sanggup pergi menyelamatkan kawannya walaupun jam sudah menunjukkan 2.30 pagi.

                 Darlene tahu suaminya itu penat dengan kerja, tetapi lelaki itu masih menolongnya di awal pagi buta itu. Rasa sayang semakin bertambah...

                "Sini ke ?", tanya Jayden dengan mata yang memandang ke arah banglo lama bewarna putih itu.

                "Macam takda orang je", kata Ariq sambil melangkah keluar dari kereta.

                 "Erghhhhhh !!!! Erghhhhhh !!!!"

                 Hayden, Jayden, Spencer dan Ariq terus memandang sesama sendiri selepas mendengar jeritan perempuan seperti sedang ditutup mulutnya.

                "Move", kata Ariq perlahan. Tangannya memberi isyarat kepada Hayden, Jayden dan Spencer.

                 Hayden, Jayden dan Spencer hanya menganggukkan kepala sebelum masing-masing terus mengambil posisi masing-masing.

                  Hayden sahaja yang tinggal di kereta. Tangan sibuk mengelap snipernya menggunakan sehelai kain. Fikiran sibuk melayang ke rumah. Aii... Baru tinggal sekejap dah rindu ke ?

                 Ariq melangkah dahulu sebelum diikuti oleh Jayden dan Spencer.

"Macam takda orang je", kata Spencer mendatar. Mata sibuk melilau mencari kelibat manusia.

Teet... Teet... Teet...

Ariq memberi isyarat supaya mereka tidak bersuara selepas mendengar bunyi teet dari dalam rumah itu.

"Spen", kata Ariq sepatah.

Spencer terus menganggukkan kepalanya sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Jayden yang berada di belakang Ariq terus mengeluarkan riflenya. Mata sudah menjadi seperti mata serigala. Memerhati walaupun di dalam gelap.

"Bro !", panggil Spencer dari dalam rumah.

Mendengarkan jeritan Spencer, Jayden dan Ariq terus berlari masuk ke dalam rumah.

Jayden dan Ariq terus memandang ke arah Spencer yang sedang berdiri di sebelah perempuan yang sedang diikat di kerusi. Mulutnya ditutup menggunakan pita pelekat.

"Oh shit...", kata Ariq yang menyedari terdapat bom masa diikat di badan gadis itu. Dan masa yang tinggal hanyalah 02:30 saat sahaja lagi.

Ariq melangkah ke arah gadis itu dengan diekori oleh Jayden.

"Nampaknya kitorang datang untuk tengok kau mati meletop je", kata Ariq selamba. Kening diangkat sedikit.

Jayden hanya memerhati Sofia yang sudah comot itu. Spek matanya hilang entah ke mana. Tudungnya sudah senget. Matanya penuh dengan kesan air mata.

"Macam mana kau boleh kena culik ni ? Siap nak kena bom lagi. Apa kena dengan nasib kau ni ?", tanya Spencer berturut-turut.

"Mulut dia tengah bertutup tu kan ? Kau ni pun... Bodoh tu janganlah tunjuk sangat. Aku pulak yang malu", kata Ariq sambil mencari jalan untuk membuka tali yang diikat di badan gadis itu.

"Kau lagi bodoh. Kita tak boleh lepaskan dia ni selagi bom ni tak meletop. Sebab semua tali yang terikat dekat dia, semuanya bersambung dengan bom yang ada dekat tepi sana. Sekarang ni kita hanya perlu pilih biar perempuan ni mati, atau kita mati sekali", kata Spencer sambil menunjuk ke arah bom yang banyak di dinding. Bom tangan itu semuanya terikat dengan tali yang terikat di badan gadis itu. Nak taknak, gadis itu terpaksa mati.

                "Korang lagi bodoh. Daripada kita borak dekat sini, lebih baik kita panggil Hayden", kata Jayden sambil melangkah keluar dari rumah itu.

                  Hayden yang berada di belakang kereta hanya memerhati Jayden yang menghampirinya.

                 "Apahal ? Ada bom masa ?", tanya Hayden yang seperti dapat mengagak berita yang akan disampaikan oleh adik kembarnya itu.

                 "Hmm. Jom", kata Jayden sambil matanya memberi isyarat suruh masuk ke dalam rumah.

                  "Tinggal lagi berapa saat ?", tanya Hayden yang sedang mencapai beg komputer ribanya.

                 "2 minit je", jawab Jayden.

                 "Semua wayar hitam ke ?", tanya Hayden sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

                   "Banyak tanyalah kau ni. Ada aku sumbat kasut dalam mulut tu karang", kata Jayden malas.

                   "Rileklah. Tak matilah buah hati kau tu", kata Hayden mendatar. Mata terus tertumpu pada gadis yang terikat di tengah ruang tamu itu. Mata terus menoleh ke arah bom jangka masa yang berada di badan gadis itu. Tinggal lagi 55 saat. Shit.

                     Hayden membuka komputer ribanya sebelum jarinya sibuk menekan-nekan papan kekunci.

                    "Lepas je waktu tu berhenti, aku nak korang cepat-cepat potong wayar yang ada termasuk tali yang ada kat perempuan ni. Aku boleh berhentikan bom ni dalam 15 saat je. Lepastu dia akan count balik", kata Hayden sambil matanya memandang ke arah Jayden, Ariq dan Spencer.

                   Mereka semua hanya mengangguk tanda faham.

                    Hayden membuat isyarat jari mengikut nombor.

                    Tiga...

                    Dua...

                     Satu...

                    Tiba-tiba kiraan jangka masa bom berhenti sebelum tangan mereka sibuk membuat kerja masing-masing. Spencer menggunakan teknik dan caranya untuk memotong tali itu supaya tidak regang.

                    Perlahan-lahan Jayden membuka pita pelekat yang berada di mulut Sofia sebelum gadis itu melepaskan nafas panjang.

                  "Terima kasih, sir-sir semua... Terima kasih sangat-sangat...", kata Sofia dalam lelahnya.

                  "Jangan nak berterima kasih sekarang. Jom, lari", kata Jayden sambil menarik tangan Sofia supaya bangun dari duduknya.

                 "Cau, cau", kata Hayden sebelum dia terus melangkah keluar dari rumah itu dengan pantas.

                  Mereka semua berlari keluar dari rumah itu sebelum terus melolos masuk ke dalam Toyota Vellfire bewarna hitam.

                  Hayden yang memandu terus menekan pedal minyak dengan kuat sebelum mata mereka tertumpu pada rumah banglo lama yang sedang meletop dan terbakar. Hanya Hayden sahaja yang melihatnya dari cermin sisi.

                   Jayden menoleh ke arah Sofia yang berada di sebelahnya. Gadis itu kelihatan sangat penat. Peluhnya masih mengalir turun dari dahinya. Kesian kau... Apa salah kau eh ? Kenapa kau jadi mangsa ?

                 "Kau okay ?", tanya Jayden lembut.

                 "Hmm... Maafkan saya kalau saya dah menyusahkan sir-sir semua... Saya... Saya nak berterima kasih sangat-sangat sebab dah selamatkan saya. Kalau sir-sir takda tadi, mesti saya dah mati hancur kat dalam tu...", kata Sofia penuh sayu.

                 Hayden hanya mendengar tanpa reaksi. Kalau bukan isteri aku yang minta tolong, takda maknanya aku nak ada kat sini.

                 "Tak payah nak berterima kasih sangat, bukannya kitorang yang selamatkan kau. Tapi Allah yang dah selamatkan kau", kata Ariq tiba-tiba. Penuh kejutan dan munafik. Sial betul.

                  Hayden, Jayden dan Spencer terus memandang sesama sendiri.

                 "HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA", mereka semua melepaskan tawa masing-masing. Rasa sangat lawak gila babi.

                "Apa babi ?! Betul apa aku cakap !", jerit Ariq kuat.

                 Sofia hanya mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan orang-orang atasan syarikatnya itu.

                 "Kau kena culik sejak bila ?", tanya Jayden ramah.

                 "Saya pun tak ingat, sir", jawab Sofia perlahan. Suara pun bagai nak taknak keluar je.

                 "Kau lapar ? Dah berapa lama kau tak makan ?", tanya Jayden lembut.

                 "Lapar, sir. Dari semalam saya tak makan, sir", jawab Sofia perlahan.

                  Hayden, Jayden, Spencer dan Ariq hanya mendiamkan diri. Alahai kesiannya.

                 "Jom kita pergi makan dulu lah. Hay, pergi McD", arah Ariq mendatar.

                 "Hmm", jawab Hayden malas.

                 "Siapa yang culik kau ?", tanya Jayden lembut.

                  "Saya tak tahu, sir. Tapi dia pakai mask tutup mulut", kata Sofia perlahan.

                  "Apa yang kau ingat pasal dia ?", tanya Jayden lagi.

                  "Mata dia....", kata Sofia perlahan.

                  "Mata dia apa ?", celah Ariq.

                  "Macam sir Hayden dengan sir Jayden", kata Sofia perlahan. Rasa serba-salah untuk memberitahu hal itu, tetapi itulah hakikatnya.

                   Hayden, Jayden, Spencer dan Ariq terus memandang sesama sendiri. Otak memikirkan benda yang sama.

                   Hayden membuka pintu bilik sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Mata tertumpu pada Darlene yang sedang duduk di atas sofa.

                  Melihatkan suaminya sudah pulang, Darlene terus berlari mendapatkan suaminya.

                 "Sir ? Macam mana ? Macam mana dengan Sofia ? Semua tak apa-apa kan ?", soalan tidak henti-henti keluar dari mulut gadis itu.

                "Hmm. Semua okay. Kawan kau ada kat bilik tamu. Dia tengah rehat", kata Hayden sambil meletakkan beg senjatanya di atas meja.

                "Oh ! Thank you so much sir !", jerit Darlene sambil berlari ke arah pintu.

                "Oi... Kau nak pergi mana ?", tanya Hayden sambil menanggalkan jaket kulit yang dipakainya.

                "Pergi jumpa kawan saya, sir", jawab Darlene yang sudah berada di pintu bilik.

                "Tak payahlah. Biarlah dia rehat. Dia penat tu", kata Hayden sambil melangkah masuk ke dalam bilik air.

                 "Hmmm. Iyalah", kata Darlene sambil mengambil tempat di hujung katil.

                  Selepas sepuluh minit, Hayden melangkah keluar dari bilik air. Rambut perang coklatnya basah. Wow... Seksi. Tetapi dia tidak berkemban. Elok tersarung baju dan seluar.

                 "Lewatnya korang balik. Sir bunuh siapa je tadi ?", tanya Darlene lembut. Dadanya berdebar kerana melihat lelaki dengan rambut basahnya itu.

                 "Tak bunuh siapa pun. Sekejap je nak selamatkan kawan kau tu", kata Hayden sambil mengelap rambutnya menggunakan tuala. Ya ampun... Seksinya !!!

                 "Sekejap je ? Habistu apa yang lama sangat ? Lambatnya sir balik", kata Darlene perlahan.

                 "Pergi bawak kawan kau tu pergi makan tadi", jawab Hayden sambil menyikat rambutnya. Ya Allah cairnya....

                 "Bawak pergi makan ? Oh... Patutlah lambat balik...", kata Darlene perlahan sebelum terus memanjat katil.

                  Hayden yang mendengar itu terus menoleh ke arah isterinya yang seperti sedang merajuk.

                  "Kau kenapa ?", tanya Hayden mendatar.

                  "Takda apalah. Saya tidur dulu", kata Darlene sambil menyelubung dirinya dengan selimut.

                   Hayden mengangkat keningnya sedikit sebelum dia melangkah mendekati isterinya yang sudah berselubung itu.

                   Hayden menarik selimut yang menutupi Darlene sebelum matanya terus memandang Darlene yang sedang memandangnya.

                   "Kau jeles ke ?", tanya Hayden mendatar.

                    Darlene duduk dari baringnya sebelum matanya merenung ke dalam anak mata helang milik Hayden.

                  "Buat apa saya nak jeles ? Dahlah, saya nak tidurlah. Jangan kacau saya", kata Darlene sambil terus berbaring.

                  "Kau lapar ke ?", tanya Hayden sambil mencangkung di tepi katil. Kepalanya dilentokkan di tepi katil.

                   Darlene membuka matanya sebelum mata mereka bertentangan. Dup dap dup dap...

                  "Hmm ?", tanya Hayden lembut.

                   Perlahan-lahan Darlene menggelengkan kepalanya.

                   "Tapi muka kau nampak macam tengah lapar", kata Hayden perlahan. Suaranya cukup menggoda apabila berkata-kata dalam nada yang lembut.

                   Darlene yang mendengar itu hanya mendiamkan diri. Memang perutnya sedang lapar pun !!

                 "Jom, kita keluar makan. Kita dua je", kata Hayden lembut. Cuba untuk memujuk isterinya itu daripada merajuk.

                Walaupun badannya sangat penat dan perlukan rehat, tetapi apakan daya. Kesian pula kalau dibiarkan isteri itu merajuk.

                 "Takpalah. Dah lewat sangat dah ni. Pukul 5 pagi dah. Esok sir nak kena pergi kerja", kata Darlene perlahan.

                "Takpalah. Aku dah biasa hidup dalam kepenatan. Jom, cepat bersiap", kata Hayden sambil tersenyum nipis.

                Perlahan-lahan Darlene menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Kesian melihat suaminya yang sudah kepenatan itu. Tolonglah jangan membebankan suami sendiri woiii...

                "Habistu ?", tanya Hayden dengan kening yang diangkat sebelah.

                "Jom tidur. Karang tak sempat nak berehat pula", kata Darlene sambil tersenyum nipis.

                "Yalah... Kau tidurlah dulu", kata Hayden sambil berdiri dari cangkungnya. Kaki melangkah ke arah sofa.

                "Sir...", panggil Darlene lembut.

                "Hmm", jawab Hayden malas.

                "Saya rasa selamat bila ada dengan sir... Terima kasih sir. Sebab sanggup tolong saya, sebab sanggup kahwin dengan saya hanya untuk jaga saya", jujur Darlene lembut.

                  Hayden yang mendengar itu hanya mendiamkan diri.

                Jangan sayangkan aku, jangan cintakan aku. Aku akan lepaskan kau bila dah sampai waktu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro