BAB 44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kring!!!

Bunyi loceng yang berdering menandakan waktu rehat telah tamat. Seperti biasa, para pelajar akan bergegas ke kelas masing untuk memulaikan sesi pembelajaran pada hari itu.

Aku dan Gina sudah melangkah pantas masuk ke dalam kelas. Huh, terlambat. Masuk saja dalam kelas, aku lihat kelibat abang Mikhael di hadapan. Rakan sekelasku yang lain sudah berada di tempat masing-masing. Semua sudah tayang muka mahu tahu apa yang jadi bila kami berdua lambat.

"Why both of you come to late? That the time is not enough for you guys to rest?" soal lelaki itu dalam nada sedikit bertegas.

Aku dan Gina masing-masing sudah menunduk resah. Abang Mikhael memang tegas bila dalam kelas. Tak kisahlah aku ni isteri dia ataupun tak.. dia masih akan bergarang juga. Nampaklah kan profesionalnya dia di situ. Erm..

"I'm sorry sir. This is my false." sahutku langsung tak memandang wajah abang Mikhael di hadapan.

Lama abang Mikhael diam. Sempat matanya melirik ke arah sosokku tanpa aku sedari sebelum satu keluhan kecilnya meniti. Terus matanya beralih pada kami berdua.

"It's okay. I let you go for this time. If do this again, there're no chance for both of you.." ujar lelaki itu sedikit bertegas.

Aku dan Gina sama-sama mengangguk. Segera kami melajukan langkah kami ke tempat kami semula. Masing-masing sudah kalut keluarkan buku untuk subjek abang Mikhael. Hmm.. jangan buat hal untuk kedua kalinya!

"Okay, today we will proceed with our.." belum sempat abang Mikhael menghabiskan ayatnya, Safuan mencelah. Haih, dia bab mencelah memang hebat.

Pelajar lelaki itu sudah angkat tangan. "Sir, I have one question for you." ajuknya.

Abang Mikhael sudah berkerut dahi di hadapan. Wajah anak muda itu masih dipandangnya. "What it is?"

"Saya ada dengar dari kelas kawan saya yang sir takkan mengajar lagi kat sekolah ni. It's that true, sir?" soalannya itu berjaya menimbulkan suasana riuh dalam kalangan pelajar 5 Aminah.

Aku yang tadi turut pasang telinga sudah tergamam. Tak sangka berita itu akan tersebar secepat itu. Haih.. mengalahkan populariti aku pula, abang Mikhael ni. Ehemm..!!

"Ini apa yang abang nakkan.." sahut lelaki itu dalam mendatar. Wajahnya terselit seribu satu perasaan. Yang pasti salah satunya adalah perasaan bersalahnya.

Aku sudah ketap bibir. Pandanganku berubah kuyu. Sebak, sedih dan kecewa. Kesemua perasaan itu bagai digumpal menjadi duka. Yurp, kedukaan..

"Jadi, abang nak tinggalkan Warda sendiri?" aku masih dengan pertanyaan.

Lelaki itu diam sejenak. Sebelum satu keluhan lemah dia lepaskan. Jasadku didekatinya. Sempat bau haruman tubuhnya menusuk rongga hidungku. Sangat wangi dan menyenangkan..

Mata aku ditatapnya layu. Ya Allah, tak sangka abang Mikhael ada pandangan seseksi itu. Uhukss!!

"Kalau Warda nak ikut abang pergi Singapore, abang tak kisah. Pilihan Warda sama ada nak ikut ataupun tak.." putus lelaki itu. Nampaknya dia masih bertekad untuk teruskan niatnya itu.

Aku mengeluh kecil. "Kalau Warda tak nak ikut, abang akan pergi juga ke?"

Dia mengangguk perlahan. "I have to go. Lagipun, abang memang nak mengajar kat situ. Abang yang hantar resume so, tak ada sebab untuk abang menolak." jawabnya.

"Walaupun sekarang abang ada Warda?" soalku mahu tahu. Entah kenapa, hati ini berharap agar dia tidak pergi.

Dia nampak terkedu mendengar soalan aku itu. Yurp, seakan itulah soalan yang paling sukar untuk dijawabnya seumur hidup.

Haih, untuk sekali lagi.. rumahtangga kami berona suram. Baru aku mahu merasa alam perkahwinan dengan nya, tiba-tiba datang pula satu masalah.. Hmm..

Lelaki itu menarik nafas dalam di hadapan. Matanya terus meralit ke arahku di belakang. Tergamam aku sejenak bila lihat pandangannya itu. Penuh serba-serbi pada keputusan sendiri.

"Yurp, semua itu betul. Saya cuma ada dua minggu untuk mengajar di sini sebelum saya di tempatkan ke Singapura. Jadi, saya harap kamu semua boleh gunakan masa yang ada ini untuk belajar dengan saya. Make me proud as your sir.." ujarnya cuba menyemat kata semangat.

Masing-masing sudah tayang muka sedih. Pelajar perempuan kelasku pula buat muka cemberut. Bagi mereka, tak kisahlah abang Mikhael itu laki orang ataupun tidak.. hati masih pada lelaki itu.

"Alah, sir.. tak boleh ke kalau sir terus ajar kitorang? Ajar budak macam kitorang lah lagi seronok daripada ajar budak U." pujuk Ashraf bersungguh.

Semua sudah angguk mengiakan apa yang Ashraf katakan. Hampir kesemuanya seakan-akan tidak mahu lepaskan abang Mikhael pergi. Aku alihkan pandanganku ke tempat lain.

Hanya itu saja yang mampu aku lakukana agar aku tak bertatapan mata dengan abang Mikhael.. Aku taknak dia tahu kesedihan yang membelengu jiwa aku ketika ini.
...
Satu keluhan kecil Mikhael lepaskan. Wajahnya diraup perlahan. Entah kenapa, keputusan yang dibuatnya kali ini seakan-akan membebankan jiwanya.

Dia tersepit antara dua pilihan. Sama ada, pergi.. ataupun menolak.

"Walaupun sekarang abang ada Warda?"

Soalan gadis itu berulang kali merasuk ruang fikirannya. Setiap kali soalan itu menerjah, makin kuat rasa bersalahnya mencengkam. Kerana itu, Mikhael jadi berbelah bahagi.

"Hai sir.."lunak suara itu menyapa kesepiannya di meja makan.

Tergamam Mikhael saat mendengar suara itu menyapa halwa telinganya. Dia kenal suara itu. Terus pandangan nya didongakkan memandang pemilik suara tersebut.

Gerangan itu sudah mengambil tempat di hadapannya tanpa izin. Senyuman sengetnya meniti. Penuh dengan godaan dan.. sinis?!

"Laura? A-awak buat apa kat sini?" soal Mikhael sedikit terkedu.

Langsung tak terlintas dalam fikiran nya yang gadis itu bakal datang menjenguknya. Orang lain yang dia tunggu, orang lain pula yang datang..

Kelibat Karim masih belum menjengah..

Senyuman gadis itu makin melebar. Kakinya disilang. Lagaknya itu tersangatlah tenang.

"Tak salahpun kan kalau saya jumpa sir? Perkara biasa yang para pelajar akan buat bila bertemu guru di kawasan umum begini. Tak pelikkan, sir Mikhael?" spontan hujahan dia berikan.

Mikhael nampak termangu. Betul apa yang gadis itu katakan. Terus, dia diam tak membalas. Telefon dibeleknya bagi menghilangkan keresahan.

Entah kenapa, kehadiran Laura di hadapannya buatkan dia rasa tak selesa. Semenjak kejadian Laura meluahkan perasaan padanya, dia terus ambil keputusan untuk berhenti jadi guru tuisyen gadis itu.

Nampak agak terburu-buru di situ namun, Mikhael yakin itu adalah keputusan yang bijak. Menjauhi gadis itu bermakna dia juga menjauhi spekulasi yang wujud antara dia dan gadis belasan tahun itu..

"Erm..sir, tunggu isteri sir ke? Hmm.. saya kenal sangat perangai isteri sir itu. Shopping tak ingat dunia." celah gadis itu apabila sepi mengisi ruang antara mereka.

Tersentak Mikhael dibuatnya. Isteri? Shopping. Dia sudah berkerut hairan. Entah siapa yang gadis itu maksud kan..

"Maksud awak? Saya tak faham?!"

Senyumannya makin melebar. Air starbuck yang dibelinya dihirup perlahan. Sengaja mencari ulah untuk menambahkan lagi suspens yang membelengu jiwa Mikhael ketika ini.

Terus pandangannya disuakan pada Mikhael. "I know all about your background,sir. Your wife, your life and also your family."spontan bicaranya buatkan Mikhael kelu.

"Saya tak faham apa yang awak nak buat ni. Hmm.. awak cuba nak ugut saya ke, Laura?" soalan Mikhael berganti.

Entah kenapa, dia sudah resah bila mendengr bicara gadis itu. Ditambah lagi dengan senyum gadis itu yang meleret..

Tawa gadis itu mengekek. Suka bila lihat guru bahasa inggeris pujaan ramai itu nampak kecut depan mata nya.

Serupa laki bini..

"Chill lah, sir. Jangan bersangka buruk dulu. Saya cuma nak tahu kesahihannya. Manalah tahu.. apa yang saya dengar ni salah." ujar gadis itu selamba.

Mikhael langsung tak menyahut. Matanya masih tajam memandang Laura. Rasa resahnya kian menghimpit..

Gadis itu terus menyeluk beg jenama Louis Vuition yang dibawa nya. Beberapa keping gambar dikeluarkan lalu dilemparkan perlahan di hadapan Mikhael.

Terkedu Mikhael dibuatnya saat melihat gambar yang terhidang depan matanya. Hampir kesemuanya gambar dia dan Warda. Keluar kereta bersama, masuk rumah bersama..

"Sir kata sir dah kahwin but dalam gambar ni, jelas sangat kemesraan sir dengan Warda. Siap tinggal satu rumah lagi, naik kereta pun sama-sama. Hmm, scandal ke.. or.."

"..she's your wife. There are two expectation from this photo, right? Kalau orang nampak gambar ni,confirm orang akan fikir sir curang dengan isteri sir.. erm, or maybe orang akan fikir sir memang suami Warda Zafira." sambung gadis itu menjelaskan buah fikirannya.

Mikhael ketap bibir menahan geram. Dadanya berkobar hebat. Antara resah dan marah,dia rasakan kedua-duanya.

"Dari mana awak dapat gambar ni dan apa tujuan awak sebenarnya, Laura?" soal Mikhael cuba berlembut kata.

Makin meleret senyum Laura dibuat nya. "Saja buat game. Tak sangka benda ni seronok.." spontan bicara gadis itu buatkan Mikhael panas hati.

Giginya dikacip ketat. Senyum sinis yang melatari bibir gadis itu buatkan rasa geram makin kuat.

Huh, tak guna!!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro