Bab 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

              "Bro...",tegur Ariq sebelum dia melangkah ke arah katil Hayden.

                 "Siapa kau ?," tanya Hayden mendatar.

                 Oh bullshit.

"Kau ingat kelakar ke ?", tanya Jayden yang turut melangkah ke arah katil Hayden.

"Hahahahahaha", Hayden melepaskan tawanya terbahak-bahak.

"Bodoh. Kau ingat ni drama indon ke nak hilang ingatan bagai ?", kata Ariq penuh sinis.

"Manalah tahu kan ? Boleh lah Darlene mintak tolong dengan ikan emas lepasni", kata Jayden pula.

"Tak pun mintak tolong dengan buk peri", sambung Spencer.

Hayden hanya tersenyum nipis. Pedih hatinya melihat isterinya itu menangis disebabkan dia. Tetapi apakan daya ? Seronok pula hahaha.

"Jangan haraplah kau nak hilang ingatan bagai. Kalau kau hilang ingatan, siapa yang nak buat kerja lepasni ?", tanya Ariq mendatar. Hayden lah tulang belakang keluarga itu. Kalau dia hilang ingatan, siapa yang mahu menggodam semua CCTV di seluruh dunia ? Pokok kaktus ? Siapa yang mahu menjadi Headhunter di dalam kumpulan ? Ikan sardin ?

"Apasal balut kaki, tangan, kepala bagai ni ? Bukannya kau kena langgar dengan trelar pun", kata Aryan yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

Hayden hanya tersenyum lebar. Benar, dia seorang eagle eye. Menipulah jika kata dia tidak nampak sebuah trelar meluru laju ke arahnya. Malangnya dia sempat melompat keluar dari kereta sebelum keretanya dirempuh laju. Tetapi selepas dia melompat keluar, dia dilanggar pula oleh sebuah kereta yang dipandu laju oleh....

"Kau yang langgar aku sial", kata Hayden kepada Ariq.

"Astghfirullahalazim... Apa kau cakapkan ni Hayden ? Bawak mengucap. Kau sedar tak apa yang kau cakap ni ?", kata Ariq yang acah-acah alim itu. Dia punya munafik, Abuja pun kalah.

"Kepala hotak kau lah. Kau ingat aku tak kenal kereta kau ke ?", kata Hayden mendatar.

"Hahahaha. Woi anjing, manalah aku tahu kau nak berguling-guling macam nangka busuk dekat atas jalan tu. Aku tengah full-speed kot masa tu, manalah sempat nak break", kata Ariq dengan wajah yang dibuat-buat tidak bersalah.

"Lain kali tak payah nak bawak kereta laju sangat. Rumah tu tak lari lah", celah Aryan mendatar. Tangan dilipat ke dada.

"Ah sial kau punya nasihat munafik. Kau lupa ke kau pernah libatkan dia dalam kemalangan jugak ?", kata Ariq mendatar. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Tu cerita dulu", kata Aryan dengan senyuman nipis.

"Dahlah. Kau tahu tak siapa yang langgar aku tu ?", tanya Hayden mendatar.

                  "Akulah", jawab Ariq mendatar.

                  "Anjing. Bukan tu maksud aku. Maksud aku yang bawak trelar tu. Siapa ?", tanya Hayden lagi.

                 "Oh... Cakaplah awal-awal. Tu Harry", kata Ariq mendatar.

                "Harry ? Aku ingatkan...", kata Hayden sebelum ayatnya dipotong.

                "Killer angel ? Aku pun ingat dia. Tapi rupanya dia ada dekat rumah sedap tengok TV drama korea", potong Ariq.

                "Bodoh. Habistu kenapa korang tak bunuh je Harry tu ?", tanya Hayden masih mendatar.

                 "Aku tak bunuh orang", jawab Aryan mendatar.

                 "Aku dah insaf", kata Ariq pula.

                 "Aku buat magic, bukan pembunuh", kata Spencer pula.

                  Dengan serentak mata masing-masing menoleh ke arah Jayden yang sedang berdiri tegak di tepi katil.

                 "Aku dah kejar dia lah sial. Tapi tertembak tiang elektrik pulak", kata Jayden jujur.

                 "Kau ni hampeh lah. Berapa lama kau belajar menembak ? Nak tembak tangki minyak trelar pun susah ke ?", kata Ariq sambil melangkah ke arah Jayden.

                  "Jangan sentuh aku", Jayden memberi amaran selepas menyedari Ariq sedang menghampirinya.

                  "Sepatutnya kau yang berada kat tempat Hay sekarang ni tau ! Kalau Hay yang tembak tu, confirm dah mati dah makhluk neraka tu", kata Ariq sebelum dia menarik-narik rambut perang coklat milik Jayden.

                  "Sakitlah !! Woi rosaklah rambut aku !!", jerit Jayden dengan tangan yang cuba mengalih tangan Ariq.

                    Hayden, Spencer dan Aryan hanya memerhati. Masa ni lah diorang nak bergaduhnya. Haih...

                   "Kau yang patut accident tahu tak ?! Hidup tak habis-habis menyusahkan orang !", kata Ariq lagi.

                   "Aku ke kau yang menyusahkan orang ?!", jawab Jayden lagi.

                  "Oh dah pandai melawan sekarang. Siapa yang ajar kau melawan ni haa ?! Nak kena campak masuk neraka ke ?!", kata Ariq sebelum dia menyepak punggung Jayden dengan kuat.

                  Ktakk...

                  Mereka semua menoleh ke arah pintu yang sedang dibuka dari luar itu sebelum bergerak dengan pantas.

                  Darlene, Erika dan Avrin melangkah masuk sebelum masing-masing memandang ke arah Jayden yang sedang menangis di tepi katil. Ariq pula sedang memegang kedua belah bahu milik Hayden.

                 "Apasal kau tak ingat aku ?!! Aku ni Frandy !!! Ingatlah !!!", jerit Ariq sambil menggoncang bahu Hayden.

                 "Abangku... Aku dah tak wujud lagi dalam ingatanmu wahai abangku...", kata Jayden yang sedang teresak-esak.

                 "Ingat tak, dulu kita main masak-masak bersama-sama ? Ingat tak ?!", kata Spencer yang berada di tepi katil. Tangan kiri Hayden digenggam dengan kuat.

                 Aryan pula hanya memerhati. Over gila kot. Rasa nak sepak je.

                 Hayden hanya mendiamkan diri. Geram nak campak masing-masing ke tingkat bawah.

                "Macam mana dengan Hay...?", tanya Darlene perlahan.

                "Dia tak ingat apa-apa. Dia tak ingat apa-apa ! Allahuakbar !!", kata Ariq sambil meraup wajahnya.

                "Besarnya dugaan buatku... Besarnya dugaan...", kata Jayden pula.

                 Darlene hanya mampu terdiam. Agak pelik dengan keadaan mereka yang tiba-tiba sedih terlampau itu. Padahal tadi merekalah yang paling tenang sekali.

                 "Hayden... Cakap sikit Hayden... Cakap sikit !!!", kata Ariq sambil menggoncang bahu Hayden dengan kuat.

                  Hayden memandang Ariq dengan mata helangnya. Aku ni dahlah baru lepas kena langgar. Kau goncang aku macam sial lah. Kau ingat tak sakit ke babi.

                "Kau siapa ?", kata Hayden mendatar. Win.

                 "Allahuakbar !!!!!", jerit Jayden, Ariq dan Spencer serentak. Mata masing-masing pandang ke atas.

                 Aryan hanya mampu terdiam. Weh seriuslah ni orang-orang atasan syarikat aku ? Apahal makin lama makin sial sekor-sekor.

                 Erika dan Avrin juga turut memerhati. Rasa nak tergelak pun ada bila melihat kebodohan mereka.

                "Aku tak sanggup lagi nak duduk dengan Hayden yang tak kenal siapa aku. Aku nak balik. Lapar. Bye", kata Ariq sebelum dia terus melangkah keluar dari bilik itu.

                 Darlene hanya memerhati. Aik ? Macam tu je ?

                "Bersabarlah wahai manusia baru lahir. Tak lama lagi kau akan ingat siapa aku. Akulah adik kembar kau yang sentiasa ada ketika kau susah mahupun senang. Akulah yang beri segala-galanya. Akulah yang sanggup berkorban nyawa untuk kau", kata Jayden sebelum dia turut melangkah keluar dari bilik itu.

                 "Tak lama lagi kau akan sedar, bahawa akulah yang paling kacak di kalangan kita. Semoga berjaya mengingati alam barzakh. Assalamualaikum", kata Spencer sebelum dia juga turut melangkah keluar dari bilik.

                 Hayden hanya mampu terdiam. Sumpah rasa nak baling katil kat diorang ni. Melampau sangat lakonan tu.

                "Jomlah. Kita balik dulu. Biar Lene jaga Hayden kat sini", kata Aryan kepada Avrin dan Erika.

                "Okay", kata Avrin dan Erika serentak sebelum mereka bertiga melangkah keluar dari bilik Hayden.

                "Awak ?", panggil Darlene lembut.

                 Hayden tidak menyahut malah hanya memerhati.

                "Saya... Saya isteri awak", kata Darlene yang sudah pun berdiri di tepi katil Hayden.

                "Yeke ? Aku ada isteri ke ?", tanya Hayden mendatar.

                "Ada... Sayalah isteri awak", kata Darlene lembut.

                "Okay", kata Hayden sepatah. Dia kemudian menoleh ke arah meja kopi di dalam bilik itu.

"Awak nak makan ? Saya suapkan, nak ?", kata Darlene lembut.

"Hmm", jawab Hayden malas.

"Sorry saya keluar kejap tadi. Saya pergi ambil ubat luka dekat Erika", kata Darlene sambil mencapai makanan yang sudah lama terhidang buat Hayden itu.

"Buat apa ubat luka ?", tanya Hayden sambil memandang ke arah Erika yang sedang membelek makanan menggunakan sudu. Aik ? Mana datang Erika pulak ni. Maaf, itu Darlene. Author dah bodoh berjangkit dengan Ariq.

"Saya ada luka sikit. Awak mesti tak tahu. Tapi nanti saya cerita ye ? Awak makan dulu", kata Darlene sambil menyuap bubur ke arah Hayden.

"Apa ni ?", tanya Hayden mendatar. Mata memandang bubur yang disuap oleh Darlene dengan jijik.

"Bubur. Porridge. Kenapa ?", jawab Darlene bersama soalan.

"Taknak lah. Bagi lah makanan sedap sikit. Aku taknak makan bubur", kata Hayden sambil menoleh ke arah lain.

"Awak tu sakit... Makanlah bubur ni sikit", pujuk Darlene lembut.

"Apa ingat drama ke setiap kali sakit kena makan bubur. Taknak. Beli makanan lain", kata Hayden mendatar.

"Hmm... Baiklah... Kejap lagi saya datang balik ya ?", kata Darlene lembut dan terus melangkah keluar dari bilik itu.

Hayden hanya memerhati gadis itu pergi. Dia nak pergi beli betul-betul ke ? Aku main-main je tadi. Haih...

Hayden hanya merenung ke luar tingkap. Perlahan-lahan dia melepaskan nafas berat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro