BAB 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Langkahku hentak menuju ke kelas yang terletak tidak jauh dari tangga. Rasa geram dan marah bagaikan berlaga tatkala mengingati apa yang terjadi sebentar tadi. Huh, tiba-tiba pula aku rasa menyesal untuk ponteng kelas makmal. Pfft..

Keluar sahaja tandas, aku terus bertemu dengan jasad si ketua pengawas kerek, si Syed Haris itu. Tiba-tiba ,okay?! Bukan secara sengaja. Aku ingat kalau jumpa.. tak adalah hye-hye bye-bye gitu tapi tiba-tiba saja si Haris itu rajin pula nak tegur aku.

Baru aku nak beredar dari situ, lelaki itu terus seru nama aku. Nak tak nak terpaksalah juga aku berpaling pada dia sambil buat muka malas nak layan.

"Apa pula kesalahan aku kali ni?" soal ku dengan muka penuh jengkel.

Haris diam seketika. Matanya masih tak berkalih memandang ke arahku. Yang paling pelik itu, senyuman penuh makna yang dia berikan pada aku itu. Entah kenapa, meremang pula bulu roma aku tengok.

"Kau memang banyak buat kesalahan cuma kau aje yang tak sedar." balas nya dengan penuh nada yang aku rasa terselit beribu makna.

Aku sudah jongket kening. Muka tak puas hati aku tayang sambil tanganku pula sudah bersilang bawah dada.

"Apa aje kesalahan aku? Ponteng kelas? Mencuri? Merompak?!" satu persatu kesalahan berat itu aku sebut. Kononnya, nak perli.

Kali ini, sengihan Haris makin senget. Dengan mata yang masih tak beralih dariku, dia datang mendekat. Bila dia buat begitu, aku sudah pandang hairan. Pelik dan seram, bila si Haris itu tiba-tiba berkelakuan begitu.

"Kau anti sangat dengan aku itu kenapa?" soalnya dalam nada meninggi.

Makin bertambah kerutan di dahiku. Tadi kesalahan dan sekarang ni pula.. anti dengan dia?! Sat, sat.. aku memang sejak dulu lagi dah anti dengan dia and aku rasa benda itupun dia sudah tahukan?

Pfft.. pura-pura hilang ingatan ke apa mamat ni?

Siapa aje yang suka perangai gila kuasa si Haris itu?! Harap saja ada rupa tapi perangai macam Hareemm..

"Apsal tiba-tiba kau cakap macam itu pula? Apa bukti aku anti dengan kau?" aku sudah tagih jawapan.

Haris mengetap bibir. Namun, tak lama lepas itu, tawanya berhamburan. Nada nya kedengaran sinis. Aku sudah tayang muka hairan. Apakah?

Aku buat lawak hambar ke tadi?

"Kau fikir semua orang hamak sangat ke nak pergi majlis hari jadi kau itu? Tolonglah.. setakat perempuan acah diva macam kau ni, orang pandang sebelah mata aje. You're nothing, girl.." celanya sebelum meninggalkan aku terpinga-pinga di situ.

Nothing membawa maksud tak ada apa-apa. Dia cakap aku ni apa? Tak ada kelebihan, tak bagus?! Berani dia panggil Nurul Warda Zafira sebagai orang yang tak ada apa-apa?! Heiy!! Dia ingat dia bagus sangat ke?!

Setakat baca ikrar semasa perhimpunan itu, semua orang mampu kot. Setakat catat nama pelahar lewat, aku pun boleh buat sebelah mata. Dia kata aku nothing?, habis itu.. dia itu apa? Bagus sangatlah?

Disebabkan terimbau apa yang si Haris katakan tadi, aku terus niat taknak masuk makmal Biologi. Huh.. tak ada mood nak belajar fasal bahagian tumbuhan bagai. Tak minat dan tak sudi. Bosan.

Ketika, aku mahu masuk ke dalam kelas. Langkahku mati apabila mataku terus tertumpu ke arah kelibat seorang lelaki berada dalam kelas aku itu.

Dia nampak begitu santai. Dengan kakinya yang bersilang atas meja sambil telinga disumbat earphone. Yurp, nampak cool dan berani. Yalah, siapa aje yang berani main phone depan-depan dalam kelas? Tak ada sensored langsung.

Ini adalah kali pertama.

Perlahan-lahan aku mendekat. Mataku masih tak lepas menatap lelaki itu. Berharap dia akan berkalih pada aku. Dan.. yurp, dia kerling ke wajahku sebelum dengan muka tanpa perasaannya, dia tatap telefon pintarnya semula.

Pfft.. berlagaknya.

Aku cuba endahkan. Tempat duduk ku yang berada di belakangnya, aku tempati. Seperti dia, aku juga turut mengeluarkan telefon pintarku namun aku masih sorok-sorok. Tak berani nak buat hal.

Al-maklumlah, telefon aku pernah kena tahan sebulan di bilik disiplin. Semua itu berlaku gara-gara si Haris kerek itu.

Suasana hening antara aku dan dia itu buat aku terasa janggal. Sesekali mataku melirik ke arah skrin telefon nya, walaupun tak berapa nak jelas namun aku boleh nampaklah animation game bergerak. Ala-ala mobile legend gitu.

Lama keadaan hening itu berlangsung sebelum tiba-tiba sahaja deheman kecilnya kedengaran. Aku yang sedari tadi ralit memerhatikan gelagatnya itu, tergopoh-gopoh melarikan mata ke tempat lain. Fuh.. sempat.

"Asal kau tak masuk makmal?" itu adalah soalan pertama yang aku dapat dari mulut Encik Hairil selama kami menjadi rakan sekelas.

Aku yang bagaikan terpana hanya diam untuk seketika. Walaupun dia tak pandang aku dan masih membelakangi namun aku rasa bertuahlah kerana dia tanya. Mungkin aku orang pertama yang dia ajak berbual ke? Kan?

"Ponteng. Kau?" soalan berbalas soalan.

Hairil diam sejenak. "Kau rasa?"

"Ponteng?"dugaku yang aku pasti jawapannya seratus peratus betul. Ada alasan lain ke?

Hairil tidak menyahut. Dia masih leka dengan telefon pintarnya. Jelas kelihatan kepantasan jarinya menari di atas skrin telefonnya.

Suasana hening kembali menghurung ruang antara kami. Janggal namun aku cuba tepis jauh. Berharap agar perbualan itu takkan berhenti separuh jalan.

"Kau tak takut ke kalau kena tangkap sebab ponteng kelas?" soalku mahu tahu.

Aku dengar kesinisan sengihnya. Nampak seperti tak peduli pada denda ataupun akibat daripada perbuatannya. Masih selamba seperti tadi.

"Buat apa nak takut? Bukan diorang boleh buat apapun kalau dapat tangkap aku." jawapannya kali ini sedikit bersahaja namun nadanya masih menyindir.

Pfft.. yakin aje si Hairil ni.

Dia tak kenal lagi perangai pengetua sekolah ni macam mana. Tegas bukan main, pelajar buat salah sikit.. denda. Senang cerita, pengetua sekolah ini lagi garang daripada guru disiplin. Mungkin sebab itulah, kes pelajar di Sekolah Orhan Hills ni jarang-jarang kedengaran. Kalau adapun, tak banyak.

Tak semena, aku terimbau kejadian beberapa hari yang lalu. Ketika aku menjadi saksi di mana Hairil ditampar oleh pengetua sekolah. Hmm.. mungkin, Hairil sudah kenal kot dengan perangai garang pengetua. Jadi, disebabkan kejadian itu, dia nak protes. Maybe?

"K-kau.." belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, tiba-tiba sahaja Hairil bangun lalu meninggal kan kelas secara drastik.

Aku sudah terpinga melihat gelagat nya itu. Pelik?
...
Tersenyum lebar bibir aku apabila mama bawa aku ke kedai bakeri yanh ditugaskan untuk menyiapkan kek harijadi aku. Dengan warna ungu pinkishnya, memang sangat menawan. Sesuai sangatlah dengan orangnya. Menawan dan tertawan.

Selesai sahaja melihat kek tersebut, aku dan mama meluangkan masa bersama dengan pergi ke pusat membeli belah. Hmm.. inilah lumrah seorang wanita. Barang sudah memadai pun masih nak tambah lagi. Tak reti nak bersyukur dengan apa yang ada.

Aku dengan mama memang rajin pergi shopping. Memandangkan hari ini mama tak berapa sibuk dengan kawan-kawannya jadi, kami pun luangkan masa bersama.

Sambil berjalan, sempat juga mata kami rambang melihat satu persatu koleksi yang dihidangkan oleh butik dalam mall tersebut. Dari kasut sampailah ke rantai gelang, kami belek.

Bila belek, nafsu nak membeli pula datang. Well, nafsukan.. kalau tak diturutkan, rasa tak seronoklah pula.

Setelah hampir dua jam kami membeli belah, akhirnya ibu meminta aku untuk berhenti berehat. Kami singgah di cafe Coffee Beans yang terletak tidak jauh dari butik pakaian yang kami jejaki tadi.

Selesai membuat pesanan, aku terus pandang mama. Tertarik untuk dengar perjalanan sambutan harijadi aku esok. Pastinya meriah dan mahal. Itu, aku pasti.

"Hmm, Warda rasa tak sabar pula nak tunggu hari esok ma. Tak sabar nak pakai gaun baru yang mama pilihkan tadi. Mesti cantik." pujiku apabila terbayangkan aku memakai gaun biru paras lutut yang mama belikan itu.

Mama tersenyum mendengarnya. "Sayang mama ni kalau pakai apapun nampak cantik. Sama macam mama dulu-dulu." sempat wanita itu ungkit cerita zaman mudanya.

Tak dapat dinafikan, mama semasa muda memang lawa orangnya. Kulit putih melepak, badan tinggi ramping, mulut nipis pinkishnya itu.. senang cerita gadis idaman semualah. Nasib baik papa dapat mama. Papa pun apa kurangnya. Mungkin sebab itulah gene nya turun ke aku. Cantik, comel persis Dato' Siti NurHaliza masa muda dulu.

"Owh, mama lupa nak beritahu kamu. Papa pun ada ajak keluarga Tan Sri Johari sekali." pesan mama sebelum meghirup minumannya yang telah tiba.

Terpaku aku di situ bila mama sebut nama Tan Sri Johari. Lelaki itu merupakan abang kandung kepada papa. Dia ajelah satu-satunya keluarga yang aku ada di belah papa. Tan Sri Johari memiliki seorang anak lelaki dan namanya adalah Mikhael Ahmad, sepupu lelaki aku a.k.a pernah merangkap menjadi kawan baik aku semasa zaman kanak-kanak dulu.

"Tapi, abang Mikha tak ikut sekali kan? Maksud Warda.. dia, masih kat rumah kawan dia kan?" soalku ingin tahu. Teringat pula cerita tentang Mikhael bulan lepas.

"Itu mama tak pasti sangat. Rasanya, abang Mikha kamu itu masih kat Johor lagi kot." balas mama.

Serentak jawapan mama mengundang rasa lega dalam hati aku. Fuh.. selamat!

Tanpa aku sedar, mama perhati saja gelagat aku itu. Senyum penuh maknanya terukir.

"Kenapa tiba-tiba kamu tanya fasal abang Mikha kamu itu? Risau jumpa dia ke?"soalan cepumas mama itu buat aku telan liur.

Wajah yang tadi cuak cepat aku selindungkan dengan riak selamba ku. Bagi memantapkan lagi lakonanku,  aku capai cawanku lalu airnya aku hirup.

"Taklah. Warda saja tanya." balasku dalam nada penuh terkawalnya.

Mama hanya senyum. Aku sudah resah dalam hati. Aku yakin, jawapan aku itu mama takkan terima bulat-bulat.
...




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro