BAB 57

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Air mata yang mengalir tadi sudah menjadi bekas di kulit wajah, pipi yang sedari tadi menjadi mangsa tampar mulai terasa pijar, luka pada bibir juga sudah mulai meninggalkan kesan darah kering. Sedari tadi, kulit wajahku menjadi tempat Laura melampiaskan marahnya. Dia tanya soalan dan berbicara, bila aku mencelah, tangannya laju menampar kulit wajahku. Sakit namun aku cuba tahan.

Yang paling buatkan aku diterpa rasa terkejut adalah apabila dapat tahu, ada orang lain yang turut sama serta dengan penculikan aku dan abang Mikhael ini.

"Kenalkan Warda, Syed Haris. Lelaki yang pernah hampir nak rosakkan kau tapi tertunda gara-gara Hero Malaya kau ni." ujar Laura sambil menunjal pipi Mikhael di sebelahnya.

Aku ketap bibir melihat tindakan tak berperikemanusiaan Laura pada Mikhael. Lelaki yang memakai topeng hitam yang sedari tadi berdiri sebelah Mikhael itu menanggalkan topeng wajahnya. Senyum paling sinisnya, dibagi. Nampak kepuasannya di wajah.

"S-Syed..?"sebutku terkejut. Mata yang terasa berat, aku suakan juga ke wajah lelaki itu.

Sekali lagi, pipi aku menjadi tempat Laura menghayunkan tangannya. Berpaling ke kiri aku dibuatnya hasil tamparan kuatnya yang satu ini. "Aku ada suruh kau bercakap ke bodoh?!  Aku suruh kau tengok aje kan?!" gertak nya seakan-akan mahu mempermain kan aku.

Aku ketap bibir. Terasa meleleh darah di sebalik tubir bibirku kali ini. Keperitannya hanya mampu aku tahan sendiri. Kalau jerit, alamatnya.. sampai ke sudah, aku akan terus menerus ditampar sehingga lunyai.

"Hai, sayang. Kita jumpa lagi.. sorrylah sebab aku terpaksa jumpa kau dalam keadaan macam ni. Yalah, kau dah jual mahal dengan aku kan? Bermacam cara aku guna untuk dapatkan perhatian kau tapi.. kau buat tak layan aje. Hahah... tak fasal-fasal, aku kena juga berkomplot dengan Laura untuk.. hapuskan kau!" wajah Syed Haris menjelaskan segala emosi. Gayanya benar-benar seperti orang gila. Bercakap dan gelak. Tak serupakah begitu?

Gigi aku kertak geram. Tajam mataku mencerlung ke mereka berdua silih berganti. Mahu saja aku ludah mereka di wajah kalau mereka mendekatkan wajah. Please, aku nak try sekali..

"Gila! Korang berdua memang gila?! Korang rasa dengan cara culik dan seksa aku macam ni?!, korang boleh selesaikan masalah?!"herdikku sudah menaik satu oktaf kelantanganku.

Tawa Syed Haris menjengah, Laura pula tersenyum sambil berpeluk tubuh. Tak nampak ada raut penyesalan di wajahnya. "Kalau dengan cara ini, boleh buat kau nampak aku, kenapa tidak.. kan?"sahut Syed Haris.

Pluk!
Aku dengar bunyi pintu dibuka dari luar. Terlihat kelibat Syed Haris memasuki ruang. Dia datang bersama-sama bungkusan merah di tangannya. Segera dia menghampiri ku.

"Nah, aku ada bawakan kau makanan. Sejak semalam kan, kau tak makan?" soalnya. Nadanya lembut.

Bibirku gigit sambil fikiranku cuba memikirkan cara untuk memboloskan diri daripada ikatan yang membelit tu. Tangan aku kebas.

"Macam mana aku nak makan kalau tangan aku berikat?"soalku. Sedaya upaya, aku lembutkan bicaraku walaupun dalam hati, aku sudah mulai rasa menyampah.

Dia tersengih kemudian menurunkan tubuhnya agar setara denganku. Matanya pandang aku. Kacak tapi sayangnya.. gila!

"Aku akan suap kau. Make sure, kau makan tau." ucapnya terselit senyum yang menampakkan lesung pipit nya.

Dalam hati, aku sudah berkira. Rasanya, ini adalah masa yang sesuai untuk aku perdaya Syed Haris. Nak tak nak, aku balas senyumannya.

"Auch.. sakit!"rintihku dengan nada menggoda. Mukaku sehabis baik aku comelkan. Memandangkan sekarang ini pipi aku sudah lebam jadi nak cari feel comel itu tak dapat. Hmm.. harap menjadilah.

"Kenapa sayang?"
"Tangan aku sakit sangat, Syed Haris. Tolong longgarkan sikit ikatan ni.. Au-Auch!!" ujarku diselangi rintihan yang mengada.

Syed Haris sudah jongket kening. Muka sangsinya bertayang. "Kau cuba minta aku lepaskan kau ke?" soalnya.

Aku cuba berlagak tak terugut. Sekarang, aku akan cuba psiko dia. Harap menjadi. Muka belas aku beri. Lakonanku cuba aku mantapkan sehabis baik.

"Jadi, kau nak tuduh aku menipu ke, Syed Haris? Sanggup kau tuduh aku sebagai seorang penipu?!" rintihku dengan muka sebak, aku tayang.

Dia sudah tayang muka bersalah. Sempat dia berpaling ke arah pintu sebelum keluhannya terlepas. Mengalah.

"Okay, aku lepaskan tangan kau tapi cuma dalam beberapa saat aje. Lepas itu, aku ikat balik." beritahunya sambil menuju ke belakangku mahu membuka ikatan.

Aku rasakan ikatan pada badanku semakin longgar. Lenguh tanganku, cuba aku urut. Benak kepalaku kini sedang mencari cara untuk membebaskan diri daripada tawanan Syed Haris.

"Dah, kau dah rasa lega ke?"soalnya kembali ke hadapanku.

Senyumku ukir sambil sebuah anggukan aku berikan. Sedang mencari masa yang sesuai mahu memboloskan diri. "Thanks, Syed. Kurang sikit kebas." ucapku masih berpura-pura mengurut lengan.

"Hmm.. now, aku.."belum sempat dia nak melangkah ke belakangku semula, segera aku bangun lalu kerusi yang aku duduki tadi.. aku hayun tepat mengena kepala lelaki itu. Terhempas ke dinding jasad Syed Haris dibuatnya.

Melihatkan peluang yang ada, aku terus berlari ke arah abang Mikhael. Tergopoh-gopoh aku cuba untuk meleraikan ikatan pada tubuh Abang Mikhael. Dia yang separa sedar cuba untuk memperteguhkan kesedaran nya.

"Abang..!!"ucapku lirih sambil memeluk tubuh abang Mikhael saat ikatan sudah melorot.

Abang Mikhael turut sama membalas pelukanku erat. "Warda tak apa-apa ke? Maafkan abang sebab tak berjaya lindungi Warda!! Maafkan abang, sayang!!" rintihnya sebak.

Aku sekadar menggelengkan kepala berkali-kali. "Tak abang!! Warda yang rasa bersalah pada abang sebab libatkan abang dalam masalah ni." balasku dalam tangisan.

Tanpa aku sedar, jasad Syed Haris bangun dan melangkah ke arahku. Abang Mikhael yang sedar akan hal itu terus meleraikan pelukan, lalu menolak tubuh aku jauh darinya.

Dengan sisa baki tenaga yang masih ada, abang Mikhael cuba untuk menghayun tumbukannya. Beberapa kali penangannya itu mengena wajah dan abdomen Syed Haris. Lelaki itu sempat mengelak dua kali. Entah kat mana silap abang Mikhael, ketika dia mahu menumbuk ke wajah pantas kaki Syed Haris naik menyepak pinggangnya. Melutut abang Mikhael menahan perih.

"Abang!!!" laungku saat melihat Syed Haris menyepak belakang badan abang Mikhael sehingga rebah ke lantai.

Aku terpaku. Air mataku meleleh deras. Baru saja aku nak mendekati jasad abang Mikhael, spontan Syed Haris menarik rambutku untuk aku berdiri semula. Spontan, jeritan sakitku bergema.

"Lepas, Syed!! S-sakit!!!" rintihku.

Lelaki itu sudah tayang muka singa. Wajahnya yang tadi bersih dari luka kini ada parut dan lebam yang berdarah. Aku lihat dendamnya membara.

"S*allah, kau perempuan!!! Tak guna, kau kencing aku ke, sund*l!!" herdik nya makin kasar menarik rambutku.

Tertarik ke belakang kepala aku dibuatnya. Serentak itu, aku merintih.
"Abang Mikhael, bangun!!" seruku dalam sakit.

Baru saja abang Mikhael mahu bangun, spontan sebuah sepakan perut, Syed Hari bagi. Erangan sakit abang Mikhael menjengah sebelum lelaki itu pengsan tidak sedarkan diri.

"Abang!!" raungku sekuat hati saat melihat abang Mikhael begitu.

Tersengih Syed Haris melihatnya. Darah yang berbekas di tubir bibir nya disapu. "Padan muka!!" herdik nya.

Tanpa belas dia menarik aku keluar dari bilik tersebut dengan kasar. Rambutku ditarik sehingga aku terheret sekali. Beberapa kali, aku meronta namun sia-sia.. ia cuma menambahkan lagi perih di kepalaku.

"Kau nak bawa aku pergi mana ni, Syed!!!" rintihku apabila rasakan suasana ruang mulai sepi dan gelap.

Tawa Syed Haris bergema. "Nak lunaskan benda yang aku tangguh hari itu." ujarnya diselangi gelak jahatnya.

Aku terkedu. Kejadian semasa di sekolah dulu kembali menerhah fikiran aku. D-dia nak rogol aku ke? Makin kuat rontaanku dibuatnya. Kakiku sudah aku cubakan untuk menyepak kakinya namun hampa, langsung tak meninggalkan kesan padanya.

Tubuh aku dicampakkan ke sudut dinding. Aku terduduk ke lantai menahan sakit. Aku lihat sengihan panjang meniti di birai bibir lelaki itu. Perlahan-lahan, dia mendekati aku.
Beberapa kali aku cuba memboloskan diri namun setiap kali itu, wajahku menerima tumbukan kasarnya.

Aku mulai lemah saat tumbukan berkali itu mulai memberi kesan. Akhirnya, rontaanku beransur-ansur hilang. Rautku mulai pasrah, air mataku berlinangan.

Syed Haris mulai merapatiku. Tubuhku yang sudah lemah ditindih nya dan aku rasakan deru nafas nya yang panas seakan-akan menampar kulit wajahku saat wajahnya mendekat. Mataku yang mulai berpinar mengaburi pandangan. Makin lama, pandanganku makin kabur.

"Ja.. ngan.."lirih aku memberi amran kali terakhir sebelum akhirnya aku pengsan tidak sedarkan diri.
...
Sufi mengeluh lemah di sisi katil Gina. Sudah tiga hari, kelibat Warda dan abang Mikhael tidak dijumpai. Pihak polis pun kini sedang dalam usaha menjejaki jasad mereka berdua. Apa yang Sufi harapkan kini cuma keajaiban, dia harapkan Mikhael dan Warda dijumpai dengan selamat. Itu saja.

Perhatiannya dialihkan ke arah Gina yang sudah tiga minggu terbaring di atas katil. Senyum pahitnya jelas tergambar. Tangan Gina yang terdedah dibalutnya dengan selimut yang menutupi tubuh gadis itu lalu digenggamnya. Cara paling mudah saat ini.

"Gina, bangun Gina..!! Tolonglah, mama dan papa Gina tengah tunggu Gina bangun.. Jangan risaukan diorang. Bangun, abang tahu Gina kuat."lirih dia merayu. Makin erat pegangannya pada tangan gadis itu.

Dia sudah pejam mata rapat. Kalau lah semangat tubuhnya dan kesihatannya dapat disalurkan pada gadis itu, alangkah bagusnya. Dia sanggup asal dapat melihat Gina tersenyum kembali. Itu pun sudah cukup buat Sufi.

Satu keluhan lemah dia lepaskan. "Abang nak tengok Gina senyum lagi. Abang nak tengok Gina main bola keranjang lagi dan kalau diberi kekuatan, abang nak bersembang dengan Gina tanpa gagap. Beri abang peluang itu, Gina. Please.. Gina." rayunya lirih.

Air mata jantannya mulai menitis membasahi pipi. Sebak. Sekarang, benar-benar dia rasa kehilangan.. segalanya..

Tanpa Sufi sedar, jari jemari Gina yang digenggamnya tadi mulai bergerak serba-sedikit. Matanya yang terkatup mulai bergerak-gerak mahu dibuka. Dahinya juga sudah berkerut-kerut mahu bangun.

"L-lau...ra.."serunya saat matanya terbuka melihat dunia.

Spontan Sufi terkedu saat mendengar suara gemersik itu menyapa halwa telinganya. Segera dia alihkan pandangannya pada gadis itu. Dia lihat gadis itu masih terkebil-kebil.

"L-laura..!!"sekali lagi nama gadis itu disebutnya. Nadanya kini lebih jelas.

Berkerut dahi Sufi dibuatnya saat Gina beberapa kali menyeru nama gadia itu. "Kenapa ni, Gina? Kenapa sebut nama Laura?!" soal Sufi. Untuk pertama kalinya bebas gugup.

Spontan, Gina menarik tangan Sufi. Dia sudah kalut. "Abang Sufi.. Laura cuba nak bunuh Warda!!! Gina dengar sendiri dia cakap yang dia cuba nak bunuh Warda, bang!! Dia berkomplot dengan Syed Haris!" lantang dia bersuara.

Terkedu Sufi dibuatnya. Langsung dia tergamam.

Laura.. cuba nak bunuh Warda? Kawan baik sendiri?!
...
p/s》

InsyaAllah saya akan habiskan secepat mungkin. Terima kasih sebab sudi tunggu!😘

Stay tuned😊



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro