BAB 51

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ada apa papa panggil Mikha datang sini?" soal Mikha sambil mengatur langkah perlahan merapati Tan Sri Ridhwan yang sedang duduk di meja pejabatnya.

Raut lelaki itu nampak resah. Seakan ada masalah besar yang membelengu fikirannya ketika ini. Buktinya, kehadiran Mikhael langsung tak disedarinya sehinggakan bila Mikhael bersuara.. dia sedikit tersentak. Kaget.

"Owh, kamu duduk dulu. Ada benda yang papa nak bincangkan dengan kamu." jemputnya sambil menunjuk ke arah tempat duduk yang tersedia di hadapan mejanya.

Akur. Mikhael terus mengambil tempat di hadapan meja lelaki itu. Matanya juga masih tak lepas dari menatap wajah tua itu. Entah kenapa, perasaannya jadi tak sedap. Bukan selalu dia boleh nampak Tam Sri Ridhwan seserius ini.

"Papa ada masalah ke?"Mikhael terus aju soalan.

Lelaki itu terus mengeluh kecil. "Kamu jadi ke nak pindah rumah kamu esok? Kamu nak bawa Warda sekali?" soalan berbalas soalan. Langsung tiada jawapan bgi pertanyaan Mikhael tadi.

Mikhael angguk kepala. Hairan juga dia kenapa papa Warda tanya soalan itu pula. "Jadi, pa. Warda pun setuju nak balik rumah kitorang semula." ujarnya membalas.

Tan Sri Ridhwan sekadar membalas dengan anggukan. Kembali, dia termenung sebelum satu keluhan kecil dia lepaskan.

"Kalau kamu berdua dah setuju, papa tak boleh nak kata apa. Cuma.. papa harap Mikha dapat jaga Warda baik-baik. Kalau boleh 24 jam, mata Mikha cuma pada dia." ujar lelaki itu sedikit risau.

Berkerut dahi Mikhael dibuatnya. Masih tak dapat nak menangkap butir makna disebalik kata-kata itu. "Kenapa ni, pa? Kenapa tiba-tiba papa kata macam itu?"

Lelaki tua itu diam sejenak sebelum dia melepaskan hela berat. Terus tangannya meliar ke laci mejanya. Seketika dia menggodek laci tersebut sebelum sebuah surat yang masih berlipat diberikannya pada Mikhael.

"Surat apa ni, pa?"soal Mikhael. Tangan kanannya menggapai surat tersebut lalu dibukanya.

"Ada individu yang cuba ugut papa. Papa tak tahu motif dia tapi dia kata dia berdendam pada papa and I don't know who.." jelas Tan Sri Ridhwan apabila melihat Mikhael nampak ralit membaca isi kandungan surat tersebut.

Tergamam Mikhael saat surat itu habis dibacanya. Yurp, seperti apa yang Tan Sri Ridhwan kata. Itu memang surat ugutan!

'Hai Tan Sri, tak sangka Tuhan masih belum memberikan balasan yang setimpal pada Tan Sri. Nampaknya, by hook or by crook.. we need to do something to done our revenge. Nikmati saat bersama selagi boleh.'

"Papa dah laporkan benda ni pada pihak polis?" soal Mikhael mahu tahu. Risau juga dia bila baca ugutan dalam surat tersebut. Macam kesumat semacam dendamnya itu.

Tan Sri Ridhwan balas anggukan. "Pihak polis akan cuba ambil tindakan secepat mungkin but for now, kita cuma perlu berjaga-jaga aje. Papa tak beritahu benda ni pada mama dan Sufi." beritahu lelaki itu dalam mendatar.

"Warda?"soal Mikhael mahu tahu.

Lelaki itu geleng kepala. "Dia pun tak tahu. Sekarang, benda ni cuma kamu dan papa saja tahu. Hmm.. kalau betul kamu nak balik ke rumah kamu semula, papa cuma minta supaya kamu jaga Warda tu baik-baik." pinta lelaki itu. Terselit rayuan pada permintaannya itu.

Mikhael ketap bibir. Dia tarik nafas dalam. Pandangan penuh tekadnya diberikan pada Tan Sri Ridhwan.

"Mikha janji yang Mikha akan jaga Warda sebaik mungkin. I'm promise.." janji Mikhael teguh.

Yurp, dia takkan biarkan sesiapa pun melukakan jasad Warda. Sama seperti mereka kecil dahulu..

Selagi dia dapat lindungi Warda, dia akan cuba!
...
Langkahnya diatur memasuki bilik yang sedikit terbuka. Masuk saja ke dalam bilik, mata Mikhael terlekap pada jasad Warda yang sedang terbaring di atas katil. Gadis itu masih leka membaca buku novel yang dipinjamnya semalam. Yurp, Mikhael adalah saksinya.

"Tak tidur lagi?" soal Mikha merapati jasad Warda di katil.

Terus perhatian Warda teralih ke arah Mikhael. Senyum pendeknya terukir. Segera buku novel yang berada dalam tangannya dikatup lalu diletakkan semula di atas laci meja. Matanya tak lepas menatap wajah Mikhael.

"Kenapa tiba-tiba papa nak jumpa abang malam-malam ini? Ada benda penting ke?"soal Warda mahu tahu. Wajah ingin tahunya terpampang.

Hairanlah juga. Belum pernah, papanya menganggu malam mereka. Tiba-tiba, hari ini.. tak ada angin, tak ada ribut.. nama Mikhael dipanggil untuk diajak berjumpa.

Mikhael sekadar tarik senyum nipis. Punggungnya dilabuh dihadapan Warda. Gadis itu ditatapnya tanpa lepas.

"Papa tanya abang sama ada nak tinggal sini dulu ke atau balik rumah abang." ujar Mikhael perlahan.

"Then, abang cakap apa?"

"Hmm.. abang akan balik rumah abang esok." balas lelaki itu. Raut nya sedikit kendur.

Terus sebuah anggukan Warda berikan. Dia mengerti. "Kalau macam itu, Warda nak ikut abang."

Bibir Mikhael ketap. Wajah Warda dipandangnya. "Kalau buat sementara waktu ini, Warda duduk dengan mama dan papa dulu. Boleh tak?" spontan soalan Mikhael itu berjaya buatkan Warda termangu.

Alis matanya sudah bersatu. Pelik. Macam tak terima pun ada. "Kenapa abang cakap macam itu? Kenapa Warda tak boleh ikut abang?" bertubi soalan yang Warda hamburkan.

Sungguh, dia tak setuju. Kalau boleh ke mana saja, Mikhael pergi, dia mahu ikut sekali. Bukankah itu cara nya menjadi seorang isteri yang mithali. Ke mana suami berada, di situ jugalah tempat isteri berdiri.

"Ini semua demi kebaikan Warda juga." balas lelaki itu. Hujung ayatnya, dia lemah.

"Kebaikan Warda? Hmm.. owh, okay. Warda tahu. Ini cara abang nak mengelak daripada Warda kan? Kenapa? Abang masih nak teruskan dengan niat abang nak pergi Singapura itu ke?" entah kenapa, malam ini Warda dibendung emosi mendalam.

Mana taknya, baru pagi tadi mereka berdua dah janji untuk bersama-sama. Namun tiba-tiba, malam ini perancangan berubah serta-merta. Hilang terus perjanjian mereka untuk bersama-sama.

Satu keluhan kecil, Mikhael lepaskan. Kedua-dua belah bahu Warda dipautnya. Gadis itu nampak termangu dengan tindakan Mikhael itu. "Tak. Abang takkan tinggalkan Warda jauh. I'm always with you but for now, you listen to me. You must live here. Please listen to me.."nada nya merayu.

Sepasang anak mata coklat cair gadis itu dipandang dalam. Mata gadis itu nampak sebak. Senyum pendek terukir di birai bibir Mikhael berharap gadis itu mhu mendengar katanya.

Satu keluhan kecil Warda lepaskan. Spontan, dia meleraikan pegangan tangan Mikhael pada bahunya. Wajahnya merayu agar tidak ditinggalkan. Nampak comel..

Kali ini, kedua-dua belah tangan Mikhael digenggamnya erat. Hmm.. bukan selalu dan ini adalah kali pertama.

"Saya takkan tinggalkan abang sendiri. Untuk kali ini, biarkan saya ikut abang. Saya nak belajar jadi isteri yang baik pada abang. Tak pernah ada isteri yang tinggalkan suami dia.. so, please. Don't leave me alone without you.." nadanya merintih sedikit.

Mikhael terpempam. Perasaannya sudah bersalah. Raut sebak yang bertayang di wajah Warda dipandang nya.. Yurp, dia juga turut sama terpujuk dengan bicara gadis itu.

Lalu senyum pendeknya terukir. Dia leraikan pegangan tangan Warda pada tangan kirinya lalu disuakan tangan itu membelai lembut pipi gadis itu. Yurp.. Mikhael tersentuh dengan apa yang Warda katakan.

Tindakannya itu sekadar dibiarkan oleh Warda. Malah, reaksi terkejut gadis itu berikan.

"Thanks for that sweet speech, babe." ucap Mikhael lirih sebelum dia menarik wajah gadis itu untuk mendekat ke wajahnya.

Warda merelakan kucupan itu bertahan lama. Spontan, kedua belah tangannya memaut leher Mikhael manakala tangan kekar Mikhael pula menjalar memeluk erat pinggang Warda.

Pada awalnya, Mikhael fikir dia dapat bertahan. Namun, tak sangka dia akhirnya tersungkur. Budak sekolah.. mulanya dia perlekehkan perkahwinannya dengan Warda, gadis berusia 17 tahun itu. Fikirnya, dia takkan pernah ada perasaan pada gadis itu namun nampaknya dia silap..

Gadis itu berjaya bukakan hati jantannya untuk menerima gadis itu. Yurp, Mikhael kalah dengan perasaannya sendiri..

For this night, Nurul Warda Zafira secara rasminya menjadi isteri kepada Mikhael Ahmad. Bukan lagi pada kertas, tetapi pada keseluruhan nya, zahir dan juga batin.. Malah, perasaannya juga kini ada nama gadis itu.

Nurul Warda Zafira? Yes.. she is my wife now.
...




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro