BAB 59

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tak guna!!!"raungnya sekuat hati.

Tubuhnya yang tadi jatuh ke bumi terus dibangkit untuk bangun. Matanya tajam mencerlung ke arah aku. Berlari-lari dia menerpa ke arah aku. Rambutku ditariknya lalu ditolak nya menghempas dinding.

"Patutnya, aku bunuh kau dulu!" jeritnya sambil kedua-dua belah tangannya ligat menarik rambutku yang sudah sedia ada kusut.

Aku yang semakin lemah, hanya mampu menepis tindakannya itu. Berkali, aku meronta minta dilepas kan sambil mataku liar memandang sekeliling. Mencari barang yang dapat aku jadikan barang pertahanan.

Dengan sisa tenaga yang masih ada, aku terus menolak tubuh Laura kasar. Kakiku aku sepak sampai ke pinggangnya. Sepakan tanpa latihan taekwando yang cukup itu buatkan jasad Laura terduduk.

Peluang yang ada, aku gunakan untuk meleraikan ikatan yang membelit tubuh abang Mikhael. Lelaki itu kelihatan lemah sekali. Deru nafasnya cukup membuktikan segalanya, mahu saja dia mahu jatuh ke tanah namun pantas.. aku menyambutnya. Tubuhnya, aku cuba angkat.. pinggangnya aku paut.

"Abang, Warda akan cuba bawa abang keluar dari sini.." ujarku sambil memimpinnya keluar.

Tanpa aku sedar, Laura sudah mencapai picagari yang mengandungi racun itu. Pinggang yang sedikit senak, dipegangnya. Dia dengan penuh berhati-hati, mendekati jasad aku dan abang Mikhael dari arah belakang.

Abang Mikhael yang menyedari gelagat Laura itu terus melepaskan pelukanku lalu tubuh gadis ditolaknya ke lantai.
"Lepaskan aku!!! Aku nak bunuh perempuan tak guna itu!!! Dia mesti mati!!! Mesti!!!" lantang sia menghamburkan bicaranya itu.

Beberapa kali mereka bergelut sebelum tiba-tiba saja pergelutan itu terhenti. Aku yang melihat suasana itu sudah terkedu saat melihat abang Mikhael rebah terbaring di atas lantai. Segera aku dapatkan lelaki itu.

Air mataku sudah mengalir membasahi pipi. Tubuh lemah abang Mikhael aku ratap. Senyum penuh peritnya itu makin menggamakkan lagi emosi aku yang sudah kritikal sekarang ini.

"A-abang!!! Jangan buat Warda macam ni, bang.."rintihku erat menggenggam tapak tangannya.

Abang Mikhael masih tarik senyum. Matanya jelas menunjukkan keperitan yang ditanggungnya ketika ini. "Ma-maafkan abang Warda.. abang, tak dapat nak jadi suami yang terbaik buat Warda.. Abang nak minta maaf.."keluhnya dalam lirih. Makin lebat air mataku mengalir.

Depan mataku, aku lihat mata abang Mikhael terkatup. Tangannya yang erat menggenggam tanganku terasa longlai dan longgar. "Abang!!!!!" seruku sebak.

Laura yang terbaring disebelah abang Mikhael sudah memuntahkan bebuih pada mulutnya. Matanya terbelalak menanggung kesan racun yang merenjat tubuhnya. Kerana pergelutan itu, tanpa sengaja.. picagari itu dicucuk tepat mengena abdomennya. Mikhael suntik keseluruhan isi picagari itu ke dalam tubuhnya.

Sempat dia kerling ke arah Warda yang sedang meratapi jasad Mikhael yang tak sedarkan diri. Senyumnya terukir di balik buih putih yang dia muntahkan. Entah kenapa, senang hatinya apabila melihat keadaan itu..

Keadaan sama dia pernah rasakan saat papanya pergi dulu. Begitulah, cara dia meratapi pemergian ayahnya. Sadis namun sekarang dia dapat tersenyum. Walaupun dia tak dapat nak bunuh Nurul Warda Zafira sekurang-kurangnya sekarang.. dia dapat meragut kebahagiaan gadis itu. Ya, dia puas!.

Warda rasa apa yang dia rasa. Kehilangan orang yang disayangi.. Bukankah itu bagus?

Kepalaku mulai terasa berpinar. Sekelilingku juga, aku rasakan seakan-akan berpusing. Pandangan ku kabur. Aku urut kepalaku perlahan. Berharap ia dapat meringankan kesakitan yang membelengu ku ketika ini..

"Abang.. jangan tinggalkan Warda.." seruku perlahan dan lemah.

Tak semena, aku baringkan tubuhku di sisi abang Mikhael. Kepalaku lentokkan di dadanya sambil tanganku erat memeluk tubuhnya.

'Kalau abang Mikhael nak pergi, Warda akan ikut sekali..'
...
Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk!" serunya lantang. Kembali dia menyambung kerjanya yang tertunda tadi.

Tombol pintu serta-merta dipulas dari luar. Terlihat kelibat seorang pelajar lelaki memasuki ruang bilik pejabatnya. Tergamam pengetua saat melihat jasad Hairil kini ada depan matanya. Spontan, rautnya berubah bengis.

"Apa yang kau nak? Apsal kau nak jumpa aku ni?" soalnya sudah berkerut dahi. Langsung tiada calitan senyum pada birai bibirnya.

Raut tanpa emosi, Hairil berikan. Sedih pun tidak, marah pun tidak tapi cukup.. buatkan pengetua rasa muak dengan pandangan jengkelnya itu.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau. Itupun kalau kau ada masa nak dengar." beritahu Hairil mendatar. Langsung tak terselit marah.

Pengetua sudah jongket kening. Kembali, kerjanya disambung semula. Menunjukkan dia tak ada masa nak mendengar celoteh pelajar lelaki itu. "Aku sibuk."

"Ini fasal mak aku." ujar Hairil senada.

Spontan, kerjanya terbantut. Tersentak dia dibuatnya. Pantas, pandangannya dialihkan pada pelajar lelaki itu. Alis keningnya sudah bertaut meminta penjelasan. Maksud?

"Kenapa dengan mak kau?" soal pengetua mahu tahu.

Hairil tarik senyum nipis. Surat yang berada dalam seluarnya dikeluarkan lalu sampul surat berisi wang itu dipulangkan kepada lelaki tua di hadapannya. Terkebil-kebil pengetua melihat tindakan Hairil yang tiba-tiba itu.

"Apa ni? Apa yang kau cuba buat ni?" soalnya bertubi. Masih tak memahami apa yang cuba dilakukan Hairil ketika ini.

Hairil mengeluh lemah. Tali leher yang menjerut lehernya dilonggarkan lalu dibuka. Benda itu juga turut sama diletakkan di atas meja pengetua.

"Mak aku dah tak ada sekarang. Sebelum dia mati, dia minta aku bagi surat dan duit itu pada kau. Dia ucapkan terima kasih sebab bagi duit itu pada dia tapi dia suruh aku beritahu kau yang dia tak pernah guna duit yang kau bagi itu. Dia bukan sesiap kau. Dia bukan isteri kau dan dia juga bukan keluarga kau jadi dia rasa tak layak untuk terima duit itu." jelas Hairil mendatar.

Tergamam Pengetua dibuatnya. Spontan matanya dialihkan ke arah sampul surat berisi wang dan surat itu. Perlahan-lahan, digapainya barang itu llu digenggamnya erat. Entah kenapa, tercalit rasa sebak di dadanya ketika ini. Sungguh.. dia rasa bersalah.

"D-dia dah pergi?"tersekat-sekat lelaki itu bertanya soalan.

Tersengih sinis Hairil melihat gelagat pengetua. Langsung tak terlintas di fikirannya yang lelaki itu bakal beri reaksi sampai begitu sekali. Bukan kah ini suatu berita gembira buat seorang lelaki mulia pada mata manusia?

Buat apa menangisi wanita miskin yang langsung tak ada kaitan dengan hidupnya?

"Kenapa kau nampak bersalah? Bukan ke ini yang kau nak? Perempuan yang selama ini jadi penghalang kau dah tak ada, jadi buat apa kau perlu kesal?" soal Hairil bertubi.

Tergamam lelaki itu mendengarnya. "A-aku bersalah pada dia."

"Pfft.. bila dia dah mampus, baru kau nak rasa bersalah? Huh.. suka hati kaulah, orang tua. Aku harap kau bahagia sekarang. Memandangkan mak aku dah tak ada jadi.. aku akan berhenti dari sekolah ini. Mungkin lebih baik aku tak belajar dari terus menghadap muka kau. Makin sakit hati aku setiap kali nampak kau depan mata aku." ujar Hairil sedikit geram.

Spontan langkahnya diatur keluar dari pejabat. Meninggalkan pengetua Sekolah Menengah Orhan Hills terkebil-kebil sendiri.

Satu keluhan lemah dia lepaskan lalu surat yang diberi Hairil sebentar tadi, dibukanya lalu dibaca teliti.

'Assalamualaikum, encik. Saya minta maaf kalau selama ini saya banyak menyusahkan encik. Saya tak bermaksud nak mengganggu encik cuma saya nak encik tahu yang encik ada seorang anak lelaki selain anak-anak encik bersama isteri. Saya tulis surat ini sebab saya mahu katakan yang saya sudah lama maafkan dosa encik.

Mungkin malam itu, bakal menjadi titik hitam buat hidup saya tapi saya cuba untuk ambil kebaikannya. Mungkin ada hikmah Tuhan mahu berikan pada saya malam itu. Tanpa disangka, saya mengandung dan melahirkan bayi lelaki. Saya beri namanya Hairil.. nama yang saya ambil bersempena nama ayah saya. Bagi saya, anak itu berjaya mengisi kekosongan hati saya. Saat saya rasa susah, anak itu berikan semangat saya untuk terus hidup.

Tujuh belas tahun saya hidup membesarkan dia dan itu adalah perkara paling sulit namun membanggakan saya. Saya ingat lagi detik bila encik dapat tahu bahawa Hairil itu adalah anak encik, saya takut kalau encik rampas dia daripada saya. Jujur, saya sayangkan dia daripada nyawa saya sendiri..

Bila encik pelawa Hairil untuk belajar ke Sekolah yang encik jaga, saya rasa terharu. Ya, ibu mana yang tak suka bila dapat tahu anaknya dapat belajar di sekolah elit itu. Saya berterima kasih kerana encik sudi menolongnya untuk belajar dan duit yang encik berikan pada saya itu.. satu sen pun saya tak guna. Mungkin duit itu saya akan gunakan untuk bayar wang belajar Hairil ke universiti nanti.

Apa yang saya nak pesan pada encik, tolong jangan panggil Hairil anak haram. Walaupun dia hadir bukan status yang sah tapi dia masih anak encik. Darah daging yang mengalir di tubuhnya adalah dari encik. Sebelum saya pergi.. saya harap, encik dapat jaga dia.'

Air mata jantannya bertakung. Kesal hati buatkan jiwanya makin lara. Hmm.. alangkah masa dapat diputar kan, dia janji kesalahan itu takkan diulanginya buat kali kedua.
...
Perlahan-lahan, mataku buka sedikit. Cahaya pagi yang menerobos ruang itu sedikit sebanyak mengaburi pandanganku. Aku keluh perlahan saat mataku meliar memandang sekeliling ruang yang aku tempati itu. Huh?! Hospital?!!

Tanganku angkat perlahan menyentuh kepala. Sakit yang menjerat, aku urut perlahan. Cuba mengingati apa yang terjadi pada aku sebelum ini. Aku pejam mata rapat. Mendesak memori untuk kembali membuat carian.

"Abang Mikhael!!!"seruku lantang tatkala jasad abang Mikhael yang terbaring lemah menyapa halwa fikiranku. Air mataku kembali mengalir.

Jeritanku itu buatkan orang yang berada di luar, spontan memasuki bilik. Terlihat kelibat ibubapaku, mertuaku dan abang Sufi menerpa masuk mendekatiku.

"Doktor!!! Doktor!!! Menantu saya dah sedar!!" gamak Puan Sri Adila menjerit sambil berlari ke luar wad. Teruja pun ada, risau pun ada..

Mama melabuhkan punggung di birai katilku. Senyumnya meleret. "Kamu dah sedar, Warda? Mama rasa gembira. Dah dua hari kamu tak sedarkan diri.. Risau kami dibuat nya.."ujar wanita itu sambil membelai ubun rambutku.

Aku ketap bibir. Mataku sempat meliar memandang wajah papa dan Tan Sri Johari silih berganti. Aku sedar kelibat abang Mikhael tiada. Spontan, dahiku berkerut.

"Abang Mikhael mana pa? Mana dia?" soalku sudah resah. Risau.

Masing-masing sudah tayang muka kendur. Mama juga melepaskan keluhan lemah.

"Kamu rehatlah dulu, Warda. Nanti kita cerita ya." ujar mama sambil membetulkan selimut yang menutupi tubuhku. Caranya itu seperti sengaja mahu mengelak dari menjawab soalan aku itu.

Aku kerut dahi. "Ma, abang Mikhael mana? Keadaan dia?? Dia macam mana?" berduyun-duyun soalan aku hamburkan. Berharap salah satunya dapat dijawab oleh mama.

Mama ketap bibir. Dia sudah alih pandang pada papa dan papa Johari. Bersalah.

"Kamu jangan risau Warda, Mikha selamat cuma.." papa Johari berhenti di hujung ayat. Seperti tak mampu untuk berbicara untuk ayat seterusnya.

Aku kerut dahi. "Cuma apa.. pa?"

"Keadaan dia kritikal. Doktor tak pasti, bila dia boleh sedar." sambung papa pula apabila merasakan Tan Sri Johari seakan terbeban untuk meluahkan ayat itu.

Tergamam aku dibuatnya. Hmm.. abang Mikhael!
...
p/s》

Assalamualaikum and good morning, guys. Sebelum itu, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi baca cerita saya yang ke-8 ni sekaligus yang second last untuk tahun ni.. Terima kasih. Tak sangka story budak sekolah ni, ada yang baca. Thank you!😁..

By the way, saya nak cakap yang story ni maybe exceed 60 tpi tak lebih 70. Don't worry.. Saya takkan biarkan citer ni meleret sampai ke anak cucu warda dan Mikhael. Ahaha.. maybe, pasal anak.. erm, saya masih fikirkan. Nak buat diorang ada anak ke tidak.. itu masih dalam pertimbangan.

Erm, saya minta maaf kalau story saya ni macam meleret. Tak habis dengan konflik. Belum selesai satu, ada lagi.. ahaha!! entah bila nak habis pun tak tahulah. Kalau based on storyline asal.. mmg konflik dye tak kesudah sampai saya pernah terfikir kalau masuk juga benda ni.. confirm 100 chapter.. ahaha!! Sorry melalut pepagi ni. Mood nak typing tengah on..

InsyaAllah malam ni, saya update. Hari ni hari terakhir saya praktikal di MPKj and hari ini ada pembentangan dengan doctor pemantau. Huh.. debar bhai. Takut kalut aje. Ahaha!! Lepas ni saya akan update sampai habis.

Tunggu and stay tuned!!😂😂.. the end will coming as soon as possible. Saya pun kalau boleh nak habiskan malas nak tangguh. Buat semak otak aje.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro