BAB 26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pintu rumah dibuka dan terus mataku terpaku melihat keindahan dekorasi dalam rumah tersebut. Ruangnya sudah berperabot dan gayanya juga nampak sangat eksklusif. Tak sangka pula, abang Mikhael sempat buat semua ni. Hmm, cantik aje dia hias. Dekorasi nya juga nampak matang.

"Dalam rumah ni, kita tak perlu tidur sebilik." kata-katanya itu menjedakan gelagat terujaku.

Terus mata coklatku mengalih pada lelaki itu. Dahiku sudah berkerut. Tak payah tidur sebilik? Hmm, maksud nya.. kami tidur asing?

"Tak perlu tidur sebilik? Maksud abang, bilik kita asing ke?" soalku ingin tahu.

Sebuah anggukan Mikhael berikan. Tanpa banyak kata, langkahnya diatur ke salah sebuah pintu yang tertutup. Aku pula menurutinya dari belakang.

Pintu tersebut dibukanya lalu langkahnya diatur masuk. Sempat mataku meliar ke segenap ruang dalam bilik itu. Watdehek?! Siapa pula yang tidur dalam bilik budak ni?!

Yurp, bilik itu memang bilik budak! Dengan pelekat bunga-bunga Hello Kitty nya itu, dengan katil warna merah jambunya dan tak lupa juga warna dinding merah cair itu. Pfft.. serupa macam bilik budak 10 tahun.

"Ini bilik Warda." jawapannya itu mengundang reaksi tercengang daripadaku.

Erk? Seriouslah?! Bilik pinky ni bilik aku? Dia saja nak cari gaduh ke apa?
Aih, gurau kasar nampaknya abang Mikhael ni.

Keningku sudah terjongket ke atas. Muka penuh tak puas hatinya, aku tayang.

"Bilik ini, bilik Warda?" aku masih mahukan kepastian.

Sekali lagi, lelaki itu mengangguk. Sempat raut wajahku ditiliknya sebelum senyuman pendeknya terukir. Tiba-tiba pula rasa kelakar tengok muka frust aku.

"Macam tak suka aje dengan bilik ini. Hmm, kenapa? Ada yang kurang ke?" soalnya seperti dapat baca apa yang membelengu fikiran aku ketika ini.

Terus, wajahnya aku pandang. Senyumanku langsung tak tercalit. Tak ada moodlah nak senyum.

"Ini bilik budak, abang tak perasan ke?" soalku sudah angkat kening.

Abang Mikhael diam sejenak. Matanya sudah meliar ke sekeliling bilik. Dagunya diurut lembut. Semula, wajah aku dipandangnya. "Nope. Abang tak rasa ini bilik budak. Hmm, lagipun.. memang abang suruh orang deko bilik ni sesuai dengan citarasa Warda."

Dahiku sudah berkerut. "Citarasa Warda? Maksud abang?"

Senyumannya melirik. "Abang pernah tertengok koleksi cekak rambut Wardha dan abang nampak corak hello kitty. Then, I decide to choose that theme for you." ujarnya. Nak menyakat pun ada juga.

Aku sudah ketap bibir. Cis, tak guna nya dia! Kalau ya pun nak bahan aku, janganlah sampai melibatkan dekorasi bilik. Come onlah! Umur aku 17 tahun kot.. Dia boleh fikir logik tak? Aku sudah matang, okay!

Akhirnya, aku tayang muka degil. Entah dari mana, datangnya perangai mengada aku, terus aku bersilang tangan di dada. Muka penuh cemberut aku tayangkan.

"Warda nak bilik lain!" putusku nekad.

"Why? Bilik ni masih kurang Hello Kitty lagi ke?"sempat lagi dia usik aku. Huh,dasar!

Aku sudah menjeling geram padanya. Boleh tahan rupanya perangai minta kaki, abang Mikhael ni. Haih, nasib baik bukan sebaya.. kalau tidak, mau aku belasah dia cukup-cukup!

"Warda bukan budak lagilah! Warda dah besar dan Warda tak suka warna pink!"bentakku lantang. Tiba-tiba pula dapat keberanian untuk memarahi lelaki bernama Mikhael Ahmad itu.

Tak semena, tawa abang Mikhael meletus. Berdekah dia gelakkan aku. Untuk pertama kalinya, lelaki itu ketawa kerana aku. Erm, teruja? Memang taklah!!! Sakit hati.. adalah! Salah time untuk aku gembira dengan perkara itu.

"Seriouslah taknak bilik ni? Banyak abang buang duit untuk deko semua ni. By hook or by crook, this is your room now." putusnya masih bersisa tawa.

Aku ketap bibir. Nak terima? Huh, bukan semudah itu. Dengan tangan bersilang di dadanya, aku terus hentak kaki keluar bilik. Itu sebagai tanda protesku pada keputusannya.

Huh, dia fikir aku ni budak lagi ke apa? Kalau dulu, dia deko bilik aku macam itu tak apalah juga.. ini tidak, baru sekarang nak deko Hello kitty bagai. Serious! Abang Mikhael masih fikir aku budak kecil yang perlu dimanjakan.

"Warda!!" laungan abang Mikhael itu langsung aku tak hiraukan.

Masih aku majukan langkahku ke depan tanpa aku sedar, ada dua ketul anak tangga yang berada tidak jauh di hadapanku. Hampir sahaja, aku mahu terjatuh melutut ke bawah namun sempat tangan seseorang memaut pinggangku di belakang.

Tak semena-mena, tanganku laju memaut leher abang Mikhael. Tangan sasanya juga merangkul pinggangku. Aku terkedu, dia tergamam. Mata kami berdua saling tak lepas menatap satu sama lain.

Dadaku mulai berdebar hebat. Mataku juga masih tak lepas menatap anak mata coklatnya yang terpampang. Sangat indah dan juga menawan. Huh, hanya Tuhan saja yang tahu apa yang aku rasakan ketika itu.

Kalau boleh, aku nak lebih lama lagi macam itu. Namun, harapan hanya harapan apabila telefon pintar abang Mikhael tiba-tiba saja berdering.

Terus dia lepaskan tubuhku manakala aku pula sudah leraikan pautanku pada belakang lehernya. Suasana janggal menyelubungi. Aku pandang barat, dia pula ke Timur.

Deheman kecil dia berikan. "Erm, abang nak angkat call kejap." beritahunya sebelum meninggalkan aku sendiri di situ.

Sempat mataku melirik ke arah sosok abang Mikhael. Apabila merasakan jasadnya sudah jauh, satu keluhan lemah aku lepaskan. Dadaku urut perlahan.

Ya Allah, kenapa kau tak lamakan aje semua itu?
...
Telefon pintarku yang sedari tadi berdering mengganggu konsentrasi ku untuk menyiapkan kerja sekolah. Terus aku tutup buku lalu telefon pintarku capai. Meleret senyum panjangku apabila tertera nama mama pada skrin telefon pintarku. Rindunya, mama..

"Macam mana, Warda? Semua okay ke?" soalan pertama mama terpacul apabila salam yang dihulurnya, aku balas.

Aku ketap bibir. Patung Hello Kitty yang terhias di atas mejaku, aku mainkan. Yurp, aku sudahpun akur untuk menetap dalam bilik budak ini. Lagipun, aku duduk dengan dia pun untuk sementara waktu aje. Bukan nya lama mana pun..

"Okay aje, ma."

"Kamu dengan Mikha? Ada gaduh tak?" soalan keduanya pula menyerbu.

Aku sudah ketap bibir. "Okay aje." jawapan yang sama masih aku berikan.

"Mama dengar cerita kamu tinggal dengan Mikha kan sekarang? Semua baik-baik aje kan?" masih dengan soalan. Gaya mama sekarang ini boleh diibaratkan seperti kaunselor perkahwinan saja. Semua benda fasal perkahwinan aku, dia nak tahu.

Haihlah,ma.. Sebiji sejibun dengan Puan Sri Adila. Besan seia sekata lah kononnya..

"Haah, betullah itu. So far so good, ma.." ujarku.

Di hujung talian, mama sudah mengangguk kepala. Sukalah dia dengar berita gembira itu. Nampak nya, apa yang dia rancangkan benar-benar berhasil. Bukan laki binilah jawabnya kalau tinggal pun bukan bawah satu bumbung yang sama.

"Ma, bila mama nak balik KL?" tanyaku ingin tahu. Tadi, asyik mama aje yang aju soalan. Biar kali ini, aku pula yang bertanya.

"Kenapa kamu tanya?" soalanku dibalas soalan.

"Saja tanya. Hmm, mama balik cepat sikit tau. Rindu.." rengekku manja. Inilah kelebihan anak bongsu. Nak bermanja pun boleh..

"Hmm, yelah. Mama akan usahakan balik awal. Kamu pun jangan lupa jaga kesihatan. Kirim salam mama pada Mikha.." ujar mama di hujung talian.

Aku sekadar mengangguk kepala. Setelah bertukar salam, akhirnya talian ditamatkan. Satu keluhan berat aku lepaskan. Bibirku aku ketap sambil sesekali kepalku aku pusingkan ke pintu bilikku yang masih tertutup rapat.

Hmm, apa agaknya yang abang Mikhael sedang buat sekarang ni? Aku sudah bertanya sendiri.

Memandangkan, mood nak siapkan kerja sekolahku sedang ke laut sekarang ni jadi aku buat keputusan untuk menjenguk ke luar. Bunyi lantang speaker televisyen makin menguatkan bukti yang abang Mikhael kini berada di ruang tamu.

Spontan, aku menyusun langkah ke arah pintu bilik. Perlahan-lahan, pintu aku kuak. Leherku sudah aku panjangkan mahu meliar mencari kelibat abang Mikhael di ruang tamu. Memandangkan ruang tamu dan bilikku saling berdepan jadi itu makin memudahkan kerja aku untuk menghendap abang Mikhael.

Terus mataku tertancap pada kelibat nya yang sedang duduk di atas sofa. Aku lihat banyak buku latihan yang bertimbun di atas meja berhadapan dengannya. Lelaki itu pula seakan-akan sedang ralit memeriksa satu persatu buku latihan pelajar. Televisyen pula dibiarkan terpasang tanpa ditonton.

Tanpa sedar, senyumanku melirik. Entah kenapa, aku suka tengok muka dia bila dia sedang fokus. Yurp, comel dan juga tampan..
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro