BAB 40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tubuh yang terasa longlai dibawanya ke sofa. Entah kenapa, malam ini dia terasa lebih penat daripada malam-malam yang lain. Bukan setakat fizikalnya saja yang merasa lelah malah emosinya juga turut merasakan benda yang sama.

Bungkusan makanan yang dibawa nya diletakkan di atas meja kopi. Kepalanya dilentokkan ke badan sofa sambil tangannya pula rajin mengurut pelipis mata yang terasa berat. Kejadian yang berlaku sebentar tadi berjaya buatkan fikiran Mikhael Ahmad menjadi serabut. Sungguh, bukan pertemuan sebegini yang dia mahukan dengan gadis itu.

Setelah hampir beberapa tahun, dia menanti gadis itu akhirnya Tuhan beri juga dia peluang untuk menemui nya. Namun, bukan lagi dalam keadaan yang sama seperti dulu, keadaan di mana dia boleh bebas memikirkan untuk mendapatkan gadis itu. Kali ini, keadaannya sedikit terbatas.

"Saya nak pesan satu maggi goreng mamak telur mata."pesan Mikhael tatkala lelaki berketurunan India itu datang mendekatinya.

Setelah membuat pesanan, matanya terus dialihkan ke arah televisyen yang menyiarkan rancangan perlawanan bola larut malam. Sesekali, milo ais yang dipesannya tadi dihirup perlahan. Yurp, lelaki dan bola berpisah tiada.

Inilah satu-satunya cara Mikhael menghilangkan rasa bosannya. Gila tak stress menghadap buku budak dua puluh empat jam?! Kadang kalau dia ada masa terluang, dia akan lepak di kedai mamak bersama rakan-rakannya namun memandangkan malam ini dia langsung tak berniat nak lepak sampai ke dua tiga pagi.. jadi, Mikhael lepak seorang. Lagipun, Karim dan yang lain bukan ada kat KL pun. Jadi, siapa dia nak ajak lepak?

Sedang leka Mikhael menonton siaran, dia rasakan ada tangan kecil yang memukul lututnya yang terdedah. Terkejut Mikhael dibuatnya. Terus dialihkan perhatiannya sebentar ke arah sosok misteri tersebut.

Tergamam dia saat melihat ada anak kecil sedang memukul-mukul lututnya berkali. Kiri kanan dipandangnya. Aih, anak siapa pula ni? Dia sudah bersoal sendiri.

Tangan budak itu yang sedari tadi ligat menampar kakinya cuba ditepis lembut. Geram sangat kot tengok lutut nya yang seksi itu.. erm?!

"Adik cari siapa ni? Mana mama, papa?" soal Mikhael sudah jongket kening.

Sempat wajah budak lelaki berusia antara tiga empat tahun itu diamatinya. Entah kenapa, melihatkan wajah itu.. dia teringat pada seseorang. Lagi-lagi bila pandangan nya tertancap pada kedua lesung pipit yang tercipta tatkala kanak-kanak comel itu senyum.

Bila lihat budak itu langsung tak peduli pada soalannya. Mikhael kembali bertanya lagi. Haih.. ni yang susah ni nak deal dengan budak. Harap mengerti.

"Mama adik.." belum sempat dia mengulang soalan.

Dia rasakan ada jasad yang menerjah ke arahnya. Tergamam dia tatkala melihat sosok wanita yang sudah resah mendapatkan anak kecil itu. Wajah risaunya jelas terpampang sambil berkali-kali dia mengucap panjang. Mungkin anak kecil itu hilang dari radarnya mungkin.

"Sayang, apa mama cakap! Jangan main jauh-jauh. Hmm... nasib baik jumpa!!!" leternya sambil ubun kepala budak kecil itu dibelainya.

"Rina..?!"
Seruan itu berjaya mengalihkan perhatian gadis tadi ke arah Mikhael. Gadis itu turut sama tergamam tatkala melihat kelibat Mikhael dihadapannya. Matanya buntang.

"Mikha? Y-you buat apa kat sini?" tergagap gadis itu melontarkan soalannya.

Mikhael diam untuk sejenak. Sempat matanya beralih ke arah kanak-kanak yang berada dalam kendongan Rina. Otaknya mencernakan kesimpulan.

"Ini anak you ke?" soalan berbalas soalan. Pertanyaan Rina tadi dibiarkan sepi tanpa jawapan.

Gadis itu ketap bibir. Sempat ubun rambut anak lelaki itu diusapnya lembut sebelum sebuah anggukan dia berikan. Jelas raut bersalahnya bermain di wajah.

"Yes, ini anak I. Nama dia Tengku Ashraf Wildan." ada sedikit getaran pada pernyataannya itu.

Mikhael langsung tak memberikan sebarang respons. Entah patut dia gembira ataupun terluka? Mikhael sendiri pun tak tahu.

Hampir tiga tahun dia menunggu gadis itu muncul kembali dalam hidupnya namun nampak gayanya penantiannya itu sia-sia belaka. Sedang dia menanti, rupanya gadis itu terlebih dahulu mengecapi bahagia di belakangnya.

Betullah khabar angin yang selama ini dia dengar. Rina bukannya gadis yang baik seperti sangkaannya. Gadis itu akan pilih yang lebih baik daripadanya. Bukti? Kini, gadis itu mendirikan rumahtangga dengan lelaki berstatus Tengku..? Huh?!!

Satu keluhan berat Mikhael lepaskan. Wajahnya diraup berharap agar bayangan Rina sebentar tadi pudar dari ingatannya. Tak guna dia mengingati individu yang tidak penting dalam hidupnya! Entah kenapa, tiba-tiba Mikhael rasa bodoh sendiri.

Yurp.. tersangat-sangat bodoh.

Kerana tidak mahu terus-menerus tenggelam dengan perasaan kecewa, Mikhael bangkit dari tempat duduknya. Dia bergegas ke arah biliknya untuk memanggil Warda makan.

Beberapa kali nama itu diserunya namun, langsung tiada yang menyahut. Dia sudah berkerut dahi. Tak semena, pintu bilik dikuaknya lalu matanya meliar mencari kelibat Warda di sekitar ruang.

Terus matanya tertumpu ke arah sosok yang sudah lena meniarap di atas katil. Di sekitarnya, kelihatan buku dan alat tulis bersepah. Paling buatkan Mikhael kaget itu, bila dia nampak ada kamus tebal dalam tangan gadis itu.

Bibirnya mengukir senyum. Jasad gadis yang kini berada di hadapan nya itu dipandang. Buku latihan yang terbentang berdekatan gadis itu dicapainya lalu dibelek. Yurp, ianya sebuah karangan.

Sepasang mata Mikhael ralit membaca karangan yang mempunyai tiga perenggan itu. Kembali, senyumannya meniti lalu ekor matanya meneliti gadis itu.

"Not bad. Nampaknya tak sia-sia aku ajar dia seminggu ni.."ujar Mikhael sendiri.

Tiba-tiba pula rasa bangga bila lihat Warda sudah pandai membuat karangan panjang.
...
Tubuh sasanya dihempas kasar ke dinding tandas sekolah. Sempat dia rasakan belakang tubuhnya itu kebas namun cuba ditahan. Wajah yang kononnya tak gentar itu ditayang pada lelaki di hadapannya itu.

"Aku bagi amaran pada kau..! Jangan nak rapat sangat dengan si Warda itu. Sekali lagi, aku nampak kau dekat dengan dia.. siap kau!" ugutan itu menyapa halwa telinga Hairil.

Mata Hairil masih tak berkalih dari memandang jasad Syed Haris dihadapan. Rasa gentar disimpan nya sejauh mungkin dari hati. Buat masa ini, dia tak perlukan rasa takut itu.

"Kau.. siapa dia? Boyfriend dia ke?" spontan soalan itu diajukan Hairil pada Syed Haris.

Lelaki itu sudah kacip gigi menahan geram. Kolar baju Hairil dicekaknya kuat. Kalau ikut hatinya yang menyetan sekarang ini, sudah lama tangannya itu melingkar mahu mencekik leher si Hairil itu.

"Kau diamlah, sial! Kalau aku suruh jauh itu, kau jauhlah!Tak payahlah nak banyak tanya!!" gertak Syed Haris lantang.

Hairil tarik sengih. Terus, kedua belah tangannya menolak tubuh Syed Haris jauh dari jasadnya. Terundur ke belakang tubuh lelaki itu dibuatnya. Wajahnya langsung tak menayangkan reaksi kecut perut.

"Suka hati akulah kalau nak dekat dengan dia pun. Kau tak ada hak nak larang si Warda itu berkawan. Hmm.. remember that things!" peringatan kecil itu Hairil berikan.

Sempat jelingan tajam dia berikan pada Syed Haris sebelum langkah nya diatur spontan meninggalkan jasad Syed Haris terkebil-kebil di belakang.

Melihatkan perkara itu, Syed Haris sudah merengus marah. Sempat matanya mencerlung ke arah jasad Hairil sebelum ia hilang dari pandangan.

"Lemah..!" tiba-tiba dia rasakan ada suara gemersik yang menyapa halwa telinganya.

Yurp.. itu suara gadis yang sudah lama menjadi rakan subahatnya. Perlahan, langkahnya diatur keluar dari tandas. Kelibat gadis itu ditemuinya.

"Apsal tiba-tiba kau nak panggil aku lemah pula?!" soal Syed Haris dalam nada tidak puas hati.

Gadis itu tarik sengih. "Yalah. Budak macam itupun kau tak dapat nak handle. Haih.. macam manalah kau boleh jadi rakan subahat aku ni?" sindirnya sinis.

Syed Haris sudah tayang muka bengang. Kalau ikutkan hati, sudah lama dia lempang gadis di hadapan nya itu namun.. dia tak ada kuasa untuk lakukan semua itu.

"Aku bagi dia lepas. Lain kali, aku takkan bagi dia chance." alasan cliche itu diberikan sebagai jawapan.

"Pfft.. fine. By the way, aku tak rasa budak itu penting untuk kau. Dia bukan apa yang kau nak sekarang ni. Hmm, I think there're someone yang kita kena settle kan. Itu apa yang aku rasalah. Betul ke tidak, I'm not so sure.." jelas gadis itu.

Syed Hairis sudah jongket kening. "Maksud kau?"

"Macam apa yang kau cakap, sir Mikhael memang ada sesuatu dengan Warda.. something yang special." ujar gadis itu dengan riak penuh tersirat.

Syed Haris sudah ketap bibir. Something yang special?
...




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro