Bab 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                Hayden hanya memerhati Darlene yang sedang mengemas katil sebelum dia melangkah ke almari solek. Telefon bimbit milik Darlene dicapai. Telefon baru.

                "Oh... Saya lupa nak ucap terima kasih sebab belikan saya phone baru", kata Darlene yang menyedari suaminya sedang memegang telefon bimbitnya.

                 Hayden yang mendengar itu hanya mampu terdiam. Bila masa pulak aku belikan kau phone baru.

                "Sir tak pergi kerja ke harini ?", tanya Darlene lembut.

                "Tak. Malas", jawab Hayden sebelum terus melangkah keluar dari bilik.

                "Macam mana Hay ? Tahu ke siapa yang keluar dengan Lene semalam ?", tanya Avrin yang kebetulan sedang berjalan di hadapan pintu bilik mereka.

                 "Hmm, tahu", jawab Hayden mendatar.

                "Habistu macam mana ? You nak diamkan jeke ?", tanya Avrin sambil melangkah mengekor Hayden untuk turun ke bawah.

                 "I tak rasa dia nak cederakan Lene", kata Hayden sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Whatsapp dibuka.

Bro. Aku pergi kerja lewat sikit -Hayden

Tak apa. Jaga bini kau tu bro -Froy

Thanks bro. Kejap lagi aku uruskan meeting -Hayden

Okay -Froy

               "Habistu you rasa dia nak apa dari Lene ?", tanya Avrin penuh tanda tanya.

              "I tahu dia cuma memerhati. Tak apalah, kalau dia memerhati. I pun akan memerhati jelah", kata Hayden sambil membuka komputer ribanya yang sudah berada di atas meja kopi.

               "You nak perhati je ? You takkan menyesal ke kalau something bad happen dekat Lene nanti ? Mungkin bukan harini. Tapi maybe di kemudian hari", kata Avrin penuh ketegasan.

                  Hayden tidak menjawab malah terus menekan-nekan papan kekunci di komputer ribanya.

                 "Ikut suka hati you lah. Kalau apa-apa jadi, jangan kata i tak ingatkan you", kata Avrin sebelum terus melangkah meninggalkan Hayden di situ.

                 "You tu tengah pregnant. Tak perlu lah risau sangat. Nanti apa-apa jadi dekat kandungan you, mati i Froy kerjakan", kata Hayden yang menyedari Avrin sudah mahu melangkah pergi.

                 "Tak perlu risaukan kandungan i sedangkan isteri you sendiri pun you malas ambil peduli", kata Avrin pedas sebelum terus naik ke tingkat atas semula.

                  Hayden hanya mendiamkan diri. Mata masih ditumpukan ke skrin komputer riba. Kalau aku tak risau, aku takkan buat semua benda ni.

                 "BMW I8", kata Hayden sambil matanya meneliti di skrin komputer riba. Rakaman CCTV yang menangkap susuk tubuh lelaki yang membawa isterinya keluar langsung tidak kelihatan. Nampaknya lelaki itu bukanlah calang-calang orang.

                "Macam mana....", kata Hayden sambil mencari-cari lagi bayang lelaki itu tetapi masih tidak kelihatan. Yang ada cumalah kereta lalu-lalang. Mungkin lelaki itu berjalan melalui setiap kesesakan.

"Kenapa kau menyorok kalau kau tahu kau akan berdepan dengan aku ?", tanya Hayden sendirian. Cukup tidak puas hati apabila lelaki yang dia yakin adalah lelaki yang membawa isterinya itu keluar tidak kelihatan di dalam mana-mana rakaman CCTV.

"Buat apa tu ?", tanya Darlene entah datang dari mana.

"Kerja. Aku nak kena pergi office, ada urusan", kata Hayden sebelum terus menutup komputer ribanya dan terus mahu melangkah naik ke tingkat atas untuk bersiap.

"Oh... Yalah...", kata Darlene mendatar. Baru ingat mahu mengajak suaminya itu berjalan-jalan lagi hari ini. Terbantut pula niat.

Hayden menghentikan langkahnya sebelum dia menoleh sedikit ke arah Darlene.

"Nak ikut tak ?", tanya Hayden mendatar.

"Nak !! Boleh ke ?", tanya Darlene tidak yakin.

"Hmm... Jom bersiap", kata Hayden sambil meneruskan langkahnya kembali.

"Yes !", kata Darlene sambil mengekor langkah Hayden yang sentiasa laju itu.

"Yo", tegur Hayden yang baru melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Aryan.

"Bukan ke kau jaga Darlene kat rumah ?", tanya Aryan yang sedang menekan-nekan papan kekunci.

"Takdalah", jawab Hayden sambil mengambil tempat di hadapan meja kerja Aryan.

"Habistu ? Mana Darlene ?", tanya Aryan sambil matanya memandang ke arah pintu.

"Entah dia", kata Hayden mendatar.

"Ni mesti kes terserempak dengan Spencer", kata Aryan sambil menghulur fail hitam ke arah Hayden.

"Ya kot. Ni untuk meeting harini ?", tanya Hayden yang malas mahu mengambil tahu kemana isterinya itu telah pergi sampai sekarang tak muncul-muncul.

"Haah. Aku nak kau settlekan apa yang belum settle lagi dalam tu. Meeting start lepas lunch", kata Aryan serius.

"Apa maksud kau belum settle lagi ? Ni kerja siapa sebenarnya ? Apasal tak settle lagi ?", tanya Hayden sambil membelek-belek fail hitam itu. Masih banyak yang belum disiapkan.

"Kerja Frandy. Kau kenal Frandy macam mana. Binatang tu mana pernah serius bila buat kerja", kata Aryan sambil menekan-nekan papan kekunci komputernya.

"Shit lah Frandy ni", kata Hayden mendatar. Kedua belah tangan mula meraup wajahnya dengan kasar.

Hayden menoleh ke arah pintu. Mana Darlene ni ?

Darlene yang berada di dalam tandas sibuk membetul-betulkan tudungnya. Dia tahu bilik yang mana Hayden masuk sebentar tadi. Apalah salahnya kalau aku gi repair tudung kejap. Kan ?

Darlene kemudian melangkah keluar dari tandas sebelum dirinya ditegur.

"Lama lagi ke ?", tanya Hayden mendatar.

"Eh... Sir... Saya tak tahu pula sir tunggu saya dekat sini. Maaf, maaf", kata Darlene lembut.

"Dahlah. Jom", kata Hayden mendatar. Tangan terus memegang tangan Darlene dengan erat.

"Eh sir... Bukan ke sir patutnya masuk bilik tu ?", tanya Darlene sambil menunjuk ke arah bilik yang suaminya masuk sebentar tadi.

"Kerja dah settle. Jom keluar tengok wayang", kata Hayden sambil menarik Darlene dengan kuat.

"Sir... Kenapa kita tak naik lif je ?", tanya Darlene yang menyedari mereka sedang menuju ke arah tangga.

"Banyak tanyalah kau ni. Boleh tak ikut je tanpa banyak tanya ?", kata Hayden mendatar.

"Yelah. Maaf sir", kata Darlene sebelum dia menunduk sedikit.

Dengan tiba-tiba, Hayden menoleh ke belakang sebelum mata kristalnya bertukar menjadi helang.

"Aku tunggu kau kat bawah. Aku park kereta kat belakang building. Jangan lambat", kata Hayden sebelum dia terus dengan pantas masuk ke dalam pintu kecemasan meninggalkan Darlene terkebil-kebil di situ.

Darlene hanya memerhati tingkah-laku Hayden yang seperti sedang menyorok dari sesuatu. Pelik bin ajaib.

Dengan perlahan-lahan, Darlene melangkah ke arah lif untuk turun. Malas mahu menggunakan tangga.

Hayden menoleh ke arah pintu selepas Jayden, Spencer dan Ariq melangkah masuk ke dalam bilik pejabat milik Aryan.

"Mana bini aku ?", tanya Hayden mendatar.

"Aik ? Kat rumah lah. Apahal tanya kitorang pulak ?", tanya Jayden kembali.

"Entah. Apa kaitan kitorang dengan bini kau tu", kata Spencer pula.

"Kau ingat aku laparkan bini kau ke ? Sorry, bini aku lagi sedap", kata Ariq dengan kedua belah tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Bila last kau nampak dia ?", tanya Hayden kepada Spencer. Mata menikam anak mata lelaki itu.

"Baru je tadi. Dia naik lif turun tingkat bawah. Macam mana kau tahu aku nampak dia ?", tanya Spencer tidak percaya dengan kehebatan Hayden yang dilahirkan dengan naluri yang kuat.

"Aku tanya je. Siapa suruh kau jawab", kata Hayden sebelum dia terus melangkah keluar dari bilik itu.

"Siapa suruh aku jawab ?? Macam mana aku tak jawab kalau mata dia macam nak bunuh aku tadi", kata Spencer sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Hahaha. Kau tunggu apa lagi dekat sini ? Pergilah !", kata Ariq sambil menepuk belakang badan Spencer.

"Apasal lah dia tak mintak tolong aku je", kata Spencer sambil melangkah keluar dari bilik itu.

Darlene melangkah keluar dari bangunan melalui pintu hadapan bangunan. Sudah 10 minit dia mencari pintu belakang bangunan itu tetapi tidak juga ketemu.

"Hey. Nak pergi mana ?", tanya Spencer yang sudah berada di luar bangunan.

"Saya nak pergi dekat sir Hayden sekejap. Sir suruh saya pergi dekat dia. Kenapa sir Spencer ?", tanya Darlene lembut.

"Just call me Spen", kata Spencer lembut.

"O...okay... Spen", kata Darlene sambil menayangkan senyuman tidak bersalah.

Hayden yang baru keluar dari lif hanya memerhati Spencer dan isterinya. Laju betul Spencer turun.

"Hay nak jumpa you kat mana ?", tanya Spencer dengan muka yang dibuat-buat bodoh.

"Dia kata dia parked dekat belakang building. Saya pergi dulu lah ya ? Nanti lama pulak dia tunggu", kata Darlene sambil memunduk sedikit. Dia kemudian terus melangkah meninggalkan Spencer di situ.

Spencer mengekori Darlene dari belakang dengan perlahan.

"Aik ? Mana pulak sir ni ? Tadi kata tunggu belakang building. Takda pun ?", kata Darlene sendiri. Tiada sebuah kereta mewah pun yang terparkir di situ melainkan kereta murah-murah sahaja.

Hayden hanya memerhati Darlene dan Spencer dari tempat parkir kereta tingkat atas bangunan sebelah. Seronok melihat Spencer yang sedang mengintai-intai itu. Jelas kelihatan bodoh.

Dua laras pistol dipusing-pusingkan menggunakan tangan.

"Go away bitch. You're ruining my plan", kata Hayden mendatar.

"Hey, sir ! What are you doing ?! Are you crazy ?!", jerit seorang lelaki yang melihat Hayden sedang bermain-main dengan senjata.

Dengan perlahan, Hayden menoleh ke arah lelaki itu sebelum tersenyum sinis. Cukup sinis. Pemicu ditarik sebelum selaras pistolnya diacukan ke arah lelaki itu.

"Please don't sir... Please...", kata lelaki itu sambil mengangkat kedua belah tangannya.

"Don't mess up with me", kata Hayden sebelum melepaskan tembakan.

Bang !!

Lelaki itu terus rebah di atas lantai. Darah mengalir dan terpancut keluar dari kepalanya. Headshot.

"See you in hell. Bye", kata Hayden sebelum dia terus masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi dengan pantas.

"Jomlah naik atas. Hayden tak jadi jumpa you lah tu", kata Spencer kepada Darlene.

"Hmm... Iyalah. Jomlah", kata Darlene sebelum mereka berdua melangkah masuk ke dalam bangunan itu semula.

Hayden sudah tiada di depan lif. Awal-awal lagi dia sudah naik semula untuk uruskan hal kerjanya. Nak dibandingkan antara perempuan dan kerja, sudah tentu kerja lebih penting baginya.

"You naik dulu. I nak pergi ambil coffee kejap", kata Spencer kepada Darlene.

"Okay", kata Darlene sepatah. Matanya hanya memerhati Spencer yang sudah semakin menjauh.

"Jom", tegur satu suara garau dari arah belakang Darlene.

Dengan pantas Darlene menoleh sebelum dia tersenyum lebar.

"Sir pergi mana tadi ? Saya cari sir tak jumpa pun", kata Darlene lembut.

"Aku pergi isi minyak kejap tadi. Dahlah, jom cepat", kata Hayden sambil menarik tangan Darlene dan terus melangkah pergi dari situ.

"Kita nak pergi mana laju-laju ni ? Sabarlah sir... Sakit kaki saya", kata Darlene yang cuba mengekor langkah Hayden yang laju itu.

"Cepatlah", kata Hayden sambil membuka pintu kereta Chevrolet Camaro untuk Darlene.

"Aik ? Bawak kereta lain dah ke ?", tanya Darlene sendiri.

Hayden kemudian melangkah masuk ke tempat pemandu sebelum terus memulakan pemanduannya.

"Sir nak bawak saya pergi mana ?", tanya Darlene lembut.

"Kita tengok wayang. Nak ?", tanya Hayden mendatar.

"Nak ! Sir serius ke ni ?", tanya Darlene seperti tidak percaya.

"Ya. Takkan aku main-main pula", kata Hayden serius.

"Yeay ! Thank you sir ! Kita nak tengok cerita apa ?", tanya Darlene penuh teruja.

"Aku dah beli ticket", kata Hayden mendatar.

"Hah ? Sir dah beli ticket ? Cerita apa ?", kata Darlene perlahan.

"Bumblebee", jawab Hayden sepatah. Mata menoleh ke arah Darlene sebelum dia tersenyum nipis.

Darlene hanya mampu terdiam melihat senyuman itu. Sangat mencairkan. Apasal sweet sangat suami aku ni ? Mimpi apa sejak dua menjak ni ?

"Kenapa ? Baru senyum sikit dah cair ke ?", tanya Hayden mendatar.

"Takdalah. Perasanlah sir ni", kata Darlene sebelum terus membuang pandang ke luar tingkap. Malu.

Hayden hanya tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Mereka berdua tiba di dalam panggug wayang yang mewah itu. VVIP.

"Kau nak duduk dekat mana ?", tanya Hayden mendatar.

"Hah ? Kita boleh duduk dekat mana-mana yang kita suka ke ?", tanya Darlene tidak faham.

"Hmm", jawab Hayden malas.

"Kenapa boleh pilih ? Bukan ke sepatutnya...", Darlene tidak sempat menghabiskan ayatnya.

"Aku beli satu hall ni. Puas hati ?", potong Hayden mendatar.

"Wah ! Kenapa sir beli semua ? Bestnya macam ni !", kata Darlene sambil mengambil tempat di tengah-tengah.

"Banyak tanyalah kau ni. Salah ke kalau aku nakkan privacy sikit ?", kata Hayden sambil mengambil tempat di sebelah Darlene.

"Tak salah. Tapi membazir je. Saya tahulah sir ada banyak duit", kata Darlene lembut.

"Kisah apa aku. Dahlah, jangan banyak tanya lagi. Penat aku nak jawab", kata Hayden sambil bersandar pada sofa empuk itu.

"Emmm... Sir...",

"Hmm", sahut Hayden malas.

"Terima kasih untuk semua ni. Saya hargai sangat-sangat", kata Darlene lembut.

"No hal lah", kata Hayden sebelum dia meletakkan tangannya di belakang bahu Darlene. Darlene sudah terkedu dengan sentuhan suaminya itu. Erk...

"Anything for you", bisik Hayden perlahan di telinga Darlene.

Cair hati Darlene mendengar bisikan itu. Lembut sahaja bergema di telinganya. Bahagianya dia saat ini.

"Saya harap kebahagiaan ni berkekalan buat saya", kata Darlene perlahan.

Hayden tersenyum nipis sebelum dia melentokkan kepalanya di bahu Darlene.

"Always if you choose me", kata Hayden dalam nada berbisik. Hanya dia sahaja yang dapat mendengar bisikannya itu.

"Terima kasih sebab buat saya happy", kata Darlene penuh keikhlasan.

"Thanks for coming", kata Hayden perlahan.

"Saya dah mula sayangkan sir...", kata Darlene jujur dari isi hatinya yang paling dalam.

Hayden yang mendengar itu hanya mampu terdiam. Bibir menayangkan senyuman nipis.

"Apa yang kau fikir kau buat hah ?!!", marah Jayden kepada Spencer.

"Betul ! Dia ada dengan aku tadi ! Aku suruh dia naik dulu tadi !", kata Spencer kuat. Cuba untuk mempertahankan dirinya sendiri. Dia sahaja yang dipersalahkan hanya kerana tidak masuk meeting dan manusia terakhir yang ada bersama Darlene 5 jam yang lepas.

Hayden hanya mampu terdiam di sofa hitam di dalam bilik itu. Dia baru sahaja selesai meeting yang mengambil masa berjam-jam, kini timbul masalah lain pula. Penatnya hidup macam ni.

"Dahlah. Jangan nak memekak dekat sini. Kepala aku tengah serabut ni", kata Hayden mendatar. Kepalanya dilentokkan di kepala sofa. Pening kepalanya memikirkan masalah yang semakin menjadi-jadi. Apahal lah bini aku ni tak pandai langsung nak bezakan aku dengan orang lain. Sial !

"Jomlah balik", kata Aryan sebelum dia terus berdiri dari duduknya. Dia kemudian terus melangkah keluar dari bilik itu.

"Hmm", kata Hayden sebelum dia turut melangkah keluar dari bilik itu.

"Ayok, tak tayok. Kau buat hilang bini orang. Habislah kau Spen. Mesti nyawa kau tak panjang bro. Baik kau berdoa banyak-banyak", kata Ariq sambil menepuk belakang badan Spencer beberapa kali sebelum terus melangkah keluar dari bilik itu.

"Hah ? Apa lagi ? Pergilah solat taubat sana !", kata Jayden sebelum turut meninggalkan Spencer di situ.

Spencer hanya mencebik sebelum turut mengekor langkah mereka.

Hayden membuka pintu biliknya dengan kasar sebelum dia terus melangkah masuk tanpa menoleh kanan dan kiri.

Kot kerja dan tali lehernya dicampak ke sofa sebelum dia membuka tali pinggangnya dan turut dicampak ke sofa.

"Hai sir. Dah siap kerja yang urgent sangat tu ?", tanya Darlene yang berada di atas katil.

Hayden menoleh ke arah Darlene sebelum dia sendiri terkejut. Anjing betul. Terkejut aku sial.

"Hmm", jawab Hayden malas. Apa benda yang kau tengah cakap pun aku tak tahu. Kerja urgent kepala anjing dia lah.

Tangan mencapai tuala mandinya sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam bilik air.

Darlene menjongketkan bahunya sedikit. Penat kerja lah tu.

Selepas beberapa minit, Hayden muncul dengan tuala paras pinggang. Rambutnya yang basah itu lagi menonjolkan keseksiannya itu.

Darlene hanya memerhati Hayden yang sudah tidak malu untuk berkemban di hadapannya. Wow...

Hayden langsung tidak peduli dengan renungan isterinya itu. Kaki terus melangkah masuk ke dalam bilik baju. Aku takda mood ni sial.

Selepas beberapa minit, Hayden muncul kembali dengan baju bewarna hitam serta seluar bewarna hitam. Rambutnya langsung tidak disikat.

Hayden kemudian terus naik ke atas katil dan berbaring seperti tiada apa yang berlaku. Matanya ditutup rapat. Penat. Malas fikir apa-apa. Yang aku tahu aku nak tidur atas katil malam ni.

"Sir taknak makan dulu ke ? Tadi kan kita ada bungkus ayam goreng", kata Darlene yang sedang membaca novel di sebelah Hayden.

"Tak", jawab Hayden sepatah. Bungkuskan ayam ? Babi apa ? Baik betul scandal kau siap nak bungkuskan ayam bagai. Arghhhhh....

"Yalah. Sir rehatlah ya. Mesti sir penat banyak buat kerja, jalan dengan saya lagi", kata Darlene lembut.

"Boleh diam tak ?", tanya Hayden sambil merenung anak mata Darlene yang tiba-tiba banyak cakap pulak malam ni.

"Sorry....", kata Darlene perlahan.

Hayden membelakangi Darlene sebelum dia menutup matanya semula. Aku penat ni, jangan nak banyak bunyilah.

"Sir... Sir ingat tak masa bumblebee pecahkan telur dekat kereta tu. Kelakar kan part tu ?", tanya Darlene tiba-tiba.

"Hmm", jawab Hayden malas.

"Paling kelakar bila dia hancurkan kereta orang tu, kan ?", kata Darlene lagi.

"Aku penat ni Darlene. Tolonglah bagi aku peluang untuk rehat", kata Hayden mendatar. Matanya masih dipejam rapat.

"Emm... Sorry buat sir marah", kata Darlene perlahan.

Hayden hanya mendiamkan diri.

10 minit masa berlalu.

Dengan tiba-tiba, Hayden menoleh menghadap ke arah Darlene. Ternyata gadis itu sedang memandangnya.

"Dahlah. Jom tidur", kata Hayden sambil mengambil novel yang berada di tangan Darlene. Novel itu diletakkan di tepi katil.

Darlene ditarik supaya berbaring di sebelahnya. Gadis itu hanya akur.

"Tidurlah", kata Hayden sambil berbaring menghadap isterinya.

"Sorry. Aku tak marah", kata Hayden sebelum terus menutup matanya dengan rapat.

Darlene tersenyum nipis sebelum dia mengangkat tangan Hayden dan terus menyelit di tengah-tengah.

Hayden membuka matanya semula. Matanya bertentang mata dengan isterinya. Gadis itu nampak manja malam ini. Lain macam.

"Tidurlah", kata Darlene lembut.

Hayden tersenyum nipis sebelum dia sendiri tertidur berbantal pelukkan isterinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro