Bab 27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hayden dan Jayden melangkah masuk ke dalam rumah. Mereka berdua terus pulang ke rumah setelah tiba dari Sepanyol.

"Mana Darlene ?", tanya Hayden mendatar.

"Dia dekat atas. Kenapa ni ?", tanya Erika yang berada di ruang tamu.

Hayden tidak menjawab malah terus melangkah ke tingkat atas.

"Rindu bini", jawab Jayden yang masih berada di ruang tamu.

Pintu bilik dibuka dengan kasar sebelum Hayden terus melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Sir ? Bukan ke sir pergi kerja ?", tanya Darlene yang sedang memasang cadar tilam.

"Kau buat apa ni ?", tanya Hayden sambil matanya memandang ke arah cadar tilam yang kotor di atas lantai. Terdapat kesan darah di cadar bewarna putih itu.

"Tukar bedsheets"; jawab Darlene lembut.

Hayden hanya memerhati Darlene yang sudah tidak memakai tudung itu. Seluar pula paras lutut. Baju pula lengan pendek.

Nafas Hayden turun naik melihat keadaan Darlene yang sudah berubah itu.

"Kau kenapa ?", tanya Hayden mendatar.

"Kenapa apa sir ? Saya rasa saya still sakit lagi lah", kata Darlene sambil mengambil tempat di atas katil.

"Sakit apa ?", tanya Hayden masih mendatar.

"Sir... It was a nightmare for me", kata Darlene sambil tersenyum nipis. Lelakinya itu nampak berbeza. Lelaki itu seperti tidak tahu apa-apa.

Hayden yang mendengar itu hanya mampu terdiam. Nafas turun naik dengan laju. Dia sudah dapat mengagak apa yang lelaki itu sudah buat pada isterinya. Fuck ! Itu sepatutnya hak aku lah sial !!

"Sir...", panggil Darlene lembut.

Hayden tidak menyahut malah terus melangkah masuk ke dalam bilik baju. Almarinya dibuka sebelum sekeping nota kecil dicapai dan dibaca.

Thank me later,
killeR ángel

Hayden melangkah keluar dari bilik baju sebelum terus berdiri di hadapan Darlene.

"Kau ni tak reti nak bergaul ke ? Dah tak reti nak keluar bilik ?!", tanya Hayden kuat sebelum terus melangkah keluar dari bilik. Pintu dihempas dengan kuat.

Darlene hanya mampu terdiam. Terkejut dengan suaminya yang tiba-tiba naik berang. Bukannya dia tidak mahu bergaul, tetapi dia rasa terlalu rendah apabila berada bersama Avrin dan Erika. Mereka tidak sama.

"Kenapa bro ?", tanya Jayden yang berada di ruang tamu.

Nafas Hayden masih turun naik sebelum dia menoleh ke arah Jayden.

"Dia memang dah mencabar kesabaran aku", kata Hayden sebelum terus melangkah keluar dari rumah itu.

Jayden hanya memerhati Hayden yang semakin hilang dari pandangan.

                   Hayden membuka pintu keretanya sebelum dia terus melangkah keluar dari kereta. Pintu keretanya dihempas dengan kuat. Dia kini berada di tempat parkir atas bumbung di hujung bandar New York.

                   "Que quieres de mi ? (Apa kau nak dari aku ?", tanya Hayden dingin.

                    "Hola Hayden", kata lelaki itu mendatar. Badan elok bersandar pada kereta miliknya, BMW I8. Spek mata hitamnya dinaikan ke dahi sebelum kedua belah tangnnya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

                     "Aku bagi amaran dekat kau, jangan sentuh bini aku", kata Hayden dingin.

                    "Apa yang kau boleh buat ?", tanya lelaki itu sinis.

                    "Jangan cabar aku", kata Hayden mendatar.

                   "Apa kau mampu buat kalau aku cabar kau ?", tanya lelaki itu lagi.

                   Hayden hanya mampu terdiam dengan soalan itu. Benar, apa yang dia mampu buat jika nak dibandingkan dia dan lelaki itu ?

                   "Kalau kau tak puas hati dengan aku, tak perlu libatkan orang lain. Diorang tak bersalah", kata Hayden sebelum melangkah ke arah keretanya.

                   "Tak sangka kau dah ada saraf ketakutan", kata lelaki itu masih sinis.

                    Hayden yang mendengar itu terus berhenti melangkah. Kepala menoleh semula ke arah lelaki itu.

                  "Aku dilahirkan tanpa rasa takut dan belas kasihan", kata Hayden dingin.

                  "Kau yakin ke ? Sebab aku nampak kau dah berbeza", kata lelaki itu sambil melangkah mendekati Hayden.

                    "Kau takut kehilangan perempuan tu kan ?", tanya lelaki itu sambil merenung anak mata helang milik Hayden.

                     "Ianya takda kaitan dengan kau", kata Hayden sambil matanya menangkap tubuh anak-anak buah lelaki itu yang sedang menyorok di atas bangunan sebelah. Masing-masing elok bersedia bersama rifle masing-masing. Bila-bila masa sahaja Hayden bakal ditembak mati.

"Apa yang kau fikir kau nak buat ? Sekarang kau dah nampak ? Kalau kau sentuh aku sikit je, bini kau takkan jumpa kau dah lepasni. Yang dia akan jumpa hanyalah, mayat Mark Hayden William", kata lelaki itu sinis.

Nafas Hayden turun naik. Memang silap dia datang ke situ seorang diri.

Bukk !!!

Hayden ditumbuk dengan kuat sehingga lelaki itu tersungkur di atas lantai. Bibirnya pecah sehingga darahnya mengalir keluar.

"Come on dude. Solo un poco (Tu baru sikit)", kata lelaki itu sambil membetulkan jaket kulit hitamnya.

Hayden menyeka darah dari bibirnya sebelum dia berdiri semula.

"Kalau berani, lawan aku sorang. Bukannya dengan anak-anak buah kau sekali, you such a pussy", kata Hayden dengan senyuman sinis.

"Bueno (Okay)", kata lelaki itu sambil menanggalkan jaket kulitnya. Jaket kulit itu dicampak ke atas lantai. Tangannya memberi isyarat supaya anak-anak buahnya tidak masuk campur.

Hayden meregangkan ototnya sebelum mata helangnya bertentang mata dengan mata helang lelaki itu.

"No lo sientas (Jangan menyesal)", kata lelaki itu sebelum mengangkat kakinya untuk menyepak kepala Hayden.

"Never", kata Hayden sebelum dengan pantas dia menunduk dan terus menarik sebelah lagi kaki lelaki itu. Lelaki itu tersungkur di atas lantai sebelum dengan mudah dia bangun semula menggunakan tangan.

"Hahaha", lelaki itu melepaskan tawanya sebelum memusing 360 darjah dan mengangkat lagi kakinya untuk menyepak kepala Hayden lagi.

Sepakannya yang pantas itu terkena kepala Hayden sebelum Hayden sempat mendarat menggunakan tangannya. Dengan pantas dia mengangkat kedua belah kakinya sebelum kedua-dua belah kakinya laju menyepak perut lelaki itu.

"Tak sangka kau masih berbisa", kata lelaki itu. Perutnya dipegang sebelum dia meluru lagi ke arah Hayden yang sedang mencangkung..

"Always", kata Hayden sebelum dia membuat lompatan balik kuang secara menegak sekaligus menyepak kepala lelaki itu dengan kuat sehingga lelaki itu rebah ke atas lantai.

"You knew how to use weapon, but not your body. Shame on you", kata Hayden sebelum meluru ke arah lelaki yang sedang terbaring itu.

Bukk !!!

Satu sepakan kuat mengena kepala lelaki itu. Darah mula tersembur keluar dari mulutnya.

"This is for my wife", kata Hayden sebelum menyepak sekali lagi kepala lelaki itu.

Bukk !!

"Uhuk ! Uhuk !", lelaki itu terbatuk-batuk mengeluarkan darah yang sudah penuh di dalam mulut.

Lelaki itu dengan pantas berguling sebelum dia bangun dari baringnya.

"I always the best among the best", kata lelaki itu sebelum dengan pantas melompat ke arah Hayden dan menyiku belakang tengkuknya.

"Arghhh...", Hayden mengerang kesakitan sebelum dia terduduk.

Lelaki itu tersenyum sebelum dia berjalan mengelilingi Hayden.

"Aku tak kisah kalau kau nak jadi yang terbaik", kata Hayden mendatar.

"Tapi jangan sentuh isteri aku lah sial", kata Hayden sebelum dia memegang kaki lelaki itu dan terus memanjat lelaki itu secara terbalik. Kepala lelaki itu dikunci di dalam genggaman kakinya sebelum dia berpusing dengan pantas dan mencampak lelaki itu menggunakan kakinya.

Lelaki itu tercampak agak jauh sebelum Hayden melangkah mendekati lelaki itu.

Bukkk !!!

Sekali lagi lelaki itu disepak kuat oleh Hayden.

Hayden kemudian terus mencangkung di sebelah lelaki itu.

"Kau salah orang sebab nak lawan dengan aku", kata Hayden mendatar.

"Huh ! Kau fikir kau siapa ? Belum tiba masanya untuk aku kalah kau lagi", kata lelaki itu dengan senyuman sinis.

"Jangan ganggu keluarga aku", kata Hayden sebelum dia terus bangun mahu melangkah pergi.

Lelaki itu duduk dari baringnya sebelum dia memberi isyarat tangan supaya anak-anak buahnya melepaskan tembakan.

Bang ! Bang ! Bang ! Bang ! Bang !

"The fuck ?", kata lelaki itu selepas menyedari kehadiran seseorang.

Hayden menunduk dan menutup matanya tetapi langsung tidak terkena tembakan.

"Hi baby. Lain kali keluar, bagitahu dulu", kata Spencer yang berada di tempat duduk pemandu.

"Ugh... Rosak hari aku tengok muka kau", kata Hayden yang menyedari kereta yang dipandu oleh Spencer itu telah menjadi pelindung antara dia dan tembakan-tembakan dari syaitan-syaitan itu.

"Masuklah cepat. Aku datang pun kira mujur tau", kata Spencer mendatar.

Dengan pantas Hayden melolos masuk ke dalam kereta sebelum Spencer menekan pedal minyak dengan kuat.

"Kereta siapa pulak kau curi ni ?", tanya Hayden yang sudah berada di dalam kereta.

"Eh ? Sorry sikit okay ! Ni kereta aku", tipu Spencer dengan wajah yang dibuat-buat serius.

"Bila masa kau ada kereta kalis peluru ?", tanya Hayden yang sudah tahu dengan penipuan Spencer itu.

"Alah kau ni. Entah kereta siapa aku rembat. Tapi kira mujur aku datang selamatkan kau tau !", kata Spencer yang sedang memandu.

"Thanks bro. Macam mana kau tahu aku ada dekat situ ?", tanya Hayden mendatar. Kesan darah di bibirnya dilap menggunakan lengan kemeja putihnya.

"This is Spencer. I knew everything", kata Spencer dengan kening yang dinaikkan sedikit.

Hayden hanya menjelingkan matanya selepas mendengar jawapan Spencer.

Lelaki itu hanya memerhati kereta bewarna emas yang mengambil Hayden itu berlalu pergi. Perlahan-lahan dia tersenyum nipis.

Hayden dan Spencer melangkah masuk ke dalam rumah sebelum menyedari semua orang sudah berada di ruang tamu.

"Kau pergi mana ? Kau ni dah gila ke ?", tanya Ariq sebelum dia terus menumbuk Hayden dengan kuat.

Bukk !!!

Hayden terteleng ke kanan sebelum dia menoleh semula ke arah Ariq.

"Sir...", panggil Darlene yang sedang berdiri di tepi sofa.

"Frandy, dah lah tu", kata Aryan sambil memegang tangan Ariq.

"Kau ingat kau dah hebat sangat ke nak lawan dia sorang-sorang ?! Kalau apa-apa jadi dekat kau, siapa nak tanggung sial ?!", kata Ariq kuat.

Jayden, Spencer, Erika dan Avrin hanya mampu melihat adegan itu dengan mulut yang berkunci.

"Dah lah tu", kata Aryan sambil menarik tangan Ariq.

"Kalau Spen tak tahu kau pergi mana, agaknya dah jadi mayat dah kau ni !!", jerit Ariq lagi.

Hayden hanya mampu terdiam. Salah dia juga membahayakan diri sendiri.

"Dah lah tu...", kata Erika sambil memegang tangan suaminya.

Perlahan-lahan Ariq berpaling sebelum melangkah mahu meninggalkan ruang tamu.

"Kau takkan pernah faham", kata Hayden tiba-tiba.

Ariq yang mendengar itu terus berhenti melangkah sebelum dia menoleh semula ke arah Hayden.

"Apa ? Lelaki tu dah rogol bini kau ke sampai kau nak angin sangat ?", tanya Ariq dalam nada perli.

Darlene yang mendengar itu hanya mampu terdiam. Rogol apa ni ?

Hayden yang mendengar perlian Ariq itu hanya mampu mendiamkan diri. Memang ! Memang dia dah rogol bini aku lah sial !! Kau tahu apa ?!! Tak !! Kau tak tahu apa-apa !!!

"Bodoh", kata Ariq sepatah sebelum dia terus melangkah meninggalkan ruang tamu.

"Sabar bro. Kau kenal Frandy tu macam mana. Dia memang emosi sikit. Kejap lagi baik lah tu", kata Aryan sambil menepuk bahu Hayden beberapa kali.

"Dia cuma terlebih risaukan you Hayden", kata Erika sebelum dia turut melangkah meninggalkan ruang tamu.

"Memang salah aku pun. Dahlah. Aku nak rehat", kata Hayden sebelum terus melangkah meninggalkan mereka semua di ruang tamu.

"Sir....", kata Darlene perlahan. Mata memerhati Hayden yang sudah naik ke tingkat atas.

Perlahan-lahan Darlene membuka pintu bilik sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Hayden yang sedang duduk di atas katil diperhati.

Tak sanggup melihat suaminya itu dengan penuh kesan darah di baju. Bibir pecah, lebam sana sini. Rambutnya serabai. Wajahnya kelihatan penat sekali.

"Sir, nak saya tolong ?", tanya Darlene sambil mengambil tempat di sebelah Hayden.

Hayden hanya mendiamkan diri sambil menanggalkan kemeja putihnya sebelum kemeja itu dicampak ke atas lantai.

"Saya tak sanggup nak tengok sir luka-luka macam ni... Meh saya tolong sapukan ubat", kata Darlene sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu untuk mengambil peti kecemasan.

Hayden hanya mampu terdiam. Aku lagi tak sanggup tengok kau diperkosa dengan musuh aku sendiri. Sial lah !

"Arghhhh !!!", jerit Hayden sebelum dia meraup wajahnya dengan kasar.

Selang dua minit, Darlene muncul semula dengan peti kecemasan di tangan.

"Kita letak ubat sikit eh ?", kata Darlene sambil tangannya sibuk membuka botol ubat.

Perlahan-lahan Darlene memegang wajah Hayden sebelum bibir lelaki itu diusap sedikit.

Hayden hanya mampu mendiamkan diri. Dia bahagia, tetapi dia juga derita.

"Sakit ?", tanya Darlene sambil menyapu ubat di bibir Hayden.

Hayden tidak menjawab malah hanya menggelengkan kepalanya.

"Lepasni janganlah buat orang risau lagi. Boleh ?", kata Darlene lembut.

"Hmm", jawab Hayden malas. Kau tu yang buat aku risau tiap-tiap hari. Haih...

"Sir...", panggil Darlene lembut.

"Hmm. Aku nak mandi. Kau pergilah tidur", kata Hayden mendatar sebelum terus berdiri dari duduknya.

Dengan pantas Darlene memegang tangan Hayden. Hayden berhenti melangkah sebelum dia menoleh ke arah Darlene.

"Saya sayangkan sir... Tolong jangan buat saya risau lagi lepasni... Janji ?", kata Darlene lembut.

"Janji. Dahlah, lepas. Aku nak pergi mandi ni. Ke kau nak mandi sekali ?", tanya Hayden mendatar.

"Ish ! Sir ni !", kata Darlene sebelum dia melepaskan tangan Hayden.

Hayden terus menyambung langkahnya untuk ke bilik air. Perlahan-lahan dia mengukir senyuman nipis.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro